Berita
PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar, Seru Pelajar Ambil Kesempatan Belajar ‘Online’ Secara Percuma
PTTI akan meneruskan misinya dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas lima tahun mengukuhkan jenamanya sebagai pakar pusat peningkatan akademik. Terbaru, jenama popular dalam dunia pembelajaran itu telah melancarkan satu kempen yang dikenali sebagai 2 Juta Bangkit Belajar pada 27 Oktober di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Dengan bertemakan ‘Berjuta Kejayaan Bermula dengan […]

(Video) CCTV Berjaya Rakam Dua Kejadian Di Tempat Sama, Seorang Curi Sangkar Burung, Seorang Didakwa Curi Telefon
Kes kecurian burung dan juga telefon bimbit berlaku di lokasi yang sama di Jalan Amarta, Pringgolayan, Condong Catur, Sleman Yogyakarta, lapor liputan6. Menerusi rakaman video CCTV di kawasan tersebut, kelihatan seorang individu didakwa mencuri seekor burung dan seorang lagi didakwa mencuri telefon bimbit. Seorang lelaki yang menunggang motosikal didapati telah memberhentikan motosikal berhampiran salah sebuah […]
Buruh Ladang Dipenjara 16 Tahun Sebabkan Kematian Suami Kekasih
TAWAU, 27 Okt (Bernama) — Seorang buruh ladang warga Indonesia yang sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh suami kekasihnya, hari ini dijatuhi hukuman penjara 16 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan senegaranya itu. Hakim Dr Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 24 tahun itu selepas tertuduh […]
Anjur Sidang Akhbar PRN Melaka, Parti MUDA Dikompaun RM4,000 Ingkar Larangan Berhimpun
MELAKA, 27 Okt (Bernama) — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 kerana mengingkari larangan berhimpun dengan mengadakan sidang akhbar di sini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad dalam kenyataan malam ini berkata tindakan itu diambil berikutan perhimpunan berkenaan menyukarkan penjarakan fizikal dilakukan. “Kompaun tersebut dikeluarkan kepada penganjur program itu yang […]
Berlaku Rampasan Kuasa Oleh Pihak Tentera, Sudan Digantung Dari Kesatuan Afrika
Susulan rampasan kuasa tentera terhadap kerajaan Sudan, Kesatuan Afrika (AU) dalam satu kenyataan hari ini menggantung negara tersebut dari kesatuan. Sejak 6 Jun 2019, Majlis Keamanan dan Keselamatan Kesatuan Afrika (PSC) telah menahan penglibatan Republik Sudan dalam sebarang aktiviti kesatuan. Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada negara tersebut keluar dari kemelut politik setelah rampasan kuasa […]
Tangan Anak Melecur Dipercayai Akibat ‘Cuai’, Seorang Ibu Tunggal Didenda RM9,000
KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal dikenakan hukuman denda sebanyak RM9,000 oleh mahkamah seksyen kerana cuai menjaga anak lelakinya yang baru berusia tujuh bulan sehingga mengalami kesan melecur pada bahagian lengan dan bawah ketiak. Hakim Isralizam Sanusi menjatuhkan hukuman selepas peniaga barangan kosmetik dalam talian itu menukar pengakuannya kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes, hari […]
Baik Untuk Kanak-Kanak, Ini Antara Vitamin Yang Boleh Diberi Pada Anak-Anak Anda
Syarikat bumiputera sepenuhnya yang telah menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan iaitu Eskayvie Sdn Bhd pada hari ini telah mengorak langkah baharu apabila melancarkan produk vitamin terbarunya yang bernama Diffenz Junior dalam satu majlis yang diadakan di Hotel St Regis. Pelancaran produk tersebut dilihat sebagai bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju ke endemik […]
Kanak-kanak Berusia Tiga Tahun Disahkan Kes Indeks Kluster Babitkan Pusat Pendidikan
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah dikenal pasti sebagai kes indeks kluster Covid-19 yang membabitkan pusat pendidikan di Kuala Lumpur, lapor Kementerian Kesihatan. Kanak-kanak itu disahkan positif Covid-19 pada Sabtu, 23 Oktober, selepas dia mula mengalami gejala pada 20 Oktober yang lalu. Sebanyak 46 individu yang dikaitkan dengan kluster itu telah disaring dan […]
Banjir: Sebuah Lagi PPS Dibuka Di Baling
ALOR SETAR, 27 Okt (Bernama) — Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Baling hari ini menjadikan jumlah PPS aktif di daerah itu ketika ini ialah tiga yang menempatkan 79 mangsa daripada 21 keluarga. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah berkata PPS itu ialah Dewan Orang Ramai Bonggol Derom yang dibuka pada 9 pagi […]
Isu Tular Bahan Merbahaya Dalam Makanan Termasuk Biskut Dijual Di Malaysia, Ini Jawapan KP Kesihatan
Susulan isu pencemaran bahan karsinogen acrylamide dan glycidol dalam beberapa jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut yang diwar-warkan baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini tampil memberi kenyataan. Menurut kenyataan tersebut, laporan berkait pencemaran 60 jenama produk yang dijual di pasaran itu dibuat oleh CHOICE Magazine di laman web Majlis Pengguna Hong […]
Soh Wai Ching Muncul Juara Larian Menara Empire State 2021 Sebagai Wakil Malaysia
Soh Wai Ching merupakan pelari menara yang mewakili negara Malaysia. Terbaharu, dia telah mewakili Malaysia bagi perlumbaan larian menara di New York, Amerika Syarikat. Pada tahun ini, bangunan 86 tingkat di Empire State, New York telah dipilih sebagai tempat untuk menjayakan acara perlumbaan larian pendakian tersebut. Hebatnya, Wai Ching telah berjaya menamatkan acara larian menara […]

