Berita

Sabah Catat Penurunan Ketara Kes Harian Covid-19 Hari Ini
KOTA KINABALU, 30 Mei – Sabah mencatatkan sejumlah 190 jangkitan baharu COVID-19 hari ini berbanding 265 kes semalam, yang menyaksikan penurunan ketara kes harian, tanpa sebarang kluster baharu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata angka itu menjadikan jumlah kumulatif wabak tersebut di […]
Pusat Saringan Covid-19 Pandu Lalu Dirancang Buat Warga Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Kerajaan merancang mewujudkan pusat ujian saringan komuniti COVID-19 jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) secara percuma termasuk secara pandu lalu untuk warga Wilayah Persekutuan dalam usaha memerangi pandemik itu. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata dua pusat ujian saringan secara pandu lalu sedang dirancang sebagai insiatif tambahan […]
Pusat Penempatan Gelandangan Ipoh Dibuka Semula Bulan Depan
IPOH, 30 Mei – Kerajaan Negeri Perak akan membuka semula Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) sementara bermula awal bulan depan sebagai langkah mengelakkan golongan itu menjadi kluster terbaharu pandemik COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata langkah itu selaras dengan pengumuman Sekatan Pergerakan Penuh fasa pertama […]

Varian Kacukan Di Vietnam Belum Dikesan Di Malaysia – Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA, 30 Mei- Varian COVID-19 baharu, iaitu gabungan varian India dan United Kingdom (UK) yang kini ditemui di Vietnam masih belum dikesan di negara-negara lain termasuk Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mempertingkat ujian saringan COVID-19 terutamanya terhadap individu yang datang dari negara […]

Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas Senapang Tiruan Di Dungun
DUNGUN, 30 Mei – Polis menahan tiga lelaki tempatan dan merampas tiga laras senapang tiruan dalam dua serbuan di daerah ini pada awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 36 hingga 58 tahun ditahan pada kira-kira 1 pagi hingga 2.15 pagi di Felda Kerteh 5 dan […]
Polis Tahan Dua Lelaki Disyaki Palsukan Borang Rentas Negeri
KUANTAN, 30 Mei – Polis menahan dua lelaki dalam sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Bentong semalam selepas mereka dipercayai memalsukan borang rentas negeri untuk ke Kelantan. Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata kedua-dua lelaki berumur 25 dan 34 tahun itu ditahan pada 6.30 petang selepas anggota polis meragui nombor siri […]

KWSP Tutup Semua Cawangannya Di Seluruh Negara Bermula 1 Jun Hingga 14 Jun 2021
KUALA LUMPUR, 30 Mei – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup pejabat dan kaunter perkhidmatannya di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun ini selaras dengan pelaksanaan fasa pertama sekatan pergerakan penuh. Sehubungan itu, KWSP berkata semua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) dalam tempoh berkenaan akan dibatalkan. “Ahli […]
Sultan Muhammad V Titah Wakil Rakyat Kelantan Bantu Penduduk Dapatkan Vaksin
KOTA BHARU, 30 Mei – Sultan Muhammad V menitahkan semua wakil rakyat di Kelantan agar membantu rakyat negeri itu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata ia susulan luahan dukacita baginda terhadap peratusan pendaftaran bagi suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri itu yang dilihat antara terendah di negara ini. “Sultan […]

(Video)”Ingatkan Dia Potong Kaki Orang,” Mungkin Risau, Video 48 Juta Tontonan Ni Buat Ramai Salah Sangka Bila Mula Tengok
Ada masanya kita tersilap melihat sesuatu, bayangan mop boleh disalah sangka sebagai kepala orang, pakaian yang tergantung pada waktu malam boleh disangka penampakan jembalang. Namun selepas beberapa saat pemerhatian, rupanya apa yang kita lihat jauh berbeza sekali daripada sangkaan. Mungkin inilah situasi dialami sebahagian penonton @acutedonkey apabila melihat sebuah video dikongsikan akaun tersebut di TikTok. […]

