Berita

Berita
(Video) Ngeri, Detik-Detik Rakus Ikan Jerung Melapah Bangkai Ikan Paus Berjaya Dirakam
Satu rakaman mengerikan memaparkan seekor ikan jerung melapah bangkai seekor ikan paus berjaya dirakam di pelabuhan di Australia. Video yang dirakam di Pelabuhan Outer di Adelaide pada Selasa itu menunjukkan seekor ikan jerung sedang merobek bangkai paus di persisiran pantai. Laporan menyatakan bahawa ikan paus tersebut mati akibat dilanggar oleh kapal, dengan kru menemui haiwan […]
Berita
Percaya Kebolehan Taliban Stabilkan Negara, Ratusan Pelarian Mahu Pulang Ke Afghanistan
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan suasana tegang di lapangan terbang Kabul hingga memakan korban nyawa. Ribuan orang berasak-asak untuk keluar dari Afghanistan selepas penguasaan Taliban terhadap negara itu. Pun begitu, kira-kira 200 pelarian Afghanistan di Pakistan memilih untuk pulang ke negara asal mereka. Memetik laporan AFP, pelarian-pelarian ini percaya akan kebolehan Taliban menstabilkan kembali negara […]
Berita
Paralimpik Tokyo: “Saya Boleh Pecah Rekod Asia Jika Tak Batal” – Nur Syaiful
TOKYO, 25 Ogos (Bernama) — Perenang para kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, berpotensi memecah rekod Asia baharu sekiranya penyertaannya dalam acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal), tidak dibatalkan pada Sukan Paralimpik Tokyo, hari ini. Nur Syaiful yang membuat penampilan sulung dalam temasya berprestij itu, menamatkan perlumbaan di tangga kelima daripada enam pelumba […]
Berita
Masyarakat Perlu Bertindak Secara Bertanggungjawab Patuhi SOP
KANGAR, 25 Ogos (Bernama) — Masyarakat perlu mempunyai rasa bertanggungjawab dalam setiap tindakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengakui bahawa masih terdapat segelintir individu yang tidak berdisiplin melanggar SOP dan ia memberi kesan negatif termasuk peningkatan jumlah kes positif di Perlis sejak […]
Berita
Mahkamah Rayuan Kekal Denda RM20,000 Dalam Kes Guru Cabul Kehormatan Murid
PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) — Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman denda RM20,000 terhadap guru matematik yang didapati bersalah atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang murid lelakinya berumur 11 tahun. Panel tiga hakim diketuai Datuk Suraya Othman membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Kamarul Azamin Mohamad terhadap sabitan dan hukuman dalam kes itu. Panel […]
Berita
Azizulhasni Terima Ganjaran RM350,000 Dari Kerajaan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos (Bernama) — Kejayaan jaguh trek berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang menyumbang pingat perak buat Malaysia pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo terus dihargai apabila menerima insentif bernilai RM350,000 daripada kerajaan Terengganu hari ini. Ganjaran itu berupa sebuah rumah teres setingkat bernilai RM300,000 di Dungun dan wang tunai RM50,000. Menteri Besar Datuk […]
Berita
Lelaki Dilapor Maut Setelah ‘Ditarik’ Ke Dalam Air Oleh Ikan Bersaiz Besar Seberat 5kg
Seorang nelayan di Filipina dilaporkan maut selepas ditarik ke dalam air oleh ikan besar, menyebabkan kepalanya terhantuk pada batu dan lemas, lapor Daily Mail. Menurut portal itu, Jovy, 31 sedang menangkap ikan menggunakan tombak pada 9 Ogos lalu sebelum tragedi berlaku. Lelaki itu dikatakan berjaya menikam seekor ikan bersaiz dua kaki sebelum haiwan itu lari […]
Berita
TERKINI: Harga Minyak RON97 Turun 2 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal
Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 26 Ogos 2021 Sehingga 1 September 2021. Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.74 seliter kepada RM2.72 seliter. Harga runcit bagi petrol RON95 pula […]
Berita
”Persetujuan Bersama Dicapai..” – Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa persetujuan bersama telah dicapai antara pembangkang dan kerajaan dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia. Anwar menerusi satu kenyataan memaklumkan, perkara itu dipersetujui ketika pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin pembangkang di Pejabat Perdana Menteri, petang tadi. “Persetujuan bersama dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen […]
Kesihatan
26 Orang Guru Di Perlis Masih Tolak Vaksin
KANGAR, 25 Ogos (Bernama) – Masih terdapat 26 orang guru daripada 4,710 orang guru di Perlis menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Exco Pendidikan negeri Rozieana Ahmad. Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memujuk guru-guru tersebut sebelum sesi persekolahan dibuka nanti bagi memastikan bahawa sesi persekolahan dapat berjalan dengan lancar dan selamat, untuk semua. […]
Berita
Aplikasi Whatsapp Tidak Lagi Menyokong Sistem Operasi Android Dan iPhone Ini Bermula 1 November 2021
