Berita
TERKINI: Satu Lagi Mayat Mangsa Banjir Lumpur Telemong Ditemui Petang Ini
Satu lagi mayat mangsa tragedi banjir lumpur Telemong ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 4.23 petang tadi, lapor Bernama. Sebelumnya, dua mayat wanita dan satu lelaki, dipercayai daripada kumpulan lima individu yang dilapor hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, Bentong, Pahang ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini. Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan […]
Ganti Dokumen Peribadi Percuma Untuk Mangsa Banjir – Hamzah Zainudin
HULU LANGAT, 20 Dis (Bernama) — Mangsa banjir yang kehilangan kad pengenalan, pasport dan dokumen peribadi di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri boleh mendapatkan penggantian dokumen peribadi itu secara percuma. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Imigresen akan diarahkan supaya membantu mangsa yang dokumen mereka musnah atau hilang akibat banjir dalam […]
MET Malaysia Nafi Penularan Maklumat Cuaca ‘Kepala Ribut’ Yang Tular Di Media Sosial
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi satu hantaran di akaun rasmi Twitter sebentar tadi menafikan maklumat cuaca berkenaan “kepala ribut” yang tular di pelbagai platform media sosial, baru-baru ini. MET Malaysia menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu serta tidak sahih itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Justeru itu, orang ramai […]
Lawatan YBMKP ke SMK Telok Panglima Garang
Melihat kepada keadaan banjir kali ini yang di luar jangkaan, banyak sekolah di bawah KPM yang digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Sekitar jam 1:00 pagi tadi saya sampai di SMK Telok Panglima Garang untuk meninjau PPS bagi mangsa banjir dari kawasan sekitarnya. Saya diberi taklimat oleh beberapa pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) […]

Banjir Taman Sri Muda: Mayat Dua Beranak Dibawa Keluar – Polis
SHAH ALAM – Dua lagi mayat yang dipercayai dua beranak menjadi mangsa korban terbaharu insiden banjir dekat sini, hari ini. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa dipercayai berusia antara 70 dan 90 tahun. Mayat kedua-dua mangsa ditemui di kawasan Seksyen 25, Sri Muda kira-kira pukul 4 petang tadi. […]
KPLB Peruntuk RM4 Juta Bantu Mangsa Banjir
PUTRAJAYA, 19 Dis. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensinya, memperuntukkan RM4 juta sebagai bantuan segera bakul makanan tambahan kepada kumpulan sasar mangsa banjir. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, lapan agensinya iaitu MARA, RISDA, FELCRA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, KEDA dan PERDA, masing-masing memperuntukkan RM500 ribu bagi membantu mangsa terjejas. “Saya telah berbincang dengan […]
TERKINI: Tiga Mayat Mangsa Banjir Lumpur Di Telemong, Bentong Ditemui Hari Ini – Bomba Pahang
Tiga mayat mangsa banjir lumpur di Telemong, Bentong ditemui pada hari ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Bomba Pahang, menerusi perkongsian di laman Facebook Bernama. Menurut ciapan Bernama TV, tiga mayat tersebut ditemui oleh pasukan Bomba dan penduduk kampung di kawasan itu dalam insiden banjir lumpur di sini. Maklumat lanjut bakal menyusul. Kredit: Bernama
TERKINI: Semakin Menurun, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Di Paras 2k
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa jumlah kes COVID-19 hari ini menunjukkan penurunan dengan 2,589 kes berbanding semalam, iaitu 3,108 kes. Menerusi ciapan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara sebanyak 2,721,544 kes. Dalam masa yang sama, kes baharu yang dicatatkan hari ini dilaporkan menurun […]
Saranan Menganjurkan Solat Hajat Dan Doa Untuk Kesejahteraan Malaysia
KUALA LUMPUR, 19 Disember 2021 – Berdasarkan situasi semasa musibah banjir yang melanda khususnya di Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menganjurkan solat Hajat dan bacaan Doa Selamat selepas solat Maghrib malam ini bagi memohon perlindungan […]

TERKINI: Semua Hutan Lipur Di Negeri Sembilan Ditutup Sementara Mulai Hari Ini
Semua hutan lipur di Negeri Sembilan akan ditutup sementara bermula hari ini susulan bencana banjir yang berlaku. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaluddin, melalui ciapan Bernama berkata kerajaan Negeri Sembilan sudah mengarahkan semua hutan lipur ditutup sementara bermula hari ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan. Maklumat lanjut bakal menyusul. Semua hutan lipur […]
MAPIM Salur Bantuan Untuk Mangsa Banjir Di Klang
