Berita
Lelaki Dikehendaki Polis Maut Ditembak
GEORGE TOWN, 27 Jun – Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung kes jenayah ditembak mati selepas dia cuba menyerang polis dengan parang dalam serbuan di kawasan kebun di Air Terjun Bayan Lepas, dekat sini awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima laporan berhubung keberadaan lelaki berumur 34 tahun […]

Bagai Kisah ‘Puteri Yang Tertukar’, 20 Tahun Terpisah Rupanya Ini Pasangan Kembarnya Yang Sebenar
KUALA LUMPUR, 27 Jun – Bagaikan kisah dalam sinetron, dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan. Lebih memeritkan, kejadian itu hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah […]
“Ayah Teramat Rindu Akan Susuk Tubuh Ini..” 20 Tahun Terpisah, Adik Rayu Cari Abang
Kehilangan insan tersayang sememangnya amat memeritkan. Apatah lagi si dia adalah darah daging kita sendiri. Begitulah yang dirasai oleh Faziera Tarmizhi setelah terpisah dengan abang kandungnya sendiri sejak kecil. Menerusi kiriman di ruangan mesej Siakap Keli, Faziera memerlukan bantuan kita semua untuk menjejaki semula abangnya yang dikenali sebagai Mohamad Nor Fitrah bin Mohd Tarmizhi. Dalam […]
Kes Hina Institusi Diraja, Kerajaan: Polis Cari Pemilik Akaun Facebook
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, perkauman serta jelik terhadap Institusi Diraja dan kerajaan, yang tular di media sosial, semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kenyataan itu dilihat mampu menyebabkan […]

Kes Tular Remaja OKU Hilang Di Rawang Bukan Diculik – Polis
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Tiada elemen penculikan melibatkan kes tular di media sosial kononnya seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU), dibawa lari seorang lelaki tidak dikenali dengan menaiki kereta di Bandar Country Homes, Rawang, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil siasatan lanjut sebaliknya mendapati remaja OKU […]

Ahli Perniagaan Malaysia Ditemui Mati Dalam Kereta Di Thailand
BANGKOK, 26 Jun (Bernama) — Seorang ahli perniagaan dari Malaysia dijumpai mati dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran sebuah kuil di Bang Phli di wilayah Samut Prakan. Timbalan ketua penyiasat balai polis Bang Phli Pol, Kapten Pongnarin Nontanok berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun itu dijumpai di tempat duduk pemandu dengan keadaan enjin masih […]
Lelaki Mabuk Serang Pemandu Bas Dengan Tidak Semena-Mena Ditahan
SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) — Seorang lelaki mabuk yang bertindak menyerang pemandu bas di tepi pondok hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Port Dickson, dekat sini, semalam, ditahan oleh pemandu berkenaan sebelum diserahkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam semasa pemandu bas itu memberhentikan kenderaan di […]
Tular Gambar Makan Durian, Polis Panggil Selebriti Bergelar Datuk
Seorang penyanyi bergelar Datuk akan dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung penularan gambar melibatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut didakwa berlaku dalam satu majlis sosial di sebuah ladang Kampung Poh, Bidor, Tapah pada Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail […]
Tak Sampai 12 Jam, Kasut Converse RM40K Viral ‘Sold Out’
Kecoh di media sosial hari ini apabila seorang pemilik kasut Converse pertama di dunia, Jeroong Wia terpaksa melepaskan ‘artifak’ berkenaan demi kelangsungan hidup. Hebahannya yang membuka jualan kasut tersebut dengan harga bermula RM40,800 menjadi bualan ramai netizen. Ada yang terkejut, ada yang menyokong, malah tidak kurang juga yang meragui harga kasut berkenaan. Bagaimanapun, penantian mencari […]
Demi Kelangsungan Hidup, Pemilik Terpaksa ‘Lepaskan’ Kasut Converse Pertama Di Dunia, Harga Dibuka RM40,800
Bagi seorang ‘collector’ tegar, setiap barang-barang lama atau dipanggil ‘vintage’ ini pasti mempunyai nilai sentimentalnya yang sendiri. Sebagai contoh, jika berjaya memiliki koleksi tertua di dunia, pada mereka ia bukanlah sekadar koleksi.. tapi adalah sejarah yang tak ternilai. Begitulah tingginya nilai sesuatu barangan itu. Di Malaysia misalnya, terdapat ramai ‘collector’ barangan ‘vintage’ yang sanggup menghabiskan […]

Ini Langkah Mudah Daftar e-Bil Air Selangor Sebelum 1 Julai Ini
Sebut sahaja bil air, ianya sudah menjadi kewajipan dan komitmen setiap bulan untuk dibayar. Pembayaran bil air secara dalam talian (online) adalah merupakan kaedah yang paling praktikal tanpa perlu beratur panjang di kaunter lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik ini. Ingat, kan tak perlu keluar rumah tanpa sebarang urusan penting! Bagi penduduk di Negeri Selangor, Kuala […]

