Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Risiko Kemurungan, Ini Kesan Pasangan Curang Kepada Kesihatan Mental Seseorang

Gambar Hiasan Via Google

Curang merupakan salah satu daripada punca berlakunya keruntuhan rumah tangga dalam kalangan pasangan suami isteri. Bayangkan sudah berkahwin selama bertahun-tahun tetapi akhirnya bercerai kerana orang ketiga, ia satu detik hitam yang tidak mahu dialami oleh sesiapa pun.

Bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa perbuatan curang boleh mendatangkan impak buruk kepada hidup pasangan terutama dari segi kesihatan mental.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia di Facebook, dikhianati oleh orang yang anda sayangi bukan sahaja boleh beri kesan buruk kepada emosi anda, tetapi ia turut boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhannya.

Berikut merupakan beberapa kesan pasangan curang kepada kesihatan mental.

  1. Risiko kemurungan

  2. Cenderung untuk mengalami gangguan makan

  3. Mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam tingkah laku berisiko

  4. Risiko masalah kebimbangan melampau

  5. Kebarangkalian untuk mula minum alkohol atau ketagihan barang terlarang

Jika ada di antara anda yang mengalami keadaan seperti itu, anda dinasihatkan untuk:

  1. Berbual dan luahkan kekecewaan kepada rakan/ ahli keluarga yang anda percaya

  2. Sentiasa dapatkan sokongan dari keluarga dan rakan

  3. Dapatkan khidmat kaunselor untuk terapi kaunseling

Gambar: Public Health Malaysia

Sumber: Public Health Malaysia