Berita

Buaya Tembaga Ditemukan Mati Di Pantai Cermin
SEREMBAN, 13 Jan – Seekor buaya tembaga betina sepanjang dua meter dengan berat kira-kira 100 kilogram (kg) ditemukan mati di Pantai Cermin, Port Dickson, pagi tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan Nurul Ermi Ramli berkata dalam kejadian kira-kira 9.10 pagi, pihaknya menerima maklumat daripada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) […]
Datin Seri Heliza Helmi Raih Watikah Pelantikan CDERT MAPIM
BANGI : Satu majlis penyerahan watikah, pemakaian dan kenaikan pangkat kepada ahli Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) MAPIM telah berlangsung pada 11 Januari 2022. Antara ahli CDERT MAPIM yang dipakaikan pangkat ialah selebriti Heliza Helmi, sebagai Kapten Bersekutu (PA). Sebelum ini, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengorak langkah ke hadapan dalam perjuangan membantu […]

Enam Lelaki Direman Disyaki Terima Bayaran Bekalkan Sijil Vaksinasi Covid -19
KUALA TERENGGANU, 13 Jan – Enam lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima bayaran untuk membekalkan sijil vaksinasi COVID-19 tanpa suntikan sebenar di negeri ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Supt M Zambri Mahmud berkata kesemua mereka yang berusia 35 hingga 57 tahun itu ditahan malam tadi dan direman hingga […]
Terkenal Di Seluruh Dunia, Rupanya Ada Beberapa Negara Yang Tak Jual Air Coca-Cola, Ini Sebab-Sebabnya
Tipulah kalau kata tak pernah minum air berkarbonat atau air gas sebab ia dijual dengan sangat meluas sejak dahulu lagi. Bahkan, ada sesetengah orang yang sangat menggemari minuman itu sehingga tidak boleh ‘berenggang’ darinya. Salah satu jenama minuman berkarbonat paling popular di dunia adalah Coca-Cola atau juga disebut sebagai Coke. Sejak berdekad lamanya, Coca-Cola sememangnya […]
(Video) Perlawanan Bola Sepak Diantara Mali Dan Tunisia Berakhir Tegang, Kredibiliti Pengadil Cetus Kontroversi
Sukan bola sepak sering kali dikaitkan dengan aktiviti dan keputusan yang mencurigakan. Pun begitu, ianya jarang-jarang sekali terjadi dalam perlawanan di peringkat tertinggi seperti yang terjadi semasa perlawanan Mali dan Tunisia pada peringkat kumpulan Piala Negara-Negara Afrika ini. Dengan baki lima minit perlawanan peringkat kumpulan diantara Tunisia dan Mali, seorang pengadil perlawanan cuba untuk menamatkannya […]
Remaja Cuba Curi Tabung Masjid Dipenjara 10 Hari, Denda RM4,000
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti ‘jenazah’ akibat cuba mencuri tabung masjid, hari ini dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini. Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Daniel Iskandar, 19, yang memakai kemeja T […]
Bersama Tangani Kesan Perubahan Iklim – Sultan Nazrin
IPOH, 13 Jan (Bernama) — Seluruh rakyat Malaysia perlu terus bekerjasama untuk melindungi dan mengurangkan kesan kerosakan yang dibawa oleh perubahan iklim, usaha yang amat penting bagi memelihara kemakmuran dan kelangsungan negara, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Baginda bertitah bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini sekali lagi dengan jelas menunjukkan bahayanya kesan yang dibawa […]
Perlu Ke Isteri Minta Izin Suami Sebelum Qadha’ Puasa? Ini Penjelasan Daripada Mufti Wilayah
Sekitar 80 hari lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Pastinya ia bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai orang kerana ianya dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Menjelang tibanya Ramadhan, kebanyakan kaum hawa yang tidak dapat berpuasa penuh pada tahun lalu kerana keuzuran kini pastinya sedang menggantikan semula […]
WHO Beri Amaran Jangkitan Serentak Covid-19, Penyakit Pernafasan Lain
GENEVA, 13 Jan (Bernama) — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memberi amaran dan menggesa masyarakat bersiap sedia menghadapi ancaman serentak wabak COVID-19 dan penyakit pernafasan lain menjelang musim bunga nanti. Menurut Xinhua, Dr Maria van Kerkhove daripada Program Kecemasan Kesihatan WHO, berkata pada sesi taklimat media bahawa keadaan itu berlaku apabila pergaulan antara masyarakat […]

