Berita
Pandemik COVID: 85.5 Peratus Panggilan Bantuan Sokongan Babitkan Isu Kesihatan Mental
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Statistik panggilan bantuan yang diterima agensi kerajaan sejak 25 Mac 2020 hingga 20 Mei 2021 mendapati 85.5 peratus daripada 145,173 panggilan adalah membabitkan isu kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata isu kesihatan mental itu ialah seperti stres akut, keresahan, […]
Varian Virus Penyebab Kematian Guru Di Melaka Masih Disiasat
MELAKA, 21 Mei (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Melaka memerlukan masa kira-kira dua minggu, untuk mengesahkan varian virus yang menjangkiti seorang guru wanita yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada Rabu lepas. Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ismail Ali berkata, isu tular berkenaan kematian guru berkenaan yang dijangkiti varian baharu COVID-19, adalah tidak tepat. Beliau berkata, […]
COVID-19 : MB Minta Rakyat Perak Tidak Ambil Mudah Pematuhan SOP
IPOH, 21 Mei (Bernama) — Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad merayu seluruh rakyat di negeri itu agar tidak memperkecil ancaman COVID-19 dan meremehkan amalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). “Kebelakangan ini, terlalu banyak persepsi yang berlegar. Terlalu banyak andaian yang memperkecil ancaman COVID-19. “Saya bimbang apabila ada yang mengatakan COVID-19 ini hanya suatu rekaan. […]
PDRM Umum Pertukaran Enam Pegawai Kanan Berkuat Kuasa 21 Jun
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran jawatan enam pegawai kanannya, berkuat kuasa 21 Jun ini. Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman Supt Skandaguru Anandan memaklumkan pertukaran itu antaranya membabitkan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor SAC Alzafny Ahmad yang dilantik sebagai […]
Dipercayai Ambulans Tak Cukup Akibat COVID-19, Lelaki Dilapor Bawa Mayat Bapanya Ke Hospital Gunakan Kereta Sorong Kayu
Seorang lelaki di India terpaksa membawa mayat bapanya sendiri ke hospital menggunakan kereta sorong kayu kerana ambulans tidak mencukupi ketika negara tersebut sedang melawan gelombang COVID-19 yang ketiga, lapor Daily Mail. Rakaman video yang menyayat hati itu dirakamkan pada Rabu di daerah Siwan, Bihar, timur India, menunjukkan lelaki tersebut menolak ayahnya menggunakan kereta sorong berkenaan. […]
PKPD Perak: 12 Jemaah Solat Di Masjid, Surau Hanya Pegawai Masjid, J/kuasa Kariah
IPOH, 21 Mei (Bernama) — Hanya 12 orang jemaah terbatas kepada Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah dibenarkan untuk solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah di masjid dan surau di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perak. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, Sultan Perak Sultan Nazrin […]

Dengar Bunyi Bising Dari Dapur, Keluarga Ini Terkejut Temui Ular ‘Gergasi’ Dengan 100 Gigi Seberat 8kg
Steve Brown, seorang pakar telah menggunakan pengering rambut dan sehelai plastik untuk menangkap ular raksasa di Brisbane, Australia baru-baru ini. Ular tersebut berukuran tiga meter dan beratnya pula ialah 8kg, lapor portal Mirror. Ketika kejadian, tuan rumah yang sedang menonton televisyen itu terdengar suara ular sawa karpet sedang membuat ‘bising’. Maka, Steve Brown, pakar penangkap […]
PKPD: Beberapa Laluan Utama Di Besut Ditutup
JERTEH, 21 Mei (Bernama) — Beberapa laluan utama di Besut ditutup kepada semua kenderaan mulai 8 malam ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 15 mukim di daerah itu. Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata antara yang terlibat adalah laluan utama Kampung Seberang Kastam berhampiran Jambatan Kuala Besut yang menghubungkan Kuala Besut dengan Kampung Raja dan […]
Sarawak Energy Tutup Stesen Janakuasa Elektrik Di Kawasan Banjir
KUCHING, 21 Mei (Bernama) — Bekalan elektrik di beberapa tempat di bahagian utara Sarawak terputus berikutan banjir yang melanda kawasan itu sejak Rabu, apabila syarikat utiliti negeri, Sarawak Energy Berhad terpaksa menutup stesen janakuasa di kawasan terlibat, atas sebab-sebab keselamatan. Naib Presiden Runcit Sarawak Energy Yusri Safri dalam satu kenyataan hari ini berkata, stesen janakuasa di […]
Thailand: Warga Asing Boleh Daftar Vaksinasi Bulan Depan
BANGKOK, 21 Mei (Bernama) — Bermula 7 Jun, warga asing yang menetap di Thailand boleh mendaftar untuk vaksinasi COVID-19. Timbalan jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata warga asing, termasuk kor diplomatik, pekerja pertubuhan antarabangsa, agensi kerajaan luar dan pelajar asing boleh mendaftar untuk vaksinasi percuma di hospital yang ditetapkan menggunakan pasport atau nombor keselamatan sosial mereka. […]
Rakyat Malaysia Berpeluang Saksikan Gerhana Bulan ‘Super Flower Blood Moon’ 26 Mei Ini
Malaysia dilaporkan bakal dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan ‘Super Flower Blood Moon’ pada 26 Mei 2021 (Rabu) jam 16:47 dan akan berakhir pada 21:50 waktu Malaysia. Menurut perkongsian yang dikongsi oleh Agensi Angkasa Malaysia melalui akaun Facebook rasminya, pada tanggal 26 Mei 2021, bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (perigee) dengan […]
“Jangan Ingat Langit Tu Selalu Cerah,” Peguam Syarie Dedah 7 Perkara Isteri Perlu Buat, Tapi Ramai Ambil Mudah
Bila masuk ke alam perkahwinan, setiap pasangan suami isteri pasti akan mengalami rencam perkahwinan yang berbeza. Ada yang berjodoh hingga ke akhir hayat, tidak kurang juga ada kisah perjalanannya yang singkat. Tahu-tahu dah bercerai. Jadi, sebagai seorang suami atau isteri, mereka perlu tahu hak-hak mereka ketika berada dalam rumah tangga. Jangan sampai berlaku isu penganiayaan […]

