Berita
(Video) Kebakaran: Warga Emas Rentung, Sempat Telefon Anak Minta Tolong
KUALA TERENGGANU, 7 Jun (Bernama) — “Mak sempat telefon dan menjerit meminta tolong beberapa kali sebelum ditemukan rentung dalam kebakaran.” Demikian kata Zailah Jusoh, 47, susulan kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Losong Haji Su di sini, pagi ini yang mengorbankan ibunya Fatimah Mohd, 79 dan mencederakan bapanya Jusoh Muda, 83. Beliau yang merupakan anak […]
Pemilik MySejahtera Perlu Kemaskini Status Sekiranya Ada Salah Satu Sebab Ini
Aplikasi MySejahtera telah dibangunkan bagi memudahkan untuk menangani penularan COVID-19. Aplikasi ini juga sangat penting untuk orang ramai gunakan ketika hendak masuk ke sesuatu premis. Namun begitu, pemilik MySejahtera juga perlu mengemas kini aplikasi tersebut. Walau bagaimanapun, tindakan itu hanya perlu dilakukan sekiranya terdapat sebab-sebab berikut: Ada simptom atau Ada sejarah perjalanan keluar negara atau […]
“Hari-Hari Buat Live, Sehari 2/3 Kali Tapi View 2-3 Je,” Kakak Luah Rasa Sedih Tengok Adik Gigih Buat Dua Kerja
Usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti berputus asa pasti akan membuatkan hasil. Mungkin itulah yang dipegang oleh seorang lelaki yang tidak mengalah dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Apa tidaknya, walaupun ‘live’ yang dibuatnya hanya melibatkan 2 atau 3 penonton sahaja, dia masih percaya bahawa mungkin akan ada rezeki buatnya pada keesokan harinya. Kisah mengenai seorang […]
TERKINI: Catat Penurunan, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 5,271
Kes baharu COVID-19 mencatatkan penurunan apabila dilaporkan sebanyak 5,271 kes pada hari ini. Maklumat ini telah dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter. Penambahan kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini adalah 622,086 kes. Selangor masih lagi mencatatkan angka tertinggi dengan 1,374 kes diikuti […]
(Video) Tular Rakaman Lelaki Lakukan ‘Pergerakan Pelik’ Ketika Kebakaran, Seakan ‘Kawal’ Sesuatu
Tindakan seorang lelaki berdiri dan membuat pergerakan aneh di hadapan api telah menjadi perhatian ramai orang. Melalui video pendek yang dikongsikan di media sosial, kebakaran besar itu berlaku di kawasan Gunung Bugis, Balikpapan Barat. Video itu kemudiannya menjadi perhatian kerana seorang lelaki berdiri di hadapan kepulan asap dan api yang kemerah-merahan sambil membuat pergerakan tanda […]
“Jangan Sesekali Klik,” Maybank Ingatkan Pengguna Hati-Hati Dengan SMS Palsu Melalui Kod Pendek, Mungkin Cubaan Log Masuk M2U Anda
Pelbagai kaedah yang digunakan pada zaman sekarang untuk penjenayah atau lebih dikenali sebagai ‘scammer’ untuk mencuri data peribadi orang ramai terutamanya yang berkaitan perbankan. Perkara ini sangat berbahaya dan boleh merugikan sesiapa sahaja yang tersilap langkah. Oleh itu, pihak Maybank ada mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan SMS palsu yang dihantar melalui kod pendek. Berhati-hati […]
“Tersandar Rasa Penangan Kari Mamak Isteri,” Wanita Kongsikan Resipi Kari Mamak Pekat, Raih Ribuan Perkongsian
Pasti ramai dalam kalangan kita yang sangat meminati hidangan di restoran nasi kandar atau lebih mesra dikenali sebagai kedai mamak. Apa tidaknya, dengan kepekatan kari yang dihidangkan oleh mereka pasti menambat selera. Malah, ada yang tak senang duduk semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan ini dek kerana sudah lama ‘tak kena’ penangan kari mamak. Tapi jangan […]
(Video) Boleh Hilang Kesan Minyak, Beli & Guna ‘Spray’ Ni Kat Komponen Besi Motosikal, Jadi Berkilat Macam Baru
Bagi yang memiliki motosikal, sudah pastinya mahu memastikan motosikal sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berkilat. Jadi, pemiliknya akan mencuci kenderaan itu sendiri ataupun dihantar sahaja ke pusat mencuci kenderaan. Walau bagaimanapun, pasti korang perasan dengan kesan-kesan minyak yang melekat di beberapa komponen enjin yang juga boleh menganggu pandangan. Dari segi luaran dah berkilat, tak […]
(Video) Kemas Dan Bergaya, Pasangan Ini DIY Kabinet Televisyen Dari Kosong Hingga Nampak Elegan
Menonton televisyen sememangnya antara aktiviti masa lapang yang akan dilakukan oleh ramai orang. Namun, sekiranya sudut di sekitar televisyen berada dalam keadaan tidak baik pun boleh mendatangkan rasa tidak selesa dalam diri. Antaranya ialah wayar yang berserabut, susunan yang tidak teratur mungkin disebabkan tiada kabinet yang sesuai digunakan. Oleh itu, seorang wanita di Facebook Bazilah […]
Hanya Pekerja Dengan Surat Pengesahan Kementerian, Agensi Dibenar Lepasi SJR Mulai Selasa
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menerima pakai surat pengesahan daripada enam kementerian dan beberapa agensi tertentu bagi membenarkan pekerja bergerak ke tempat kerja semasa sekatan jalan raya (SJR) yang akan bermula Selasa ini. Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata surat itu adalah sebagai bukti untuk membenarkan pergerakan pekerja dari kediaman ke tempat kerja. “Orang ramai diingatkan agar mengemukakan […]
(Video)”Sampai Dalam Semak Cari,” JIM ‘Gempur’ Sebuah Tapak Pembinaan Di Cyberjaya Dalam Operasi Bersepadu Malam Tadi
Jabatan Imigresen Malaysia(JIM) pada malam semalam dalam operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasa telah menyerbu sebuah tapak pembinaan di Cyberjaya. Makluman ini dikongsikan di halaman Facebook rasmi Bernama yang disertakan sekali dengan rakaman ketika serbuan. Menerusi rakaman tersebut, pegawai bertugas dilihat terpaksa meredah semak ketika serbuan tersebut. Sumber: Bernama
Ini 10 Kementerian Dan Agensi Yang Boleh Keluarkan Surat Pengesahan Bekerja, Diterima Pakai PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong hasrat kerajaan bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dalam mengekang penularan wabak Coid-19 ini. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, PDRM memaklumkan bahawa mulai 8 Jun 2021 ini, hanya surat pengesahan daripada kementerian atau agensi berikut sahaja diterima pakai sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak dari kediaman ke tempat […]

