Berita
Kemuncak Juraian Meteor Perseids Dapat Disaksikan Lewat Malam Ini
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kemuncak fenomena pancuran meteor Perseids dijangka lewat malam ini hingga awal pagi esok. Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), purata bilangan tahi bintang yang dijangkakan dapat dilihat pada masa kemuncaknya adalah sekitar 60 hingga 100 meteor sejam serta boleh mencecah hingga 150 meteor sejam. “Pancuran Meteor Perseid selalunya bersinar […]
Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Pengamal Perubatan Ketika Rawatan
TUMPAT, 12 Ogos (Bernama) — Seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pengamal perubatan ketika menerima rawatan di rumah keluarganya di Pasir Tumboh, dekat sini, dalam satu kejadian 2 Ogos lalu. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu selepas keluarga mangsa berusia 15 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Kubang […]

(Video) Tanggal 12 Ogos Tragedi Terburuk Dalam Sejarah, Pesawat Penumpang Terhempas Di Gunung, Ragut 520 Nyawa Pada 1985
Hari ini, 12 Ogos 2021 merupakan tahun ke-36 selepas tragedi meragut nyawa melibatkan Japan Airlines Flight 123. Menurut aerotime.aero, kejadian itu merupakan kemalangan melibatkan pesawat yang terburuk, menyebabkan 520 individu kehilangan nyawa. Baru sahaja 12 minit berlepas daripada Lapangan Terbang Haneda, Tokyo ke Osaka, pesawat itu dilaporkan mengalami situasi cemas sebelum terhempas berhampiran Gunung Takamagahara […]
(Video) Teruja Nak Jumpa Kekasih Kenal Dalam Mobile Legend, Pemuda Menangis Cintanya Ditolak Selepas Jumpa Depan-depan
Satu video yang memaparkan seorang pemuda menangis di hadapan salah sebuah kedai yang terletak di kawasan Kota Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia telah menjadi tular di media sosial. Daripada perkongsian akaun Instagram bernama fakta.indo, pemuda tersebut menangis teresak-esak gara-gara cintanya telah ditolak oleh wanita yang disukainya. Menurut portal Riauonline.co.id, tujuan pemuda tersebut datang ke Padang […]
Percaya Mak Seorang Penyihir, Lelaki Tergamak Tembak Ibu Kandung Hingga Mati
Seorang lelaki di Kemboja dilaporkan telah tergamak membunuh ibu kandungnya sendiri kerana menyangkakan bahawa wanita yang melahirkannya itu merupakan seorang penyihir. Menurut Kompas TV, lelaki itu membunuh ibunya yang berusia 62 tahun dengan menggunakan senjata buatan sendiri pada Rabu. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kors Kralor, Pang Heang mengatakan bahawa lelaki itu bertindak sedemikian kerana ketagihan […]
Sibuk ‘Membawang’ Sampai Terlupa Tutup Api Dapur Gas, Wanita Dituduh Jadi Punca Puluhan Rumah Terbakar
Puluhan rumah di sekitar Kompleks perumahan Lepping, Kecamatan Tamalate, Makassar, Indonesia dilaporkan terbakar disebabkan letupan gas di dapur. Ketua bomba Kota Makassar, Hasanuddin, menyatakan bahawa sebanyak 95 buah rumah hangus musnah akibat kebakaran tersebut. Dalam insiden itu, pihaknya dilaporkan telah mengerahkan puluhan jentera bomba dan anggota ke lokasi bagi memadam kebakaran. “Sebanyak 22 jentera bomba […]
(Video) Berkeladak Air, Wanita Kongsi Hasil Rendam Bantal Busuk Suami Selepas 5 Tahun Tak Cuci
Mungkin dirasakan tidak masuk akal tetapi memang ada sesetengah orang yang tidak pernah membasuh bantal busuk mereka selama bertahun-tahun. Katanya bantal tersebut mempunyai nilai sentimental yang tersendiri, kalau dibasuh sudah tidak lagi sama. Baru-baru ini, tular satu video yang dimuatnaik oleh seorang wanita di TikTok yang memaparkannya membasuh bantal busuk suaminya. Menerusi video itu, wanita […]
Bintang K-Pop & Bekas Ahli Kumpulan BigBang, Seungri Dipenjara 3 Tahun Kerana Terlibat Jenayah Pelacuran
Bekas bintang K-pop iaitu Seungri telah didakwa kerana mengatur pelacuran dan beberapa tuduhan lain yang membabitkan skandal seks dan dadah. Menurut laporan, Seungri telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun pada hari Khamis (12 Ogos) oleh mahkamah tentera. Penyanyi berusia 30 tahun daripada kumpulan boyband popular BigBang yang bersara daripada dunia persembahan dan kemudian dikerah […]
COVID: 45 Kluster Baharu Termasuk 30 Kluster Tempat Kerja, 93 Kes Kematian Di Rumah – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Sebanyak 45 kluster baharu COVID-19 dicatatkan hari ini dengan 30 daripadanya merupakan kluster tempat kerja, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sejumlah 11 kluster lagi merupakan kluster komuniti dan masing-masing dua kluster berisiko tinggi serta kluster pendidikan tinggi. “Selangor mencatatkan kluster tempat kerja […]
(Video) Rakaman Jelajah Rumah ‘Pengabdi Setan’ Bikin Seram, ‘Cuak’ Nampak ‘Sosok Putih’ Tepi Perigi
Bagi penggemar filem seram, mungkin anda pernah menonton filem terbitan Joko Anwar, bertajuk Pengabdi Setan. Filem seram yang dibuat semula berdasarkan filem bertajuk sama pada 1980 itu telah menjadi filem Indonesia terlaris pada tahun 2017. Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang berusaha membongkar misteri dan kejadian aneh yang berlaku kepada keluarga mereka selepas pemergian ibu […]
Dine-In: Seorang Kakitangan Perlu Ditugaskan Periksa Status Vaksinasi Pelanggan
LABUAN, 12 Ogos (Bernama) — Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan menggesa pengusaha kedai makanan dan minuman (F&B) di pulau bebas cukai itu menugaskan sekurang-kurangnya seorang kakitangan untuk memeriksa status vaksinasi COVID-19 setiap pelanggan sebelum dibenarkan menikmati makanan dalam premis. Pengarahnya Mohd Hafiez Daud berkata pemeriksaan rapi oleh kakitangan premis makanan (ke atas status vaksinasi pelanggan) […]
Kerajaan Umum Tindakan Terhadap Golongan Antivaksin Selewatnya Bulan Depan-PM Muhyiddin
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos (Bernama) — Kerajaan bakal mengumumkan tindakan yang akan dikenakan kepada golongan antivaksin sama ada pada bulan ini atau bulan depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana menteri berkata ia bagi memastikan negara dapat mencapai imunisasi kelompok dalam membendung penularan pandemik COVID-19. “Kita akan teliti dan dapatkan sedikit kajian kalau ada kumpulan […]
Kajian: Kesediaan Menerima Vaksin COVID-19 Lebih Tinggi Bagi Golongan Berumur
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Kesediaan untuk menerima vaksin COVID-19 lebih tinggi dalam kalangan golongan berumur yang lebih terdedah untuk sakit teruk akibat virus berkenaan, menurut kajian ‘Persepsi Terhadap Vaksin COVID-19’. Kajian yang dijalankan bersama oleh Monash University Malaysia, Universiti Sunway dan Universiti Sains Malaysia itu menjelaskan bahawa 88 peratus daripada kumpulan usia 60 […]
(Video)”Keluarga Hati Tisu Macam Ni Lah..,” Bukti Lelaki Ada Perasaan, Tengok Drama Siap Menangis, Sampai Tak Cukup Nafas
Kalau nak cakap pasal drama, orang Malaysia ni memang antara peminat tegar. Apa tidaknya, pantang ada saja drama yang keluar, mesti akan layan sampai habis. Iya lah, kalau dah tengok episod yang pertama, mesti nak tahu apa akan jadi seterusnya. Tapi, kalau korang nak tahu, banyak ragam manusia yang layan drama ni. Antaranya, terlalu feeling […]
Wanita Rancang Hamil Perlu Lengkapkan Suntikan Vaksin – Pakar
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Wanita yang merancang kehamilan digesa untuk membuat persiapan awal dengan melengkapkan diri dengan suntikan vaksin COVID-19 terlebih dahulu, bagi mengurangkan risiko dan kesan jangkitan virus berkenaan. Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Habibah Abdul Hamid berkata ia amat penting sebagai langkah perlindungan memandangkan ibu hamil yang […]

