Berita
TERKINI: Tiada Surat Amaran Jika Ibu Bapa Tidak Hantar Anak Ke Sekolah, Tidak Dianggap Kesalahan Disiplin
Tiada paksaan untuk ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya takut ancaman COVID-19, kata Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md jidin. Katanya, ketidakhadiran murid ke sekolah atas faktor tersebut tidak diklasifikasikan sebagai kesalahan disiplin dan tidak akan diberikan surat amaran. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu mengemukakan surat memperjelaskan mengenai tindakan itu. Tambahnya lagi, murid […]
TERKINI: Sesi Persekolahan 2021 Akan Dilanjutkan Sehingga Mac 2022 – Dr Radzi Jidin
Sesi persekolahan pada tahun ini akan dilanjutkan sehingga Mac 2022, kata Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam sidang media hari ini. Katanya, pelanjutan ini bertujuan untuk melaksanakan langkah intervensi melibatkan murid yang lemah, lapor Bernama. Tambahnya lagi, murid tahun satu 2022 akan mula memasuki sekolah pada Mac 2022. Murid tahun satu 2022 […]
Pembukaan Sekolah: Murid Dibahagi Kepada 2 Kumpulan, Kapasiti Kelas Dihadkan 50% Sahaja – Dr Radzi Jidin
Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, sesi persekolahan akan dibuka mengikut fasa. Jelasnya dalam sidang media hari ini, murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kapasiti 50 peratus bagi setiap kelas. “Apabila sekolah dibuka semula berdasarkan fasa-fasa, perkara paling penting adalah supaya kehadiran ke sekolah pada satu-satu masa adalah hanya 50 peratus […]

Kematian Yang Dilaporkan Dengan Kematian Sebenar Berbeza? KKM Tampil Perjelaskan
Setiap hari, Ketua pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham akan mengumumkan kes terbaru dan jumlah kematian akibat COVID-19 melalui siaran media Kementerian Kesihatan (KKM). Dari kenyataan tersebut, KKM akan mengemukakan maklumat secara terperinci termasuk jumlah vaksinasi, bilangan pesakit mengikut kategori dan juga sama ada pesakit meninggal dunia di hospital atau di luar hospital (brought-in […]
Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Melanda 7 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di 7 buah negeri. Amaran yang dikeluarkan pada jam 1:45 tengah hari tadi menunjukkan sebanyak 6 negeri dijangka dilanda ribut petir sehingga jam 5 manakala Perak dan Johor dijangka sehingga 4 petang. I) Ribut petir, hujan lebat dan angin […]

“Ia Terlalu Dekat,” Detik Bangau Tukar Selera, ‘Sambar’ Anak Itik Gantikan Ikan Buat Santapan
Tidak menyedari malang menanti, seekor anak itik yang berenang berhampiran seekor burung pucung atau dikenali sebagai bangau kecil menjadi santapan pemangsa tersebut ketika sedang mengekori ibunya. Dalam kompilasi gambar dikongsikan jurugambar Randy Wei, anak itik tersebut sedang berenang bersama induknya di sebuah kolam di Huntington Park sebelum ia disambar seekor pemangsa yang sedang memburu ikan […]
Dua Maut Susulan Pacuan Empat Roda Lawan Arus Awal Pagi Tadi
SHAH ALAM, 12 Sept (Bernama) — Dua maut termasuk seorang remaja perempuan dalam kemalangan di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan, dekat sini setelah kenderaan dipandu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang melawan arus, 2.09 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata siasatan awal mendapati, pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu […]
Pelancong Luar Negeri Guna Pesawat Udara Ke Langkawi Tidak Perlu Surat Polis – Khairy
Hanya pelancong yang menggunakan jalan darat untuk ke Langkawi memerlukan surat polis bagi pemeriksaan di sekatan jalan raya, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Katanya, pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu mengemukakan surat polis bagi tujuan program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi. “Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi, hanya pelancong yang menggunakan pengangkutan darat […]

