Berita
Tindakan Tegas Terhadap Individu Cuba Rentas Negeri Pada Aidiladha Ini-Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Polis akan mengambil tegas terhadap mana-mana individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, Selasa ini. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata kebenaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai urusan kecemasan. “Saya percaya semua sekatan […]
138 Kematian Direkod Hari Ini, Jumlah Tertinggi Sejak Pandemik Melanda Negara
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Malaysia merekodkan angka kematian baharu COVID-19 yang tertinggi hari ini dengan 138 kes menjadikan kumulatif kematian sebanyak 6,866 sejak pandemik itu melanda negara. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, 128 kematian membabitkan warganegara dan 10 adalah warga asing. […]
Selangor, KL Kekal Fasa 1 PPN – TPM
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Selangor dan Kuala Lumpur kekal dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kerajaan telah mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim dan lokaliti di dua negeri terbabit semalam. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun nilai ambang vaksinasi 10 peratus populasi dewasa sudah dicapai namun kes COVID-19 […]
Penganjur, Peserta Himpunan ‘#Kerajaan Gagal’ Akan Dikompaun-Polis
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Polis akan memanggil tiga individu disyaki penganjur dan peserta perhimpunan ‘kerajaan gagal’, yang diadakan di padang Dataran Merdeka di sini, hari ini bagi dikenakan tindakan kompaun dalam masa terdekat. Ketua Polis Daerah Dang Wang ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, tindakan kompaun tersebut akan dikenakan kerana kesalahan pelanggaran Perkara 10 […]
(Video) Sering Berlumba Dengan “Superbike” 1000cc, Juara 6 Kali WSBK Ini Akhirnya Berjaya Miliki Lesen Motorsikal Awam Yang Sah
Pelumba dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) iaitu Jonathan Rea pada baru-baru ini dilaporkan telah berjaya mendapatkan lesen motosikal awam yang sah di negaranya. Juara dunia enam kali bagi kejuaraan WorldSBK yang merekodkan 103 kemenangan, 194 kali kejayaan menaiki podium, 30 kali berjaya berada di petak pertama perlumbaan dan sebanyak 82 kali berjaya mencatatkan lap terpantas […]
Gesa Supaya Lebih Peka Dengan Situasi Krisis COVID-19, Jokowi Larang Menteri Kabinetnya Ke Luar Negara
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dilaporkan telah melarang kabinet menterinya ke luar negara kecuali jika ada urusan penting. Menurut CNN Indonesia, Jokowi mengingatkan bahawa negara itu kini sedang menjalani Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat dan semua kementerian, institusi dan pemimpin diminta agar mempunyai kepekaan terhadap situasi krisis atau sense of crisis. Setiausaha Kabinet, Pramono […]
(Video) Unta Pengsan Kerana Kepanasan Melampau Di Padang Pasir, Tindakan Lelaki Ini Berikan Sebotol Air Raih Pujian Ramai
Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di dunia kini, terdapat beberapa buah negara yang teruk dilanda dengan kenaikan paras suhu yang melampau. Salah satunya adalah negara Algeria yang pada baru-baru ini dilaporkan dilanda dengan gelombang panas. Cuaca yang sangat panas tidak hanya memberi kesan kepada manusia, namun ianya turut memberi kesan kepada haiwan yang telah […]

‘Syamilla Bihai’ Ditangkap Selepas Masuk ‘Perangkap Wahab’ Perhilitan
KOTA BHARU, 17 Julai (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor harimau belang betina, selepas haiwan liar yang diberi gelaran ‘Syamilla Bihai’ itu memasuki ‘perangkap Wahab’ yang dipasang di Kampung Badak dekat Pos Bihai, Gua Musang, Khamis lepas. Harimau belang itu dipercayai pernah menyerang seorang lelaki Orang Asli suku […]
TERKINI: Sekolah Akan Dibuka Secara Berperingkat Untuk PdP Bersemuka Mulai 1 September-KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September 2021. Keputusan itu telah dibuat setelah mengambil kira peningkatan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah. “Sehingga 16 Julai 2021, seramai 253,366 orang guru dan pentadbir (61.30%) serta 10,876 orang kakitangan […]
Nak Beli Satu Barang Je, Abang Ni ‘Terkejut’ Dengan Layanan ‘Customer Service’ Alibaba Dari China
Biasanya kalau barangan rumah sudah rosak, kita mesti akan merujuk semula kepada bahagian perkhidmatan pelanggan pengilangnya kan? Tujuannya adalah untuk bertanyakan maklumat lanjut mengenai pembaikan, waranti dan sebagainya. Namun seperti yang kita tahu, tidak semestinya barang alat ganti yang kita mahukan itu masih ada stok, tidak kurang juga berkemungkinan agak sukar untuk mendapatkannya jika ianya […]

Tol Gombak Dilapor Sesak, Balik Kampung Untuk Hari Raya Haji?
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini melaporkan keadaan trafik sesak di Plaza Tol Gombak setakat tengahari tadi. LLM menerusi ciapan di ruangan Twitter berkata, kesesakan berkenaan berlaku sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah ke Barat dan Kuala Lumpur. Selain itu, keadaan trafik di laluan sebelum masuk Plaza Tol Bentong arah ke Timur dan Kuantan juga […]