(Video) Mendebarkan, Detik Cemas Kejadian ‘Hujan Api’ Ketika Petir Sambar Wayar Bas Elektrik
Beberapa pejalan kaki berhadapan detik cemas apabila ‘dihujani’ percikan api ketika melalui sebuah jalan di Rusia. Kejadian itu dipercayai berlaku apabila petir menyambar wayar bas elektrik di bandar St. Petersburg pada 19 Mei lalu, tulis Daily Mail. Menerusi rakaman CCTV, kelihatan cahaya cerah menerangi kawasan itu diikuti bunyi guruh yang cukup kuat dipercayai petir yang menyambar […]
“Dia Cam Salah Satu Serpihan,” Isteri Tak Sangka Mangsa Maut Kereta Meletup Rupanya Suami
KOTA BHARU, 21 Mei (Bernama) — “Tidak sangka itu suami saya, dan masih terkejut dengan apa yang berlaku,” luah isteri kepada mangsa lelaki yang maut dalam kejadian sebuah kenderaan yang meletup sehingga terputus dua di Simpang 4, Kampung Sireh, di sini petang tadi. Faridah Husin, 49, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian melibatkan arwah suaminya itu Wan […]

Gempa Bumi Berkekuatan 5.6 Skala Richter ‘Goncang’ Yunnan, China
Gempa bumi sederhana berskala Richter 5.6 dilapor melanda Yunnan, China kira-kira jam 9.48 malam waktu tempatan, sebentar tadi. Menurut Malaysian Meteorological Department, gegaran yang berpusat di latitud 25.7 darjah Utara dan longitud 99.8 darjah Timur itu menghasilkan gegaran berkedalaman 31 kilometer. Jarak kejadian gempa dikatakan berada pada 92 kilometer Timur Laut dari Baoshan, China. Walau […]

(Video) Bekas Kekasih Suami Mekapkan Wanita Ketika Hari Pernikahan, Hasilnya Jadi Perhatian Ramai
Semua wanita pasti ingin kelihatan menawan di hari pernikahannya. Maklumlah, sekali seumur hidup. Habis semua jurumekap dirisik untuk melihat hasil solekan mereka. Ada yang menggunakan khidmat rakan atau keluarga sendiri, ada juga yang mengupah jurumekap profesional terkenal bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Kongsi seorang wanita di Indonesia, @dear.anya, dia telah mendapat khidmat solekan daripada bekas […]
TERKINI: Mesyuarat MKN Setuju Perketat Pelaksanaan PKP 3.0 Dengan Tambahan Sekatan Atas Sektor Ekonomi, Sosial
Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 yang dilangsungkan pada petang tadi bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang dikuatkuasakan dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial. Menerusi kenyataan media yang dikongsikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sidang khas itu juga turut membincangkan berkenaan […]
Kereta Bawa Mercun Meletup, Mayat Pemandu Tercampak 20 Meter
KOTA BHARU, 21 Mei (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang sedang dipandunya meletup dalam kejadian berdekatan Persimpangan Kampung Sireh di sini, kira-kira pukul 5.30 petang tadi. Letupan kereta jenis Proto Iswara itu, turut menyebabkan lima lagi kenderaan yang berada berdekatan rosak, termasuk sebuah yang turut terbakar. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, […]
Sebanyak 33 Kes COVID-19 Dikesan Di Pasar Borong KL
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Sebanyak 33 kes positif COVID-19 dikesan di Pasar Borong Kuala Lumpur setakat ini, menurut Pegawai Kesihatan Daerah Pejabat Kesihatan Kepong Dr Sukhwinder Singh. Katanya kes positif pada mulanya dikesan melibatkan pekerja di bahagian pasar ikan, sebelum ia didapati merebak kepada sebilangan kecil operator serta pekerja di bahagian lain di […]
“Apa Nama Anak Saudara Anda?” Maybank Ingatkan Hati-Hati Jika Ada ‘Pegawai Kewangan’ Tanya Soalan Macam Ni
Pelbagai cara dilakukan sindiket penipuan untuk memperdaya orang ramai sehinggakan ada yang menyamar sebagai pegawai bank untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa. Biarpun kelihatan seperti perbualan biasa, anda perlu berhati-hati jika terdapat individu yang mengaku pegawai kewangan bertanyakan soalan peribadi anda. Maybank dalam satu kiriman hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat yang boleh […]