(Video) Ada ‘Barang’ Tidak Sepatutnya, Tular Rakaman Mesin ‘Dryer’ Dobi Terbakar, Api ‘Berputar’ Jadi Makin Besar
Setiap peralatan elektrik mempunyai cara penggunaan tersendiri bagi mengelakkan berlakunya kerosakan atau kecederaan. Khususnya bagi mesin pengering pakaian, pengguna telah diberi amaran awal agar tidak meletakkan pakaian atau barangan yang mudah terbakar ketika proses pengeringan. Di sebuah dobi di Chaiyapum, Thailand, dua lelaki menjadi penyelamat apabila salah satu mesin pengering terbakar dengan marak. Kejadian itu […]
“Ni Hasil Untuk 2 Tahun,” Tukang Ni Pesan Supaya Tidak Siram Rambut Gugur Ke Dalam Saluran Air
Setiap kali mandi, mungkin anda akan perasan bahawa terdapat beberapa rambut gugur pada lantai tandas anda. Walaupun apa yang anda kelihatan itu dalam kuantiti yang sikit, namun apabila digabungkan sehari demi sehari, ianya akan membentuk gumpalan yang semakin membesar. Mungkin, itulah antara masalah segelintir orang yang mempunyai masalah rambut gugur. Antara langkah mudah yang dilakukan […]
Pasangan Suami Isteri Di Sweeden Dilarang Namakan Anak Vladimir Putin
Agensi cukai di Sweeden dilaporkan telah melarang pasangan suami isteri menamakan anak mereka Vladimir Putin. Menurut Daily Mail, permohonan untuk menamakan anak lelaki mereka sebagai presiden Rusia itu telah dikemukakan kepada agensi cukai, seperti yang telah tersyarat dalam undang-undang Sweeden. Mereka dipaksa untuk mengisi semula borang dan menulis nama yang lain. Pun begitu, alasan agensi […]
Diminta Berjaga-jaga, Sumatera Selatan Keluar Amaran Kebakaran Hutan Dijangka Berlaku Akhir September ini
Pemerintah Provinsi Sumatera Selatan dilaporkan telah mengeluarkan amaran kepada masyarakat setempat mengenai ancaman kebakaran hutan dan tanah yang dijangka berlaku akhir September ini, lapor Kompas TV. Pemangku Setiausaha Sumatera Selatan, SA Supriono mengatakan bahawa Indonesia ketika ini berada di kemuncak musim kemarau. Menurutnya, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) juga telah meramalkan bahawa hujan akan […]
Lelaki Lemas Terjatuh Dalam Tasik Ketika Mendaki
JOHOR BAHRU, 11 Sept (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tasik ketika sedang mendaki bukit di sekitar Tasik Hijau, Bukit Lunchu, di sini hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata mayat Mohd Faiz Daniel Maula Mohd Nor, 26, ditemukan di […]
Yang Bukan-bukan, Wanita Hamil Ini Dilapor Mengidam Nak Minum Cecair Dettol
Seorang wanita hamil di Brisbane, Australia mendedahkan bahawa dia sangat obses dengan bau cecair Dettol sehingga dia ‘akan membaunya setiap hari’ dan bahkan sanggup untuk meminumnya jika selamat. Luahan mengidam pelik tersebut didedahkan menerusi laman Facebook miliknya, sambil bertanyakan bahawa di mana dia boleh dapat membeli produk tersebut dalam jumlah yang besar. Menurut portal Daily […]
(Video) Abang Ni Nyaris ‘Makan’ Tanah, Gara-gara Pijak Atap Pecah Ketika Ralit Kait Rambutan Atas Bumbung
Berada di kampung, pelbagai memori pahit dan manis yang sentiasa tersemat di dalam ingatan. Antaranya bila tiba musim buah, pasti ada di antara kita yang teruja untuk memanjat pokok dan memetik buah-buahan. Namun, nampaknya keterujaan itu juga boleh bertukar menjadi pengalaman yang menyakitkan. Semalam, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki yang terjatuh […]
Wanita Buat Laporan Polis, Dakwa Jiran Sengaja Jemur Seluar Dalam Diluar Rumah Untuk Goda Suaminya
Polis di Quintana Roo, Mexico pada baru-baru ini menerima aduan yang luar biasa daripada seorang wanita tempatan yang menuduh jirannya menggantung seluar dalam untuk menggoda suaminya. Wanita yang berusia 42 tahun itu memutuskan untuk membuat laporan polis terhadap jirannya kerana sengaja menggunakan taktik tersebut bagi menggoda suaminya. Wanita itu memberitahu pegawai polis bahawa bukan secara […]
(video) Tak Kelihatan ‘Benda’ Lain, Tapi Aksi Kucing Seakan Diusap ‘Sesuatu’ Buat Ramai Tertanya-tanya
Satu video yang memaparkan seekor kucing berwarna oren di atas bumbung yang berkelakuan pelik telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @fakrul183. Kelihatan di dalam video itu bahawa seekor kucing yang berada di atas bumbung sebuah rumah berkelakukan pelik seakan sedang dibelai oleh sesuatu yang tidak […]
PDRM Sahkan Helikopternya Terbang Di Ruang Udara Berhampiran Singapura-Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan helikopter miliknya melakukan penerbangan di ruang udara berhampiran Singapura bagi tujuan penugasan rasmi hari ini, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali. “Sepanjang penugasan itu berlangsung sehingga kini, PDRM tidak menerima pemakluman oleh pihak berkuasa ruang udara […]
Polis Rampas Dadah Bernilai Lebih RM1.48 Juta
TAWAU, 11 Sept (Bernama) — Polis merampas lebih 41.19 kilogram dadah jenis syabu bernilai lebih RM1.48 juta dalam serbuan di sebuah syarikat penghantaran barang di Jalan Sin Onn di sini Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata rampasan pada 12.30 tengah hari itu dibuat hasil maklumat daripada seorang suspek berusia 49 tahun […]
Hilang Berat 21kg Dalam Sebulan, Pelakon Indonesia Kongsi Hanya Amal Tips Ini Untuk Tampil Lebih Bergaya
Beberapa minggu lalu, tular di Indonesia mengenai penampilan terbaru pereka fesyen dan pelakon, Ivan Gunawan, yang lebih kurus berbanding dahulu. Menurut Detik Health, Ivan berjaya mengurangkan berat badannya sehingga 21kg dalam tempoh masa sebulan saja. Kegigihannya menurunkan berat badan itu bermula setelah dia memeriksa tahap gula dalam darahnya dan bimbang jika diserang pelbagai penyakit. Sejak […]