TERKINI: Kerajaan Dengar Suara Rakyat, Bantuan Moratorium & i-Sinar Akan Diumum Dalam Masa Terdekat – Tengku Zafrul
Bantuan moratorium dan i-Sinar yang wajar bagi meringankan beban rakyat ketika situasi ‘rumit’ negara kini akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan bersama Perdana Menteri dan agensi-agensi yang berkaitan. Beliau memaklumkan sedemikian menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook rasminya sebentar tadi. “Salam semua. […]

Hujan Lebat & Ribut Petir Bakal Membadai Beberapa Negeri Hingga 8 Malam Ini
Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri hingga pukul 7 dan 8 malam ini. Data terkini yang dikeluarkan adalah pada jam 5.15 petang tadi. Berikut di bawah adalah senarai kawasan dan negeri yang diramal terlibat. Hingga pukul 7 malam:- Pahang: Raub, Bentong, Pekan & Rompin Selangor: Hulu Selangor […]
Tiga Anggota Polis Antara Enam Ditahan Kes Rompakan Peti Besi Syarikat Logistik
ALOR SETAR, 26 Jun (Bernama) — Tiga anggota polis antara enam yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000 di sebuah syarikat logistik di sini Rabu lalu. Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 30-an hingga 50-an itu ditahan dalam beberapa […]
(Video) Viral Ayam Dipakaikan “Roller Skate” Ciptaan Tuannya, Cekap Meluncur Persis ‘Profesional’
Kebiasaannya, kita sering melihat gelagat kucing atau anjing bersama pemiliknya. Tetapi, jarang sekali haiwan seperti ayam ‘menghiasi ruang’ di dalam media sosial. Untuk pengetahuan korang, setiap ayam tak semestinya dipelihara dan diletakkan di dalam reban sahaja. Ada yang sebenarnya menjadi ‘peneman riadah’ buat pemiliknya. Seperti video yang tular di Facebook baru-baru ini, seorang lelaki melakukan […]
JKM Salur Bantuan Bulanan Kepada Wanita Hamil Didera Suami-Rina
SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) — Wanita hamil yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin menerima bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mulai bulan hadapan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluaga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun berkata, surat kelulusan Bantuan Pesakit Terlantar diserahkan ketika mengunjungi wanita itu di kediaman adiknya, Fauziah Nordin di Bandar Sri […]
(Video) “Jika Tak Dibakar…”, Chef Bongkar Rahsia Kenapa Kuali Baru Kena ‘Bakar’ Dahulu & Ini Caranya
Pasti ramai diantara kita yang terlepas pandang akan perkara yang perlu dibuat sejurus selepas membeli kuali baharu. Yang kita selalu buat, dah beli je kuali baru ni, cuci lepas tu pakai terus kan? Sebenarnya cara yang lebih baik adalah kena bakarnya terlebih dahulu. Seorang chef ada berkongsikan berkenaan mengapa kena bakar dahulu kuali sebelum digunakan […]
Mulanya Cuma Mahu ‘Cucuk’ Duit RM83 Je, Wanita Terkejut Tiba-tiba Jadi ‘Jutawan’, Tengok Resit Ada ‘Baki’ RM 4.1 Bilion Dalam Bank
Seorang wanita di Florida dilaporkan terkejut setelah mendapati bahawa terdapat hampir $ 1 bilion (RM4.1 bilion) di dalam baki simpanan bank miliknya. Pada hari kejadian, Julia Yonkowski mengatakan bahawa dia telah pergi ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak $20 (RM83) dan terkejut apabila mendapati baki dinyatakan di dalam resit berjumlah $ 999,985,855.94. “Saya tahu kebanyakan […]
Pfizer, Sinovac, AZ Sesuai Untuk Ibu Mengandung – Khairy
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca sesuai diberikan kepada golongan ibu mengandung berdasarkan panduan yang dikemas kini Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata bagaimanapun Pfizer kekal disyorkan manakala AstraZeneca dan Sinovac kini juga telah diklasifikasikan sebagai bersesuaian. “AstraZeneca tidak lagi dikontraindikasikan kepada kehamilan dan Sinovac […]
TERKINI: 5,803 Kes Positif Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini, Selangor Tertinggi Dengan 2,108 Kes
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 26 Jun 2021, terdapat 5,803 kes positif baharu COVID-19 yang dilaporkan. Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, beliau menyatakan bahawa 5,803 kes positif baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 728,462 kes. Sehingga 26 Jun 2021: […]