Berita
Banjir Yan: Operasi Mencari Mangsa Hilang Diteruskan Pagi Ini
ALOR SETAR, 19 Ogos (Bernama) — Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan petang semalam, diteruskan pada 8.30 pagi ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata tiga […]
(Video) Sungguh Berbakat, Lelaki Hasilkan Potret Shuib & Arwah Siti Sarah Guna ‘Rubik Cube’
Setiap orang dikurniakan bakat dan tahap kreativiti yang tersendiri dan ia boleh menjadi sesuatu yang sangat bermakna jika diekspresikan dengan betul. Khasnya, bila melukis potret, ia akan menjadi satu seni yang sangat istimewa, bukan sahaja untuk pelukis tetapi untuk individu yang dipotretkan juga kerana mungkin mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. Sama seperti potret yang dicipta […]

Ebit Lew Beri Keterangan Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew hari ini dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata siasatan kes itu akan diteruskan sehingga polis berpuas hati untuk merujuk kes […]
TERKINI: Parti Pejuang, Warisan, UPKO Dan Muda Sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Sebagai Calon Perdana Menteri
Persoalan berkenaan siapakah yang mempunyai majoriti sokongan bagi membolehkan diri dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya pastinya menjadi isu yang hangat dan buah mulut buat seluruh rakyat Malaysia susulan daripada perletakan jawatan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari. Antara dua nama pemimpin yang menjadi perbualan ramai sudah pastinya adalah Datuk Seri […]

Awan Rendah Selubungi KLCC & Menara KL Berjaya Dirakam Pagi Tadi, Bacaan Suhu 23°C
Warga kota dapat menyaksikan pemandangan Menara Berkembar KLCC dan Menara KL yang diselubungi awan tebal pagi tadi. Lapor Bernama, fenomena itu berlaku sekitar jam 9 pagi dengan bacaan suhu sekitar 23°C. Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), negara kita kini berhadapan Monsun Barat Daya dan dijangka akan berterusan sehingga pertengahan September ini. Terdahulu, MetMalaysia telah mengeluarkan […]
(Video) Tak Puas Hati Kena Pecat, Pekerja Lepaskan Singa Peliharaan Majikannya Ke Jalan
Seekor singa yang dikesan berkeliaran di beberapa batang jalan di Phnom Penh, Kemboja, sengaja dibebaskan oleh seorang pekerja yang tidak berpuas hati kerana dipecat, lapor United Press International pada semalam. Singa yang bernama Hei Man itu telah menjadi tajuk berita utama di negara terbabit selepas haiwan tersebut disita oleh pihak berkuasa dan dikembalikan kepada pemiliknya […]
Kedah Isytihar Yan, Kuala Muda Sebagai Kawasan Bencana Tahap 1
ALOR SETAR, 19 Ogos (Bernama) — Kerajaan Kedah mengisytiharkan daerah Yan dan Kuala Muda sebagai Kawasan Bencana Tahap 1 berdasarkan Arahan Tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20. Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata sehubungan itu semua agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan dengan pengurusan operasi bencana kini sedang mengambil pelbagai langkah bagi […]
47 Termasuk 30 Orang Awam Terbunuh Dalam Serangan Pemberontak Di Burkina Faso
OUAGADOUGOU, 19 Ogos (Bernama) — Seramai 47 termasuk 30 orang awam, 14 tentera dan tiga anggota bantuan, terbunuh dalam satu serangan pemberontak pada Rabu di wilayah Sahel utara Burkina Faso, lapor Xinhua. Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi konvoi membabitkan orang awam, pasukan pertahanan dan keselamatan serta sukarelawan Defence of the Motherland (VDP) itu diserang di daerah berdekatan Gorgadji, […]
“Sebaliknya Jika Individu Tersebut Lemah & Uzur…”, Mufti Wilayah Perjelas Hukum Meminta-minta Jawatan
Sesuatu jawatan yang hendak dijawat itu pastinya akan datang bersama dengan amanah berat yang perlu dipikul. Setiap jawatan yang dipohon itu juga ada tanggungjawab yang mungkin tidak ramai orang boleh memikulnya. Ramai orang yang memohon atau meminta untuk mengisi kekosongan jawatan rata-ratanya adalah kerana mahu mencari pengalaman serta untuk mengubah hidup. Justeru daripada itu, dari […]
“Makan Banyak Tapi ‘Maintain’ Kurus,” Rupanya Lemak Bersembunyi Di Organ Penting, Risiko Penyakit Metabolik
Kurus belum tentu sihat. Mungkin anda ada kawan yang tetap kurus walau selalu ‘sumbat’ segala jenis makanan tak kira masam, manis, pedas mahupun berlemak hingga buatkan anda cemburu. “Dia tak payah susah-susah diet dan bersenam pun tetap kurus,” mungkin ini yang terdetik di fikiran anda ketika melihat rakan yang seorang itu. Namun demikian, rakan anda […]
Si Pemburu Senyap Menakutkan, Kenali Helang Paling Besar Di Dunia, Si Helang Harpy
Kelibat burung helang sentiasa menjadi perhatian ramai kerana fizikalnya yang gagah dan begitu agresif ketika menyerang mangsa. Namun begitu, tahukah anda mengenai kewujudkan Helang Harpy yang dikatakan helang terbesar di dunia. Apa yang menarik mengenai helang ini, ianya dikatakan mempunyai cakar yang lebih besar daripada cakar beruang. Burung pemangsa yang gagah ini boleh mencapai ketinggian […]
Sebuah Bas & Lebih 10 Kenderaan Bawa Ahli Parlimen UMNO Dilihat Memasuki Istana Negara Pagi Ini
Situasi terkini di Istana Negara, sebuah bas dan lebih 10 kenderaan membawa Ahli Parlimen UMNO dilihat telah memasuki pintu 2, Istana Negara pada 10.38 pagi ini. Sementara itu, bas membawa Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga dilihat sudah memasuki Istana Negara pada jam 10.44 pagi, lapor Bernama menerusi ciapan ringkas. Difahamkan, ahli-ahli parlimen Barisan […]

