Berita
Raja Salman Titah Supaya Badan Amal Arab Saudi Salur Bantuan Kepada Malaysia Untuk Tangani COVID-19
Baginda Raja Salman telah mengarahkan Pusat Bantuan dan Kemanusiaan King Salman (KSrelief) untuk menyalurkan bantuan kepada Malaysia untuk menangani COVID-19, lapor Saudi Gazette. Dalam satu kenyataan, Ketua Penyelia KSrelief Abdullah AL Rabeeah mengatakan bahawa arahan Raja Salman menunjukkan kedalaman hubungan yang kuat antara kedua-dua negara. Menurut Al-Rabeeah, bantuan perubatan merangkumi satu juta dos vaksin COVID-19. […]
(Gambar) Jangan Lepaskan 29 Jenis Ikan Ni Dalam Perairan Umum, Berisiko Sumbang Bawaan & Penyebaran Penyakit Baru
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah berkongsi suatu hebahan kepada orang awam mengenai larangan melepaskan ikan bukan asli ke perairan umum menerusi Facebook. Seperti yang ramai tahu, perbuatan tersebut memberikan kesan negatif terutamanya kepada hidupan laut. Dalam hebahan jadual tersebut, DOF ada menyatakan beberapa implikasi sekiranya ikan-ikan berkenaan dilepaskan di perairan umum. Antaranya ialah: Mengganggu keseimbangan […]

Kes Pertama Dikesan Pada Januari 2020, Kini Kes Keseluruhan Covid-19 Di Malaysia Cecah 1,013,438 Kes
Kumulatif kes Covid-19 di negara kini mencecah angka sejuta dengan 1,013,438 kes. Perkara yang dibimbangi rakyat menjadia kenyataan apabila sebanyak 17,045 kes jangkitan baharu wabak itu dilaporkan hari ini. Jumlah kes baharu yang dilaporkan itu juga, merupakan yang tertinggi pernah direkodkan negara sejak pandemik itu melanda Malaysia pada 25 Januari 2020, mengatasi 15,902 kes yang […]
Bapa Didakwa Pukul Anak 3 Tahun Sampai Mati Sebab Merengek Nak Kencing Sampai Tidurnya Terganggu
Seorang lelaki bergelar ayah didakwa sanggup memukul anak kandungnya yang berusia 3 tahun sehingga membawa maut di sebuah perkampungan di Pandang Panjang, Sumatera Barat pada Jumaat lalu. Berdasarkan laporan daripada Ketua Siasatan Jenayah Polis Padang Panjang, Iptu Ferlyanto Pratama berkata kejadian tersebut berlaku semasa anaknya merengek dan menangis ketika ingin membuang air kecil. Ketika waktu […]
Pengasuh, Suami Dan Anak Saudara Didakwa Dera Dua Kanak-Kanak
JOHOR BAHRU, 25 Julai – Seorang pengasuh bersama suami serta anak saudaranya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas dua pertuduhan menganiaya dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun sehingga mendatangkan kecederaan fizikal. Ketiga-tiga tertuduh, Fazelina Mohd Lias, 37, Mansor Saat, 57, dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua […]

TERKINi: 17,045 Kes Baharu Positif Covid-19, Kedah Pula Catat Lebih Dari 1,000 Kes Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa hari ini terdapat 17,045 kes baharu yang dilaporkan di negara kita. Ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes setakat hari ini cecah 1,013, 438 kes. Menerusi perkongsian daripada laman Faebook rasmi KKM menunjukkan negeri Selangor kekal mencatat kes tertinggi hari ini iaitu dengan 8,500 kes diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur […]

(Video) Bateri ‘Remote’ Habis? Ini Cara Nak ‘Unlock’ Dan ‘Start’ Kereta Perodua Bezza
Kebanyakan kereta baru kini menggunakan sistem pintar ‘keyless’. Ya, tak perlu untuk memutarkan kunci untuk hidupkan kereta hanya tekan butang enjin ‘start’ dan ‘stop’ sahaja. Sama juga apabila keluar dan masuk kereta, anda hanyalah menekan butang kecil pada pemegang pintu tanpa perlu mengeluarkan alat kawalan jauh dari poket kan? Tetapi, pernah tak anda terfikir sekiranya […]

Kelantan Kesan Kes Pertama Varian Delta
KOTA BHARU, 25 Julai – Kelantan mengesan kes pertama varian Delta melibatkan seorang wanita di Pasir Puteh yang disahkan positif dua hari lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata wanita berkenaan juga pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini. Beliau berkata perkembangan ini amat membimbangkan, justeru beliau menyeru seluruh penduduk Kelantan supaya […]
“Kepala Bayi Dah Nak keluar Ni,” Anggota Bomba Jadi ‘Bidan’ Sambut Kelahiran Bayi Di Balai Bomba
SHAH ALAM, 25 Julai – “Kepala bayi sudah hendak keluar dah ni!” jeritan seorang ibu yang berada dalam kesakitan hendak melahirkan anak semalam masih terngiang-ngiang dalam fikiran Pegawai Bomba Kanan II Nor Syuhadah Ahmad, 33, sehingga kini. Pengalaman menyambut bayi perempuan di tempat duduk hadapan kereta di perkarangan tempat bekerja beliau di Balai Bomba dan Penyelamat […]

