Berita
Gadis Dilapor Maut Setelah Lif Dinaikinya Rosak & Tiba-tiba ‘Melonjak’ Sehingga 30 Tingkat
Pihak berkuasa di selatan China dilaporkan sedang menyiasat kematian tragis seorang remaja perempuan yang terbunuh apabila lif yang dinaikinya disyaki rosak sehingga melambung 30 tingkat dan menghentam bahagian atas bangunan sebuah pangsapuri hujung minggu lalu. Mangsa yang umurnya tidak dinyatakan itu adalah merupakan seorang pelajar sekolah menengah, lapor berita Shanghai, The Paper pada Rabu. Satu […]
Majlis Tahnik: Datuk Siti Nurhaliza & Suami Dikompaun RM10,000
Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana didapati telah melanggar prosedur operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika majlis tahnik anak keduanya pada 26 April lalu. Menurut laporan Sinar Harian, tiga orang anak Datuk K juga dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang. […]
Majoriti Pesakit COVID-19 Ketika Ini Adalah Golongan Muda Berumur Antara 20-40 Tahun – KKM
Putrajaya, 27 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kebanyakan pesakit COVID-19 pada waktu ini merupakan golongan muda berusia antara 20 hingga 40 tahun. Tambah KKM menerusi ciapan di laman Twitter, majoriti kes COVID-19 ketika ini adalah sporadik, yang tidak diketahui dari mana punca jangkitan. Oleh itu, KKM menegaskan agar orang ramai menghadkan pergerakan yang […]
TERKINI: Sekali Lagi Rekod Angka Tertinggi, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 7,857
Putrajaya, 27 Mei – Kes baru COVID-19 terus meningkat dengan 7,857 kes hari ini berbanding semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 541,224 kes. Menurut kemaskini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 2,675 kes diikuti Sarawak, 772 kes dan Kelantan, 754. Terkini 27 Mei 2021. Kes positif #COVID19 merekodkan […]

KKM Pertimbang Guna Alat Ujian Pernafasan Yang Baharu Untuk Kesan Virus COVID-19 – Dr Adham Baba
KKM pertimbang untuk menggunakan alat ujian pernafasan yang baharu untuk mengesan virus COVID-19. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, seperti yang dilaporkan oleh Bernama sebentar tadi. Dalam perkembangan yang sama, Dr. Adham memaklumkan bahawa kes Kategori 4 dan 5 telah meningkat sebanyak 15% dalam gelombang ke-3 berbanding hanya 5% sebelumnya. Sebarang maklumat […]
Waspada, MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di 12 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2.10 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang […]
Saintis Beri Amaran Berlaku Peningkatan Suhu Global Dalam Tempoh Lima Tahun, Akan Beri Kesan Besar Pada Dunia
Para saintis kini memberi amaran bahawa akan berlaku kenaikan suhu global yang berbahaya sehingga melebihi had yang ditetapkan iaitu 1.5 Celcius. Ia dipercayai akan berlaku dalam tempoh waktu lima tahun bermula dari sekarang, lapor Daily Mail. Terdapat kemungkinan bahawa 40 peratus kenaikan suhu tahunan akan melampaui tahap yang ditetapkan oleh Perjanjian Paris 2015 yang telah […]
Penganggur Dipenjara 18 Tahun, Disebat Enam Kali Rogol Kanak-kanak Tujuh Tahun
KLUANG, 27 Mei (Bernama) — Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dalam kejadian di Simpang Renggam dekat sini, dua minggu lepas. Hakim Mujib Saroji juga memerintahkan lelaki berumur 39 tahun dan belum berkahwin itu menjalani hukuman penjara tersebut bermula […]

