Berita

Operasi Pindahkan Mangsa Banjir Di Bukit Kemuning Dan Seri Muda Diteruskan Malam Ini – MB Selangor
SHAH ALAM, 19 Dis (Bernama) — Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata lebih banyak bot akan digunakan untuk membawa keluar dan memindahkan mangsa banjir yang masih terperangkap di Bukit Kemuning dan Seri Muda, di sini malam ini. “Proses penyelamat akan diteruskan malam ini bagi mengeluarkan semua mangsa yang terkandas. Saya mengambil maklum keadaan kritikal di Taman Sri […]
450 Individu Terkandas Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Diselamatkan
KUANTAN,19 Dis (Bernama) — Kira-kira 450 individu terdiri daripada pemandu dan penumpang kenderaan yang terkandas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akibat tanah runtuh dan banjir sejak semalam, telah dibawa keluar secara berperingkat termasuk menggunakan bot Lebuhraya Pantai Timur, dalam operasi bermula awal pagi ini. Jurucakap ANIH Berhad memaklumkan khidmat lori tunda akan digunakan esok bagi mengeluarkan kenderaan yang tersangkut di […]

Mayat Lelaki Ditemukan, Dipercayai Mangsa Lemas Banjir Pertama
SHAH ALAM, 19 Dis (Bernama) — Satu mayat lelaki, dipercayai mangsa lemas pertama banjir di Selangor, ditemukan di jalan masuk utama ke Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22 dekat sini malam ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 30-an, yang merupakan penghuni Pangsapuri Residensi […]

(Video) Ada Suara Ramai Minta Tolong Dipercayai Mangsa Banjir Terperangkap Di Taman Seri Muda, Shah Alam
Seperti yang kita tahu, beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia kini sedang terjejas bencana banjir yang serius termasuk kawasan Lembah Klang. Hari ini, sempat beredar khabar mengatakan masih ramai mangsa yang terkandas dan belum menerima bantuan. Malah beberapa jam lalu, sempat tular di media sosial video berlatar hitam yang hanya terdengar suara orang meminta tolong, dipercayai […]
5 Juta Meter Padu Air Berjaya Dilencongkan Smart Tunnel Semalam-Dr Zaini Ujang
KUALA LUMPUR: Air banjir sebanyak 5 juta meter padu berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan Terowong SMART semalam. Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, lencongan itu mula diaktifkan pada jam 7.45 malam Sabtu. “Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak […]
(Video) Belum Selesai Banjir, Flat Sri Johor, Cheras Pula Terbakar
Satu kebakaran dilaporkan melibatkan blok 31 Flat Sri Johor di Cheras, dekat sini, malam ini. Kejadian itu difahamkan berlaku pada kira-kira jam 9:30 malam tadi. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penduduk telah selamat dipindahkan lebih awal. Berita lanjut menyusul. Flat Sri Johor block 31 cheras.Hope everyone is ok. Lets pray for them. […]

Harimau Terkulai Layu, Malaysia Dibelasah Indonesia Dan Tersingkir Dari AFF Suzuki Cup 2020
Malaysia diaibkan pasukan Indonesia dengan kekalahan 4-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan AFF Suzuki Cup 2020. Ini adalah kekalahan pertama ke atas Indonesia sejak 11 tahun yang lalu sekaligus Malaysia tersingkir dari kejohanan terbesar Asia Tenggara ini. Malaysia bermula baik dalam perlawanan malam ini dengan mempertaruhkan Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Ariff Aiman dan Kogileswaran sebagai […]

Amaran Hujan Berterusan Di 8 Buah Negeri Ditamatkan – MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman Twitter sebentar tadi telah mengumumkan penamatan amaran hujan berterusan di lapan buah negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan Terengganu dan Pahang. Hal ini kerana keadaan cuaca di negeri berikut dijangkakan bertambah baik. Sementara itu, bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat cuaca terkini boleh dapatkan melalui […]
Jangan Panik, 5 Perkara Ini Korang Kena Buat Jika Kereta Ditenggelami Banjir
Bencana banjir kilat yang melanda beberapa negeri di Malaysia ketika ini amat membimbangkan. Selain dari rumah dimasuki air, ada juga yang gagal menyelamatkan kenderaan mereka untuk dibawa ke lokasi yang lebih selamat akibat ditenggelami air. Sudah tentu ia mencetuskan kerisauan ramai. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan anda. Namun, apa yang menjadi […]
TNB Tutup Sementara 333 Pencawang Elektrik Di Enam Negeri Terjejas Banjir
Seperti yang kita tahu, beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dilanda bencana banjir susulan hujan lebat berterusan yang berlaku beberapa hari kebelakangan ini. Oleh itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak menutup sementara 333 pencawang elektrik di negeri-negeri terjejas. Menurut laporan Bernama, TNB mengambil langkah berkenaan atas faktor keselamatan ekoran bencana banjir yang berlaku. Penutupan sementara itu […]

