Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: BBC, The Guardian & Daily Mail

“Selamat Malam Malaysia 370..,” Genap Lapan Tahun Misteri Kehilangan MH370 Tiada Jawapan

Eyla Azri

Hari ini, genap lapan tahun semenjak kapal terbang Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang umpama ‘ditelan bumi’.

Setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac 2014, keberadaan pesawat yang sepatutnya berlandas di Beijing itu masih kekal misteri.

Hanya ucapan “Selamat malam, Malaysian 370,” yang kali terakhir terdengar dari dalam kokpit pesawat berkenaan sebelum ia hilang dari radar dan gagal dikesan sehingga hari ini.

Walaupun setelah hampir sedekad menghilang, menurut The Straits Times, masih terdapat beberapa teori baharu yang muncul berkait kehilangan pesawat MH370.

Kehilangan MH370 setelah lapan tahun masih misteri
Gambar via Twitter

Teori terkini, tempat terakhir MH370 ‘bersemadi’

Teori terkini mengatakan bahawa kapal terbang berkenaan ‘bersemadi’ di Lautan Hindi, dalam lingkungan 2,000 kilometer (km) dari arah barat Perth, Australia.

Teori ini diutarakan oleh salah seorang ahli MH370 Independent Group dan pesara jurutera ruang angkasa British, Richard Godfrey. Godfrey percaya bahawa koordinat yang telah dia hitung merupakan tempat terakhir MH370 berada.

Jika analisis Godfrey terbukti benar, kawasan carian baharu mungkin hanya berjarak 18,000 km persegi, jauh lebih kecil berbanding pencarian 2017.

Kawasan carian pesawat berkenaan lima tahun lalu seluas 120,000 km persegi dan merupakan pencarian terbesar pernah dilakukan pada masa itu.

Posisi MH370 dikatakan berada selepas lapan tahun menghilang
Gambar: Daily Mail

Lapor The Straits Times, teori Godfrey adalah berdasarkan pelapor penyebaran isyarat lemah (WSPR), isyarat radio amatur berkuasa rendah yang belum diterokai sebelum ini.

Untuk makluman, WSPR merupakan isyarat bagi mengesan anomali yang mungkin disebabkan oleh objek besar seperti pesawat MH370.

Penemuan ini termasuk data yang dikatakan menunjukkan pesawat itu terkesan satu siri gelombang radio di ruang udara lengang semasa pesawat itu berlalu

Maklumat ini digunakan Godfrey untuk menyokong lokasi MH370, bertentang dengan data satelit dan pemodelan drift.

Melalui sebuah kenyataan dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, pihak berwajib telah meminta Geosains Australia untuk menyemak datanya dari 2017 untuk mengesahkan semula bahawa tiada sesuatu yang ‘menarik’ dikesan di kawasan yang dicadangkan Godfrey.

Teori MH370 ditembak jatuh

Teori lain turut dikemukakan oleh seorang wartawan Perancis yang telah membuat liputan di rantau Asia-Pasifik sejak 30 tahun lalu.

Menurut The Straits Time, wartawan berkenaan turut menerbitkan sebuah buku yang menggariskan teorinya bahawa naratif rasmi telah direka dan pesawat berkenaan telah ditembak jatuh di Laut China Selatan dan ditutup-tutup sesuatu pihak.

Wartawan itu memetik sumber perisik sebagai menyatakan bahawa terdapat dua sistem amaran dan kawalan bawaan udara Amerika Syarikat (Awacs), pesawat di kawasan itu pada detik kehilangan MH370 dan sumber dari pihak tentera berkata bahawa keupayaan jamming ‘mereka’ adalah ‘fenomena’.

Pun begitu, kedua-dua teori yang beredar ini masih belum dapat dipastikan kerana masih kekurangan maklumat tentang kehilangan MH370 sejak lapan tahun lalu.

Flaperon pemodelan drift pencarian MH370
Gambar: The Guardian

Bercakap mengenai proses pencarian MH370, Menteri Pengangkutan Malaysia, Wee Ka Siong pada 6 Mac lalu berkata, pencarian pesawat itu tidak ‘dihentikan’.

“Kami hanya memerlukan bukti yang boleh dipercayai serta boleh diambil tindakan sebelum memulakan ekspedisi yang kita yakin mampu membuahkan hasil,” kata beliau.

Sehingga hari ini, setelah genap lapan tahun kehilangan MH370, mereka yang turut kehilangan ahli keluarga bersama pesawat ini masih menanti jawapan yang pasti berkait insiden ini. Semoga misteri kehilangan pesawat MH370 dapat diungkapkan tidak lama lagi.

Sumber: The Straits Times