Berita

Orang Ramai Boleh Buat Aduan Di MySejahtera Jika Ada Individu Atau Premis Langgar SOP
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman sosial rasmi memaklumkan, MySejahtera akan melancarkan butang ‘Aduan’ untuk laporan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di aplikasi tersebut. Orang ramai boleh membuat aduan pelanggaran SOP oleh individu atau premis kepada pihak berkuasa menerusi aplikasi MySejahtera. Butang ‘Aduan’ akan diaktifkan membolehkan orang ramai menggunakan kemudahan itu. Aduan yang boleh dibuat […]
Tak Tahu Punca Dari Mana, Lebih 400 Orang di 35 Negeri Di AS Dilapor Dijangkiti Bakteria Salmonella
Lebih daripada 400 orang di 35 negeri di Amerika Syarikat dilaporkan telah dijangkiti wabak jangkitan Salmonella. Menurut portal Al.com, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), kini sedang menyiasat insiden tersebut dan mengatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 419 kes yang disahkan dengan 66 orang telah dimasukkan ke hospital. Bagaimanapun, tiada kes kematian yang dilaporkan. Alabama merupakan antara […]
(Video) Tanpa Disuruh, Anjing Bijak Ini ‘Lari’ Ambil Tali & Tolong Tarik Kereta Sorong Tuannya Yang Tersangkut
Anjing adalah sejenis haiwan peliharaan yang sangat terkenal dengan sifat kesetiaan serta keterujaannya. Tak hanya itu, anjing juga dikatakan antara haiwan yang pintar dan patuh kepada arahan sekiranya dilatih. Seperti yang ditunjukkan dalam satu video tular di Twitter ini. Video tersebut dikongsikan menerusi akaun Twitter bernama @se_lancelot. Dalam video itu tampak bahawa seorang lelaki sedang […]
Turun Berentap Dengan Jepun, Netizen Minta Skuad Badminton Pakai Jersi Merah, Baru Ada “Ong”, Ini Respon BAM Seakan Terhibur
Pertembungan diantara pasukan badminton negara dengan pasukan badminton Jepun pastinya amat dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia. Perlawanan di peringkat separuh akhir ini dijangka akan bermula seawal jam 9 malam ini. Sekiranya pasukan negara berjaya menundukkan pasukan Jepun, Malaysia bakal mara ke perlawanan akhir bagi memburu Piala Sudirman. Perlawanan pertama bakal dimulakan dengan pemain beregu negara iaitu […]
Skuad Piala Dunia England Hadapi ‘Krisis’, 5 Pemain Enggan Divaksin, Dakwa Diri Terlalu Sihat Untuk Dijangkiti Covid-19
Skuad bola sepak England dihimpit krisis selepas lima orang pemain dalam pasukan tersebut tidak mahu divaksin, lapor Daily Mail. Tiga daripada pemain pasukan tersebut dilaporkan percaya bahawa mereka terlalu sihat untuk dijangkiti dengan virus COVID-19 sementara ada yang dihalang oleh isteri mereka. Salah seorang daripada mereka dikatakan dengan beraninya menyatakan bahawa dirinya terlalu ‘muda dan […]
Di Usia 76 Tahun, Presiden Filipina, Duterte Umum Bersara Dari Politik, Tak Bertanding Pilihanraya Akan Datang
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, 76, telah mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari politik selepas penarikan diri dari pencalonan naib presiden bagi pilihan raya tahun hadapan, lapor ABS CBN. Pada akhir bulan Ogos, Duterte mengatakan bahawa beliau akan mencalonkan diri sebagai naib presiden. Tindakannya itu ternyata mendapat pelbagai kritikan dari rakyat Filipina. Susulan itu, Duterte pada […]
Rasa Manis Daging Tak Hilang, Wanita Kongsi Tips Simpan Barang Basah Dalam Plastik Ziplock, Lagi Mudah Nak “Defrost”
Barang basah seperti daging, ayam, dan makanan laut merupakan bahan yang wajib ada di dapur. Namun, agak mustahil untuk membeli kesemua bahan tersebut setiap hari kerana kekangan waktu yang dihadapi terutama bagi golongan ibu atau wanita yang bekerja. Disebabkan itu, bahan-bahan tersebut kebiasaannya akan diletakkan di dalam bekas dan disimpan di dalam peti sejuk. Bagaimanapun, […]
TERKINI: 10,915 Kes COVID-19 Baharu Yang Dilaporkan Hari Ini, Sarawak Catat Kes Paling Tinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 2 Oktober 2021, 12:00 Tengah Hari, sebanyak 10,915 kes baharu COVID-19 dilaporkan. Sehingga 2 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,915 kes (2,268,499 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor – 1,386 (680,616)Sarawak – 2,121 (214,158)Sabah – 784 (199,629)Johor – 1,124 (198,186)WPKL – […]
Gempa Bumi Kuat 7.2 Skala Richter Dilapor Gegar Kepulauan Vanuatu Sebentar Tadi
Satu gempa bumi dengan kekuatan 7.2 skala Richter dilaporkan telah berlaku di Rantau Kepulauan Vanuatu pada jam 2.29 petang tadi. Menurut Perth Now, gempa itu berlaku pada kedalaman 528km dan terletak sekitar 1750km dari Australia utara Bagaimanapun, tiada sebarang amaran tsunami yang dikeluarkan. NO TSUNAMI THREAT FOR AMERICAN SAMOA from a 7.2 magnitude earthquake near […]