Johor Kekal SOP Solat Jarak Setengah Meter
JOHOR BAHRU, 13 Jan — Johor akan terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dengan jarak satu setengah meter meskipun terdapat penularan COVID-19 di sebuah masjid, di sini baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata kes yang melibatkan kalangan jemaah masjid […]
“Suami, Tak Perlu Nak Kasihan Kat Isteri Orang Lain,” Wanita Kongsi Antara Situasi Lazim Permulaan Punca Penceraian
Isu curang dalam rumah tangga menjadi salah satu punca utama yang menyebabkan berlakunya perceraian di antara suami isteri. Bayangkan perkahwinan yang dibina selama puluhan tahun juga boleh hancur sekelip mata kerana hadirnya orang ketiga. Dalam beberapa kes yang tular sebelum ini, ramai suami isteri yang dipercayai terjebak melakukan hubungan sulit dengan rakan sekerja sehinggakan ada […]
Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Terus Menurun
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Johor setakat 8 pagi ini semakin berkurangan kepada 705 orang daripada 206 keluarga berbanding 1,044 orang petang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata tiga daerah masih terjejas banjir melibatkan 17 pusat pemindahan sementara (PPS), dengan Muar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi […]

(Video) Hanya Perlu Dua Jam Sahaja, Wanita Siapkan Baju Sendiri Untuk Pergi ‘Event’ Dapat ‘Order’ Dari Warganet
Bagi sesetengah orang, memakai baju baru ke majlis yang diundang sudah tidak asing lagi. Ada sesetengah orang sanggup berhabis wang untuk membeli baju baharu. Ini kerana mereka akan berasa lebih yakin setelah memakai baju baharu yang sudah pasti lebih cantik dari baju yang sedia ada. Tetapi, berbeza pula dengan wanita ini. Menerusi satu video yang […]
HOMEVEST Tersenarai Dalam 1Exchange, Pasaran Sekuriti Swasta Pertama Di Singapura
Syarikat Homevest Sdn Bhd (HOMEVEST) kini dilaporkan berjaya disenaraikan dalam platform 1Exchange (1X), iaitu sebuah pasaran sekuriti swasta pertama di Singapura. Platform tersebut di kawal selia oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dan proses penyenaraian itu berlangsung semalam (12 Januari) di sebuah lokasi di ibu kota dengan dimeterai pemukulan gong secara maya. Kedudukan syarikat itu dalam […]
Yakin Anak Boleh Dihidupkan Semula, Pasangan Suami Isteri Ini Dilapor Simpan Jenazah Anak Di Rumah Lebih 2 Bulan
Penduduk di Desa Plakaran, Kabupaten Pemalang, Jawa Tengah dilaporkan telah digemparkan dengan penemuan jenazah seorang remaja di dalam sebuah rumah yang dihuni oleh pasangan warga emas. Memetik laporan Detik News, jenazah yang berusia 14 tahun itu dipercayai telah disimpan oleh ibu bapanya selama lebih dua bulan. “Ibu bapanya masih yakin bahawa anak mereka boleh hidup […]

Jangan Tunggu Lebih 5 Minit, Ini Tanda Serangan Jantung Yang Boleh Bawa Maut Tiba-tiba
Serangan jantung adalah satu keadaan yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira muda atau pun sudah berusia. Malah individu yang menjalani gaya hidup aktif seperti atlet sukan juga tidak terkecuali dengan kemungkinan mengalami serangan jantung secara mendadak ini. Oleh itu, masa memainkan peranan yang sangat penting jika berdepan keadaan seperti ini. Sekiranya anda berhadapan […]
Kenapa Bulan Januari Rasa Terlalu Lama? Ini Penjelasan Saintifik Dari Ahli Saintis
Pantas waktu berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2022. Bila dah masuk bulan Januari ni, korang rasa tak macam bulan ni terlalu lama? Rasa macam dah hujung bulan tapi sebenarnya baru 13 Januari. Bukan tahun ni je tau, memang setiap tahun akan rasa macam ni padahal bulan Januari sama je macam bulan-bulan yang […]
Arena Bola Sepak Negara Berduka Dengan Pemergian Shebby Singh
KUALA LUMPUR, 12 Jan – Penggemar bola sepak tanah air bersedih dengan pemergian bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh, pada usia 61 tahun secara mengejut hari ini. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berduka dengan pemergian bintang bola sepak yang pernah mewarnai arena bola sepak negara itu, mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, yang juga dikenali sebagai Shebby Singh, menerusi […]

(Video) Cekal Cari Rezeki, Akak Rider Bawa Anak Gigih Bekerja Bikin Hati Sebak
Demi kelangsungan hidup dan memastikan sumber kewangannya tidak terputus, seorang ‘rider’ ini terpaksa berkorban dengan menggendong anak kecilnya ketika bekerja. Video yang dikongsikan oleh Zanethnasha ini memang membuatkan ramai orang rasa sebak apabila melihat si ibu menggendong anaknya bersama-sama mencari rezeki tatkala panas dan hujan dengan menaiki motosikal. Walau hanya berkongsi satu video pendek namun […]

Dipercayai Hilang Kawalan Ketika Lalu Selekoh, Pemandu Maut Lori Jatuh Cerun
Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbalik dan jatuh ke dalam cerun ketika menuruni bukit di Kuari Bukit Jerus hari ini. Memetik daripada laporan berita Sinar Harian memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 11.40 pagi itu, mangsa meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah. Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal, […]