Berita

Berita
Kontraktor Dirakam Musnahkan Semula Binaan Bilik Air, Dakwa Pelanggan Tidak Membayarnya
Dipercayai berang kerana pelanggan tidak mahu membayar upah pengubahsuaian, seorang kontraktor di Colorado bertindak memecahkan semula tandas dibinanya, lapor Daily Mail. Menurut portal itu, kontraktor berkenaan telah menggunakan tukul untuk menghancurkan dinding dan jubin dipasang dengan bayaran sepatutnya sekitar AS$4,000 (anggaran RM16,746). “Kami habiskan masa berminggu-minggu dan beribu dolar untuk ini,” katanya. Tambah Daily Mail, […]
Berita
Tiada Kes COVID-19 Babitkan Pelancong Di Langkawi
ALOR SETAR, 22 Sept (Bernama) — Tiada kes positif COVID-19 dilaporkan setakat ini membabitkan pelancong yang berkunjung ke Langkawi sejak pulau itu dibuka untuk gelembung pelancongan pada 16 September lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata setakat ini kes jangkitan wabak itu hanyalah melibatkan […]
Berita
TERKINI: Pesawat Rusia Dilaporkan Hilang Dari Radar, Nasib Tidak Diketahui
Sebuah pesawat pengangkutan tentera An-26 milik Rusia dilaporkan hilang dari radar. Menurut ciapan dari akaun Twitter TRT World Now, kali terakhir pesawat itu dikesan, ianya berada berhampiran dengan bandar Khabarovsk. DEVELOPING: A plane with six people on board goes off the radar near Russia's Khabarovsk city – Russian media pic.twitter.com/QKcwQMCmFV — TRT World Now (@TRTWorldNow) […]
Luar Negara
Lelaki Rogol Budak 9 Tahun, Bunuh & Tanam Mayatnya, Sempat Menyamar Jadi Sukarelawan Bantu Cari Mangsa
Seorang lelaki yang menjadi penjaga sebuah sekolah di Rusia dilaporkan telah merogol pelajar perempuan berusia sembilan tahun sebelum membunuh mangsa dengan menggunakan tukul. Menurut Daily Mail, mayat kanak-kanak itu telah ditanam sedalam tujuh kaki di bawah kepingan konkrit di bilik bawah tanah pangsapuri di mana tempat lelaki itu tinggal. Penemuan mayat kanak-kanak itu menamatkan teka-teki […]
Berita
Sekitar 2,100 Guru Memilih Tidak Divaksin, Kerajaan Akan Pastikan Mereka Tak Mengajar Di Dalam Kelas
Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin mengesahkan sekitar 2,100 guru memilih untuk tidak divaksin. Menurut Radzi, guru-guru yang tidak mahu divaksin ini akan dipastikan tidak mengajar anak-anak murid secara bersemuka di dalam kelas. Pendekatan sedang diperincikan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum dibentang ke Majlis Keselamatan Negara. Semalam, negara telah mencapai sasaran 80 peratus populasi penduduk […]
Berita
TERKINI: 14,990 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini, Selangor Catat Kes Tertinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa, sebanyak 14,990 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,142,924 kes. Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari dengan jumlah 2,414 kes dan menunjukkan peningkatan berbanding 1,934 kes semalam. Selain Selangor, tujuh negeri turut mencatatkan ribuan kes positif harian hari […]
Kecantikan
Signature Market Memperkasa Wanita Untuk Menjadi ‘UNIQUECORN’
Kuala Lumpur, 21 September 2021: Jenama barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) terus ke pengguna (DTC) tempatan, Signature Market bakal menganjurkan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), “Be A Uniquecorn: Embrace Your Uniqueness, Be Your Own Unicorn” disasarkan kepada komuniti setempat dalam usaha mendukung bulan kesedaran kanser payudara. Signature Market juga bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara […]
Luar Negara
(Video) Kanggaru Seakan ‘Bersalam’ Dengan Penyelamat Lepas Terperangkap Dalam Air, Mungkin Berterima Kasih
Seekor kanggaru yang terperangkap di sebuah tasik di Canberra telah menarik perhatian ramai apabila dilihat seakan ‘bersalaman’ dengan individu yang menyelamatkannya. Menurut Daily Mail, dua lelaki telah menghampiri haiwan berkenaan yang dipercayai sedang ketakutan sebelum menghulurkan tangan kepada haiwan tersebut. Sebaik berjaya memaut tangan kanggaru berkenaan, lelaki tersebut telah mengalihkannya ke tempat selamat dan disambut […]
Berita
Kanak-kanak Lelaki Dua Tahun Dikesan Kes Indeks Kluster Lungkidau Di Sabah
KOTA KINABALU, 21 Sept (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikesan menjadi kes indeks bagi satu kluster baharu iaitu Kluster Lungkidau di Ranau melibatkan jangkitan 134 kes direkodkan setakat hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata ia dikesan hasil daripada saringan pra kemasukan wad pada 7 Sept lalu […]
Berita
Negeri Sembilan FC Tamatkan Kemarau Trofi, Muncul Juara Liga Premier 2021
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Negeri Sembilan FC akhirnya menamatkan kemarau panjang tanpa trofi apabila mengesahkan kejuaraan Liga Premier 2021 selepas menewaskan PDRM FC 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. Ia merupakan kejuaraan pertama diraih skuad Hobin Jang Hobin selepas memenangi Piala Malaysia musim 2011 diikuti Piala Sumbangsih pada 2012, selain […]
Berita
