Berita

Berita
(Video) Pegang Perut Sebab Lapar, Gadis Baik Hati Belanja Warga Emas Seharian Tak Makan
Dalam setiap rezeki kita, sebahagiannya adalah milik orang lain. Justeru, kita sememangnya dianjurkan untuk sentiasa bersedekah dan membantu orang-orang yang memerlukan. Sama seperti yang dilakukan oleh seorang gadis di Indonesia ini yang telah membantu seorang lelaki warga emas yang ditemuinya dalam keadaan lemah dan kelaparan. Menerusi video yang dimuatnaik oleh gadis tersebut di TikTok dengan […]
Luar Negara
(Video) Doakan Turki, Dilanda Bencana Hutan Terbakar & Ragut 4 Nyawa Setakat Ini
Kebakaran besar dilaporkan telah melanda di beberapa buah kampung dan pusat peranginan di pantai Mediterranean dan Aegean di selatan Turki. Memetik laporan BBC News, setakat ini seramai empat orang telah terkorban dalam kebakaran itu dan puluhan telah dibawa ke hospital. Media itu turut melaporkan terdapat sekurang-kurangnya 60 kebakaran dilaporkan setakat ini. Ia dipercayai bermula sejak […]
Berita
Tak Puas Hati Ayah Suruh Buat Kerja Rumah, Budak Buat “Report” Polis Dakwa Jadi Mangsa ‘Buruh Paksaan’
Media China pada baru-baru ini melaporkan satu kes seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang telah membuat laporan polis dengan menuduh bapanya melakukan aktiviti ‘buruh paksaan kanak-kanak’, kerana memaksanya melakukan kerja rumah, lapor porta Oddity Central. Insiden pelik itu didakwa berlaku di Ma’anshan, China. Oleh kerana geram melihat anaknya asyik bermain dengan telefon, dan mengabaikan […]
Berita
Aktiviti PdP Pelajar Baharu Asasi & Diploma Dijalankan Sepenuhnya Dalam Talian Bermula Ogos- KPT
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar baharu program Asasi dan Diploma, Sesi Akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula pada Ogos 2021. Pun begitu, Universiti Awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan pelajar Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula pada Oktober 2021 atau semester berikutnya bergantung kepada kesediaan […]
Berita
PM Muhyiddin Zahir Ucapan Tahniah Ulang Tahun Keputeraan Al-Sultan Abdullah
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-62 hari ini. Muhyiddin menzahirkan ucapan itu menerusi satu poster dalam hantaran di laman sosial Facebook dan Twitternya dengan kapsyen Daulat Tuanku. Menerusi poster itu, […]
Berita
Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemukan Dalam Parit Di Tanah Merah
TANAH MERAH, 30 Julai (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan mati dalam sebuah parit di Kampung Air Asahan di sini hari ini. Ketua Polis Tanah Merah DSP Zainuddin Md Yusoff berkata mayat lelaki itu yang dalam keadaan kembung dan berulat ditemukan orang awam pada 11.45 pagi tadi sebelum memaklumkan kepada polis. “Mayat lelaki itu ditemukan terlentang di dalam […]
Berita
Lelaki Mengaku Pengembara Masa Datang Dari Tahun 5000, Dakwa Bandar LA Akan Tenggelam, Siap Beri Bukti Bergambar
Seorang lelaki mendakwa bahawa dirinya seorang penggembara masa yang datang dari tahun 5000 dan mengatakan seluruh bandar di Los Angeles (LA) akan ditenggelami air kerana perubahan iklim, malah dia juga mengaku memiliki bukti bergambar mengenai kejadian itu. Menurut Daily Star, lelaki itu telah memberitahu perkara tersebut kepada kru kamera dari ApexTV. Dia mendakwa bahawa dia […]
Berita
MET Malaysia Nafi Berita Tular Tsunami Landa Perairan Sabah
Mesej tular dari sebuah laman sesawang yang mendakwa tsunami bakal ‘menghempas’ perairan Sabah ekoran kejadian gempa bumi yang melanda Semenanjung Alaska kelmarin adalah tidak benar. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan media menafikan kejadian itu berlaku di Sabah di mana tempoh kejadian gempa bumi bermagnitud 7.5 pada skala Ritcher tersebut telah pun melebihi 12 jam […]
Kebajikan
Diselamatkan Dari Hotel Bersama Nenek, JKM Cari Ibu Kandung Kanak-Kanak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) membuat satu hebahan mengenai pencarian waris seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun. Menerusi maklumat, kanak-kanak tersebut, Adam bin Lazim (gambar) telah diselamatkan oleh pihak JKM di Hotel Bee Seng pada 13 Februari 2015 lalu selepas menerima aduan daripada pemilik hotel hotel. Pemilik hotel berkenaan menjelaskan, kanak-kanak […]
Politik
Kejayaan Kerajaan PN Tadbir Negara Menyebabkan Ada Pihak Tercabar
