Berita
TERKINI PRN SARAWAK: Keputusan Tak Rasmi GPS Menang 42 Kerusi, Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri
Terkini, keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak hari ini menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memenangi 42 kerusi. Ia sekaligus memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. Menerusi kemas kini yang dikongsikan oleh Bernama setakat jam 6.30 petang tadi, GPS antaranya menang di Belaga, Balingian, Gedong, Bukit Saban, Bukit Sari, Semop, Baleh, Dalat, Kuala […]
Susulan Banjir Kilat & Cuaca Tak Menentu, Semua Stor Giant Di Selangor & Lembah Klang Ditutup Sementara
Syarikat pasaraya terkenal, Giant Malaysia, memaklumkan bahawa semua stor Giant di Selangor dan Lembah Klang akan ditutup sementara dari jam 7.00 malam, 18 Disember 2021 sehingga diberitahu kelak. Menurut kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook rasmi Giant Malaysia, penutupan tersebut terpaksa dilakukan berikutan bajir kilat dan keadaan cuaca yang tidak menentu. Tarikh pembukaan semula serta kemas […]
(Video) Air Semakin Naik, Wanita Mohon Bantuan Pindahkan Anjing & Kucing Diselamatkannya Ke Shelter
Beberapa kawasan di Lembah Klang hari ini dilanda banjir selepas hujan lebat yang tidak surut sejak awal pagi semalam. Seperti yang dilaporkan, Pelabuhan Klang dan Shah Alam merupakan antara kawasan yang terjejas akibat banjir itu sehingga menyebabkan jalan raya dan perumahan penduduk ditenggelami air. Selain barangan, ada di antara penduduk yang kini sedang berusaha menyelamatkan […]
(Video) TERKINI: Netizen Kongsi Rakaman Sekitar Giant Seksyen 13 Shah Alam Didakwa Dimasuki Air
Hujang lebat secara berterusan sejak semalam telah membuatkan beberapa kawasan terutamanya di semenanjung Malaysia dinaiki air. Warganet yang berada di kawasan terkesan sempat untuk memuat naik beberapa foto serta video yang menunjukkan situasi kawasan mereka. Terbaru, netizen telah berkongsi beberapa keping gambar dan video yang mendakwa keadaan di sekitar Pasaraya Giant di Seksyen 13 Shah […]
Manusia Tertua Di China Meninggal Dunia Pada Usia 135
URUMQI, 18 Dis (Bernama) — Manusia tertua di China, Alimihan Seyiti, meninggal dunia di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada Khamis pada usia 135 tahun, lapor Agensi Berita Xinhua. Menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, beliau berasal dari Perbandaran Komuxerik di Daerah Shule di Wilayah Kashgar, Alimihan Seyiti dilahirkan pada 25 Jun 1886. Pada 2013, beliau mendahului […]

Lokasi Terakhir Di Pejabat Pos UIA, Wanita Rayu Warganet Bantu Kesan Adik Hilang Tanpa Jejak
Seorang wanita merayu kepada warganet di media sosial agar bersama-sama membantu mencari adik lelakinya yang hilang sejak beberapa hari yang lalu. Wanita tersebut yang menggunakan nama akaun @txquilasunrisx di Twitter memuat naik hebahan tersebut kira-kira pukul 3.32 petang semalam. “Dukacita aku nak maklumkan bahawa orang yang dalam post ni adalah adik aku. Dengan rendah hati, […]
(Video) Dipercayai Serangan ‘Balas Dendam’, Kumpulan Monyet Dilapor Bunuh 250 Ekor Anjing
Beberapa ekor monyet dilaporkan telah membunuh 250 ekor anjing di sebuah daerah di India dengan mengheret haiwan itu ke puncak bangunan dan pokok sebelum menjatuhkannya ke bawah. Memetik laporan Daily Mail, penduduk mendakwa bahawa keganasan yang berlaku itu merupakan tindakan ‘balas dendam’ selepas sekumpulan anjing membunuh salah seekor bayi monyet tersebut. Insiden ngeri itu telah […]
(Video) Suara ‘Sebiji’ Macam Rossa, Juri Sangka Lelaki Ini Hanya “Lipsync”, Sampaikan Rossa Sendiri Pun Tak Percaya
Seorang peserta program X Factor Indonesia 2021 yang berasal dari Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia telah membuat lima juri profesional program tersebut tergamam. Ianya adalah kerana suara unik yang dilontarkan pemuda bernama Gan Gan Wigandi itu semasa dia menyanyikan lagu nyanyian asal Rossa berjudul Hati Yang Kau Sakiti di pentas ujibakat X Factor Indonesia 2021. Pada […]
8 Tahun Berbakti Di Sarawak, Luahan Pilu Cikgu Sebelum Pulang Ke Semenanjung, “Mereka Banyak Memanusiakan Aku”
Tugas seorang guru bukannya mudah terutama apabila berada di kawasan pedalaman yang serba kekurangan. Namun, kebanyakan dari mereka tidak pernah berputus asa dan terus bersemangat untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia yang berguna. Seperti yang diketahui, ramai guru dari semenanjung yang telah ditugaskan atau ‘posting’ di negeri Sabah dan Sarawak selama bertahun-tahun. Banyak ujian dan […]
Awas, MBSJ Keluar Amaran Paras Air Tinggi Di IOI Puchong & USJ 13
Kawasan sekitar IOI Puchong dan USJ 13 masing-masing telah menerima amaran paras air yang tinggi di kedua-dua lokasi hari ini. Amaran tersebut dikeluarkan melalui kadar bacaan Sistem Pengawasan Paras Air dari Pusat Kawalan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). Bagi IOI Puchong, paras air yang tinggi direkodkan iaitu 1.62 sentimeter, manakala USJ 13 juga mencatatkan paras […]