(Video) Mendebarkan, Ular Agresif Ditemui ‘Menginap’ Atas Siling, Cuba Serang Lelaki Ketika Hendak Ditangkap
Sebelum ini mungkin kita pernah terbaca kes ular muncul di dalam mangkuk tandas dan menyerang individu yang sedang leka membuat ‘pelaburan’. Tak kurang juga, ada yang memilih untuk bersembunyi di dalam ruangan pendingin hawa, alang rumah mahupun di atas siling. Sepertimana seekor ular gergasi yang sedang ‘berkampung’ di atas bumbung sebuah rumah di lokasi yang […]
Jururawat Dipercayai Anti-vaksin Ditahan, Didapati Tukar Vaksin COVID-19 & Suntik Lebih 8,000 Penerima Dengan Larutan Air Garam
Seorang jururawat yang dipercayai anti-vaksin di Jerman dilaporkan telah menukarkan vaksin COVID-19 kepada larutan Saline (campuran garam & air) dan telah menyuntik seramai 8,600 orang. Menurut siasatan polis, jururawat tersebut juga dikhuatiri telah memberi ribuan warga emas di Jerman utara suntikan palsu pada awal musim bunga ini. Pihak berkuasa pada Selasa menggesa ribuan orang yang […]
Pos Malaysia Akan Tamat Kontrak 262 Ejen Pos Rider Di Lembah Klang
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan menjalankan fasa dua pelaksanaan rasionalisasi program khidmat luaran (outsourcing) ‘Pos Rider’ yang melibatkan 262 ejen di Lembah Klang pada 1 September ini. Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasaran pos dan kurier domestik melalui perubahan dengan jumlah mel terus menurun begitu ketara, manakala para pemain e-dagang pula […]
Ini Cara Nak Tengok Fenomena Hujan Meteor Perseids Di Angkasa Tengah Malam Ini
Fenomena hujan meteor Perseids yang berlaku dari 17 Julai hingga 24 Ogos pada setiap tahun akan menuju ‘kemuncaknya’ di tengah malam ini. Pada malam ini, ruang angkasa kita akan ‘dihujani’ dengan fenomena hujan meteor tersebut yang dijangka berlaku dari pukul 12 tengah malam ini sehingga 6 pagi esok. Menurut perkongsian di laman Facebook Pejabat Mufti […]

Polis Tumpas Geng Acoi, Selesai Kes Samun Bersenjata Di Ampang
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Polis berjaya menumpaskan geng samun bersenjata dikenali ‘Geng Acoi’ yang dipercayai bergiat aktif di sekitar Ampang Jaya dan Gombak berikutan penahanan lapan individu termasuk seorang wanita sejak awal bulan ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kesemua suspek berusia 21 hingga 35 tahun itu ditahan dalam lima serbuan di sekitar […]