Berita
(Video) Tidak Surut Sejak Semalam, Laluan Utama Kota Warisan Menuju KLIA Masih Tenggelam, Tidak Boleh Dilalui Kenderaan
Ekoran daripada banjir yang melanda di beberapa buah kawasan telah menyebabkan beberapa laluan ditutup. Menerusi laporan Bernama, tinjauan dilakukan di laluan utama Kota Warisan menuju ke KLIA masih lagi tidak boleh dilalui kenderaan akibat air masih tidak surut sejak semalam. Walau bagaimanapun, keadaan di Plaza Tol KLIA ketika ini hanya boleh dilalui menggunakan lebuhraya utama […]

Taburan Hujan Tinggi Di Beberapa Negeri, Ini 13 Tanda Awal Tanah Runtuh Yang Penduduk Setempat Perlu Tahu
Berikutan berita mengenai cuaca Monsun Timur Laut yang melanda negara, sudah banyak kawasan di beberapa buah negeri mula menerima taburan hujan yang tinggi. Keadaan ini juga telah menyebabkan berlakunya bencana alam banjir yang dapat menjejaskan kawasan dan merisikokan keselamatan penduduk. Bukan itu sahaja, turut dilaporkan beberapa kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan berterusan. Sudah […]
Laluan Menuju Jalan Seremban -Simpang Pertang Hubungkan Jalan Pantai & Jeram Toi Jelebu Ditutup
Ekoran hujan lebat yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia, terdapat jalan yang telah ditutup berikutan tanah runtuh yang berlaku. Seperti yang dilaporkan, laluan menuju ke Jalan Seremban – Simpang Pertang telah ditutup. Menerusi perkongsian melalui akaun rasmi Facebook Bernama laluan menuju ke Seremban – Simpang Pertang yang menghubungkan antara Jalan Pantai dan Jeram Toi, […]

(Video) Hati-hati, Keadaan Jalan Mendap Di Laluan Utama Ke Istana Negara Akibat Hujan Lebat
Hujan lebat yang melanda beberapa buah negeri boleh menyebabkan kerosakan jalan itu mungkin berlaku. Begitu juga dengan jalan menuju ke Istana Negara ini. Menerusi perkongsian video di akaun rasmi Facebook Bernama, dapat dilihat jalan mendap di laluan utama menghala ke Istana Negara akibat hujan lebat. Video itu memaparkan situasi laluan di situ yang menunjukkan keadaan […]
TNB Keluarkan Senarai Kawasan Alami Gangguan Bekalan Elektrik Libatkan 58 Kawasan Di Dua Negeri
Berikutan berita mengenai hujan dan banjir yang melanda di beberapa buah negeri, pastinya menimbul kebimbangan orang ramai dan menjejaskan bekalan di kawasan setempat. Menerusi perkongsian di Facebook rasmi TNB Careline pada jam 4:28 pagi tadi, beberapa pencawang elektrik mengalami gangguan bekalan di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Antara kawasan yang terlibat adalah seperti […]

