Berita

Berita
Mungkin Satu Dalam Sejuta, Tular Foto Buah Kelapa ‘Kembar’ 3 Yang Ramai Tak Pernah Lihat Sebelum Ini
Kalau disebut buah kelapa, orang Malaysia tiada masalah untuk mengenalinya. Pokok kelapa antara pokok yang banyak kegunaan kepada orang ramai. Batangnya boleh diguna untuk dibuat titi melintas parit, daun boleh dibuat ketupat, lidinya boleh dibuat penyapu. Kalau buah pulak, yang muda popular dengan air kelapa muda, yang tua boleh diambil santan dan digunakan untuk memasak. […]
Berita
“Alhamdulillah…Alhamdulillah…”, Selesai Misi Bantu Umat Islam Di Gaza, Ustaz Ebit Selamat Tiba Di Tanah Air, Penerbangan Ditaja Turkish Airline
Setelah sebulan lebih menjalankan misi kemanusiaan di negara bergolak, Palestin, Ustaz Ebit Lew kini sudah pulang semula ke tanah air yang tercinta. Menerusi perkongsian terbaru di Facebook, beliau meluahkan rasa syukur kerana segalanya selamat dan baik-baik saja. Tidak cuma itu, beliau juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang selalu mendoakannya. Tambahnya lagi, beliau dan juga […]
Berita
(Video) Detik Cemas Abang Jaga Tengah Duk Sedap Makan ‘Dirompak’ Monyet, Roti Ditangan Habis Dikebas
Selain kucing, monyet juga sentiasa menarik perhatian manusia kerana tingkah lakunya yang sememangnya sangat nakal dan terkadang tidak boleh dikawal. Tidak hairanlah juga jika ada sesetengah orang yang merasa takut terhadap haiwan itu. Pun begitu, banyak juga peristiwa-peristiwa lucu yang melibatkan monyet berlaku sebelum ini dan menjadi tular di media sosial. Terbaru, video yang dimuatnaik […]
Berita
i-Citra: Ini 4 Kelayakan Permohonan Yang Ahli KWSP Kena Tahu Sebelum Memohon
Susulan inisiatif PEMULIHAN yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada baru-baru ini, i-Sinar akan digantikan dengan i-Citra. Bagi yang ingin mengeluarkan i-Citra ini, terdapat beberapa syarat kelayakan yang akan diteliti pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum pemohon layak memohon. KWSP menerusi akaun Twitter rasminya ada menerangkan beberapa syarat-syarat kelayakan untuk memohon i-Citra. […]
Berita
“Apa Guna Gantung Bendera Putih Kalau Tak Ada Yang Datang Bantu..”
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, ramai yang semakin susah. Wang simpanan makin susut, hanya mengharapkan wang KWSP yang berbaki. Itu pun jika ada.. Kalau tiada? Bak kata Ustaz Badlishah, jika di saat ini anda masih ada kerja, boleh claim OT seperti biasa, buatlah sujud syukur. Ada orang, duit nak beli beras pun tak ada. […]
Berita
Hebat, Jurugambar Dari Malaysia Berjaya Rakam Tompok ‘Sejuk’ Pada Matahari, Tarik Perhatian NASA
Seorang jurugambar dari Pulau Pinang, Michael Teoh, berjaya merakam gambar tompok matahari (sunspot) dengan sangat jelas. Gambar yang unik itu juga telah diiktiraf dan dimasukkan ke dalam laman web Astronomy Picture of the Day (APOD). Laman web itu disediakan oleh NASA dan Michigan Technological University (MTU) bagi memaparkan gambar-gambar menarik yang dirakam di ruang angkasa. […]
Berita
PDRM Benarkan Pergerakan 3 Orang Termasuk Pemandu Dalam 1 Kenderaan Untuk Tujuan Vaksinasi Di Kawasan Yang Dikenakan PKPD
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membenarkan pergerakan tiga orang (termasuk pemandu), bagi tujuan perubatan/vaksinasi dan kecemasan di lokaliti yang dikenakan PKPD. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, orang ramai yang duduk di lokaliti-lokaliti yang dikenakan PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang, kad janji temu atau mesej pesanan ringkas (SMS) sahaja kepada […]
Berita
‘Terus Lompat Atas Belakang’, Lelaki Dirakam CCTV Buat Serangan Seksual Ke Atas Seorang Wanita Di Tempat Awam
Tindakan seorang lelaki yang melakukan serangan seksual terhadap seorang pejalan kaki wanita di satu kawasan kaki lima di Brooklyn, Amerika Syarikat berjaya dirakam kamera CCTV. Menurut Daily Mail, serangan tersebut telah berlaku sekitar jam 8.10 malam waktu tempatan pada hari Isnin di kawasan Williamsburg di Brooklyn. Menurut pihak polis, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia […]
Kesihatan
COVID-19: “Jangan Jatuhkan Martabat Anda”, KKM Ingatkan Ivermectin & Ubat Haiwan Lain Yang Dijual “Online” Tidak Sesuai & Bukan Untuk Kegunaan Manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Ivermectin dan ubat-ubat haiwan lain yang dijual di dalam talian adalah bukan untuk kegunaan manusia, apatah lagi jika ia digunakan untuk merawat atau mencegah COVID-19. Menerusi perkongsian di Facebook, KKM juga menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dengan iklan ubat haiwan yang mendakwa boleh merawat penyakit manusia. “Dalam situasi wabak […]
Berita
(Video) Lepas Covid Terus “On”, Ini Empat Negara Yang Boleh Dikunjungi Dengan Bajet Bawah RM500
