Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Dalam Gambar Nampak Ok”, Chef Wan Kritik Busana Kontinjen Malaysia, Nampak ‘Tak Menarik’ Masa “Live”

Gambar Via Bernama/Chef Wan

Kejohanan sukan Olimpik di Tokyo secara rasminya telah membuka tirai selepas upacara majlis pembukaan yang penuh kemeriahan diadakan di Stadium Olimpik, Tokyo malam tadi.

Pastinya, perarakan masuk kontinjen Malaysia ke dalam stadium itu merupakan detik-detik yang bermakna dan membanggakan. Mereka mencuri tumpuan ramai dengan busana yang diinspirasikan daripada persalinan pemakaian Hang Tuah.

Pun begitu, ia juga turut dikritik oleh cef selebriti, Datuk Chef Wan yang mengatakan bahawa pakaian itu kelihatan seperti ada yang ‘tidak kena’ ketika dipamerkan dalam siaran langsung acara pembukaan temasya sukan terbesar dunia itu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya hari ini, beliau menyuarakan pendapatnya mengenai pakaian itu dan berkongsi cadangan agar dilakukan penambahbaikan pada masa akan datang kerana ia merupakan acara yang berprestij.

“Disini (dalam gambar) nampak not bad tetapi semasa pembukaan semalam, ia nampak serabut dan cacar marba.

“Pandangan pertama saya, la tak menarik langsung?,” katanya.

Menurutnya, paduan warna kuning merah berserta corak geometrik pada pakaian itu dilihat nampak tidak sesuai dan ‘semak’. Tambahnya lagi kerja menjahit juga tidak kemas dan nampak murah.

Chef Wan juga berkata bahawa negara kita mempunyai pelbagai budaya, justeru, ia seharusnya ditonjolkan apabila mencipta pakaian tersebut.

“Negara kita macam-macam budaya dan etnik, paling tidak satu dunia boleh tengok macam mana rupanya, sekurang-kurangnya mereka akan berkata wow itu Malaysia! Tersendiri dan menyerlah.

“Ini tak habis-habis dengan si Hang Tuah, Hang ini! Apa pendapat anda?,” katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa busana kontinjen kebangsaan ini perlu diundi oleh rakyat Malaysia, undian terbanyak seterusnya boleh mewakili negara.

Dalam pada itu, Chef Wan turut mendoakan agar kontinjen Malaysia berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan sihat selalu dalam mengharumkan nama negara.

“Sangat bangga dengan pencapaian dan segala pengorbanan mereka yang berusaha gigih untuk bertanding dalam kejohanan ini,” katanya.

Sumber: _chefwan58