Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ahad lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan perkharan duka mengenai pemergian pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, atau dikenali sebagai Benjy yang juga anak kepada bintang veteran ternama, Allahyarham Azean Irdawaty.
Arwah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia kira-kira jam 11 pagi akibat serangan asma.
Adik arwah, Elza Irdalynna sempat berkongsi kiriman mesej terakhir perbualan bersama arwah abangnya yang sentiasa memberikan sokongan walau berada di penjara.
”Mesej terakhir Ben kepada saya, adalah “bertahan di sana”. Walaupun dia berada di penjara, dia masih memberikan sokongan. Masih menjadi abang saya.
”Tolong ingat untuk sentiasa berbaik dengan orang tersayang. Anda tidak pernah tahu bila kali terakhir anda dapat bercakap dengan mereka,” katanya.
Menurut laporan, arwah telah selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4, Klambir Lima Kampung, Medan pada Isnin jam 11 pagi waktu tempatan atau jam 12 tengah hari waktu Malaysia.
Detik pemakaman arwah dari tanah perkuburan itu disaksikan oleh keluarga Allahyarham dan anaknya, Firdaus Juan Benjamin, 16, melalui siaran langsung video aplikasi WhatsApp.
Sumber: Twitter @elzairdalynna