PM Muhyiddin Ucap Takziah Pemergian Mufti Perak
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh agama yang amat disegani Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang meninggal dunia hari ini. Muhyiddin menerusi akaun Facebooknya memaklumkan, pemergian Allahyarham yang juga Mufti Perak itu merupakan satu kehilangan kepada dunia dakwah, bukan sahaja bagi […]
Perhimpunan Semasa Upacara Pengebumian Cetus Kluster Baharu Di Kg Sg Keling
LABUAN, 30 Mei (Bernama) — Perhimpunan semasa upacara pengebumian di Kampung Sungai Keling telah mencetuskan satu kluster baharu iaitu Simpang Sungai di pulau bebas cukai Labuan semalam selepas seorang lelaki berumur 38 tahun didapati positif COVID-19 dan menjangkiti enam yang lain. Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata lelaki itu diuji positif pada 27 […]
Lockdown: Hanya 17 Sektor Perkhidmatan Dibenarkan Beroperasi
PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) — Hanya 17 sektor perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ yang berkuat kuasa bermula 1 hingga 14 Jun ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 17 sektor itu merangkumi makanan dan minuman (termasuk untuk haiwan); penjagaan kesihatan dan perubatan (termasuk penokok […]
Pesara Swasta Rugi RM57,300 Ditipu Sindiket Love Scam
KEPALA BATAS, 30 Mei (Bernama) — Seorang pesara swasta wanita kerugian RM57,300 selepas terpedaya dengan sindiket Love Scam, menerusi media sosial dalam kejadian di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa berusia 55 tahun yang sebelum ini bekerja kilang mendakwa telah berkenalan dengan seorang lelaki, menerusi […]
Polis Kelantan Terima Laporan Wanita Persenda Agama Islam
KOTA BHARU, 30 Mei (Bernama) — Polis Kelantan menerima laporan berkaitan seorang wanita dipercayai pengasas produk kosmetik di negeri ini yang didakwa mempersenda agama Islam. Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata laporan itu diterima di ibu pejabat polis daerah ini pada 10.25 pagi tadi. “Pengadu mendakwa melihat satu rakaman video dikongsi […]
Pekerja Kedai Herba Perubatan Maut Dipercayai Dibunuh
IPOH, 30 Mei (Bernama) — Seorang pekerja kedai menjual herba perubatan maut dipercayai dibunuh di dalam premis berkenaan di Jalan Guntong berhampiran Pasar Buntong di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian yang menimpa lelaki tempatan berumur 31 tahun dikenali sebagai Boy itu […]
COVID: Dua Lagi Kluster Baharu Diisytihar Di Sarawak, 80 Kluster Aktif – JPBN
KUCHING, 30 Mei (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan dua lagi kluster baharu COVID-19, iaitu Kluster Gerigat di Kabong dan Kluster Sungai Parik di Sri Aman, menjadikan 80 kluster yang masih aktif di negeri ini. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Kluster Gerigat merupakan kluster komuniti yang dikesan di sebuah kampung […]
Korban COVID-19 Di Thailand Sudah Cecah Lebih 1,000
BANGKOK, 30 Mei (Bernama) — Jumlah kematian akibat COVID-19 di Thailand sudah melepasi 1,000 orang ketika kerajaan terus menggiatkan usaha membendung gelombang ketiga jangkitan terutama di kem pekerja binaan di Bangkok. Sejak 24 jam lalu, negara ini mencatatkan 4,528 kes baharu dan 24 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 154,307 dan 1,012 korban. Menurut Penolong […]
TERKINI: Senarai SOP PKP Yang Dibenarkan Bermula 1 Sehingga 14 Jun 2021
Putrajaya, 30 Mei – Susulan pengumuman sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini, hampir kesemua sektor terpaksa diketatkan operasi bagi menyekat penularan wabak. Berikut merupakan senarai sektor dan perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi dengan syarat sepanjang sekatan pergerakan penuh kali ini. Ringkasan SOP PKP MKN (Dibenarkan) bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun […]
TERKINI: Mulai 1 Jun, Surat Kebenaran Bekerja Dan Rentas Daerah Dikeluarkan Kementerian Berkaitan
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, surat kebenaran bekerja untuk merentas negeri hanya sah sehingga 31 Mei ini sahaja. Katanya, bermula 1 Jun, surat kebenaran bekerja hanya boleh dikeluarkan kementerian berkaitan sahaja. • Semua surat perjalanan bekerja dikeluarkan MITI berkuat kuasa sehingga 31 Mei sahaja • Mulai 1 Jun, surat kebenaran bekerja dan […]

“80% Adalah Kes Sporadik Setakat 11 Mei,” Ini Sebenarnya Maksud Kes Sporadik Yang Semua Perlu Peka
Kes COVID-19 pada hari ini mencatatkan penurunan seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia petang tadi. Melihat kepada perkembangan COVID-19 pada hari ini, situasi ini sangat membimbangkan. Antara faktornya adalah kes sporadik. Namun, apa sebenarnya kes sporadik. Untuk mengetahui mengenainya, lihat perkongsian daripada Bernama di bawah: Menurut sumber, kes sporadik merupakan kes apabila terdapatnya individu yang […]