Pengguna telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Apple, iOS 9 serta Android 4.0.4 ke bawah kana menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi mesej popular berkenaan. Aplikasi Whatsapp dikatakan akan menghentikan sokongan kepada peranti yang menggunakan sistem operasi itu bermula pada 1 November 2021 ini. Pengguna peranti tersebut tidak dapat mengakses sebaik versi baharu itu dilancarkan. Menerusi […]
Berita
Tengah ‘Syok’ Berbasikal Dalam Hutan, Air Naik Hingga Paras Bahu Sampai Terpaksa Junjung Basikal
Macam yang kita tahu, kebanyakan kawasan di Malaysia pada masa ini dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di beberapa negeri. Bukan sahaja Malaysia, negara jiran Singapura turut menghadapi situasi yang sama. Menurut laporan Mothership.sg, beberapa kawasan di negara tersebut turut dinaiki air, termasuk Hutan Simpan Bukit Timah. Laluan berbasikal di Bukit Timah ini antara yang […]
Berita
Dikhuatiri ‘Spam’, KKM Nafi Hantar Emel Kepada Orang Awam Guna Alamat Emel Ini
Melalui laman Facebook rasmi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi peringatan kepada orang awam agar tidak tertipu dengan emel palsu yang menggunakan nama KKM. Tangkapan skrin yang dimuatnaik KKM menunjukkan pihak tak bertanggungjawab bertindak menghantar emel sebagai ‘MOH Alert Team’. Emel palsu tersebut mengarahkan penerima untuk mengesahkan temujanji vaksin. Turut disertakan sebuah pautan yang perlu diklik […]
Gaya hidup
Karnival Pandu-Lalu McDonald’s Malaysia Meriah Sempena Bulan Kemerdekaan
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2021 – Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64, McDonald’s Malaysia menganjurkan Karnival Pandu-Lalu di seluruh negara sepanjang bulan Ogos ini. Dengan memanfaatkan posisinya sebagai peneraju pasaran dalam segmen Pandu-Lalu, syarikat tersebut ingin terus memberikan pengalaman yang terbaik dan membawa keseronokan kepada pelanggan pada bila-bila masa, dimana jua. “Sebagai jenama Pandu-Lalu yang […]
Berita
Sebanyak 169 Kerja Tanah Haram Di Selangor Dikompaun Sehingga Jun
SHAH ALAM, 25 Ogos – Sebanyak 169 jumlah kerja tanah haram telah dikompaun daripada 215 kes yang dikesan berdasarkan semakan semua pihak berkuasa tempatan di Selangor, sejak tahun lalu hingga Jun lepas. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata daripada jumlah tersebut, kerja tanah haram yang tertinggi dikesan ialah 52 kes bawah kelolaan Majlis […]
Berita
TERKINI: 22,642 Kes Positif Covid-19, Sabah Kembali Catat Antara Kes Tertinggi
Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan kes baharu Covid-19 setakat hari ini sebanyak 22,642 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 1,616,244 kes. Sehubungan dengan itu, menerusi rekod KKM menunjukkan Selangor masih mencatat kes tertinggi iaitu 6,325 dan diikuti dengan Sabah iaitu 3,224 kes dan Kedah iaitu 2,279 kes. Selain itu, enam negeri lagi mencatat kes lebih […]
Berita
PH Sedia Pertimbang Pelawaan Sertai MPN
KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Pakatan Harapan (PH) akan mempertimbangkan pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk blok tersebut menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19. Majlis Presiden PH dalam kenyataan bersama hari ini menyatakan, ia penting untuk bersama-sama menangani pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi, serta bukan sekadar tangkap muat atau menjadi ‘rubber […]
Berita
Sistem Perkhidmatan Awam Tidak Terjejas Dengan Perubahan Politik Negara
KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Sistem perkhidmatan awam negara tidak akan terjejas walaupun berlaku perubahan landskap pucuk pimpinan negara, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman. Beliau berkata perubahan politik yang berlaku kini tidak seharusnya mempengaruhi perjalanan penyampaian sistem perkhidmatan awam. “Saya ambil contoh pada 2018, banyak kegusaran yang dilontarkan apabila kita […]
Luar Negara
China Buka Semula Pelabuhan Ketiga Tersibuk Di Dunia, Lepas 2 Minggu Ditutup Akibat Penularan Covid-19
China membuka semula pelabuhan kargo ketiga tersibuk di dunia hari ini, selepas ditutup untuk mengawal penularan virus Covid-19 baru-baru ini. Operasi di pelabuhan berlokasi di timur Ningbo-Zhoushan ini diberhentikan dua minggu lalu apabila salah seorang pekerja di terminal didapati positif virus tersebut. Penutupan terminal utama itu berdampak kepada rangkaian perkapalan global. Permintaan barangan yang meningkat […]
Berita
(Video) Puluhan Ribu Siput Sedut Dipercayai ‘Mendarat’ Di Pantai Klebang
Baru-baru ini, pantai pelancongan yang terkenal di Melaka, iaitu Pantai Klebang didakwa telah dibanjiri dengan kehadiran puluhan ribu siput sedut. Gerombolan siput sedut yang naik ke darat itu menarik perhatian ramai, terutamanya penduduk kampung di sekitarnya, selain turut tular di media sosial. Justeru, pemandangan ‘lautan siput sedut’ tersebut dimuat naik dalam bentuk gambar dan video […]