Berita

PAS Nyatakan Kesediaan Untuk Hadapi Sebarang Kemungkinan Termasuklah PRN Melaka Jika Dilaksanakan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersiap-siaga akan segala kemungkinan yang berlaku selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan baru-baru ini. Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, parti itu kesal dengan pembubaran tersebut yang terjadi secara tidak dijangka. “PAS mengikuti perkembangan politik di Melaka dan melahirkan kekesalan di atas pembubaran DUN Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan […]
Mayat Lelaki Ditemukan Tersangkut Pukat Di Tanjung Piandang
PARIT BUNTAR, 6 Okt (Bernama) — Mayat seorang lelaki dewasa, dipercayai mangsa perbuatan khianat, ditemukan tersangkut pada pukat di perairan Laut Ban Pecah, Sungai Burung di Tanjung Piandang semalam. Ketua Polis Daerah Kerian Superintenden Mazuki Mat berkata polis menerima maklumat awam mengenai penemuan itu pada 10.04 malam dan mayat telah dibawa ke jeti Polis Marin Kuala Kurau. Beliau […]
Singapura Dalam Proses Mansuh Akta Hasutan Selepas 83 Tahun
SINGAPURA, 6 Okt (Bernama) — Singapura dalam proses memansuhkan Akta Hasutan yang digubal 83 tahun lepas, satu akta yang menetapkan kesalahan jenayah bagi perbuatan mempunyai unsur hasutan. Rang Undang-Undang (Dimansuhkan) Hasutan itu dibentang untuk bacaan pertama di Parlimen pada 13 Sept dan bacaan kedua pada 5 Okt, akan memansuhkan Akta tersebut, dan bakal memasukkan pindaan yang berkaitan […]
PM Thailand Mahu COVID-19 Di Empat Wilayah Selatan Dikawal
BANGKOK, 6 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha menggesa pihak berkuasa kesihatan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh satu hingga dua bulan, memandangkan peningkatan kes di empat wilayah selatan. Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana dalam satu kenyataan berkata kes COVID-19 di empat wilayah – Songkhla, Narathiwat, Yala dan Pattani – terus meningkat. Dalam 24 […]
“Tiada Yang Sudi Terima,” Wanita Dilapor Cabut 11 Batang Gigi Sendiri Kerana Tak Mampu Dapatkan Khidmat Doktor
Menderita enam tahun alami sakit gigi dipercayai akibat masalah gusi, seorang wanita di Suffolk memutuskan untuk mencabut sendiri 11 batang giginya, lapor Daily Mail. Menurut portal itu, Danielle Watts, 42, mendakwa tidak berjaya mendapatkan khidmat doktor gigi kerajaan dan juga tidak mampu untuk pergi ke klinik gigi swasta. Dipercayai tidak tahan menanggung kesakitan sejak sekian […]
Nelayan Jadi Jutawan Segera, Temui ‘Batu Terapung’ Bernilai Lebih RM 5.6 Juta
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Seorang nelayan dilaporkan telah menemui sejumlah besar muntah ikan paus yang kelihatan seperti batu pada mata kasar terapung di sebuah kawasan berdekatan pantai di selatan Thailand yang dianggarkan bernilai hampir 1 juta pound (RM5.6 juta). Narong Phetcharaj yang biasanya mendapat sebanyak 200 pound (RM1,134) sebulan […]
(Video) Detik-detik Pengantin Tiba-tiba Menjerit Ketika Akad Nikah, Dipercayai Disihir
Satu video yang memaparkan detik-detik upacara akad nikah sepasang pengantin telah menjadi tular di media sosial. Dalam video tersebut, pengantin wanita itu secara tiba-tiba menjerit sewaktu proses akad nikah berlangsung. Ada yang menyatakan bahawa dia telah terkena ilmu sihir. Dapat dilihat dalam video itu, proses ijab kabul tersebut bermula dengan lancar. Penghulu, wali nikah, saksi […]
(Video) Abang Ni Kongsi Tips Halau Kera Guna Ular Plastik, Lepas 3 Hari Kera Dah Tak Muncul
Kehadiran kumpulan monyet atau kera mungkin dianggap perkara biasa bagi sesetengah orang, namun ia juga sebenarnya boleh memberikan ancaman kepada kawasan kebun atau kediaman jika sudah tidak terkawal. Manakan tidak, apabila haiwan itu mula merasakan bahawa sesebuah kawasan mempunyai ‘bekalan’ makanan, mereka akan berulang kali datang dan sangat sukar untuk dihalau. Jika tidak mendapatkan makanan […]

‘Jika Saya Suka Mengawal, Usia Perkahwinan Dengan Najib Tak Capai 34 Tahun’ – Rosmah
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa tempoh perkahwinannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mencapai 34 tahun sekiranya beliau adalah seorang ‘yang suka mengawal’ seperti didakwa oleh pendakwaan. Rosmah, 69, berkata jika beliau mempunyai sikap ‘suka mengawal’ dan ‘mampu mempengaruhi keputusan dalam […]

(Video) Macam Sampan Seberangi Sungai, Pemandu ‘Selamber’ Bawa Kereta ‘Berenang’ Di Air Dalam
Sebuah kereta Hilux tular di media sosial selepas dirakam merentasi takungan air bagaikan perahu yang sedang melalui sungai. Menurut Otomotif.kompas.com, kenderaan itu merentasi air yang dalam sehingga menutupi bahagian bonet kereta berkenaan. Memetik Ketua Jabatan Sokongan Teknikal Pengedar PT Toyota Astra Motor, Didi Ahadi, hal itu merupakan tindakan berisiko kerana ia boleh menyebabkan air masuk […]