KLANG : Sejumlah 200 kotak bantuan dan 100 botol air minuman berkapasiti lima liter disumbangkan MAPIM Malaysia tiba di Kompleks Pejabat Daerah, Tanah Klang kira-kira jam 8.30 malam tadi. Keperluan asas ini akan diberikan terus kepada mangsa banjir yang berada di sekitar kawasan Klang. Selepas ini, pihak MAPIM Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah Tanah Klang […]
TERKINI: Tujuh Mayat Ditemukan Manakala Seorang Masih Hilang Di Kawasan Banjir Di Seluruh Selangor Setakat Petang Ini
Tujuh mayat ditemui manakala seorang lagi masih hilang di kawasan banjir di seluruh Selangor setakat petang ini, lapor Bernama. Menurut bomba melalui ciapan Bernama, empat mayat ditemui di kawasan banjir di Taman Sri Musa, Shah Alam setakat petang ini. Maklumat lanjut bakal menyusul. [TERKINI] 📌 #Banjir: Tujuh mayat ditemukan manakala seorang masih hilang di kawasan […]
Laluan LKSA Kini Dibuka Semula Kepada Pengguna
Kuala Lumpur, 20 Disember 2021 – Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd. (PLSASB) syarikat pengendali Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) telah membuka semula laluan nya di kilometer 4.1 bagi kedua-dua arah kepada pengguna lebuh raya bermula jam 5:30 pagi tadi setelah ditutup akibat kejadian banjir kilat yang turut menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam. Walaubagaimanapun […]
TERKINI: 181 Kes Dikesan Positif COVID-19 Di PPS, Kebanyakan Daripada Kategori Satu Dan Dua – Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 181 kes positif Covid-19 hasil saringan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir. Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata kebanyakan kes positif tersebut daripada kategori satu dan dua. Dalam pada itu, KKM menjangkakan pertambahan kes positif Covid-19 mungkin berlaku di Pusat Permindahan Banjir. Sumber: BERNAMA
Tiga Mayat Dipercayai Mati Lemas Ditemukan Dalam Insiden Banjir Di Taman Sri Muda – Polis
Tiga mayat dipercayai mati lemas telah ditemukan dalam insiden banjir di Taman Sri Muda. Perkara itu telah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia, seperti yang dikongsikan Bernama di laman Twitter rasmi. Dalam pada itu, kedalaman paras air di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam kini pada paras 2 kaki setakat 11.50 pagi. Walau bagaimanapun, masih […]
Bekalan Air Dari LRA Semenyih 2 Pulih Sepenuhnya Malam Ini
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Air dari Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 dibekalkan semula kepada pengguna di kawasan terjejas secara berperingkat dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 10 malam ini. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan setakat 7 pagi ini operasi LRA Semenyih 2 telah dimulakan manakala operasi […]
Plaza Tol & Persimpangan Bertingkat Shah Alam Dibuka Semula Kepada Laluan Trafik
Plaza Tol dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam kini dibuka semula secara berperingkat kepada semua pelanggan lebuh raya. Menerusi kenyataan media yang dikongsikan PLUS Malaysia, kerja-kerja pembersihan, pengalihan kenderaan yang terkandas, pemeriksaan menyeluruh dan kerja pembaikan akan segera dijalankan ke atas aset lebuh raya serta peralatan tol yang rosak akibat banjir. Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS […]
HOMEVEST Dan Huawei Malaysia Menandatangani MoU Solusi Bandar Pintar Dan Lestari.
Syarikat Homevest Sdn Bhd (HOMEVEST) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) telah berjaya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi perkongsian strategik untuk melaksanakan penyelesaian inovatif dalam pembangunan bandar pintar. Dengan termeterainya MoU tersebut, Bandar Pintar HOMEVEST bakal dilengkapi dengan infrastuktur ICT canggih yang dibekalkan oleh Huawei bagi mengoptimumkan kedayatahanan ekonomi serta persekitaran sekali gus […]
Maybank Tawar Bantuan Banjir Termasuklah Penangguhan Bayaran Pinjaman, Pengurangan Ansuran Bulanan
Susulan daripada bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri, pihak Maybank tidak ketinggalan menawarkan bantuan banjir kepada pelanggan mereka yang terjejas. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Maybank, bantuan yang diberikan adalah termasuk dengan penangguhan pembayaran atau pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik. Selain itu, Maybank juga menawarkan pengecualian yuran dan […]
Taburan Hujan Sejak Jumaat, Menyamai Purata Taburan Sebulan, Hanya Terjadi 100 Tahun Sekali
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Hujan lebat yang berterusan dalam tempoh 24 jam sejak lewat malam Jumaat menyamai jumlah taburan purata hujan di Lembah Klang untuk tempoh sebulan dan ia umpama fenomena yang berlaku setiap 100 tahun sekali. Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata fenomena berkenaan terjadi susulan faktor luruan monsun […]