Berita

Kesihatan
COVID: Negara Ke Fasa Kedua Jika Purata Kes Bawah 4,000 Tujuh Hari Berturut-Turut
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) — Purata kes COVID-19 di Malaysia perlu berada di bawah 4,000 kes sehari selama tujuh hari berturut-turut bagi membolehkan negara beralih ke fasa kedua mengikut Pelan Pemulihan Negara. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata selain itu kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) juga perlu mencapai paras 75 […]
Berita
Kononnya Nak Uji Cinta, Pasangan Kekasih Dilapor Berpisah Selepas 123 Hari Rantai Diri Bersama
Berjanji untuk sehidup semati dan mengunci diri bersama, pasangan kekasih dari Ukraine yang tular sebelum ini kerana menguji cinta mereka dilaporkan telah berpisah. Menurut portal NDTV, Alexander Kudlay dan Viktoria Pustovitova memotong rantai di pergelangan tangan mereka pada 17 Jun yang lalu dan memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. Mereka dibebaskan dari ‘ikatan’ itu oleh seorang […]
Berita
Ibu Luah Rasa Terharu Pihak Xiaomi Malaysia Beri Bantuan Telefon Pintar Untuk Anak
Menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), setiap pelajar pastinya perlu mempunyai peranti yang sesuai seperti telefon dan laptop. Pun begitu, tidak semua pelajar bernasib baik dan mampu untuk membeli peranti tersebut. Sama seperti yang dihadapi oleh adik Muhammad Shafie ini yang menghadapi kesukaran untuk menjalani PdPR kerana tidak mempunyai peranti yang sesuai. Tetapi, […]
Berita
KKM: Semua Yang Berdaftar Dalam MySejahtera Akan Terima Vaksin
GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan semua individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera akan diberi tarikh janji temu untuk vaksinasi. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang memberikan jaminan itu menyeru orang ramai agar tidak bimbang serta gusar kerana kerajaan telah membeli vaksin yang mencukupi […]
Berita
(Video) Hampir Kemalangan Disebabkan Lelaki Alihkan Pagar, Tindakan Penunggang Motosikal Ini Tetap Hulur Bantuan Raih Pujian Ramai
Tular berkenaan satu video yang memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal yang hampir kemalangan membantu seorang lelaki mengangkat pagar rumahnya yang secara tiba-tiba tercabut. Video tersebut bermula dengan seorang lelaki yang dipercayai mahu menutup pagar rumahnya. Secara tiba-tiba, pagar rumahnya itu telah tercabut. Hasil daripada itu, seorang penunggang motosikal yang melalui jalan di hadapan rumah lelaki […]
Berita
“Kasih Seorang Ayah,” Dr. Zulkifli Kongsi Emel Penuh Emosi Dari Seorang Bapa, Mohon Doakan Anaknya Menghidap ‘Nephrotic Syndrome’
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ungkapan itu jelas menunjukkan bahawa kasih sayang yang diberikan oleh kedua-dua ibu bapa kita tiada tolak bandingnya. Seperti ibu, ayah juga sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Sebentar tadi, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkongsikan mengenai emel dari seorang ayah yang memohon […]
Berita
Bercanggah Dengan Ronaldo, Tindakan Pogba Alihkan Botol Ketepi Didakwa Buatkan Saham Heineken Naik 1 Billion Dollar
Dunia bola sepak tempoh hari menjadi kecoh susulan tindakan beberapa bintang bola sepak dunia mengalihkan botol air penaja Euro 2020 dalam sesi sidang media bersama dengan wartawan. Tindakan bintang Portugal iaitu Cristiano Ronaldo mengalihkan botol air Coca-Cola dilaporkan telah menyebabkan syarikat gergasi air berkarbonat itu rugi sebanyak 4 bilion dollar. Namun, lain pula ceritanya pada […]
Berita
Jutaan Rumah Kini Terbiar Kosong, Kerajaan Jepun Mahu Jual Serendah RM 2k & Ada Yang Diberi Secara Percuma Untuk Yang Berminat
Seperti yang diketahui, Jepun sememangnya sebuah negara yang sangat cekap dalam menguruskan sesuatu ‘kelompongan’ atau masalah yang dihadapi. Kebanyakan idea dan penyelesaian yang dilakukan oleh pihak berkuasa di sana juga mungkin agak ‘luar biasa’. Seperti apabila berlakunya masalah kekosongan jutaan rumah di beberapa wilayah di negara itu. Bagi menarik orang ramai berhijrah ke wilayah tersebut, […]
Berita
Gara-gara Ronaldo, Kini Tular Foto Dakwa Coca-cola Dijual Dengan Air Mineral
Beberapa hari yang lalu, tindakan bintang bola sepak dunia iaitu Cristiano Ronaldo mengalihkan botol Coca-Cola semasa sidang media bersama dengan wartawan telah meraih perhatian daripada pelbagai pihak. Pemain pasukan Juventus itu telah bertindak mengalihkan botol Coca-Cola daripada pandangan matanya dan sebaliknya melaungkan perkataan ‘agua’ yang bermaksud air mineral sambil memegang sebuah botol air mineral sebagai […]
Berita
Terus Berubah, Lelaki ‘Belanja’ Hasil Deko Rumah Kos Rendah, Bila Siap Terus Nampak Mewah
Bila memiliki rumah sendiri, setiap orang pasti sentiasa mengimpikan untuk menambahbaik ruang kediaman. Walaupun mungkin ia hanyalah rumah kos rendah, tetapi dengan pengubahsuaian dan dekorasi yang sesuai, hasilnya nanti pasti akan kelihatan luar biasa. Sama seperti hasil ubahsuai rumah yang dikongsikan oleh Nazirul Afzal di Facebook ini. Menerusi perkongsiannya, rumah kos rendah yang dimiliki oleh […]
