Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perarakan Ahli Parlimen Pembangkang Cuba Memasuki Bangunan Parlimen Gagal, FRU Siap Sedia Di Laluan Masuk

Gambar: Sinar Harian/ Twitter

Perarakan Ahli Parlimen pembangkang yang dilaporkan cuba memasuki bangunan Parlimen tidak berjaya ekoran Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah bersiap sedia di laluan masuk Jalan Parlimen.

Anggota FRU juga dilaporkan bersurai sekitar jam 10.50 pagi, namun sebagai langkah berjaga-jaga, kenderaan FRU masih berada di laluan masuk berkenaan.

Menurut laporan Sinar Harian, cubaan memasuki bangunan Parlimen pada jam 9.30 pagi tidak berjaya dan ahli-ahli Parlimen mula berkumpul di Dataran Merdeka sekitar jam 10 pagi.

Dalam pada itu, Sinar Harian melaporkan berlaku juga rundingan di antara Anwar dan pihak polis namun ianya tidak berjaya dan ahli-ahli Parlimen memutuskan untuk menghentikan perarakan tersebut dan bersurai.

Sumber: Sinar Harian