Masih lagi dibelenggu pandemik COVID-19, semoga ianya akan segera pulih agar kita dapat menjalani kehidupan seperti dahulu lagi. Sudah tidak sabar rasanya untuk menunggu saat-saat ketika kita boleh keluar dari rumah tanpa perlu risau memikirkan virus yang berbahaya itu. Tidak cuma itu, pasti ramai yang sudah rindu untuk berjalan-jalan dan melancong bukan sahaja di dalam […]
Berita
Viral Satu Malaysia, Cikgu Tampil Kongsi Kisah Sebenar Disebalik Pusat Internet Kg Bahagia
Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial tentang beberapa keping foto memaparkan sebuah pondok kayu yang terpencil di hutan. Apa yang menjadi isunya, pondok itu merupakan pusat internet sementara bagi sebuah kampung. Difahamkan, pondok itu dibina sebagai kegunaan pelajar sekolah untuk mengakses liputan internet. Namun kewujudannya ‘sedemikian rupa’ telah menimbulkan pelbagai spekulasi awam daripada segenap […]
Berita
Malaysia Tidak Terjejas Fenomena Cuaca Panas Di AS Dan Kanada
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Malaysia tidak akan terjejas dengan fenomena cuaca panas yang sedang berlaku di Kanada dan barat laut Amerika Syarikat pada masa ini. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata berikutan itu rakyat Malaysia tidak perlu risau dengan cuaca panas dan gelombang haba yang sedang dialami oleh dua negara itu yang […]
Berita
TERKINI: PM Setuju Panggil Sidang Parlimen Secepat Mungkin Sebelum 1 Ogos
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021. Menerusi kenyataan media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perkara tersebut akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai ini. “Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan […]
Gaya hidup
Trend Baru, Lelaki Kongsi Cara Pasang Kabinet Tak Payah Paku Pakai Produk Ni Je
Tunggu punya tunggu, sambung lagi tempoh PKP kita. Makin lama duduk rumah ni, banyak betul group-group dalam Facebook yang kita join. Join group pulak bukan saja-saja tapi nak tambah ilmu. Ada yang kongsi resipi masak, aktiviti dengan kelurga di rumah dan yang paling best sekali tips-tips nak hias rumah bagi lawa. Tengok sekarang ramai orang […]
Berita
TERKINI COVID-19: Kekal Hampiri 7K, Sebanyak 6,982 Kes Baharu Dicatatkan Lagi Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 6,982 kes COVID-19 baharu pada hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini turut meningkat kepada 765,949 kes. Berdasarkan data KKM, Selangor kekal mencatat angka harian tertinggi dengan 2,907 kes, diikuti WP Kuala Lumpur dengan 637 kes dan Negeri Sembilan 606 kes. Maklumat mengenai jumlah […]
Kebajikan
MAPIM Malaysia Lancar Skuad 200 Riders
KAJANG: MAPIM Malaysia melancarkan Skuad 200 Riders untuk menyalurkan kotak bantuan terdesak setiap hari bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Ketua Pegawai Ekskutif MAPIM Malaysia (CEO), Dr. Sani Araby Al Kahery, berkata menerusi inisiatif ini, pihaknya sasar untuk membantu 200 keluarga yang terkesan setiap hari selama 30 hari. “MAPIM akan santuni 200 […]
Gaya hidup
Teruja Nak Kahwin, Bawa Bakal Suami Jumpa Mak Tak Sangka Rupanya Adik-Beradik Sendiri
Biasanya kita akan rasa bersemangat dan sangat ‘excited’ apabila nak bawa bakal pasangan bertemu dengan mak, kan? Maklumlah, nanti nak jadi isteri orang, mak ayah kenalah kenal dulu siapa kekasih kita tu. Tapi apa yang terjadi dalam kisah di bawah sungguh meruntun hati. Rupa-rupanya, lelaki yang gadis ini bawa berjumpa emaknya adalah darah-dagingnya sendiri. Tak […]
Luar Negara
WHO Beri Amaran Kemunculan Gelombang Baharu Covid-19 Di Eropah, Penonton Euro 2020 Antara Punca Beratus Kes
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kemunculan gelombang baharu COVID-19 di Eropah susulan peningkatan kadar jangkitan kes sebanyak 10 peratus, selain turut didorongi sebaran varian Delta. Pengarah WHO Eropah, Dr. Hans Kluge menegaskan, ‘tempoh cemerlang’ penurunan kes selama 10 minggu sebelum ini telah pun berakhir. Sebaliknya jelas Kluge, kes positif kembali meningkat disebabkan aktiviti pelancongan, […]
Berita
(Video) Meremang, Jam 2 Pagi Terbangun Dengar Suara ‘Tangisan’ Dalam Hutan, Seakan ‘Meracau’ Bikin Seram
Orang kata, berhati-hati jika masuk ke hutan kerana di situlah segala haiwan berbahaya mahupun makhluk yang tak pernah kita jumpa berumah di sana. Kalau tak percaya, tanyalah mereka yang seringkali mendaki gunung, meredah hutan. Pasti ada kisah yang boleh dikongsi. Sepertimana yang berlaku kepada sekumpulan pendaki yang berkhemah di atas sebuah gunung di lokasi yang […]
Berita
Sudah Dikemaskini, Penerima Vaksin AstraZeneca Dah Boleh Semak Tarikh Temu Janji Dos Kedua Di MySejahtera
Tarikh temujanji bagi suntikan dos kedua vaksin AstraZeneca (AZ) kini sudah mula tersedia di aplikasi MySejahtera. Justeru, individu yang telah mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca dos pertama diminta untuk tidak lupa menyemak tarikh masing-masing. Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa lebih satu juta penerima suntikan pertama AZ akan menerima notifikasi secepat […]