Berita
Gempa Bumi Kuat 6.1 Skala Richter ‘Goncang’ Selatan Sumatera, Indonesia Pagi Tadi
Gempa bumi kuat dilaporkan telah melanda di Selatan Sumatera, Indonesia pada awal pagi tadi, Seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi tersebut berlaku dengan magnitud 6.1 skala Richter pada kedalaman 48 kilometer. Gegaran yang dirasa pada jam 6:48 pagi itu bagaiamanapun tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi kuat di Selatan Sumatera, […]

Mesej Mayat Pesakit Covid-19 Didapati Masih Hidup Adalah Palsu – KKMM
KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan mesej tular yang mendakwa kononnya ada pesakit COVID-19 yang disahkan meninggal dunia, namun semasa mayat tiba di lokasi pengebumian pesakit itu didapati masih hidup. Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan malam ini berkata HKL menjelaskan bahawa tiada kejadian berlaku seperti dakwaan mesej tular berkenaan. “Orang […]

Bintang Tiktok AS, Anthony Barajas Maut Dipercayai Ditembak Dalam Pawagam
Bintang Tiktok yang terkenal di laman sosial, Anthony Barajaras maut selepas beberapa hari bertarung nyawa selepas insiden tembakan rambang di sebuah panggung wayang di California. Laporan polis di Corona, Selatan California berkata Barajas yang berusia 19 tahun meninggal dunia pada Sabtu lalu, turut meragut nyawa rakannya Rylee Goodrich, 18. Difahamkan, mangsa ditembak Isnin lalu di […]
Sertai Olimpik Pertama Di Barcelona 1992, Hoy Jadi Pemenang Pingat Tertua Di Tokyo Pada Usia 62 Tahun
Atlet Australia, Andrew Hoy muncul sebagai penerima pingat tertua di Olimpik sejak 1968. Hoy telah meraih pingat perak dalam acara ‘eventing’ ekuestrian berpasukan di Olimpik Tokyo hari ini. Hoy yang kini berusia 62 tahun telah mengumpul lima pingat dalam temasya Olimpik, termasuk tiga emas. Menerima pingat emas pertama di Olimpik Sydney 2000, Hoy turut memenangi […]
9 Kenderaan Dipercayai Bawa TPM, Menteri Dan Peguam Negara Tinggalkan Kediaman PM
Sebanyak sembilan buah kenderaan dilihat masuk ke perkarangan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal malam tadi. Kenderaan rasmi yang dipercayai membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa menteri kabinet itu kemudian dilihat keluar dari kawasan tersebut kira-kira jam 10.30 malam. Memetik daripada laporan Sinar, antara menteri kabinet yang […]
Turut Dapat Tips Dari Penerjun China, Dhabitah Sedia Beri Inspirasi Kepada Ramai Gadis Sertai Sukan Terjun
Selepas mencuri hati rakyat Malaysia dengan persembahan terpuji dan senyuman menawan di Olimpik Tokyo 2020, atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri ingin memberi inspirasi kepada para gadis untuk menyertai sukan itu. Berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur, Nur Dhabitah bersedia memainkan peranan sebagai duta kepada sukan akuatik yang disayanginya bagi menggalakkan lebih ramai anak muda […]

TERKINI: Gempa Bumi 5.3 Skala Richter Gegar Halmahera, Indonesia
Gempa bumi sederhana berukuran pada 5.3 skala Richter melanda Halmahera, Indonesia pada pukul 11.04 malam sebentar tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak di 1.9 Utara dan 127.4 Timur kira-kira 120km Utara dari Ternate, Indonesia dengan kedalaman 113km. Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi sederhana di Halmahera, Indonesiajam […]

(Video) Ada Netizen Pandang Rendah, Tan Boon Heong ‘Payung’ Semua Pingat Kejuaraan Badminton Miliknya
Sebut saja nama Tan Boon Heong sudah pasti meniti di bibir peminat sukan badminton negara. Pemain ini pernah bergabung dengan Koo Kien Keat dan ramai yang melihat mereka sebagai regu emas Malaysia. Mereka pernah bergelar juara di Terbuka Jepun, pingat emas temasya Sukan Asia pada tahun 2006 sebelum meraih kejuaraan di All England pada tahun […]

Covid: Tahanan Keempat Lari Dari PKRC Berjaya Diberkas Semula – Polis
PENAMPANG, 2 Ogos – Polis pada petang tadi berjaya memberkas semula tahanan keempat yang melarikan diri daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di sini. Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata tahanan itu Mohd Rahman Basir, 24, seorang warganegara Filipina, berjaya diberkas semula hasil maklumat […]
Covid-19: 219 Kematian Hari Ini, Tertinggi Pernah Dicatatkan
KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Malaysia mencatatkan kes kematian harian tertinggi sejak penularan COVID-19 di negara ini dengan 219 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 9,403 kes. Beliau berkata […]

