Berita
Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Membadai 13 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa negeri di Malaysia sehingga malam ini. Dalam kemaskini terbaru, MetMalaysia menjangkakan fenomena tersebut berlaku di beberapa negeri seluruh Malaysia sehingga 7 malam ini. Sementara itu, di beberapa kawasan tertentu di negeri terlibat, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku sehingga 8 malam. Berikut […]

KWSP Umum Permohonan Pengeluaran i-Citra Akan Dibuka Mulai 12 Julai
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa permohonan pengeluaran i-Citra akan dibuka pada 12 Julai 2021. Permohonan pengeluaran i-Citra akan dipercepatkan tiga hari lebih awal iaitu 12 Julai 2021 berbanding pengumuman sebelum ini pada 15 Julai akan datang. Tambah KWSP menerusi laman web, permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September. Menurut badan […]

TERKINI: 9,105 Kes Positif Covid-19, Selangor Catat Lebih 4,500 Kes Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan kes positif Covid-19 setakat hari ini adalah 9,105. Jumlah kumulatif kes positif adalah 836,296 kes. Menerusi perkongsian daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menunjukkan angka kes positf di negeri Selangor hampir mencecah 4,682 kes setakat hari ini. Sehingga 11 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan […]

“Baik Sentiasa Kalahkan Yang Jahat”, Khabib Gembira Lepas Poirier Tewaskan McGregor
Dustin Poirier sekali lagi muncul juara dalam perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC) menentang Conor McGregor, hari ini. Pertarungan mendebarkan UFC 264 ini hanya berlangsung satu pusingan sahaja apabila McGregor mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Turut meraikan kemenangan Poirier, petinju terkenal dunia, Khabib Nurmagomedov melalui sebuah hantaran di laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Poirier atas kejuaraannya hari […]
Dua Pelajar Meninggal Dunia, Ini Respon UiTM Tentang ODL Dalam Waktu Pandemik
Universiti Teknologi Mara (UiTM) amat berduka cita dan mengucapkan takziah kepada keluarga dua pelajar yang meninggal dunia baru-baru ini. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, pihak UiTM sangat prihatin terhadap isu kematian pelajarnya di Cawangan Kedah dan Pahang. Pihak pengurusan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga kedua-dua pelajar berkenaan. “Semoga keluarga Allahyarhamah dan Allayarham diberikan […]
Boleh Ke Bawa Peneman Pergi Pusat Vaksin? Ini Jawapan PDRM
Mungkin ramai yang masih keliru terutamanya yang berada di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tentang kapasiti di dalam kenderaan untuk tujuan perubatan atau vaksinasi. Memetik daripada kenyataan media Ketua Polis Negara, membenarkan pergerakan tiga orang termasuk pemandu untuk tujuan perubatan dan mendapatkan vaksin. Penduduk di lokaliti PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di Aplikasi […]

Pelakon Benjy Ibrahim Meninggal Dunia
Industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon tanah air, Benjy Ibrahim yang juga merupakan anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty. Memetik daripada laporan Astro Awani, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia jam 11 pagi tadi. Dalam satu kiriman pesanan ringkas yang dikirim oleh […]

Insiden 2 Kapal Berlanggar Di Perairan Muar, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan
Sebuah kapal tangki dan sebuah kapal kargo telah berlanggar di perairan Muar sekitar jam 12.03 tengah malam tadi. Melalui siaran media Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) hari ini, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat menerusi Maritime Rescue Coordinator Centre […]
MOSTI Runding Dengan Arab Saudi Tentang Pengiktirafan Vaksin Haji
KOTA BHARU, 11 Julai – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melakukan rundingan dengan kerajaan Arab Saudi berkenaan isu pengiktirafan vaksin COVID-19 membabitkan jemaah haji. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata pihaknya berharap dalam tempoh terdekat kerajaan Arab Saudi akan menerima semua jemaah yang telah mendapat […]
Masjid, Surau Akan Dibuka Jika Kes Covid-19 Menurun – Sultan Selangor
SHAH ALAM, 11 Julai – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah masjid dan surau di negeri itu akan kembali dibuka seperti biasa sekiranya kes jangkitan baharu COVID-19 terus menurun manakala peratusan pemberian vaksin berbanding jumlah populasi, meningkat. Menurut kenyataan Sultan Sharafuddin yang dikeluarkan Istana Alam Shah hari ini, baginda bertitah sehingga perkara itu terjadi, […]

(Video) “Bagi Dos Pertama Dulu..,” Doktor Ini Bagi Cadangan Kepada Kerajaan Nak Tangani Covid-19
Semakin hari, kita lihat semakin meningkat kes positif Covid-19 di negara kita. Adakah kerana ketidaktegasan kerajaan untuk menangani wabak ini sehinggakan ada sesetengah individu yang mengambil kesempatan atas keadaan itu. Tidak dinafikan, dalam menangani penularan Covid-19 ini, ia memerlukan kerjasama semua pihak. Jelas kita lihat di negara luar seperti di London, penduduk di sana dikatakan […]

