Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bajet 2022: RM150 Akan Dikreditkan Secara ‘One-off’ Untuk 2 Juta Belia Dalam Program e-Start

Sejak pandemik Covid-19 ini melanda negara, transaksi tanpa tunai sentiasa menjadi pilihan masyarakat untuk berbelanja terutama sekali golongan belia. Pembelian melalui laman e-Dagang juga meningkat berkali ganda sejak pandemik ini.

Dalam menggalakkan lagi transaksi tanpa tunai ini, kerajaan dalam Program e-Start (e-Skim Transaksi Tanpa Tunai) diumumkan dalam Bajet 2022. Sebanyak RM150 akan dikreditkan kepada 2 juta belia secara one-off.

Secara keseluruhan, Program ini memperuntukkan bajet sebanyak RM300 juta ringgit dan dapat dimanfaatkan oleh 2 juta belia di Malaysia. Secara tidak langsung, urusan transaksi tanpa tunai makin aktif tahun hadapan.

Kebanyakkan premis-premis perniagaan ketika ini sudah pun menyediakan pembayaran tanpa tunai sekurang-kurangnya satu pilihan e-Wallet.

Sumber: Bernama