Berita
Adakah Roh Penjamin Hutang Akan Tergantung Sekiranya Tidak Sempat Melangsaikan Hutang Sebelum Mati?
Zaman sekarang ramai yang berhadapan dengan masalah kewangan. Memang ‘pening kepala’ bila memikirkan tentang hutang yang banyak perlu ditanggung dan tak mampu untuk dibayar. Tambahan pula kita merupakan penjamin hutang kepada seseorang pasti ianya menjadi beban ketika kita berada dalam kesusahan. Namun, terlintas difikiran tentang soal benarkah roh orang yang tidak melunaskan hutang akan tergantung? […]
Pesara Tentera Dibunuh Anak Lelaki Dipercayai Alami Masalah Kesihatan Mental
CYBERJAYA, 6 Dis – Seorang pesara tentera meninggal dunia selepas dicederakan dengan pisau pemotong kek selain dipukul bertubi-tubi oleh anak lelakinya yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental, dalam kejadian Rabu lepas di rumah mereka di Kampung Jenderam Hulu, di Sepang. Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata suspek yang berumur 48 tahun itu, sedang […]
7 Syarikat Pembinaan Terbaik Di Malaysia Dan Cara Nak Dapatkan 5 Mata CCD Oleh CIDB
Sektor pembinaan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia saling berkait rapat. Sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar atau ‘Gross Domestic Product’ (GDP) memacu sosio-ekonomi sektor pembinaan menerusi pengumpulan modal, penjanaan hasil dan penciptaan pekerjaan. Sektor ini pastinya memainkan peranan yang penting didalam ekonomi sekaligus merupakan antara industri yang berkembang pesat dengan pelbagai projek mega infrastruktur di […]
JPJ Dan PDRM Tawar Diskaun Bayaran Saman Bermula 9 Sehingga 12 Disember Ini
Pihak Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman bermula 9 Disember ini sehinggalah 12 Disember 2021. Menerusi perkongsian daripada laman Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia, kadar pengurangan bayaran saman akan diberikan bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Kaunter pengurangan bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur […]
TERKINI: Rendah Dari Semalam, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Kekal Paras Angka 4k
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 4,262 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,663,034 kes. Dalam masa yang sama, kes baharu yang dicatatkan hari ini dilaporkan menurun lagi sebanyak 4,262 kes berbanding semalam 4,298 kes dan kelmarin 4,896 kes. […]

FELCRA Berhad Agih Untung RM31.6 Juta Kepada 7,477 Peserta FELCRA Wilayah Sarawak
KOTA SAMARAHAN, 5 Disember – 7,477 peserta FELCRA di Wilayah Sarawak menerima durian runtuh menerusi agihan keuntungan FELCRA Berhad. Menurut Menteri Pembangunan Luar Bamdar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, agihan keuntungan berjumlah RM31.6 juta itu bagi tempoh Interim 1 dan 2 tahun 2021. “Saya mengucapkan tahniah kepada FELCRA dan juga peserta khususnya di Wilayah Sarawak hari […]
Pernah Terpalit Kontroversi, Usahawan Ini Tak Patah Semangat Uruskan Empayar Seorang Diri
Selepas terpalit dengan kontoversi hebat yang membabitkan perkahwinan keduanya bersama dengan seorang penyanyi ketuhanan pada sekitar tahun 2017 yang lalu, usahawan kosmetik sensasi, Joy Revfa akur perjalanan kisah rumah tangga tidak menyebelahi nasibnya. Pada tahun 2017 itu, hampir setiap inci kehidupan ibu tunggal kepada Muhammad Arryan Firdaus yang berusia tujuh tahun itu sering kali diintai. […]
Tular Aksi Lagak Marshal Kawal Trafik Untuk Bagi Laluan Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi, Polis Kesan Individu Terlibat
Tular baru-baru ini, sebuah rakaman video telah dimuat naik memaparkan seorang individu melakukan aksi marshal dengan mengarahkan kenderaan lain untuk bergerak ke lorong kiri, dipercayai berlaku di Port Dickson. Menerusi rakaman video yang berdurasi 3 minit itu, terlihat individu memberikan arahan marshal kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan […]

(Video) Baru Pukul 4.30 Petang Tapi Dah Gelap Gelita, Penduduk Kongsi Rakaman ‘Hujan’ Abu Akibat Letusan Gunung Berapi
Keadaan di perkampungan sekitar Gunung Semeru menjadi gelap gelita akibat daripada muntahan debu tebal dari gunung tersebut yang dilaporkan kembali aktif. Gunung berapi setinggi 3,676 meter dari paras laut ini mengeluarkan debu panas sehingga bercucuran seperti hujan jatuh ke tanah dan mengakibatkan kebimbangan penduduk terutamanya keselamatan mereka terjejas. Seperti rakaman yang dikongsikan penduduk sekitar, dia […]

Inspektor Direman Tiga Hari Cederakan Dan Maki Hamun Anggota Polis
GEORGE TOWN, 5 Dis- Seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan kerana memaki hamun dan mencederakan anggota polis awal pagi semalam di Lebuh Queen, di sini direman tiga hari bagi membantu siasatan kes itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata berdasarkan siasatan lelaki berusia 35 tahun yang bertugas di negeri Perak itu sedang menjalani hukuman tahan […]