Berita
(Video) “Kisah 3 Anak Syurga Kami”, Wanita Kongsi Kisah Pilu, 3 Kali Bersalin, 3 Kali Pulang Rumah Tanpa “Baby”
Kehilangan insan yang tersayang pastinya akan memberi kesan yang mendalam terhadap seseorang. Walaupun pasti sukar untuk menerima takdir yang telah tertulis itu, namun hidup mesti perlu diteruskan. Seperti yang terjadi ke atas seorang pengguna TikTok bernama Shaqudsi ini, perkongsian yang cukup menyentuh hati dikongsikannya dapat menggambarkan semangat dan ketabahan dirinya serta suami apabila dia terpaksa […]
Berita
Polis Siasat Laporan Mengenai Kenyataan Takiyuddin
PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) — Polis menyiasat laporan yang dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung kenyataannya yang didakwa derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tanpa menyatakan akta siasatan tersebut dijalankan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata setiap aduan […]
Berita
(Video) Aksi Gajah ‘Semput’ Tarik Kayu Balak Sampai Tergelincir Undang Sebak Ramai
Sejak dahulu kala lagi, ada sesetengah hidupan liar akan dijadikan sebagai ‘alat bantu’ bagi urusan kerja-kerja manusia. Sebagai contoh, orang zaman dahulu menggunakan kerbau sebagai ‘mesin bajak’ sawah. Di Mesir pula, mereka menggunakan keldai sebagai pengangkut barang di pasar. Tidak kurang juga, ada yang digunakan sebagai jentera perang seperti kuda, unta dan gajah. Namun, apa […]
Luar Negara
Pilu, Ayah Meraung Jumpa Mayat Anak Di Jalan Ketika Edar Kad Kahwin Anak
Seorang ayah bersemangat untuk meraikan majlis perkahwinan anak gadisnya di Uttar Pradesh, India. Pada Isnin baru-baru ini, ayah tersebut, Madanpal Singh mengedar kad jemputan majlis kepada jiran tetangga, lima hari sebelum majlis dijadualkan berlangsung. Bagaimanapun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, langkahnya terhenti di satu tempat apabila terlihat ramai orang sedang berkumpul menyaksikan sesuatu di […]
Hiburan
Dakwaan Langgar SOP: Pengurusan Kes Neelofa, Suami Ditunda Ke 15 Julai
SEREMBAN, 18 Jun (Bernama) — Pengurusan kes selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai dekat sini, ditunda ke 15 Julai ini. Peguam pasangan itu M Haresh berkata pengurusan kes tersebut sebelum ini dijadualkan pada 23 Jun namun ditangguhkan […]
Berita
TERKINI COVID-19: Kembali Melonjak, 6,440 Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 6,440 kes COVID-19 baharu direkodkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara turut meningkat kepada 685,204 kes. Berdasarkan data KKM, Selangor mencatat angka harian tertinggi dengan 2,095 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 870 kes dan WP Kuala Lumpur sebanyak 816 kes. Jumlah kes sembuh dan kematian […]
Sukan
Safawi Mohon Maaf Aksi Rai Jaringan Tewaskan Thailand
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) — Pemain sayap skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid memohon maaf susulan aksinya meraikan jaringan kemenangan Malaysia menewaskan Thailand pada perlawanan terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Rabu lepas. Tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yang juga Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dua tahun berturut-turut […]
Sukan
UEFA Beri Amaran Tegas Agar Pemain Bola Sepak Tidak Lagi Alihkan Botol Minuman Penaja Ketika Sidang Media
Seakan-akan menjadi ‘trend’, aksi mengalihkan botol minuman yang disediakan penaja oleh pemain bola ketika sidang media EURO 2020 yang berlangsung baru-baru ini. Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo terlebih dahulu memulakannya apabila beliau bertegas soal minuman sihat, diikuti pemain Perancis, Paul Pogba serta pemain tengah Itali, Manuel Locatelli yang mengalihkan botol minuman keras tajaan penaja dalam beberapa […]
Luar Negara
Rakyat Perancis Tak Perlu Pakai ‘Facemask’ Lagi Bermula Semalam, Perintah Berkurung Tamat Ahad Ini
Ketika negara kita masih ‘bergelut’ dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), prosedur operasi standard (SOP), Ordinan Darurat dan sebagainya, beberapa negara di Eropah pula berlaku sebaliknya. Seperti yang kita faham, Hungary baru-baru ini mencuri perhatian dunia apabila penyokong bola sepaknya membanjiri Stadium Puskas Arena bagi menonton perlawanan Hungary menentang Portugal (EURO 2020) secara bersesak-sesak tanpa memakai […]
Wanita Hamil Koma Dipukul Suami Kini Di Bawah Jagaan Keluarga
SEREMBAN (Bernama) — Wanita hamil 12 minggu yang koma akibat dipukul suami kini dijaga oleh adiknya Fazariah Nordin yang berasal dari Bandar Sri Sendayan dekat sini. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memaklumkan Jahidah Nordin, 43, kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban atas permintaan keluarga selain mendapat nasihat daripada pihak Hospital Sultanah […]