Video Tular Individu Keluar Selepas Pukul 6 Petang Ditahan Adalah Palsu – Polis
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Polis Kuala Lumpur hari ini mengesahkan video tular mendakwa pasukan keselamatan itu menerima arahan menahan individu yang didapati keluar rumah selepas 6 petang kecuali atas urusan kesihatan atau kecemasan adalah palsu. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo berkata berdasarkan siasatan, video yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Tiktok itu didapati telah diubah suai […]

Covid: Malaysia Catat Peningkatan Kes Sporadik Dan Kematian
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Malaysia kini berhadapan dengan trend peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 dan kes kematian akibat pandemik itu terutama selepas 1 April tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata keadaan ini amat membimbangkan kerana majoriti kes baharu dan kematian COVID-19 adalah membabitkan kes sporadik, iaitu […]
32 Termasuk Empat Penjawat Awam Ditahan Sertai Parti Liar
KUALA LUMPUR, 6 Jun- Empat penjawat awam antara 32 individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam parti liar yang diadakan di sebuah hotel mewah di Jalan Pinang, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata mereka yang ditahan dalam serbuan 2 pagi di dua bilik berasingan di hotel berkenaan […]
Tempoh Dua Jam Untuk Membeli Barang Keperluan Ditarik Balik – KPDNHEP
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menarik balik tempoh kebenaran dua jam berada di premis perniagaan berikutan perlaksaaansekatan pergerakan penuh sosial dan ekonomi yang bermula sejak 1 Jun 2021 lalu. Memetik daripada laporan berita, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP. Azman Adam berkata prosedur operasi standard (SOP) masa itu ditangguhkan melibatkan premis perniagaan termasuklah di pasar […]

(Video) Panduan Perjalanan Untuk Penerima Vaksin Yang Mendapat Janji Temu Di PPV SPICE Arena, Pulau Pinang
Baru-baru ini, pendaftaran pusingan kedua vaksin AstraZeneca telah dibuka bagi negeri Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. Jadi, orang ramai yang di bawah usia 60 tahun berhak untuk mendaftar dan memilih tarikh-tarikh pilihan mengikut kelapangan masing-masing. Apabila janji temu vaksin telah ditetapkan, setiap pendaftar perlu mengikuti lokasi dan masa yang telah ditetapkan. Bagi […]

Pengalaman Bapa Positif Covid-19 Buka Mata Pemuda Jadi Sukarelawan PPV
JOHOR BAHRU, 6 Jun – Pengalaman pahit menyaksikan bapa sendiri bergelut melawan jangkitan COVID-19 membuka mata seorang pemuda mendaftarkan diri sebagai seorang sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada) Johor di sini. Muhd Hariz Abu Bakar, 20, yang menyertai sukarelawan “Southern Volunteers” berkata walaupun bapanya sudah sembuh namun dugaan dialami pada Februari lepas […]
Hujan Lebat, Angin Kencang Melanda, ‘Frontliners’ Ni Tak ‘Hirau’, Tetap Teguh Jalankan Tanggungjawab
Pengorbanan barisan hadapan Negara dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 tidak boleh diperkecilkan. Mereka memikul amanah dan tanggungjawab yang berat walaupun dalama keadaan cuaca yang buruk dan tidak menentu. Situasi seperti ini dapat dilihat daripada sebuah rakaman video yang dikongsikan oleh Polis Daerah Kota Bharu di ruangan Facebook pada 2 Jun baru-baru ini. Video tersebut menunjukkan […]

“Tak Bolehkah Letak Di Belakang Kereta,” Ramai Bingung Trak 8 Tan Digunakan Untuk Angkut Skuter Elektrik
Pasukan polis telah ‘dipertikaikan’ tanpa henti di media sosial kerana menggunakan trak pemulihan besar untuk membawa skuter elektrik, lapor Daily Star. Menurut sumber, polis Mercia Barat menunjukkan gambar kenderaan beroda dua di belakang sebuah lori flatbed setelah disita di Hereford pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, pengguna Facebook yang keliru telah mempersoalkan mengapa pegawai tidak hanya […]