(Video)Sederhana Tapi Bahagia, Tular Rakaman Lelaki Layani Anaknya Makan Bikin Ramai Rindu Pada Ayah
Kadangkala perkara yang nampak ringkas, sudah cukup untuk membuatkan kita bahagia. Pokoknya, bersyukur. Tak semestinya perlu ke restoran mewah untuk bersama insan tersayang, malah, jika bersantai di warung tepi jalan pun sudah cukup untuk luangkan masa berkualiti bersama sepertimana dilakukan lelaki ini bersama anaknya. Memetik Suara.com, rakaman mereka berdua telah dikongsikan seorang pengguna bernama @mummyyi […]
COVID : Pesara Rakyat Malaysia Antara 26 Kes Baharu Di Singapura
SINGAPURA, 27 Mei (Bernama) — Seorang pesara Malaysia berusia 74 tahun merupakan antara 26 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) republik itu. “Hasil ujiannya disahkan positif pada 25 Mei. Hasil ujian serologinya negatif. Beliau menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 19 Mac,” kata kementerian dalam data lengkapnya yang […]
Dakwaan Ditahan Israel: Pemilik IG Diminta Bantu Kesan ‘Dr Nur’
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — Wisma Putra menggesa individu serta pemilik akaun Instagram (IG) @iesya_toh dan @nurhelizahelmi segera tampil dan mengemukakan maklumat berkenaan ‘Dr. Nur’, yang didakwa sebagai warganegara Malaysia ditahan oleh pihak Israel. Wisma Putra dalam kenyataannya malam ini berkata mana-mana individu lain yang mempunyai maklumat sahih berhubung identiti serta keberadaan ‘Dr. Nur’ turut digesa […]
Seram, Kelibat Misteri ‘Tumpang’ Bergambar Di Belakang Wanita Buat Ramai Meremang
Seorang wanita dikatakan ketakutan selepas menyedari terdapat kelibat dalam satu gambar yang ditangkapnya ketika di rumah rakannya, lapor Mirror. Wanita tersebut menyatakan bahawa dia tidak lena tidur malam selepas insiden tersebut. Pada ketika gambar itu diambil, dia dan rakan-rakannya sedang berkumpul menikmati minuman pada bulan Oktober. Tanpa disedari, terdapat satu kelibat yang muncul dalam gambar […]
Bekerja 3 Syif Tanpa Henti, 2 Tren LRT Terlibat Kemalangan Berjaya Dibawa Keluar Lebih Awal Dari Tarikh Ditetapkan
Perkembangan terbaru mengenai tren LRT yang terlibat dalam kemalangan pada Isnin lalu menyaksikan kedua-dua tren tersebut telah berjaya dibawa keluar lebih awal dari tempoh tiga hari yang dijanjikan. Menerusi kiriman di Facebook Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, beliau memaklumkan bahawa ia adalah hasil usaha yang dilakukan oleh Team Recovery Rapid Rail yang bekerja […]
Polis Putrajaya Keluarkan 54 Kompaun Ingkar SOP Sejak 12 Mei
PUTRAJAYA, 27 Mei (Bernama) — Polis Putrajaya mengeluarkan 54 kompaun kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa 12 Mei lepas. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata sebanyak 39 kompaun dikenakan terhadap individu bagi kesalahan merentas daerah dan negeri serta melanggar perintah kuarantin manakala seorang […]
Masihkah ‘Selamat’ Pengangkutan Tren?
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Perkhidmatannya yang sistematik, cekap dan laju serta sangat efisien dalam membantu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di dalam bandar, menjadikan Transit Aliran Ringan (LRT) sebagai pilihan utama pengangkutan awam dalam kalangan warga kota di Lembah Klang sejak lebih dua dekad lepas. Sangat diyakini pengguna atas khidmat terbaik yang diberikan selama 23 […]

Perlu Ke Risau Jika Rotor Brek Berkarat? Ini Yang Perlu Anda Buat
Selepas menjemurkan kereta di bawah hujan dan panas, sedikit sebanyak pastinya ia akan menjejaskan fizikal kenderaan antaranya menyebabkan karat pada bahagian yang dihasilkan daripada besi. Salah satu komponen yang terdedah pada pengkaratan ialah cakera brek yang kebiasaannya diperbuat menggunakan besi tuang (cast iron). Apabila besi teroksida, anda akan dapat melihat tompok-tompok karat mula memunculkan diri […]
“Dalam Macam Kondo,” Dari Luar Biasa Ja, Rumah Teres Kos Rendah 80an Ini Nampak Elegan Dan Mewah Dari Dalam
Rumah adalah suatu tempat berteduh yang kita semua gunakan untuk berehat bersama dengan seisi keluarga. Disebabkan itu, rumah perlulah sentiasa berada dalam keadaan kemas, cantik dan teratur. Setiap daripada kita pastinya mahukan rumah kita tampak luas, cantik dan selesa untuk mendapatkan mood yang baik ketika sedang berehat. Berikutan daripada itu, kita perlulah mengeluarkan modal sedikit […]
Ustaz Ebit Lew Tiba Di Mesir, Sedang Urus Pembelian Ubat-ubatan & Barang Keperluan Untuk Dihantar Ke Gaza Hari Ini
Tidak pernah lelah menabur bakti pada orang ramai, Ustaz Ebit Lew terus mempergiatkan misi bantuannya ke negara Palestin pula. Ia juga adalah susulan daripada pergolakan yang berlaku di Palestin pada bulan ramadan yang lalu yang menyaksikan ratusan rakyat di negara itu telah terkorban. Menerusi perkongsian terbarunya di Facebook, Ustaz Ebit Lew dan pasukan kini sudah […]
“Yang Belah Sana, Muka Dah Berlumuran Darah…”, Kecut Perut, Mangsa Bencana LRT Bukak Mulut Apa Yang Jadi Saat Kemalangan
Baru-baru ini kita digemparkan dengan insiden kemalangan ngeri melibatkan dua LRT di ibu kota yang saling merempuh dari arah bertentangan. Daripada 213 penumpang yang terlibat, 166 daripadanya cedera ringan manakala 47 lagi parah. Menurut laporan semasa, kemalangan itu merupakan kejadian nahas LRT paling buruk dalam sejarah. Sudah tentu mangsa-mangsa terlibat tidak akan melupakan detik hitam […]

Remaja 20 Tahun Tanpa Sejarah Penyakit Antara 63 Kes Kematian Covid-19 Hari Ini
Malaysia mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat jangkitan Covid-19 pada hari ini iaitu sebanyak 63 kes, berbanding 60 kes pada semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes kematian baharu itu menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak berkenaan bertambah kepada 2,432 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 63 kes kematian pada hari ini melibatkan 24 kes di Selangor, sembilan (9) kes di […]