Henti Berpolitik, Fokus Usaha Bantu Rakyat – TPM Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 11 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa semua pihak terutama ahli politik supaya berhenti berpolitik, sebaliknya memberi fokus kepada usaha membantu rakyat yang sedang mengalami kesusahan akibat pandemik COVID-19. Beliau berkata dalam keadaan jumlah kes COVID-19 yang masih tinggi, semua pihak perlu bersatu dan bersama-sama untuk memerangi pandemik itu. […]

Harga Simpanan Serendah RM120, JPJ Kelantan Lelong Kereta Lucut Hak Bermula Hari Ini Hingga 19 Julai
Kenderaan adalah pengangkutan yang sangat penting untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kalau tak ada kenderaan, maka susahlah nak pergi ke mana-mana, tambahan pula bila berlaku kecemasan. Berita baik untuk warga Kelantan yang tengah mencari kenderaan dengan harga rendah. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan melalui laman Facebook rasmi membuat hebahan jualan […]

Perlis Benarkan Solat Aidiladha Di Tanah Lapang
KANGAR, 11 Julai – Seperti perayaan Aidilfitri sebelum ini, Perlis membenarkan solat sunat Aidiladha pada 20 Julai ini dilaksanakan di tanah lapang. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia selaras dengan sunah selain dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup. “Solat akan dilaksana pada 8 pagi di tanah lapang pekarangan masjid […]

(Video) Neymar Peluk ‘Erat’ Lionel Messi Di Tengah-Tengah Kemeriahan Argentina Raikan Kemenangan
Lionel Messi akhirnya menjulang trofi pertamanya di pentas antarabangsa berikutan kemenangan Argentina dalam Copa America 2021. Selepas meraikan kejayaan pasukan Argentina, Lionel Messi nampaknya sedang memeluk erat sahabatnya, Neymar di tengah-tengah padang bola ketika yang lain meraikan kejayaan tersebut. Menerusi video tersebut, keadaan hiba menyelubungi ketika itu. Tidak dinafikan kedua-dua pemain ini sangat akrab sejak […]

‘Hikmah’ PKP, Bekas Guru Vokal Raih Pendapatan Enam Angka Jual Yogurt
KOTA BHARU, 11 Julai – Keputusan seorang bekas guru vokal mengubah kerjaya menjadi pengusaha sebuah kafe yogurt beku dinamakan Froogurtz, telah membuahkan hasil lumayan apabila perniagaannya itu meraih keuntungan mencecah RM100,000 sebulan. Bercakap kepada Bernama, Mohamad Hafizuddin Che Soh, 29, nekad kembali menetap serta mencari rezeki di tempat kelahirannya di sini setahun lepas, apabila terpaksa berhenti sebagai tenaga […]

Kongsi Ilmu Hingga ‘Hujung Nyawa’, Peguam Hartanah Terkenal Salkukhairi Abd Sukor Meninggal Dunia
Peguam hartanah terkenal di media sosial, Salkukhairi Abd Sukor telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi ini. Menerusi kiriman daripada sahabatnya, peguam Muhammad Syarafi menyampaikan berita sedih ini. Menerima perkhabaran Peguam Hartanah terkenal Tuan Salkhukhairi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Allahu. Orang baik²-baik ni memang Allah ambil cepat je. Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya […]

Cemburu, Lelaki Bunuh Isteri Sebelum Bunuh Diri
BUTTERWORTH, 10 Julai (Bernama) — Seorang lelaki dipercayai bertindak membunuh isterinya dengan menikam mangsa sehingga mati sebelum dia membunuh diri, dipercayai bermotifkan cemburu, dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kimsar, Perai di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Mohd Ra’ais berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada anak […]

TERKINI: Umat Islam Di Malaysia Sah Sambut Aidiladha 20 Julai Ini
Umat Islam di negara ini disahkan bakal menyambut Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Tuan Haji Mohd Aseral Jusman. Hebahan berkenaan diumumkan menerusi siaran berita RTM, memetik ciapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Ak-Bakri hari ini. Umat Islam di Malaysia sambut Hari […]

Bantuan Barangan Dapur RM100 Selama 3 Bulan, Ini Cara Nak Semak Status Kelayakan
Baru-baru ini kerajaan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi (PEMERKASA) melaksanakan PRIHATIN Kasih sebagai inisiatif membantu isi rumah yang memerlukan bantuan makanan. Di bawah PRIHATIN Kasih ini, penerima yang layak akan menerima bantuan RM100 selama tiga bulan yang akan dikreditkan terus ke akaun kad pengenalan (MyKad). Dengan inisiatif ini, penerima boleh menggunakan wang tunai […]