Berita

PGA7 Rampas Lebih 6,000KG Beras Siam, Tahan Sembilan Individu
TUMPAT, 28 Sept (Bernama) — Operasi Khas bagi melumpuh kegiatan penyeludupan beras di sempadan Malaysia-Thailand mendapati setiap runner mengambil upah antara RM20 hingga RM30 bagi setiap penghantaran beras ke satu-satu lokasi. Difahamkan, kesemua beras itu dibawa menggunakan pelbagai jenis kenderaan dalam skala kecil selepas berjaya melepasi sempadan. Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari […]
Penjelasan Vaksin COVID-19 Perlu Disampaikan Kepada Pelajar
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Penjelasan mengenai vaksin COVID-19 harus diberikan kepada remaja atau pelajar sekolah secara berterusan supaya mereka lebih prihatin tentang pencegahan penyakit dalam mengekang penularan wabak berkenaan terhadap golongan itu. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Wang Heng Suan berkata walaupun tiada undang-undang yang mewajibkan pelajar mengambil vaksin, […]

(Video) Detik Cemas Kepala Air Tiba-tiba ‘Menyerang’, Dua Dilapor Maut, Seorang Masih Hilang
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan terkorban dalam kejadian kepala air di sebuah air terjun Tinubdan di Cebu, Filipina. Menurut Manila Bulletin, setakat berita itu ditulis, seorang lagi wanita berusia 32 tahun masih hilang dalam kejadian pada jam 1 petang waktu tempatan, Ahad lalu. Mangsa pertama berusia 17 […]
“Saya Dapat Rasakan Dia ‘Hidup’,” Kisah Wanita Alami Kerasukan, Dipercayai Berpunca Dari Patung Kesayangan
Patung sering menjadi permainan anak-anak kecil tak kira lelaki mahupun perempuan. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menyimpan anak patung adalah harus jika dijadikan permainan, namun haram untuk dimuliakan. Berikut adalah kesimpulan dalam petikan Al-Kafi #1331: Hukum Menyimpan Patung Permainan Kanak-kanak yang diterbitkan pada 2019 yang lalu. Berdasarkan nas al-Quran dan hadith di atas, jelaslah kepada […]

Nombor Telefon Dalam ‘Squid Game’ Dilapor Ada Pemilik Sebenar, Dakwa Terima 4,000 Panggilan
Seorang individu mendakwa telah menerima lebih kurang 4,000 panggilan setelah nombor telefonnya didedahkan dalam siri terkenal Netflix, Squid Game sejak ia ditayangkan pada 17 September lalu, lapor Today Online. Menurut portal itu, individu berkenaan yang menggunakan nombor tersebut selama lebih 10 tahun mendakwa telah menerima panggilan berterusan sehingga mengganggu kehidupan hariannya. “Saya telah padam lebih […]
Bekas Atlet Naturalisasi Didakwa Tipu Bekas Setiausaha MOM
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) — Seorang bekas atlet naturalisasi negara didakwa menipu bekas pegawai kanan sukan Datuk Sieh Kok Chi dan anak perempuannya yang cacat hampir RM1.5 juta dalam kes hartanah. Bekas setiausaha kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dari 1992 hingga 2015 itu mendakwa tanda tangan anaknya, Sieh Shen-Nern yang terlantar akibat ‘neuron degeneration’, […]

Taat Cakap Ibu, Pelajar Tak Nak Buka ‘Facemask’ Walau 2 Saat Untuk Tangkap Gambar Sekolah
Memakai pelitup muka sudah menjadi norma baharu di kebanyakan negara sejak wabak COVID-19 melanda dunia. Pun begitu, kita masih dibenarkan membuka pelitup muka dalam sesetengah keadaan seperti makan, minum atau menangkap gambar. Tapi lain pula dengan kanak-kanak asal Las Vegas ini. Kerana tak mahu buka pelitup muka semasa sesi bergambar di sekolah, kanak-kanak enam tahun […]
Bayi Maut Jatuh Ke Dalam Lubang Tandas Sebaik Dilahirkan – Bomba Selangor
SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) — Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang tandas sebaik sahaja dilahirkan di sebuah rumah di Parit 7, Sekinchan petang tadi. Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata ketika kejadian kira-kira 4.03 petang itu, seorang wanita yang sedang mengandung kira-kira tujuh bulan melahirkan bayinya secara tidak […]
Polis Kelantan Terima Laporan Kenderaan ‘P45’ Langgar Peraturan Jalan Raya
KOTA BHARU, 27 Sept (Bernama) — Polis Kelantan mengesahkan telah menerima satu laporan berkaitan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘P45’ yang memandu secara berbahaya sehingga tular dalam Facebook, sejak semalam. Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Supt Suhaimi Jusoh dalam kenyataan hari ini memaklumkan susulan itu, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. […]
Ingatkan Reaksi Malu, Rupanya Ini Maksud Sebenar Di Sebalik Emoji ‘Monyet Tutup Mata’
Selain teks, emoji juga seringkali digunakan ketika berbalas mesej, baik dengan keluarga atau rakan-rakan. Emoji adalah satu bentuk komunikasi untuk menggambarkan emosi kita ketika membalas mesej. Antara emoji yang sering kita nampak dalam aplikasi permesejan adalah emoji monyet tutup mata. Mungkin ada yang beranggapan bahawa emoji ini digunakan untuk menggambarkan perasaan malu. Tapi tahukah anda, […]
Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Bulan Hadapan
PUTRAJAYA, 27 Sept (Bernama) — Kebenaran rentas negeri dijangka akan dapat dilakukan bulan hadapan (Oktober) bersandarkan kepada data selepas 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Kemungkinan pada Oktober sama ada pada peringkat awal atau selewat-lewatnya pertengahan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPN Bilangan 3/2021 di sini […]