(Video) Viral Askar Veteran ‘Mengamuk’ Depan Mantan Presiden Amerika, Dakwa Menipu Untuk Ceroboh & Perang Dengan Iraq
Seorang askar veteran Amerika Syarikat yang berkhidmat semasa perang Iraq, Mike Prysner, telah bertindak menuntut bekas presiden Amerika Syarikat iaitu George W. Bush mohon maaf. Video yang memaparkan lelaki tersebut menjerit dalam sebuah majlis yang diadakan di Beverly Hills yang disertai oleh bekas presiden Amerika Syarikat itu telah menjadi tular di media sosial. “Encik Bush, […]
Luar Negara
Lebih 60 Penguin Spesis Terancam Ditemui Mati, Mata Dipercayai Disengat Lebah
Puluhan penguin yang dikategorikan sebagai spesis yang terancam dilaporkan mati setelah disengat oleh lebah. Menurut The Sun, sebanyak 63 penguin ditemui telah disengat di bahagian mata. Difahamkan, sengatan serangga itu ditemui semasa bedah siasat yang dijalankan ke atas penguin itu, malah, seekor penguin mati dengan kesan 27 sengatan pada badannya. Bangkai kesemua penguin itu ditemui […]
Berita
(Video) Tindakan Wanita Hamil Ini Nekad Mencuri Telefon Bimbit Berjaya Dirakam Kamera CCTV
Tindakan seorang wanita hamil nekad mencuri telefon bimbit daripada sebuah kedai di Kota Bukittingi, Sumatera Barat, Indonesia berjaya dirakam kamera CCTV. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai telefon bimbit yang terdapat di Jalan Sutan Syahrir, Desa Tarok Dipo, Kota Bukittinggi. Suspek difahamkan mengambil kesempatan daripada kelengahan penjaga kedai yang keluar untuk menukar duit. Dalam video […]
Berita
(Video) Mungkin Tertekan, ‘Paus Paling Sunyi’ 40 Tahun Terkurung Dirakam Hentak Kepala Di Kaca Tangki
Dipercayai tertekan, seekor ikan paus pembunuh atau turut dikenali sebagai paus orca dilihat menghantukkan kepalanya ke tangki selepas kehilangan lima anaknya, lapor Daily Mail. Menurut portal itu, rakaman dikongsikan aktivis di MarineLand yang menentang kurungan haiwan itu telah dimuatnaik ke media sosial bagi menggesa pembebasan haiwan tersebut. “Para aktivis anti pengurungan telah ke MarineLand dan melihat Kiska, […]
Gaya hidup
Ingat Resdung, Lelaki Menderita Hidung Berdarah & Bau Busuk, Terkejut Doktor Periksa Temui…
Ramai yang menganggap bahawa sakit di dalam hidung adalah disebabkan oleh resdung dan membiarkannya saja tanpa dirawat. Namun, sakit sehingga berdarah dan mengeluarkan bau yang busuk perlulah dirujuk kepada doktor pakar kerana ia mungkin disebabkan oleh jangkitan penyakit yang berbahaya. Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih, penyakit itu dikenali sebagai ‘rhinolith’. […]
Gaya hidup
(Video) “Selak Cari Gigi Dia…”, Ramai Tertanya-tanya, Wanita Kongsi Cara Siang Udang Galah
Sebut sahaja pasal udang, pasti akan mula terbayang keenakannya apabila sudah dimasak. Lagi-lagi kalau buat masak lemak cili api, memang tak cukuplah nasi sepinggan. Tapi sebelum masak tu, udang tersebut perlulah disiang dan dibersihkan dengan betul terutama bila masak udang galah yang bersaiz besar. Bagi yang tak biasa, memang agak susah juga sebenarnya nak siang […]
Kesihatan
98.2 Peratus Kes Baharu COVID-19 Babitkan Kategori Satu Dan Dua – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Daripada 15,759 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini, 288 kes atau 1.8 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima, manakala 15,471 kes atau 98.2 peratus lagi terdiri daripada kategori satu dan dua, yakni melibatkan pesakit tidak bergejala atau bergejala ringan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor […]
Berita
JPA Kemuka Cadangan Tindakan Terhadap Penjawat Awam Enggan Divaksin Kepada MKN
PUTRAJAYA, 21 Sept (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengemukakan cadangan berhubung tindakan yang boleh diambil terhadap penjawat awam yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19 kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). JPA dalam kenyataan hari ini memaklumkan beberapa pilihan tindakan dan pendekatan telah dibawa kepada MKN untuk diputuskan termasuk cadangan arahan mewajibkan semua penjawat awam mengambil vaksin kecuali […]
Berita
Gara-gara Enggan Berjual-beli Dengan Lelaki Tak Pakai Topeng Muka, Pekerja Stesen Minyak Maut Ditembak
Seorang pekerja kedai telah dibunuh di Jerman gara-gara enggan menjual minuman keras kepada pelanggan yang tidak mahu memakai pelitup muka. Petugas stesen minyak yang berusia 20 tahun itu telah ditembak mati oleh seorang lelaki berusia 49 tahun yang pulang ke rumah untuk mengambil pistolnya selepas bertengkar dengan pekerja tersebut pada Sabtu, kata polis. Suspek dilaporkan […]
Berita
7 Negeri Dijangka ‘Dibadai’ Ribut Petir & Hujan Lebat Hingga 10 Malam Ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di tujuh negeri di Malaysia sehingga 10 malam ini. Berikut adalah senarai kawasan dan negeri yang dijangka terlibat berdasarkan kenyataan pada jam 6.45 petang tadi. Perlis Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik) Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, […]