(Video) Kenyang Telan Kambing, Ular Sawa Seberat 70kg Berjaya Ditangkap APM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular sawa seberat 70 kilogram (kg) selepas ianya kekenyangan menelan seekor kambing di Jalan Besar, Behrang Stesen di sini semalam. Seorang pekerja kandang kambing yang berusia 39 itu telah menemui ular sawa tersebut sewaktu dia sedang membersihkan kandang berkenaan. Pegawai APM Daerah Mualim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin […]
Pertahanan TFC Terlepas Aksi Antarabangsa Kerana Turun Ke Laut
SEPANG, 2 Okt (Bernama) — Pemain pertahanan Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni tidak melaporkan diri bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Jordan, kerana turun ke laut. Pengesahan itu dibuat Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap pengurus skuad Harimau Malaya Datuk Mohd Yusoff Mahadi. Mohd Yusoff berkata beliau […]
Azalina Dilantik Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia). Perkara itu dikongsikan Azalina menerusi hantaran di akaun Facebooknya hari ini, yang turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan itu. “Terima kasih […]
COVID Beri Banyak Pengajaran, Rakyat Lebih Bersatu, Berdisiplin – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Pandemik COVID-19 memberi banyak pengajaran kepada semua dan rakyat kelihatan lebih bersatu serta berdisiplin dalam menghadapi musuh yang sama. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dari segi ekonomi, ramai yang dahulunya berniaga secara tradisional termasuk orang kampung telah beralih kepada kaedah terkini, secara dalam talian yang semakin popular sekarang. “Pandemik ini kita dapat […]
(Video) “Hina Sangat Ke Jadi Security?,” Diminta Tukar Kerja Yang Lebih Baik, Wanita Jawab ‘Asalkan Duit Masyuk’
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selagi masih ada kudrat, selagi itulah kita perlu berusaha untuk mencari rezeki dengan melakukan apa jua jenis pekerjaan yang halal. Tambah-tambah lagi dalam keadaan getir pada ketika ini yang memperlihatkan ramai yang telah kehilangan pekerjaan. Justeru, mereka melakukan apa saja kerja yang berada di depan mata walaupun terpaksa […]
Tinggal Lagi 4 Peratus Sebelum Kita Tarik Semula Larangan Merentas Negeri- KJ
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa sebanyak 86% populasi dewasa di negara ini dilaporkan sudah lengkap divaksinasi. Menerusi ciapan akaun Twitter rasmi beliau, hanya 4% sahaja lagi diperlukan bagi membolehkan larangan aktiviti rentas negeri dapat ditarik semula. “86% populasi dewasa telah lengkap divaksinasi. Tinggal 4% sahaja lagi untuk kami menarik semula larangan merentas negeri,” […]
“Sudah Tapau Ayam Penyet…”, Chong Wei ‘Basah’ Ketiak Lagi, Tengok Malaysia Kali Pertama Tewaskan Indonesia Di Piala Sudirman
Skuad badminton negara melakar kejutan apabila berjaya menewaskan Indonesia 3-2 dan mara ke pusingan separuh akhir Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland, awal pagi tadi. Kemenangan itu menamatkan kemarau terkandas di suku akhir sebanyak tiga kali sebelum ini. Bangga dengan pencapaian pasukan Malaysia, bekas pemain nombor 1 negara, Datuk Lee Chong Wei mengucapkan tahniah dan […]
Tinggal 3.2 Peratus Untuk Capai 90 Peratus Vaksinasi Populasi Dewasa
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Sebanyak 3.2 peratus lagi diperlukan untuk mencecah angka 90 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi. Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat pukul 11.59 malam tadi (1 Okt), seramai 20,317,843 individu atau 86.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah […]
Tersalah Ambil Picagari Kosong Ketika Proses Vaksinasi Seorang Remaja
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Seorang petugas kesihatan (penyuntik) tersalah mengambil satu picagari kosong ketika proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun yang videonya tular baru-baru ini. Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata siasatan awal oleh ProtectHealth mendapati kejadian tersebut berlaku di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM) pada […]
Calon Guru Kantoi, Guna Selipar Dilengkapi “Bluetooth” Untuk Meniru Dalam Peperiksaan
Seramai 10 orang dilaporkan telah ditangkap di India kerana merancang untuk menipu dalam peperiksaan dengan menggunakan peranti Bluetooth yang disembunyikan di dalam selipar mereka. Difahamkan, Peperiksaan Kelayakan Rajasthan untuk Guru (REET) itu telah berlangsung pada Ahad lalu dan melibatkan 1.6 juta pelajar. Polis dikatakan mempunyai kebenaran untuk merampas akses internet mudah alih ketika peperiksaan itu […]
(Video) Gunung Berapi Kilauea, Antara Paling Aktif Di Dunia Dilapor Meletus, Pakar Bimbang Letusan Mungkin Berlaku Berbulan Lamanya
Gunung berapi Kilauea di Hawaii dilaporkan kembali meletus pada Rabu dan memuntahkan lava di Taman Nasional Gunung Berapi Hawaii. Menurut CNN, keadaan gunung berapi itu kini dipantau walaupun ia tidak menimbulkan bahaya kepada penduduk terdekat di Pulau Besar Hawaii. “Peningkatan aktiviti gempa dan perubahan pola bentuk tanah di puncak Kilauea mula berlaku pada kira-kira tengah […]