Berita

”Kerajaan Ambil Inisiatif Buat Cabutan Bertuah..” Nadir Al-Nuri Kongsi Situasi Covid-19 di Gaza
Mungkin ramai tertanya-tanya, bagaimanakah situasi pandemik Covid-19 di wilayah bergolak seperti di Gaza, Palestin sekarang, bukan? Kita yang hidup aman sejahtera di Malaysia mungkin tiada masalah, tapi mereka? Pengasas Cinta Gaza Malaysia (CGM) yang juga satu-satunya rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Nadir Al-Nuri ada berkongsi maklumat semasa mengenai situasi Covid-19 di Gaza menerusi satu […]
Vaksin COVID-19: 15 PPV Di Perak Dibuka Secara Jumpa Terus
IPOH, 7 Sept (Bernama) — Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Perak diperhebatkan lagi dengan pembukaan sebanyak 15 pusat pemberian vaksin (PPV) untuk orang ramai khususnya penduduk setempat mendapatkan suntikan vaksin secara jumpa terus. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata PPV yang terlibat adalah Stadium Indera Mulia […]

(Video)”Kami Dengar Bunyi Seakan Letupan,” Rakaman Objek Seakan ‘Obor-Obor’ Memasuki Langit Di Rusia Timbulkan Misteri
Kemunculan objek seakan ‘obor-obor’ di atmosfera Bumi membuatkan penduduk Rusia terpana, tulis The Sun UK. Menurut portal itu, objek berkilau tersebut dilihat terbang merentasi ruang udara menuju ke bumi pada bulan lalu. Salah seorang saksi tempatan dilaporkan berkata, objek berkenaan dilihat terbang perlahan, membuatkan mereka percaya ia mungkin roket. “Saya dan kawan-kawan terlihat pergerakan beberapa […]
Lelaki Maut Dengan Kesan Luka Di Pergelangan Tangan, Tumbuk Pintu Cermin Masjid Hari Sebelumnya
JOHOR BAHRU, 7 Sept (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan, di rumah sewanya di Taman Scientex dekat sini pagi Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata siasatan awal mendapati pada malam sebelumnya lelaki berumur 28 tahun itu dikatakan mengamuk di Masjid […]
El Salvador Jadi Negara Pertama Guna Bitcoin Sebagai Mata Wang Nasional
El Salvador secara rasminya menjadi negara pertama yang menggunakan bitcoin sebagai mata wang nasional pada Selasa. Menurut CNN, ia dianggap sebagai permulaan ‘eksperimen’ monetari radikal yang boleh menimbulkan risiko kepada ekonomi yang ‘rapuh’. Presiden, Nayib Bukele mengumumkan perkara tersebut pada Isnin dan mengatakan bahawa kerajaan telah membeli 200 bitcoin menjelang penerimaan rasmi El Salvador terhadap […]
(Video) Ada Kisah Pekerja Bertemu ‘Entiti Misteri’ Di Situ, Rakaman Kerusi Bergerak Sendiri Bikin Seram
Seorang pengurus di The Lansdowne Pub, Cardiff berasa risau sekiranya para pekerjanya lari dan takut untuk datang bekerja ke pub miliknya yang dipercayai telah dihantui oleh seorang wanita, “Lady Lansdowne”. Menurut Hayley Budd yang sudah bekerja selama lapan tahun di pub itu, dia telah terbiasa dengan perkara-perkara aneh yang sering terjadi di situ selama bertahun-tahun. […]
(Video) Bikin Seram, Lelaki Dakwa Berjaya Rakam Kelibat Berambut Panjang, Tiba-tiba Terbang Hilangkan Diri
Selisih atau terserempah dengan makhluk misteri sentiasa membuatkan bulu roma manusia berdiri ketakutan. Rasa meremang boleh membuatkan satu badan terketar-ketar. Misalnya, dalam satu video yang menjadi tular melalui akaun TikTok bernama tsc_tv. Menerusi video tersebut, seorang lelaki yang membuat solo ambush disebuah bangunan usang telah mendakwa telah berjaya merakam satu kelibat menyeramkan. Melalui rakaman berkenaan, satu […]
Sultan Muhammad V Seru Rakyat Kelantan Segera Ambil Suntikan Vaksin COVID-19
KOTA BHARU, 7 Sept (Bernama) — Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah mendesak rakyat negeri ini yang belum divaksin supaya mendaftar atau mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secara jumpa terus di pusat pemberian vaksin (PPV) dengan segera bagi mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok di Kelantan menjelang 30 Sept. Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Kelantan Datuk […]
Turki Ingatkan Dunia Agar Tak Terburu-buru Iktiraf Taliban Sebagai Kerajaan Baharu Afghanistan
Turki telah memperingatkan masyarakat antarabangsa agar tidak terlalu terburu-buru dalam mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan rasmi baharu di Afghanistan, lapor CNN Indonesia. Dalam satu temubual, Menteri Luar Negeri, Mevlut Cavusoglu memberi amaran bahawa kerajaan Afghanistan yang baharu perlulah inklusif dan memberi ruang kepada golongan wanita. Beliau juga mencadangkan agar wanita dari pelbagai etnik di negara itu […]
Honda Malaysia Lancar CBR150 Dengan 2 Pilihan Warna, Harga Bermula RM 12,499
Pada baru-baru ini, Boon Siew Honda Malaysia baru sahaja memperkenalkan model motosikal terbarunya iaitu Honda CBR150r. Motosikal ini hadir dalam dua varian warna yang menarik iaitu Mat Charcoal Gray dan Candy Scintillate Red. Motosikal ini dikuasakan dengan enjin 150cc DOHC, 16hp dan 13.7Nm tork dan 6-speed serta 2-Channel ABS. Ukuran badan motosikal ini sama dengan […]
Dilapor Tidak Berfungsi Sejak 1997, Misteri Rangka Manusia Ditemui Pada Lif Hospital Ketika Hendak Diselenggara Setelah 24 Tahun
Satu rangka lelaki ditemui di dalam sebuah lif yang sudah lama tidak digunakan di sebuah hospital di Uttar Pradesh, lapor India Today. Menurut portal itu, lif berkenaan telah dibuka semula selepas 24 tahun untuk menjalani penyelenggaraan. Lantaran penemuan berkenaan, pihak polis dan jabatan forensik telah mengambil sampel rangka tersebut untuk menjalani ujian DNA. Memetik kenyataan […]
(Video) ‘Mudah’ Remuk Tapi Boleh Selamatkan Nyawa, Kenali “Crumple Zone” Yang Ada Pada Kenderaan
Selain reka bentuk yang cantik dan prestasi pemanduan yang terbaik, sesebuah kereta sememangnya perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mampu mencegah kemalangan yang teruk. Disebabkan itu, berlakunya perkembangan evolusi teknologi keselamatan pada kereta sejak beberapa dekad yang lalu. Salah satu ciri keselamatan yang biasanya diterapkan pada kereta adalah crumple zone atau zon remuk yang direka untuk […]
Beberapa Servis Maybank Termasuk Maybank2u & Mesin ATM Akan Tergendala 8 September Ini
Pihak Maybank akan melalui laman sosial mereka memaklumkan bahawa penyelenggaraan harian akan dilakukan pada 11.30pm sehingga 11.59pm esok, 8 September 2021. Perkara tersebut adalah bagi memberi laluan kepada orang ramai melakukan transaksi pembelian secara atas talian dengan lebih mudah pada tengah malam 9 September (9.9) ini. Menurut Maybank, servis yang tergendala pada waktu itu adalah: […]
Institut Latihan Memandu Dibenar Beroperasi Khamis Ini – Wee
PUTRAJAYA, 7 Sept (Bernama) — Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi mulai Khamis ini (9 Sept) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara janji temu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini. Beliau berkata walaupun ILP dibenarkan beroperasi pada tarikh itu, proses pengujian untuk mendapatkan lesen […]
(Video) Miliki Warna Yang Sangat Cantik, Ikan Betta Milik Pemuda Indonesia Ini Dinobat ‘Juara Dunia’ Di Amerika
Seperti ramai yang telah ketahui, ikan Betta telah semakin banyak menarik minat ramai penggemar ikan khususnya dari negara Thailand, Malaysia dan Indonesia. Di Amerika Syarikat, ikan perhiasan yang penuh dengan warna menarik ini dilaporkan semakin ramai penggemarnya. Pada Jun lalu, seorang penternak ikan Betta dari Indonesia yang bernama Dodi Sunjaya dilaporkan telah memenangi pertandingan International […]
Viral ‘Seantero’ Media Sosial Resepi Mak Cun Tak Guna Dapur Gas Semua Pakai Air Fryer Ni Je
Pernah mencetuskan fenomena, Mak Cun menjadi salah satu siri drama komedi yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Bukan saja terhibur dengan watak-watak yang menuturkan loghat Kedah tapi nilai kekeluargaan yang kuat di dalam drama itu juga membuatkan ia disukai ramai. Dah berapa tahun berlalu, pasti ada yang rindu nak tengok keletah dan celoteh Mak […]
Ini Senarai Penuh Kelonggaran SOP Fasa 1 Untuk Industri Kreatif, Bermula 9 September
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) fasa 1 bagi industri kreatif di Malaysia. Keputusan tersebut diputuskan selepas perbincangan bersama Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 diadakan. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, kelonggaran yang telah dipersetujui ini hanyalah tertakluk kepada syaat SOP yang diluluskan oleh […]