(Video) “Bangkit Dari Kegagalan,” 5 Atlet Ini Pernah Gagal Di Olimpik Tapi Bangkit Jadi Juara Dunia
Bukan mudah untuk bertanding di Sukan Olimpik bertaraf dunia. Untuk sampai ke tahap itu, seorang atlet perlu berdepan dengan pelbagai cabaran, rintangan dan halangan. Bangkit dari kegagalan. Hidup manusia ini seperti roda, kadangkala kita mengecapi kejayaan dan kebahagian. Kadang kala kita jatuh ke bawah, di timpa kegagalan dan musibah. Namun, kegagalan ini memberi semangat untuk […]

Terjebak Dadah Sejak 12 Tahun, Bekas Penghuni Cerita Pengalaman 3 Tahun Di Sekolah Henry Gurney
KUALA LUMPUR, 25 Julai – Mempunyai sejarah silam bergelar ‘pelatih’ di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka, bukanlah suatu yang boleh dibanggakan kerana sekali kaki pernah menjejaki di situ, pastinya masyarakat mempunyai tanggapan negatif terhadap mereka. Ini kerana sekolah itu cukup dikenali sebagai ‘tempat hukuman’ untuk remaja nakal yang terjebak dengan pelbagai masalah sosial dan jenayah, […]

Baru Berusia 18 Tahun, Perenang Ini Hadiahkan Emas Pertama Buat Tunisia Di Olimpik Tokyo
TOKYO, 25 Julai – Ahmed Hafnaoui mencipta kejutan hari ini di pentas akhir acara renang 400m gaya bebas lapor portal berita Xinhua. Hafnaoui berjaya menghadiahkan buat seluruh rakyat Tunisia emas pertama Olimpik Tokyo mereka. Perenang berusia 18 tahun itu mengetepikan perenang pilihan dari Australia, Jack Mcloughlin di tempat kedua dan memenangi pingat emas di penampilan […]

Vaksin Jadi Perisai, Pesakit Lengkap Dua Dos Hanya Alami Gejala Ringan
KUALA LUMPUR, 25 Julai – Dijangkiti virus pembunuh COVID-19 dengan pelbagai varian baharu yang lebih ganas ketika ini, pastinya menjadi pengalaman ngeri khususnya mereka yang dikategorikan golongan berisiko termasuk yang menghidap asma. Namun bagi seorang petugas kesihatan, Nurul Ezuahani Samad Fatimi, 32, beliau bernasib baik kerana mempunyai ‘perisai’ setelah selesai menerima dua dos vaksin pada […]

Lelaki Disambar Api Lompat Pagar Kedai Minta Tolong
GEORGE TOWN, 24 Julai (Bernama) — Seorang lelaki warga Bangladesh yang badannya melecur teruk akibat disambar api setelah terlibat dalam kebakaran terpaksa melompat pagar sebuah rumah bagi meminta bantuan di Jalan Penang di sini hari ini. Mangsa yang berusia 40-an itu berlari keluar dari rumah kedai dua tingkat yang terbakar bagi meminta tolong sebelum orang awam […]

Covid-19: Lagi Mayat Ditemukan Di Tepi Jalan Di Bangkok
BANGKOK, 24 Julai (Bernama) — Seorang gelandangan berusia 80 tahun menjadi mangsa terbaru COVID-19 yang dijumpai mati di tepi jalan, berhampiran Victory Monument di Bangkok hari ini. Media tempatan melaporkan bahawa pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas mendapati mangsa positif COVID-19 dan mayatnya dihantar ke Hospital Ramathibodi untuk bedah siasat. Baru-baru ini, dilaporkan tiga mayat lelaki […]

Kelonggaran SOP Bagi Individu Lengkap Dua Dos Vaksin Diumum Dalam Beberapa Hari Lagi -PM
PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) — Mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi mereka dalam beberapa hari lagi. “Kita akan muktamadkan perkara ini dan saya akan umumkannya sebagai satu pakej penuh, termasuk dalam […]

Lapor Polis Jika Terima Suntikan Vaksin Kosong – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan penerima vaksin COVID-19 supaya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran sekiranya mereka mengesyaki menerima suntikan vaksin kosong agar siasatan lanjut dapat dijalankan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya akan membuka kertas inkuiri […]

Tiga Lagi Ahli Parlimen Negatif Covid-19, Seorang Positif
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing-masing negatif COVID-19. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun didapati positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumahnya. Sumber rapat […]
Terengganu FC Berpesta Gol, Belasah Perak FC 5-0
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) – Terengganu FC berpesta gol malam ini dengan membenam Perak FC, 5-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, dalam aksi Liga Malaysia yang bersambung semula selepas berehat lebih dua bulan. Kemenangan itu sekali gus membantu skuad Penyu, yang berada di tempat kedua Liga Super selepas 14 perlawanan, berkongsi kutipan 30 mata dengan […]

(Video) Perjuang Isu Gaza Melalui Lirik Lagu, Inteam Lancar Single Baharu ‘Al-Quds Lana’
Perjuangkan isu ummah melalui lirik lagu. Itulah yang dilakukan oleh kumpulan nasyid terkenal tanah air, Inteam apabila mereka melancarkan lagu single terbaharunya yang berjudul Al-Quds Lana baru-baru ini. Difahamkan, Al-Quds Lana adalah sebuah lagu nasyid yang diberikan nafas baharu oleh Inteam dengan kerjasama My Aqsa Defenders (MAD) sebagai usaha menjadi hiburan alternatif dalam memahami isu […]