Berita

Dipercayai Hilang Kawalan Ketika Lalu Selekoh, Pemandu Maut Lori Jatuh Cerun
Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbalik dan jatuh ke dalam cerun ketika menuruni bukit di Kuari Bukit Jerus hari ini. Memetik daripada laporan berita Sinar Harian memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 11.40 pagi itu, mangsa meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah. Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal, […]
Met Malaysia Keluar Amaran Angin Dijangka Sehingga 15 Januari Di Sarawak, Berpotensi ‘Bawa’ Hujan Berterusan
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini mengeluarkan satu data kemaskini amaran hujan berterusan (buruk dan waspada) melibatkan negeri Sarawak dan amaran angin kencang dan laut bergelora juga telah dikeluarkan bagi perairan Pantai Timur Semenanjung termasuklah timur Johor dan Sabah diramal berterusan hingga 16 Januari ini. Selain itu, dalam kenyataan ini juga memaklumkan bahawa penumpuan […]
Gara-gara Bagi ‘Kerja’ Membosankan, Majikan Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM 190k Kepada Pekerja
Menginjak ke alam dewasa pastinya kita akan menempuh ke dalam dunia pekerjaan. Itulah tujuan sebenar melanjutkan pelajaran dan menghabiskan pengajian dengan cemerlang untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang kita minati. Namun, ada kalanya kita akan berada dalam tahap kebosanan atau dipanggil sebagai bore out. Sesiapa yang pernah mengalami keadaan sebegitu pasti pernah duduk atau berlegar-legar […]

Remaja Lelaki Hilang Di Gua Musang Ditemukan Selamat – Polis
GUA MUSANG, 12 Jan – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Kampung Pasir Linggi, Pos Lebih dekat sini, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, ditemukan dalam keadaan selamat pada 5.30 petang tadi. Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata Muhammad Iznun Al-Azim Mahadi, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh di Kuala […]

TERKINI: Bekas Pemain Bola Sepak & Pengacara, Serbegeth ‘Shebby’ Singh Meninggal Dunia
Lagenda bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia pada usia 61 tahun pada petang Rabu. Berita duka ini disahkan oleh kru Astro Arena memaklumkan bahawa mendiang jatuh pengsan dipercayai akibat sesak nafas ketika berbasikal di Kledang, Johor. Mendiang dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung. Memetik daripada berita Awani, mendiang […]

Tapak Pelupusan Sampah Di Pulau Burung Terbakar
NIBONG TEBAL, 12 Jan – Tapak pelupusan sampah di Jalan Byram, Pulau Burung di sini terbakar membabitkan kawasan seluas lebih 8,000 meter persegi. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal Noor Asfariza Mohamad Abdul Kadir berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.12 petang dan jentera pertama yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati api marak […]
Lima Bulan Lepas Jalani Hukuman Penjara, Tiga Lelaki Dicekup Semula
PETALING JAYA, 12 Jan – Kira-kira lima bulan selepas selesai menjalani hukuman penjara, tiga lelaki kembali dicekup polis kerana disyaki terlibat dengan kes pecah rumah dan curi di sekitar Petaling Jaya, Serdang dan Ampang. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata kesemua mereka yang merupakan warga tempatan berumur antara 39 hingga […]

Gais! Petron Ajak Jalan-Jalan Tempat Best Siap ‘Sponsor’ Minyak & Beri Duit Poket, Ini Cara Mudah Nak Join!
Sekarang ni ramai yang tengah berjalan sakan! Semua tempat melancong boleh dikatakan penuh dan sesak dengan orang. Jalan-jalan memang fun, tapi bila fikir ‘modal’ yang nak kena labur dari penginapan sampai duit belanja, berpeluh gais! So, kami nak kongsikan dekat korang cara senang untuk dapatkan pakej percutian ‘free’, wang tunai dan tajaan minyak. Fuhh, memang […]
TERKINI SOP: Pengembara Pernah Dijangkiti Covid-19 & Lengkap Vaksinasi Tak Perlu Kuarantin Wajib Sebaik Tiba Di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia masih mengamalkan prosedur kawalan sempadan termasuklah pengujian dan kuarantin ke atas pengembara yang tiba di Malaysia. Mana-mana pengembara dengan kes positif hasil ujian RT-PCR tidak akan dibenarkan masuk ke dalam negara. Dalam kenyataan hari ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga memaklumkan SOP terkini bagi pengembara yang tiba di […]
Polis Tahan Lapan Individu, Rampas Ganja Bernilai Lebih RM147,000
KULIM, 12 Jan – Polis menahan lapan individu termasuk seorang wanita dan merampas ganja seberat 58.98 kilogram (kg) dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM147,450 di sekitar daerah ini dan Pulau Pinang, pada 6 dan 7 Jan lepas. Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata kesemua mereka berumur antara 29 hingga 49 tahun, di mana tangkapan […]

Isu MyUbat Akibat Kekeliruan Pelanggan, Pegawai – HKL
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Isu tular di media sosial berhubung perkhidmatan farmasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini, merupakan kekeliruan yang berlaku antara pengadu dan pegawai bertugas. Pengarah HKL Dr Rohana Johan menjelaskan kekeliruan itu timbul apabila, perkhidmatan MyUbat yang tidak dapat dilaksanakan sebenarnya adalah bagi ubat tertentu, berikutan kekangan stok bekalan […]
Sumbangan Kit Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kawasan Parlimen Lipis, Pahang
LIPIS, 11 Januari – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terus menyantuni mangsa banjir dengan mengagihkan 1,050 kit bantuan di Kawasan Parlimen Lipis, Pahang. Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, KPLB bersama agensi di bawahnya sedia melaksanakan Inisiatif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia pada kadar segera demi meringankan beban mangsa yang […]
TERKINI: Harga Minyak RON97 Naik Lagi, RON95 & Diesel Kekal
Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 13 Januari hingga 19 Januari 2022. Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 4 sen seliter menjadikan harga baharu iaitu RM3.07 seliter berbanding RM 3.03 sebelum ini. Harga runcit bagi […]
Pemilik Tanah Boleh Ditangkap Dan Didakwa Jika Bawa Keluar Pasir Tanpa Kebenaran
IPOH, 12 Jan (Bernama) — Tindakan tangkap dan dakwa di mahkamah akan dikenakan sekiranya pemilik tanah didapati menjalankan aktiviti pengeluaran pasir dari Pantai Pasir Panjang di Manjung, yang belum mendapat kelulusan pihak berkuasa. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan tiada kegiatan haram itu […]
Kerajaan Kelantan Nafi Pembalakan Punca Harimau Berkeliaran Di Gua Musang
KOTA BHARU, 12 Jan (Bernama) — Kerajaan negeri Kelantan menafikan harimau berkeliaran di penempatan Orang Asli di Gua Musang sejak beberapa hari lepas berpunca daripada aktiviti pembalakan. Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkaitan untuk mengkaji dan melakukan penyiasatan tentang punca sebenar mamalia itu keluar […]
Dua Anak Presiden Indonesia Dilapor Ke KPK, Didakwa Terlibat Rasuah Dengan Syarikat Pembakaran Hutan Secara Haram
JAKARTA – Dua anak lelaki Presiden Joko Widodo dilaporkan ke Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) atas dakwaan rasuah yang membabitkan kegiatan pembakaran hutan secara haram. Kedua-dua mereka dilaporkan disyaki terlibat dengan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dakwaan rasuah, pakatan sulit dan nepotisme (KKN). Laporan itu dikemukakan oleh seorang pensyarah Universiti Negeri Jakarta (UNJ) yang juga […]

Penjagaan Diri Yang Tiada Tarikh Luput
Shah Alam, 12 Januari 2022 – Selepas setahun mengharungi cabaran yang timbul akibat pandemik dan menyaksikan pelaksanaan program vaksinasi besar-besaran, soalan yang bermain di fikiran ramai orang sekarang ialah sejauh manakah perbezaan antara dunia sebelum dan selepas pandemik? Bagaimanakah keadaan ‘norma baharu’ yang bakal ditempuhi? Banyak persoalan dan kemusykilan masih tidak terjawab tentang kehidupan kita […]
(Video) Gempar, Kemunculan Cahaya Misteri Sebelum Berlakunya Gempa Bumi Di China Cetus Tanda Tanya
Gempa bumi dengan magnitud 6.9 dilaporkan telah melanda wilayah Qinghai barat laut China pada Sabtu lalu. Walaupun tiada kematian yang dicatatkan namun ianya telah memberi kesan keretakan kepada beberapa bangunan dan kawasan di wilayah itu. Bagaimanapun, tular sejak semalam mengenai satu rakaman yang memaparkan pancaran cahaya misteri yang didakwa muncul sebelum berlakunya gempa tersebut. Memetik […]
(Video) Berat Hati Nak Berpisah, Atuk Gigih Kejar Kereta Cucu Nak Ucap Selamat Tinggal Untuk Kali Terakhir
Berat Hati Nak Berpisah, Atuk Gigih Kejar Kereta Cucu Nak Ucap Selamat Tinggal Untuk Kali Terakhir Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan hujung tahun lalu, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung bagi melepaskan rindu kepada ibu bapa dan keluarga tersayang setelah sekian lama tidak berjumpa. Walaupun sering berhubung melalui telefon, perasaannya tidak akan […]
(Video) Tak Dapat Hadiri Konvo, Gelagat Gadis Terima Skrol Dari Abang Posmen Cuit Hati Ramai
Setiap pelajar institut pendidikan tinggi sama ada awam mahupun swasta pasti sudah menyimpan hasrat untuk mengambil skrol di atas pentas secara bersemuka. Memakai jubah konvo, berjumpa kawan-kawan sekelas dan bergambar bersama pasti menjadi impian setiap pelajar di hari graduasi. Namun begitu, kehadiran wabak COVID-19 telah memberikan banyak kesan termasuklah majlis konvokesyen yang tak dapat diadakan. […]