Viral Mengait Ketika Olimpik, Tom Daley Hadiahkan ‘Cardigan’ Kepada Atlet Malaysia, Cheong Jun Hoong
Baru-baru ini, atlet terjun Great Britain, Tom Daley tular apabila dia tertangkap kamera sedang mengait di kerusi penonton. Ketika itu, saingan akhir acara tiga meter terjun papan anjal wanita untuk temasya Olimpik 2020 sedang berlangsung. Daley yang juga merupakan juara acara terjun 10 meter platform seirama lelaki Olimpik 2020 ini menjadikan mengait sebagai hobi. Dia […]
Varian Delta Covid-19 ‘Menyerang’, Lebih 1.5 Juta Rakyat China Dikenakan ‘Lockdown’
Jutaan penduduk China diarahkan berkurung di rumah masing-masing bermula hari ini apabila jangkitan COVID-19 secara besar-besaran dikesan di negara tersebut. China melaporkan 55 kes baharu, termasuk tujuh kes di Wuhan disyaki angkara varian Delta yang tersebar dengan sangat cepat. Setakat ini, diperkirakan 20 buah bandar di China telah tertular, termasuk Beijing. Lebih 1.5 juta penduduk […]

Rentas Daerah Dibenarkan Di Fasa 3, Perlis, Sarawak Dan Labuan Beralih Ke Fasa 3 PPN Mulai Rabu – PM
Tiga negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Labuan di bakal memasuki Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Rabu ini. Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi menerusi laporan Bernama. Pada masa yang sama, beliau juga berkata bahawa kemudahan untuk sektor ekonomi dan individu lengkap dua dos vaksin akan diumum waktu […]

“Tolong Hubungi Saya,” Dr. Maszlee Cari Semula Pelukis Yang Lukis Wajahnya 3 Tahun Lalu
Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh pemimpin yang pernah bergelar sebagai Menteri Pendidikan Malaysia suatu ketika dahulu. Ya, beliau adalah Dr Maszlee Malik. Menerusi perkongsian terkininya di laman Twitter miliknya, beliau berhasrat untuk berjumpa semula dengan pelukis potret wajahnya ini untuk mengucapkan terima kasih. Difahamkan, gambar potret tersebut sangat berseni walaupun pada pandangan mata […]
Nenek 64 Tahun Dan Cucu Ditahan, Disyaki Terlibat Dengan Sindiket Edar Dadah
Tiga suspek termasuk seorang nenek berusia 64 tahun dan cucu lelakinya diberkas selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang. bernilai hampir RM85,000 minggu lalu. Memetik daripada laporan Kosmo, warga emas dan cucunya yang berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.45 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Bayu oleh sepasukan pegawai dan anggota […]
TERKINI: Polis Akan Panggil Ahli-Ahli Parlimen, Peserta Terlibat Perarakan Menuju Ke Bangunan Parlimen Hari Ini – Ketua Polis KL
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Ahli-Ahli Parlimen dan peserta yang terlibat dalam perarakan menuju ke Bangunan Parlimen pada hari ini, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur. Difahamkan, Ahli-Ahli Parlimen dan peserta yang terlibat dipanggil untuk diambil keterangan mengenai pergerakan pada sebelah pagi tadi. Polis akan panggil Ahli-Ahli Parlimen, peserta terlibat perarakan menuju ke Bangunan Parlimen […]
Rakyat Malaysia Berpeluang Saksikan Fenomena Hujan Meteor Perseids Pada Malam 12 Ogos Ini
Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena Hujan meteor Perseids pada waktu malam dari 17 Julai sehingga 24 ogos ini. Walau bagaimanapun, Hujan Meteor Perseids ini akan mencapai maksimum dengan kadar 110 meteor sejam atau hampir 2 meteor seminit pada Khamis 12 Ogos ini jam 9 malam sehingga menjelang awal pagi 13 Ogos 2021. Rakyat Malaysia […]

Olimpik: Acara Pelayaran Ditangguh Kerana Ketiadaan Angin
TOKYO, 2 Ogos (Bernama) — Dua pusingan terakhir acara pelayaran International 470 wanita di Olimpik Tokyo 2020 hari ini, melibatkan atlet negara Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali ditunda ke esok. Jurulatih Kebangsaan Muhammad Sahir A. Rahim berkata saingan hari ini terpaksa ditangguh berikutan kekurangan kelajuan angin di kawasan pulau di Teluk Sagami itu. Perlumbaan kesembilan dan […]

JAIS Hanya Urus Jenazah COVID-19 Setelah Urusan Hospital Selesai – Pengarah
SHAH ALAM, 2 Ogos (Bernama) — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hanya menguruskan jenazah pesakit COVID-19 yang telah dilepaskan oleh pihak hospital, kata pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad. Beliau berkata perkara seperti memaklumkan tentang kematian pesakit COVID-19 dan kehadiran waris ke hospital adalah di bawah urusan pihak hospital. “Beberapa serangan terhadap JAIS di media sosial […]

MAIS Seru Semua Pihak Menghormati Bacaan Surah Al-Fatihah Dan Ayat Suci Al-Quran
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyeru kepada semua pihak termasuk orang Islam dan orang bukan Islam untuk sentiasa menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti bacaan surah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran sama ada dalam majlis rasmi atau majlis tidak rasmi. Saya berpandangan hal ini perlu lebih diberi penekanan yang penting apabila bacaan surah al-Fatihah […]