Banjir Di Lima Kampung Di Perak, 102 Mangsa Dipindahkan
IPOH, 19 Ogos (Bernama) — Seramai 102 penduduk daripada 29 keluarga membabitkan lima kampung di sekitar Taiping, dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan hujan berterusan sehingga menyebabkan kediaman mereka dinaiki air sejak malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan setakat 7.30 pagi ini, 87 mangsa dari […]
Gara-Gara Terkesan Pandemik Hingga Dihina ‘Body Shaming’, Wanita Kongsi Rahsia Kejayaan & Resepi Detox Turun 15kg
Tak semua orang yang mahu memulakan perniagaan boleh terus berjaya. Untuk memulakan perniagaan, ilmu serta pengalaman perlulah mencukupi. Jika tidak ada ilmu serta pengalaman, sukar untuk perniagaan yang diusahakan itu hendak betul-betul berjaya. Namun begitu, semua itu tidak bermakna sekiranya minat dalam perniagaan tidak ada. Seperti seorang wanita yang bernama Nurul Azimah Binti Mohamad Noor […]
Rekod Baru Tercipta, Penyelidik Berjaya Kira Nilai Pi Hingga Ke 62.8 Trilion Angka
Salah satu pemalar yang sering digunakan di dalam matematik adalah nilai Pi yang merupakan nisbah lilitan bulatan dengan diameternya. Nama Pi berasal dari huruf ke-16 dalam abjad Yunani dan telah digunakan oleh ahli matematik untuk mewakili pemalar sejak awal abad ke-18. Seperti yang diketahui selama ini, nilai Pi adalah bermula dengan 10 digit pertama iaitu […]
Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 3 Tahun, Denda Lebih RM 100k Kerana Bunuh Siput Babi
Seorang lelaki di Hong Kong telah ditahan pihak polis pada Isnin atas tuduhan berlaku kejam terhadap haiwan selepas dia dilihat membunuh siput di sebuah air pancut di Tsim Sha Tsui, lapor portal Coconuts. Polis menerima laporan pada 4 Ogos yang mendakwa bahawa seorang lelaki sedang menuangkan taburan garam ke atas haiwan itu di sebuah air […]
“Boleh Dibuat Sekali Sahaja,” Ini Kesan Sekiranya Anda Buat Pembatalan Pengeluaran i-Citra
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berkongsikan mengenai kesan sekiranya ahli yang sebelum ini membuat permohonan pengeluaran i-Citra untuk membuat pembatalan. Bagi anda yang berniat untuk membuat pembatalan i-Citra selepas membuat permohonan, anda boleh berbuat demikian di laman rasmi i-Citra di sini. Caranya, anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang digunakan […]
“Air Mengalir Laju, Bunyi Pelik Lain Macam”, Penduduk Ibaratkan Banjir Seperti Tsunami Kecil
YAN, 18 Ogos (Bernama) — Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai di sini petang tadi, umpama ‘tsunami’ kecil ekoran keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata. Begitulah yang diceritakan oleh seorang penduduk Salwa Md Isa, 34, apabila melihat keadaan air deras luar biasa di sungai […]
“Allah Lebih Sayangkan Mereka…”, Wani Comel Meninggal Dunia
Sering tular di media sosial sebelum ini, Nurul Airawani Nazira atau lebih dikenali sebagai Wani Comel dilaporkan telah meninggal dunia pada malam semalam. Menerusi entri terbaru Instagram miliknya yang dimuatnaik oleh keluarga terdekat, Wani dikatakan telah meninggal dunia pada hari yang sama dengan rakan baiknya, Nur Rabiatul Nabihah. Difahamkan, mereka berdua telah disahkan positif COVID-19. […]
Tiga Maut, Tiga Lagi Masih Hilang Di Yan
ALOR SETAR, 19 Ogos (Bernama) — Tiga mangsa ditemukan maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, yang dilanda banjir susulan fenomena kepala air pada petang Rabu. Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata setakat operasi pada 1 pagi ini, tiga lagi mangsa dipercayai masih hilang di satu kawasan di Titi […]