(Video) Banjir Cecah Paras Pinggang, Keadaan Terkini Di Seksyen 22 Shah Alam, Jalan Utama Ke Bandar Mahkota Cheras Dari CKE Ditutup
Shah Alam boleh dikatakan ‘lumpuh’ ekoran banjir yang melanda sekitar ibu negeri Selangor itu dengan beberapa kawasan sudah dinaiki air. Hujan luar biasa sejak pagi semalam dan berterusan sehingga kini menyebabkan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir termasuk Shah Alam. Menerusi perkongsian di akaun rasmi Twitter Bernama, dapat dilihat kawasan banjir di Persiaran Jubli Perak, […]
Hujan Sangat Lebat Diramal Di Perak, Pahang, Selangor Hari Ini
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Perak ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang […]
Terowong SMART Ditutup Bagi Pengaktifan Sistem Banjir
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi pengaktifan sistem banjir susulan hujan lebat sejak Jumaat lepas. Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter memaklumkan bahawa penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 6.47 petang tadi. “Pihak SMART memohon agar pengguna […]
“Air Paras Kepala..,” Facebook Dipenuhi Rayuan Dipercayai Mangsa Banjir Mohon Bantuan, Ada Yang Minta Diselamatkan
Penduduk di Lembah Klang hari ini menghadapi detik-detik genting apabila ditimpa musibah banjir akibat daripada hujan lebat yang melanda sejak pagi semalam. Ketika ini, ada yang masih lagi terperangkap di jalan raya dan tidak kurang juga ada penduduk yang sedang menunggu bantuan kerana rumah sudah ditenggelami air sehingga ke paras bumbung. Menerusi tinjauan di dalam […]
Tanah Runtuh Dan Pokok Tumbang, Lelaki Mohon Bantuan, Dakwa 20 Kereta Terperangkap Di Jalan Bukit Tangga Jelebu
Keadaan cuaca hujan lebat yang berterusan hingga ke saat ini telah menyebabkan banyak jalan raya di beberapa negeri terkesan kerana dinaiki air. Dalam satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook di Group Anak-anak Jelebu, sekurang-kurangnya 20 kenderaan dipercayai telah terperangkap berdekatan tokong Cina, Bukit Tangga, Jelebu akibat tanah runtuh. Menerusi kiriman itu, Mohd Faizal Nor Azmi […]
TERKINI: 4 Sungai Utama Melepasi Paras Bahaya, Menteri Minta Warga KL Bersedia Dengan Segala Kemungkinan Banjir
Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa empat sungai utama di Kuala Lumpur telah melepasi paras bahaya. Antara sungai-sungai tersebut adalah Sungai Batu di Sentul, Sungai Klang di Tun Perak dan Sungai Kerayong di Razak Mansion. Beliau turut menasihatkan warga Kuala Lumpur supaya bersedia dengan kemungkinan banjir yang bakal melanda kota. […]
Sabah Benarkan Kunjungan Ke Rumah Sempena Krismas, Tahun Baharu – Masidi
KOTA KINABALU, 18 Dis (Bernama) — Kerajaan Sabah membenarkan kunjungan dari rumah ke rumah sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk pengunjung perlu lengkap vaksin COVID-19. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata tempoh masa satu-satu kunjungan tidak melebihi tiga jam dan perlu diselangi dengan kerja-kerja […]
Aset Tentera, Polis, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Dikerah Selamatkan Mangsa Banjir-PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi ketua Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara untuk menggunakan aset tentera, polis, Angkatan Pertahanan Awam, bomba dan agensi-agensi sokongan lain untuk memindahkan mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas. Menurutnya, pihak-pihak yang terlibat juga perlu memastikan bekalan makanan serta keperluan selain khidmat kesihatan […]
(Video) Banyak Tempat Dinaiki Air, Netizen Kongsi Keadaan Semasa Di Lembah Klang & Selangor
Cuaca lebat secara berterusan sejak semalam telah mengakibatkan banyak kawasan terutamanya di semenanjung Malaysia ditenggelami dengan air. Antara kawasan yang terkesan pada hari ini adalah di daerah Lembah Klang. Perkongsian daripada warganet berkenaan dengan keadaan semasa banjir yang berlaku di kawasan mereka. Antara yang dapat diperoleh adalah satu video yang dirakam dari Aeon Mall, Seksyen […]
PRN Sarawak: SPR Sahkan GPS Menang Majoriti Mudah, Bentuk Kerajaan Negeri
KUCHING, 18 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 45 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditawarkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 setakat 8.45 malam ini. Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata dengan keputusan itu , GPS berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertanding atau majoriti […]
Dipercayai Takut Masuk Neraka, Kisah Lelaki Minta Dikuburkan Dengan Duit, Untuk ‘Sogokkan’ Di Alam Sana
Setiap yang hidup, pasti akan merasa kematian. Hanya menunggu giliran sahaja. Biasanya, seseorang yang hidup itu akan meninggalkan wasiat kepada keluarganya sebelum dia meninggal dunia. Terdapat satu kisah unik dari negara Uganda yang menceritakan tentang seorang lelaki yang ingin dikebumikan dengan wang miliknya. Lelaki tersebut telah membuat wasiat supaya jenazahnya dikebumikan bersama wang tersebut sekiranya […]
Hujan Luar Biasa, Air Pasang Punca Banjir Di Selangor – MB
SHAH ALAM, 18 Dis (Bernama) — Hujan luar biasa sejak pagi semalam dan berterusan sehingga kini ditambah dengan kejadian air pasang menyebabkan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor memaklumkan bahawa taburan hujan telah mencecah 380mm. “Jumlah ini adalah lebih dua kali ganda taburan hujan […]
Plaza Tol Shah Alam Ditutup Sepenuhnya Akibat Banjir – PLUS
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menutup sepenuhnya Plaza Tol Shah Alam dan jalan susur persimpangannya mulai 2 petang hari ini, akibat banjir susulan hujan lebat sejak 24 jam lepas. Setakat ini, PLUS memaklumkan bahawa satu-satu jalan keluar yang dibuka untuk dilalui ialah di Plaza Tol Subang dan Seafield untuk laluan […]
(Video) Dipercayai Kerana Banjir, Tular Buaya Sungai Linggi Naik Ke Jalan Raya
Hujan lebat yang melanda beberapa negeri sejak beberapa hari yang lalu telah menyebabkan banjir dan kenaikan paras air yang tinggi di beberapa kawasan sehingga membantutkan kelancaran lalu lintas. Tidak cuma itu, tular hari ini mengenai satu video yang memaparkan seekor buaya di Sungai Linggi yang telah naik ke jalan raya dalam kejadian di sebuah jambatan […]
TERKINI PRN SARAWAK: Keputusan Tak Rasmi GPS Menang 42 Kerusi, Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri
Terkini, keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak hari ini menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memenangi 42 kerusi. Ia sekaligus memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. Menerusi kemas kini yang dikongsikan oleh Bernama setakat jam 6.30 petang tadi, GPS antaranya menang di Belaga, Balingian, Gedong, Bukit Saban, Bukit Sari, Semop, Baleh, Dalat, Kuala […]