Majlis Jadi Kecoh, Bapa Pengantin Perempuan Sepak Bakal Menantu Ketika Akad Nikah
Sebuah majlis pernikahan kecoh apabila bapa pengantin perempuan bertindak menendang bakal menantunya semasa sesi akad nikah berlangsung, lapor Tribunnews. Video ini sempat beredar di beberapa platform media sosial baru-baru ini. Dalam video tersebut, awalnya keadaan dilihat baik-baik sahaja. Kedua menantu dan mentua duduk menghadap satu sama lain untuk sesi akad nikah. Situasi mula kecoh apabila […]
Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Beberapa Kawasan Di Wilayah Hulu Langat Bermula 9 Malam 28 Sept – Air Selangor
Air Selangor menerusi laman Twitter rasmi sebentar tadi memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaran secara berjadual di lima kawasan di Wilayah Hulu Langat bermula jam 9 malam, 28 September 2021. Walau bagaimanapun, kerja-kerja tersebut dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 30 September 2021. Oleh yang demikian, para pengguna dinasihatkan untuk membuat persiapan dan menyimpan […]
Tujuh Ditahan, Sindiket Judi Dalam Talian Tumpas
JOHOR BAHRU, 27 Sept (Bernama) — Polis menumpaskan satu sindiket perjudian dalam talian dengan penahanan enam lelaki dan seorang wanita dalam serbuan ke atas sebuah unit pangsapuri di Persiaran Southkey dekat sini, Khamis lepas. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata semua mereka yang berumur antara 18 dan 34 tahun ditahan kerana berperanan […]
Wanita Warga Indonesia Ditemui Maut Terjatuh Dari Tingkat 29 Di Johor Bahru
JOHOR BAHRU, 27 Sept (Bernama) — Seorang wanita warga Indonesia ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 di sebuah pangsapuri dekat Gelang Patah, awal hari ini. Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh berkata mangsa, 66, ditemui tersangkut di tingkat 16, setelah terjatuh dari tingkat 29. Beliau berkata mangsa yang merupakan pemastautin tetap […]
Lebih 42 Peratus Penduduk Korea Selatan Berusia 30-an Masih Bujang Pada 2020
SEOUL, 27 Sept (Bernama) — Lebih 42 peratus penduduk Korea Selatan, berusia 30-an masih belum berkahwin tahun lalu dan menunjukkan trend ramai orang muda sama ada lambat atau enggan berkahwin berikutan kelembapan ekonomi yang berterusan. Daripada 13.7 juta individu bujang berusia 15 tahun ke atas pada tahun lalu, 2.82 juta adalah penduduk berusia 30-an, meningkat […]

Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir Seru Pengikutnya Bertaubat
SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) — Ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Masitah Ab Jalar yang membuat pengisytiharan taubatnya (Istitabah) hari ini meminta pengikutnya untuk sama-sama bertaubat serta kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pada majlis berkenaan, Masitah, 39, juga dikenali sebagai Sittah An Nur ketika mengumumkan pengisytiharan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah […]

Sakit Perut Sehingga Muntah Hijau Tak Menghalang Founder Hasnuri Untuk Bantu Ramai Orang Jana Pendapatan
“Tuhan yang menciptakan aku maka Dialah yang mengurniakan hidayah kepadaku. Dan Dialah yang mengurniakan aku makan dan minum. Dan jika aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan aku” ~Surah Al-Syuara ayat 78-80 ~ Tahun 2020 dan 2021 disifatkan sebagai tahun ujian bagi ramai usahawan. Ada yang jatuh terduduk akibat bisnes tak jalan, ada yang terlantar diserang […]
Terengganu: Bil Air Percuma Untuk 28,700 Akaun Pengguna Terjejas
KUALA TERENGGANU, 27 Sept (Bernama) — Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) hari ini mengumumkan pengecualian pembayaran bil kepada 28,700 akaun pengguna domestik yang terjejas dalam krisis gangguan bekalan air baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu Dr Mamad Puteh berkata pengecualian itu adalah untuk dua bulan iaitu bagi bil […]

KKM Benarkan Suami Temani Isteri Di Bilik Bersalin
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) — Suami yang lengkap menerima dos vaksin COVID-19 akan dibenar menemani isteri yang bakal melahirkan anak dalam bilik bersalin, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata selain itu suami juga perlu negatif ujian COVID-19 sebelum dibenarkan menemani isteri mereka. “Saya telah minta Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) untuk membenarkan […]