PERHILITAN Negeri Sembilan Tangkap Buaya Tembaga Seberat 80 Kilogram Di Sekitar Batu 12
SEREMBAN, 27 Okt (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan berjaya menangkap seekor buaya tembaga berukuran 2.52 meter panjang selepas memasuki perangkap yang dipasang di sekitar Batu 12 di sini, pada 9 Oktober lepas. Pengarahnya, Nurul Ermi Ramli berkata perangkap itu dipasang sehari selepas aduan orang awam mengenai kehadiran buaya […]
Harga RON97 Naik 10 Sen Bermula Esok, Hampir Cecah RM3 Seliter, RON95 Dan Diesel Kekal
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Harga runcit petrol RON97 naik 10 sen seliter kepada RM2.97 mulai esok hingga 3 November, menurut Kementerian Kewangan. Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh sama. Menurut kementerian itu, ia berdasarkan penetapan harga […]
Hargai Kerja Keras, Keanu Reeves Hadiahkan 4 “Stuntman” John Wick Jam Tangan Rolex
Dikenali sebagai salah seorang penggiat seni yang ‘bersih’ dari kontroversi, Keanu Reeves sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dia dilaporkan telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada empat orang pelakon aksi lagak ngeri dalam John Wick 4. Menurut Metro.co, hadiah itu diberikan oleh Keanu sempena tamatnya penggambaran filem aksi tersebut dan ia sebagai penghargaan di atas […]
11 Barangan Disenarai Di Bawah SHMMP Sempena Deepavali
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) — Sebanyak 11 barangan disenaraikan sebagai harga terkawal bagi tempoh 1 hingga 7 Nov ini di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Deepavali yang disambut pada Khamis depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata 11 barangan tersebut ialah ayam hidup; ayam standard; ayam […]

(Video) Raih 7.5 Juta Tontonan, Kerengga Ni ‘Pasrah’ Ditinggal Sendiri Lepas Bantu Rakan Panjat Daun
Terkena gigitan kerengga ni sakit tapi lagi sakit jika ditinggalkan. Bila kita dah usaha sama-sama, susah sama-sama tapi kena tinggal mesti pedih kan? Begitu juga dalam persahabatan atau apa-apa perhubungan, jika kita ditinggalkan sudah pasti terasa sakit. Walaupun sering kali kita dengar belajar untuk bekerjasama seperti semut mahupun kerengga, tetapi jika kita dah usaha sama-sama […]
ASEAN, Australia Perlu Tingkat Kerjasama Hadapi Kecemasan Kesihatan Pada Masa Depan – PM
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — ASEAN dan Australia perlu bersedia menghadapi kecemasan kesihatan awam dan kemunculan penyakit baharu pada masa depan, melalui perkongsian pengetahuan serta program pembinaan kapasiti, termasuk memanfaatkan teknologi digital. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian pada Sidang Kemuncak ASEAN-Australia yang julung kali diadakan secara maya pada Rabu. Beliau berkata […]
Mahkamah Tolak Rayuan Ibu Mualaf Untuk Kembalikan Status Masuk Islam Dua Kanak-Kanak
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) — Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan seorang ibu yang mualaf dan Pendaftar Muallaf Wilayah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama Islam secara unilateral dua kanak-kanak. Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusan sebulat suara berkata Mahkamah Rayuan terikat dengan keputusan […]
SOP Menyelamat Ketika Banjir Akan Ditambah Baik
KUANTAN, 27 Okt (Bernama) — Prosedur operasi standard (SOP) menyelamat ketika musim banjir akan ditambah baik berdasarkan dapatan jawatankuasa siasatan insiden kematian seorang anggota bomba yang rebah dalam banjir ketika bertugas, minggu lepas. Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata selain empat pegawai JBPM, jawatankuasa yang […]
Netflix Bakal Hadir Dengan “Video Game” Didalamnya, Tiada Caj Tambahan Dikenakan
Netflix ialah sebuah platform streaming atas talian yang sering kita gunakan sekarang untuk menonton drama dan movie. Menurut detikINET, Netflix akan melebarkan sayapnya ke industri permainan video. Netflix menyatakan mereka mahukan sesuatu yang baharu dengan mamasuki pasaran permainan video. Hal ini kerana, akibat dari pandemik ini orang akan bosan jika hanya menonton rancangan sama ada dalam […]