TERKINI: 12,528 Kes Baharu COVID-19 Direkodkan, Jumlah Kes Negara Kini Lepasi Angka 900K
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 12,528 kes COVID-19 positif baharu pada hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini sudah melepasi 900,000 dengan 905,851 kes setakat ini. Berdasarkan statistik, Selangor kekal mencatat angka harian tertinggi dengan 4,985 kes, diikuti WP Kuala Lumpur dengan 1,740 kes dan Negeri Sembilan 1,280 kes. […]

Selangor Had Bilangan 50 Jemaah Solat Sunat Aidiladha Di Masjid
Kerajaan Selangor membuat keputusan menghadkan bilangan jemaah solat sunat Hari Raya Aidiladha di masjid seramai 50 orang sahaja, manakala bagi surau yang diberi kebenaran solat Jumaat pula, hanya 40 jemaah sahaja yang dibenarkan. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, had tersebut adalah termasuk jemaah dan pentadbir, […]

TERKINI: Kelonggaran Bagi Individu Lengkap Dos Vaksin Diputuskan Minggu Depan – PM
Kelonggaran bagi individu yang sudah lengkap dos vaksin COVID-19 akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara pada minggu depan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian seperti yang dilaporkan BERNAMA menerusi ciapan berita ringkas di Twitter hari ini. Selain itu, syarikat farmaseutikal Pharmaniaga dilapor telah melengkapkan pembekalan 12.4 juta tempahan vaksin Sinovac untuk mempercepatkan […]
Awas, 7 Simptom Baharu Ini Tanda Anda Dijangkiti Varian Delta, Paling Bahaya & Dominan Di Seluruh Dunia
Wabak COVID-19 yang menjangkiti manusia kini masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Sehingga hari ini, lebih 190 juta kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia hingga telah mengorbankan empat (4) juta nyawa setakat ini. Terdapat banyak varian COVID-19 yang dikenal pasti iaitu varian alpha, beta dan delta. Namun tahukah anda, dalam ketiga-tiga varian ini, delta merupakan […]
Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah Putuskan Majikan Ada Kuasa Untuk Pecat Pekerja Yang Memakai Hijab Ketika Bertugas
Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) telah memutuskan bahawa majikan boleh memecat mana-mana pekerja wanita yang berhijab ketika bertugas, lapor portal DW. Keputusan itu dibuat berikutan kes yang difailkan oleh dua wanita Muslim di Jerman yang digantung daripada bertugas setelah mereka berkeputusan untuk memakai tudung di tempat kerja. Menurut portal DW, mahkamah berpendapat bahawa “memakai sebarang […]
Murid Tahun Lima Maut Disengat Tebuan
DUNGUN, 16 Julai (Bernama) — Seorang murid lelaki tahun lima Sekolah Kebangsaan Minda Talong maut selepas disengat seekor tebuan di kediaman keluarganya di Kampung Minda, Hulu Dungun di sini, hari ini. Bapa mangsa Mohd Nazuki Mat Jusoh, 42, berkata anak keduanya Rayyan Fitri Mohd Nazuki, 11, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan kira-kira pukul 2.30 […]
Pemberhentian Vaksin Sinovac Tiada Kaitan Soal Keberkesanan – Khairy
PUTRAJAYA, 16 Julai (Bernama) — Pemberhentian pemberian vaksin Sinovac dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah kerana pembekalannya telah selesai dan tiada kaitan dengan soal keberkesanannya, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin. Beliau berkata Pharmaniaga Bhd telah selesai membekalkan 12 juta dos vaksin keluaran China itu lebih awal daripada jadual asal kepada kerajaan. “Kami akan menerima keseluruhan penghantaran (vaksin […]
(Video) Hanya Guna Soletip, Wanita Kongsi Cara Nak Sapu Rambut Di Lantai Supaya Tak Terbang
Pasti ramai diantara kita yang ketika mengemas rumah pernah mengalami masalah susah nak sapu rambut. Bila nak sapu, asyik terbang je. Manakan tidak, bila ditiup angin je habis bersepah balik rambut-rambut yang disapu tu. Kini, anda tidak perlu pening lagi kerana seorang pengguna TikTok bernama @teacherizan ini ada kongsikan cara mudah untuk sapu rambut. Dalam […]
(Video) Diiringi Polis, Suasana Hiba ‘Temani’ Deretan Van Dipercayai Bawa Jenazah Pesakit COVID-19 Ke Tanah Perkuburan
Umum telah mengetahui bahawa negara kini sedang teruk dibadai dengan wabak pandemik COVID-19. Kes positif baharu yang kian meningkat naik sejak kebelakangan ini telah membuatkan ramai orang kini bimbang dengan kesihatan dan keselamatan diri. Bukan angka kes COVID-19 sahaja yang turut naik, ianya turut disusuli dengan peningkatan kes kematian yang kian hari kian meningkat. Tiap-tiap […]