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Kejayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mewujudkan kerajaan campuran termasuk dalam kalangan parti bumiputera dan parti bukan Islam yang menolak pendekatan ekstrem, menyebabkan ada pihak yang berasa tercabar. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ia lebih-lebih lagi apabila kerajaan PN menunjukkan perubahan positif (kebaikan) dalam pentadbiran berbanding kerajaan terdahulu. […]
Berita
Senarai Negeri & Kawasan Bakal Dilanda Hujan Lebat Dan Ribut Petir Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri dan wilayah sehingga 7 malam ini. Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 4 petang tadi. Berikut adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:- Perlis: Seluruh negeri Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang […]
Berita
Edar Dadah, Penjual Daging Terselamat Daripada Hukuman Gantung
GEORGE TOWN, 30 Julai (Bernama) — Seorang penjual daging di pasar awam hari ini terselamat daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 59,708.4 gram tiga tahun lepas. Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap […]
Berita
TERKINI: 16,840 Kes Baharu Direkodkan Hari Ini, 6 Negeri Catat Kes Empat Angka
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 16,840 kes positif COVID-19 baharu hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini terus meningkat kepada 1,095,486 kes. Berdasarkan statistik KKM, enam negeri mencatatkan kes harian empat angka iaitu Selangor kekal negeri tertinggi dengan 6,092 kes, diikuti WP Kuala Lumpur dengan 2,114 kes, Kedah 1,281 […]
Sukan
Kejayaan Zii Jia Bukannya Hilang, Hanya Tertangguh – Chong Wei
TOKYO, 30 Julai (Bernama) — Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei percaya, kejayaan Olimpik pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, bukannya hilang tapi hanya ditangguh. Pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga kali berturut-turut itu berpendapat, dari segi tenaga, kepantasan dan teknik, Zii Jia dapat mengatasi Chen Long pada aksi pusingan 16 terbaik malam […]
Berita
Bicara Kes Ahmad Maslan Gagal Isytihar RM2 Juta Bermula Jun 2022
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Perbicaraan kes Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan, yang didakwa atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bermula pada Jun 2022. Hakim Mahkamah […]
Politik
11 Kes Positif COVID-19 Dikesan Di Parlimen Semalam – Noor Hisham
Sebanyak 11 kes positif telah dikesan di Parlimen pada semalam, melibatkan 10 kes melalui saringan RTK Ag saliva test dan satu (1) kes melalui RT PCR. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 1,183 individu telah menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag saliva test kit setakat pukul […]
Berita
Lelaki Maut, Rakan Parah Dilanggar Ketika Tukar Tayar
JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika kedua-duanya dipercayai sedang menukar tayar kereta di Kilometer 8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam (Arah Skudai), semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kejadian berlaku pada kira-kira 11.15 pagi dengan […]
Penasihat Undang-undang UMNO Dibebaskan Atas Tuduhan Pengubahan Wang Haram RM15 Juta
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan penasihat undang-undang UMNO, Mohd Hafarizam Harun atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta. Mengimbas kembali, Hafarizam yang juga merupakan seorang peguam telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 21 Februari 2019 lalu atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram. Merujuk laporan Awani, beliau ketika […]
Berita
(Video) “Dia Main Cak Cak…”, Gara-gara ‘Mencari’, Kelibat Berkain Putih Seakan Pocong Berjaya Dirakam
Satu video yang memaparkan penampakan satu lembaga yang didakwa sebagai pocong telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut telah dimuat naik oleh satu akaun Twitter yang bernama @mrcreepyposta. Video yang berdurasi selama 16 saat itu memaparkan seorang lelaki yang dipercayai sedang melakukan aktiviti paranormal di satu rumah yang telah ditinggalkan. Dapat didengari di dalam […]
Berita
Proklamasi Darurat Hendaklah Dibentang Dan Dibahaskan Di Parlimen – Majlis Peguam
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Majlis Peguam Malaysia hari ini berkata Ordinan Darurat hendaklah dibentang dan dibahaskan di Parlimen. Presidennya AG Kalidas berkata Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa ‘Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah […]