Siakap Keli

”Sebiji Macam Gambar,” Abang Ni Lukis Wajah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nampak ‘Real’ Buat Ramai Teruja

Melukis adalah salah satu aktiviti yang amat memerlukan ketelitian, kesabaran, ketepatan serta minat yang mendalam. Bagi sesiapa yang memiliki kemahiran ini, nescaya mereka mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Terdapat banyak jenis lukisan yang wujud di dunia ini. Ada yang suka melukis secara lakaran ‘conteng-conteng’, ada yang gemar melukis landskap, potret wajah seseorang dan sebagainya.

Bercerita tentang potret, baru-baru ini seorang warga Group Facebook LUKIS, Jef Potraiture Republique telah berkongsi hasil tangannya melukis potret wajah seorang tokoh yang disegani, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jika sekilas pandang, mungkin wajah almarhum di bawah ini kelihatan seperti sekeping gambar. Namun sebenarnya ia adalah lukisan tangan asli daripada Jef sendiri. Jom ikuti perkongsian Jef ini.

Gambar: Jef/LUKIS

“Alhamdulillah, selesai juga akhirnya! Dalam proses lukisan ini saya pakai kertas premium Uart 400 grid. Kebiasaan dalam lukisan premium, saya gunakan kertas yang mampu berikan kekuatan maksima menampung lapisan warna yang lebih.

“Paling minima dalam tujuh lapisan. Kebanyakan kertas premium mampu bertahan sekitar 10 lapisan ke atas. Antara kertas pilihan saya Uart, pastelmat, pastelcard serta mi-tientis touch,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Sementara itu, Jef juga berkongsi jenis peralatan yang digunakannya untuk menyiapkan lukisan ‘istimewa’ ini:-

  • Medium: soft pastel terry ludwig, unison, schmincke dan sennelier serta pensil pastel caran d’arche , pitt dan conte
  • Kertas: Uart 400 grid
  • Saiz: A1
  • Sembur juga dengan fixative

Sumber: Jef Potraiture Republique melalui LUKIS

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'