Lelaki Ini Cadangkan Semua Universiti Beri Tempoh Bertenang Untuk Semua Pelajar
Ekoran kejadian banjir di beberapa buah negeri dan kawasan semenjak beberapa hari ini, banyak pihak yang terjejas. Tidak kira dari segi kewangan, bekalan makanan dan minuman, tempat tinggal mahupun kekuatan fizikal dan mental. Begitu juga buat pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bagi mereka yang tidak dapat pulang di sisi keluarga yang terjejas, sudah pasti […]

Kerajaan Naikkan Kadar Bantuan Wang Ihsan Kepada RM1,000 Bagi Setiap Isi Rumah Terjejas Banjir Atau Bencana Lain
Ekoran berita mengenai banjir melanda negara, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM 200 juta bagi menangani impak banjir dan pengaktifan rangkaian bencana GLC/GLI. Menerusi ciapan Bernama, Kementerian kewangan menyegerakan penyaluran RM50 juta kepada NADMA/ Kumpulan Wang Amanah Bantuan bencana Negara (KWABBN) bagi membanti isi rumah yang terjejas. Susulan daripada itu, kerajaan telah menaikkan kadar Bantuan […]
TERKINI: Kes COVID-19 Catat Penurunan Lagi Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa jumlah kes COVID-19 hari ini menunjukkan penurunan dengan 3,108 kes berbanding semalam, iaitu 4,083 kes. Menerusi ciapan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, angka tersebut menjadikan jumla kumulatid kes COVID-19 negara sebanyak 2,718, 955 kes. Dalam masa yang sama, kes baharu yang dicatatkan hari ini dilaporkan […]
Gangguan Bekalan Air Libatkan 472 Kawasan Di 3 Wilayah, Air Selangor Senaraikan Kawasan Terjejas
Air Selangor pada tengah hari tadi memaklumkan bahawa LRA Langat 2 dan LRA Cheras Batu 11 terpaksa dihenti tugas manakala LRA Sg Langat beroperasi pada pengeluaran separa berikutan peningkatan paras sungai yang mengakibatkan banjir. Berikutan henti tugas loji-loji rawatan air ini, sebanyak 472 kawasan di tiga (3) Wilayah iaitu Wilayah Petaling, Wilayah Kuala Lumpur dan […]
(Video) Pilu, Foto Petugas Kesihatan Memangku Jenazah Kanak-kanak Terkorban Dalam Kemalangan Di Lebuhraya ELITE Undang Sebak
Pilu, menyayat hati. Itulah boleh digambarkan menerusi satu foto yang dikongsikan di media sosial memaparkan seorang petugas kesihatan sedang memangku jenazah mangsa kanak-kanak yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE, Shah Alam pada Jumaat lepas. Menurut perkongsian Bernama, kesemua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad atas permintaan keluarga. Majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Seksyen […]

TERKINI: PM Umum Cuti Kecemasan Buat Kakitangan Awam Terkesan Banjir, Majikan Swasta Disaran Beri Pekerja Cuti ‘Paid Leave’
Perdana Menteri Malaysia Dato’Sri Ismail Sabri menerusi akaun Twitter rasmi milik beliau telah mengumumkan bahawa cuti umum kecemasan diberikan kepada kakitangan awam yang terkesan akibat banjir. Bagi kakitangan swasta pula, syarikat disarankan untuk memberi cuti berbayar atau ‘paid leave’, dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka. Saya umumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan […]
TERKINI: Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir Akan Menerima Sumbangan RM1,000
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri mengumumkan bahawa setiap isi rumah yang terjejas banjir akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000. Perkara itu diumumkan menerusi satu Sidang Media Perdana Menteri berkaitan bencana banjir yang sedang melanda beberapa buah negeri ini. Seperti yang dikongsikan Bernama di laman Twitter, kerajaan juga setuju sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk […]
Laman Rumah Dipenuhi Timbunan Kayu, Pokok Besar Tumbang Akibat Banjir
SEREMBAN, 19 Dis (Bernama) — Keluarga Mohd Yusof Hanafi diuji dugaan berat apabila rumah mereka dipenuhi timbunan kayu dan pokok besar yang tumbang akibat dihanyutkan arus deras banjir di Batu 7 Kampung Pantai di sini malam tadi. Menceritakan detik cemas ketika banjir melanda kawasan rumahnya, Mohd Yusof, 55, berkata hujan berterusan sejak 7 malam tadi […]
TERKINI: Gempa Bumi ‘Gegar’ Kepulauan Andaman, Rantau India Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Kepulauan Andaman, Rantau India pada 11:19 pagi, 19 Disember 2021. Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 13.8 utara dan 92.2 timur, kira-kira 99 kilometer (km) barat laut dari utara Andaman, India. Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 10 km. Bagaimanapun, […]
(Video) Tidak Surut Sejak Semalam, Laluan Utama Kota Warisan Menuju KLIA Masih Tenggelam, Tidak Boleh Dilalui Kenderaan
Ekoran daripada banjir yang melanda di beberapa buah kawasan telah menyebabkan beberapa laluan ditutup. Menerusi laporan Bernama, tinjauan dilakukan di laluan utama Kota Warisan menuju ke KLIA masih lagi tidak boleh dilalui kenderaan akibat air masih tidak surut sejak semalam. Walau bagaimanapun, keadaan di Plaza Tol KLIA ketika ini hanya boleh dilalui menggunakan lebuhraya utama […]