Bantu Rakan Baiki Kereta Sebelum Jadi Korban Nahas – Adik
SHAH ALAM, 18 Dis (Bernama) — “Saya sempat berbual dengan abang kira-kira pukul 10 malam tadi ketika beliau pulang dari kerja dan bersiap-siap untuk keluar semula difahamkan bagi membantu rakannya yang mengalami kerosakan kereta di jalan raya,” kata Muhamad Farhan Rolex. Muhamad Farhan, 24, adik kepada Mohamad Rahimi Rolex, 27, yang merupakan seorang daripada 10 mangsa yang maut dalam kemalangan ngeri berhampiran kawasan Rehat & Rawat […]

KKM Kesan 11 Lagi Kes Varian Omicron Di Negara Ini – KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 11 lagi kes COVID-19 varian Omicron dikesan di negara ini. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 11 kes tersebut adalah kes import dari lima negara. Justeru, jumlah kumulatif bagi kes import yang disahkan varian Omicron di Malaysia setakat ini adalah 13 kes. Dalam pada […]

Kemalangan Maut Lebuhraya Elite: Pemandu Lori Ditahan Bantu Siasatan – Polis
Pemandu lori yang terlibat dengan kemalangan maut melibatkan 10 individu di Lebuhraya Elite malam tadi telah ditahan untuk membantu siasatan. Perkara tersebut dimaklumkan pihak polis menerusi laporan ringkas Bernama, sebentar tadi. Sebelum itu, 10 individu dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite menghala Shah Alam, pada […]
Kes COVID-19 Hari Ini Catat Penurunan Berbanding Semalam
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 4,083 kes COVID-19 baharu pada hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini turut meningkat kepada 2,715,847 kes setakat ini. Difahamkan, jumlah kes baharu hari ini agak menurun berbanding semalam yang mencatatkan 4,362 kes. Dalam pada itu, jumlah kes sembuh dan kematian terbaharu akan dimaklumkan […]
Awas, Hujan Lebat Berterusan Bakal Melanda 9 Negeri Dan 2 Wilayah Sehingga Esok
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Hujan lebat berterusan diramal berlaku di Kelantan dan Pahang sehingga esok menyebabkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk atau jingga di dua negeri itu. Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, kawasan terlibat di Kelantan ialah Gua Musang manakala Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan di Pahang. […]

Indonesia Sahkan Dua Lagi Kes Varian Omicron
JAKARTA, 18 Dis (Bernama) — Indonesia mengesan dua lagi kes varian Omicron menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak tiga kes, kata pegawai Kementerian Kesihatan. Dua kes baharu itu melibatkan lelaki berusia 42 tahun yang tiba dari Afrika Selatan dan lelaki berusia 50 tahun dari Britain, dikaitkan dengan lima kes disyaki Omicron yang diumumkan pada Khamis. “Kes […]

Kemalangan Lebuhraya Elite: PM Ismail Ucap Takziah
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE, Shah Alam semalam. Menerusi catatan di akaun Facebook hari ini beliau berkata perkhabaran itu diterima dengan rasa sedih dan pilu. “Takziah kepada ahli keluarga mangsa dan saya doakan mereka tabah […]

Kenderaan Terkandas Akibat Banjir, Pemandu Tidur Dalam Kereta
SHAH ALAM, 18 Dis (Bernama) — Puluhan pemandu terpaksa bermalam di dalam kenderaan masing-masing malam tadi apabila laluan untuk pulang ke rumah mereka di Setia Alam di sini serta Bukit Raja dan Meru di Klang ditenggelami air berikutan hujan lebat di Lembah Klang sejak pagi semalam. Jalan-jalan utama di Setia Alam yang menghubungkan Meru dan […]

Akaun Instagram ‘@dghisham’ Adalah Palsu – Dr. Noor Hisham
Akaun Instagram @dghisham yang dibuat atas nama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah adalah palsu. Noor Hisham menafikan akaun itu miliknya, selain turut mendedahkan senarai beberapa nama asal akaun Instagram tersebut. “Untuk makluman, akaun Instagram dghisham ini adalah palsu dan bukan dikendalikan oleh saya mahupun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. “Dilampirkan nama-nama […]

(Video) Belum Ada Tanda Nak Reda, Warganet Kongsi Rakaman ‘Bandar Tenggelam’ Di Sekitar Shah Alam & Klang
Cuaca hujan yang berterusan sejak semalam masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Malah beberapa kawasan dan negeri di sekitar Semenanjung pula telah pun dinaiki air banjir. Semalam, warganet merakamkan beberapa foto dan video memaparkan keadaan hujan lebat, banjir dan pokok tumbang di Kuantan, Pahang. Antara lokasi utama yang terjejas termasuklah Gambang, Bandar Kuantan, Pekan […]