Perlu Duit Untuk Bayar Yuran Sekolah Adik, Ronaldo & Kembar Ditahan Curi Vespa
Sepasang kembar dilaporkan telah ditangkap oleh pihak polis kerana didapati mencuri motosikal vespa di Palembang, Sumatera Selatan. Menurut Detik News, Ronaldo dan Renaldi yang berusia 20 tahun sebelum itu dipukul oleh sekumpulan ‘budak punk‘ kerana kantoi mencuri motosikal milik salah seorang ahli kumpulan itu. “Kedua suspek adalah kembar, kami menangkapnya dalam kes kecurian satu unit […]
(Video) Dipercayai Kerana Terlalu Marah, Penduduk Bakar Pencuri Motosikal Hidup-hidup
Seorang lelaki dilaporkan telah ditangkap oleh penduduk setempat kerana disyaki mencuri motosikal di Desa Duwek Buter, Desa Rabasan, Kabupaten Bangkaian, Indonesia. Kerana geram dengan aktiviti jenayah yang dilakukannya, penduduk setempat dilaporkan telah membelasah lelaki itu beramai-ramai. Tak hanya itu, lelaki yang disyaki mencuri motosikal tersebut dilaporkan turut dibakar sehingga mati oleh penduduk. Memetik laporan Kompas.com, […]

“Asyik Sikit Masa Lagi Je,” Warganet Tanya ‘Berapa Sikit Lagi’ Untuk Rentas Negeri, Ini Jawapan Dr Noor Hisham
Peluang ‘keemasan’ untuk rakyat Malaysia dapat merentas negeri pulang ke kampung halaman masing-masing dijangka berlaku tidak lama lagi. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, orang awam perlu mengambil tindakan proaktif seperti yang disarankan Menteri Kesihatan mengenai pengambilan ujian air liur. “Sedikit masa lagi rakyat Malaysia akan dibenarkan merentas […]
(Video) Tak Padan Dengan Usia, Budak 2 Tahun Belanja “Skill” Jinakkan Ular Tanpa Rasa Takut
Satu video yang memaparkan seorang budak lelaki berusia 2 tahun ini berjaya menjinakkan seekor ular besar telah menjadi tular di media sosial. Matt Wright, dari Australia, sering membintangi rancangan TV National Geographic iaitu Outback Wrangler. Lelaki itu sebelum ini pernah dirakam mengusir buaya dari jarak yang dekat. Dia kini bertekad untuk menurunkan kemahirannya kepada anaknya […]
Imigresen Sudah Bersedia Jika Pintu Sempadan Dibuka Semula
PUTRAJAYA, 6 Okt (Bernama) — Jabatan Imigresen (JIM) sudah bersedia dari segi sistem, stok buku pasport dan tenaga kerja untuk pembukaan semula sempadan negara, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud. “Sekiranya kerajaan membuat keputusan membuka pintu sempadan negara dalam masa terdekat ini, JIM telah bersedia melaksanakan keputusan itu,” katanya kepada Bernama hari ini. […]
Kecoh Media Sosial Netizen Pakat Kongsi Mimpi Pelik, Kata Benda ‘Ganjil’ Nak Berlaku?
Bila bercakap mengenai mimpi, ada pelbagai pendapat yang akan timbul. Ada yang beranggapan, mimpi hanyalah satu khayalan atau mainan yang mengganggu tidur yang tidak perlu dilayan. Namun, ada juga yang merasakan mimpi itu membawa petanda dan alamat tertentu yang boleh mempengaruhi realiti. Saat kita bermimpi, seringkali ia melibatkan pertemuan dengan sosok tertentu, yang kita kenali […]
RON97 Naik Satu Sen, Harga RON95 Dan Diesel Tidak Berubah
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter kepada RM2.77 mulai esok (7 Okt) hingga 13 Okt, menurut Kementerian Kewangan hari ini. Dalam kenyataan hari ini kementerian itu berkata bagaimanapun harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 sehingga 13 Okt. Menurutnya ia berdasarkan […]
TERKINI: Aktiviti Lelongan Awam Bagi Sektor Pajak Gadai & Sektor Tembakau Serta Rantaiannya Dibenar Beroperasi Mulai 9 Okt
Aktiviti lelongan awam bagi sektor pajak gadai dibenarkan beroperasi dengan syarat ketat yang ditetapkan bermula 9 Oktober ini. Dalam masa sama, sektor tembakau dan rantaiannya juga dibenarkan beroperasi bagi negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya mulai 9 Oktober tersebut. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan pengumuman sedemikian dalam satu kenyataan, […]

TERKINI PPN: Johor Beralih Ke Fasa Tiga, Pahang Beralih Ke Fasa Empat Berkuat Kuasa 8 Okt – Hishammuddin
Negeri Johor akan beralih ke Fasa Tiga dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), sementara Pahang turut beralih ke Fasa Empat berkuat kuasa 8 Oktober ini. Makluman tersebut diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan, memetik laporan ringkas Bernama hari ini. Dalam pada itu, waktu operasi di pasar borong bagi negeri-negeri Fasa Dua […]
Pernah Tular Gambar ”Selfie“ Bergayanya, Gorila Dilapor Mati Dalam Dakapan Renjer Yang Selamatkannya Ketika Kecil
Seekor gorila yang sebelum ini pernah menjadi tular di seluruh dunia kerana berswafoto dilaporkan telah mati dalam pelukan ‘teman baiknya’ yang telah menyelamatkannya ketika bayi. Menurut Daily Mail, gorila yang dikenali sebagai Ndakasi itu dikatakan menghembuskan nafas terakhir pada usia 14 tahun sambil dipegang erat oleh penjaganya, Andre Bauma di Taman Nasional Virunga di Congo […]