Tunggang Motosikal Bersama Mayat Kawan Baik Sebagai Kenangan ‘Perjalanan Terakhir’
QUITO – Sekumpulan individu dilaporkan mengeluarkan mayat rakan mereka untuk membawanya menunggang motosikal buat kali terakhir. Tindakan tersebut dijadikan sebagai simbol ‘perpisahan terakhir’ aneh yang dilakukan di negara itu. Menurut Daily Mail, mayat Erick Cedeno dikeluarkan dari keranda oleh sekumpulan rakannya semasa majlis pengebumian berlangsung di Portoviejo, wilayah Manabi. Cedeno yang berusia 21 tahun itu […]

“Dapat Teman Isteri Di Wad Buat Kali Terakhir,” Ayul Rahman Akur Isteri ‘Pergi’ Buat Selamanya
Siapa yang tidak kenal dengan seorang ‘streamer’ yang berkorban kariernya demi membiayai kos perubatan isteri yang sakit, Ayul Rahman memberitahu bahawa isterinya sudah tiada. Berita duka ini disampaikan olehnya sendiri menerusi laman Facebooknya Aylrhmn Gaming hari ini. Assalamualaikum, isteri saya Quya Anuar meninggal dunia pagi tadi. Mohon sedekahkan Al fatihah. Alhamdulillah urusan jenazah dipermudahkan. Terima […]

Arab Saudi Menerima Kemasukan Pelancong Yang Disuntik Dengan Vaksin Sputnik COVID-19
MOSCOW: Arab Saudi telah memberikan kelulusan untuk orang luar memasuki negara itu dengan syarat mereka perlu divaksin dengan suntikan Sputnik Rusia terlebih dahulu. Kemasukan ke Arab Saudi bagi umat ISlam adalah bagi umat Islam menunaikan ibadah haji atau umrah. “Kerajaan Arab Saudi telah memberikan kelulusan untuk kemasukan individu yang divaksin dengan vaksin Sputnik V Rusia […]

Sampai Kena Serbu Dengan Polis, Ubah Suai Rumah Sorang-Sorang Waktu PKP, Belajar Dari Youtube Je
Siapa yang tidak suka apabila rumahnya diubahsuai menjadi lebih cantik dan ada ‘aura’ baru di dalam rumah tersebut. Ya, tidak dinafikan jika seseorang itu memiliki ‘tangan’ yang kreatif, semua benda akan menjadi. Seperti kisah seorang lelaki yang dikenali Jinggo Zaidi ini mulakan cabarannya dengan mengubahsuai rumah kediamannya sendiri hanya merujuk kepada saluran Youtube sahaja. Jelasnya, […]

Piala AFF: Faizal Dan Khairulazhan Positif Covid-19 Sehari Sebelum Aksi Pertama Harimau Malaya
Sehari sebelum aksi pertama Harimau Malaya menentang Kemboja di saingan Piala AFF Suzuki 2020, skuad bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita dua pemain yang didapati positif COVID-19 selepas keputusan ujian PCR yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Jumaat lalu diperolehi. Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kedua pemain yang […]
Polis Tahan Lelaki Bersama Dadah Bernilai RM412,000 Di Sungai Petani
SUNGAI PETANI, 5 Dis – Polis menahan seorang lelaki serta merampas dadah disyaki ganja seberat lebih 164 kilogram dengan anggaran bernilai RM412,000 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tikam Batu menghala ke Kuala Lumpur dekat sini, Khamis lepas. Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari berkata lelaki berusia 34 tahun yang beralamat di Segamat, […]
Ibu Kandung, Kekasih Disyaki Dera Anak Hingga Maut Direman Seminggu
JOHOR BAHRU, 5 Dis (Bernama) — Seorang wanita dan kekasihnya direman seminggu selepas disyaki mendera hingga menyebabkan kematian anak kandung lelakinya yang berusia lima tahun di sebuah rumah di Nusa Bestari dekat Iskandar Puteri, Jumaat lepas. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata wanita berusia 35 tahun dan lelaki berusia 32 tahun itu […]
Harga Ayam Akan Turun, KPDNHEP Akan Kaji Semula Harga Maksimum Ayam Mentah
Seperti sedia maklum, harga barang keperluan telah naik susulan keadaan ekonomi pada masa kini. Dalam keadaan di mana semua harga barang meningkat naik, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP) baru-baru ini memberitahu bahawa akan berlakunya penurunan harga bagi ayam mentah. Harga maksimum ayam RM9.30 sekilogram yang telah ditetapkan kerajaan akan dikaji semula […]
KPM Tidak Cadang Tutup Sekolah Awal Susulan Kes Covid-19 – Radzi Jidin
PENDANG, 5 Dis – Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk menutup sesi persekolahan bagi negeri yang berada di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) lebih awal daripada tarikh cuti penggal meskipun terdapat jangkitan kes positif COVID-19 dalam kalangan murid. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata setakat ini terdapat 200 kes membabitkan murid dan […]
TERKINI: Kekal Di Paras Angka 4k, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Turun Lagi
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kes baharu COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini adalah 4,298 kes. Menerusi ciapan di akaun rasmi Twitter Bernama, angka tersebut telah menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,658,772 kes. Dalam masa yang sama, kes baharu yang dicatatkan hari ini dilaporkan menurun lagi sebanyak 4,298 kes berbanding semalam 4,896 kes dan kelmarin 5,551 […]