(Video) 9 Juta Tontonan, Pekerja Hairan Temui ‘Makhluk Pelik’ Seakan Belut Ketika Menggali Tanah
Seorang pengendali kapal korek telah menemukan seekor haiwan pelik seperti belut gergasi ketika menggali tanah. Menerusi rakaman dikongsikan The Sun, kelihatan haiwan itu bergerak-gerak ketika cuba diangkat oleh pengorek berkenaan. Rakaman tersebut pada asalnya telah dikongsikan oleh @peterdangermat1 di TikTok dan telah mendapat lebih 9 juta tontonan setakat ini. Builder unearths bizarre-looking creature buried deep […]
TERKINI: Aktiviti Panggung Wayang Dibenar Dengan Kapasiti 50% Individu Lengkap Vaksinasi Di Dewan Tayangan – PM
Kerajaan sebentar tadi menerusi Kenyataan Media Perdana Menteri telah mengumumkan kelonggaran SOP Fasa Satu bagi penggiat industri kreatif lengkap dos vaksin COVID-19 mulai 9 September ini. Antara aktiviti yang dibenarkan adalah aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50% di ruang dewan tayangan pawagam. Walau bagaimanapun, aktiviti ini hanya dibenar beroperasi […]
Azzez Rahim Belum Dibebas Daripada Pertuduhan – SPRM
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim belum dibebaskan daripada pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram, dan perbicaraan kes berkenaan masih berjalan di mahkamah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini berkata laporan media yang memetik hujahan peguam bela Amer Hamzah Arshad, seolah-olah menggambarkan Abdul Azeez telah bebas daripada kesemua […]