Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tokoh Ulama Kedah, Tuan Guru Dato Pakteh Mat Meninggal Dunia

Gambar Via Dr Mujahid Yusof Rawa

Tokoh ulama yang disegani di Kedah, Tuan Guru Haji Ahmad Haji Muhammad Noor atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Dato Pakteh Mat dilaporkan telah meninggal dunia tengah malam tadi di Hospital Kuala Nerang, Kedah.

Berita pemergian itu telah dimaklumkan oleh cucunya dan turut dikongsikan oleh Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa di Facebook sebentar tadi.

Menerusi perkongsian cucunya, Mariam Abdul Ghani pada 11 September lalu, Allahyarham Tuan Guru dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Kuala Nerang setelah beberapa hari kesihatannya merosot dan mengalami kekurangan oksigen.

Kegigihan Allahyarham dalam berdakwah dan menegakkan syiar Islam di Kedah sememangnya sangat dihargai ramai dan beliau juga merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Pondok Ahmadiah di negeri itu.

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Sumber: Dr Mujahid Yusof Rawa, Mariam Abdul Ghani