Berita

Kesihatan
“Hakikatnya Kita Yang Salah,” Tulisan Pengarah Kesihatan Terengganu Berkaitan ‘Kluster Raya’ Raih Perhatian, 29 Ribu Kali Dikongsikan
Umat Islam baru sahaja meraikan perayaan Aidilfitri pada 13 Mei lepas. Namun, oleh disebabkan SOP Aidilfitri telah dijalankan sebelum perayaan menjelma hingga tiba Syawal, maka aktiviti menziarah dan rentas negeri tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, ada segelintir rakyat yang sanggup melanggar SOP yang diarahkan sehingga kini telah meningkatnya kes disebabkan kluster raya. Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr […]
Berita
Video Penghinaan Pakaian Tradisional Suku Kaum Iban Sarawak: Pemilik Akaun Ryzal Ibrahim Diminta Tampil Bagi Kerjasama
Ketua Polis Daerah Miri mohon pemilik akaun Ryzal Ibrahim @ duriankimchi tampil untuk memberi kerjasama bagi merakam proses keterangan selepas satu video yang dilaporkan memperlekehkan pakaian tradisional Iban dimuatnaik olehnya tular di media sosial. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri (IPD Miri) telah menerima laporan Polis daripada pelbagai NGO di seluruh […]
Berita
Video Tular Pergaduhan: 10 Orang Saspek Ditahan, Dikenakan Kompaun Ingkar PKP
Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara telah menerima laporan berkenaan kejadian pergaduhan yang melibatkan sekumpulan penduduk di kawasan rumah pangsa Kempas, Johor semalam, menurut Kenyataan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, YDH ACP Rupiah binti Abd Wahid, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku […]
Berita
70,000 Anggota Dikerah, Lebih 800 SJR Ketika PKP Penuh Bermula 1 Jun – Hamzah
Polis Diraja Malaysia akan meningkatkan bilangan Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara kepada lebih 800 SJR berbanding hampir 600 SJR pada sebelum ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam satu kenyataan, berkata ianya bagi memastikan aspek penguatkuasaan dan pematuhan SOP dapat dilaksanakan secara berkesan. Susulan daripada itu, kekuatan anggota Polis Diraja Malaysia […]
Berita
Masyarakat Usah Bimbang, Harga Roti Gardenia Tidak Naik – Rosol
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Harga roti Gardenia masih kekal dan tiada kenaikan harga akan berlaku bermula 1 Jun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid. Sehubungan itu, beliau berkata masyarakat tidak perlu bimbang dan melakukan pembelian panik berikutan tersebarnya surat yang menyatakan bahawa akan berlaku kenaikan harga roti Gardenia. “Pegawai saya telah memeriksa (kesahihannya) dan […]
Berita
Sembilan Individu Dikompaun RM65,000 Raikan Majlis Hari Lahir
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Akibat meraikan sambutan hari lahir di sebuah pejabat di Pusat Dagangan NZX, Ara Damansara, di sini semalam, sembilan kakitangan pejabat berkenaan dikenakan kompaun RM65,000 keseluruhannya kerana melanggar prosedur operasi standarad (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Lapan individu dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang manakala penganjur majlis itu dikenakan kompaun RM25,000. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad […]
Berita
(Video) Bawa 181 Penumpang & 14 Kru, Detik Cemas Kapal KM Karya Indah Terbakar Di Laut Maluku Utara
Kapal KM Karya Indah yang membawa 181 penumpang dan 14 kru kapal terbakar di Laut Maluku Utara, Indonesia, lapor Bernama. Menurut agensi itu, kesemua penumpang dan kru berjaya diselamatkan. Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) turut berkongsi rakaman detik cemas kejadian ketika kapal besar itu sedang terbakar. Kapal KM Karya Indah yang membawa 181 […]
Berita
(Video)”Nak Ke Mana Tu Saudara..?”, Keadaan Sekitar SJR Di Plaza Tol Gombak Sesak Dengan Lambakan Kenderaan
Putrajaya, 29 Mei – Lambakan kenderaan dilihat menuju ke arah Pantai Timur dan menyebabkan kesesakan di Plaza Tol Gombak hari ini, lapor Bernama. Situasi semasa di lokasi tersebut turut dikongsikan agensi berita itu di laman Twitter, memaparkan kenderaan berpusu-pusu menunggu giliran di sekatan jalan raya berdekatan plaza tol berkenaan. Semalam, Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan lockdown menyeluruh […]
Berita
TERKINI: Sudah Lepasi Angka 9k, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 9,020
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 9,020 kes Covid-19 baharu yang dilaporkan pada hari ini. 9,020 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 558,534 kes. Kes baharu COVID-19 pada hari ini dilaporkan adalah yang paling tinggi […]
Berita
Pemilik Haiwan Kesayangan Buat Persediaan Awal, Belajar Daripada Pengalaman PKP 1.0
MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Selain membeli keperluan harian sebagai persediaan menghadapi total lockdown atau sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun nanti, pemilik haiwan peliharaan turut ‘sibuk’ membeli keperluan haiwan mereka. Tinjauan Bernama di beberapa kedai menjual keperluan haiwan kesayangan di sini mendapati rak berisi makanan, pasir kucing dan beberapa barang keperluan habis licin. Belajar daripada pengalaman […]
Berita
Masjid, Surau Di Melaka Perdengar Bacaan Yasin Waktu Maghrib Setiap Hari
MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengarahkan semua masjid dan surau memperdengarkan bacaan Yasin setiap hari selepas solat maghrib bermula hari ini. Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat berkata inisiatif itu bagi memohon perlindungan wabak COVID-19 yang kian meningkat di negara ini dan memohon kesejahteraan rakyat Palestin yang dizalimi rejim […]
Berita
10 Individu Daripada Dua Keluarga Ditahan Merusuh Di PPR Kempas
JOHOR BAHRU, 29 Mei (Bernama) — Seramai 10 individu daripada dua keluarga ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian merusuh di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kesemua 10 yang ditahan berumur antara 12 […]
Berita
PKP Sarawak: Pergerakan Antara Zon, Rentas Negeri Tidak Dibenarkan
KUCHING, 29 Mei (Bernama) — Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Sarawak selama 14 hari berkuat kuasa hari ini, menetapkan antaranya pergerakan antara zon dan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali bagi perkhidmatan perlu dan mempunyai permit polis atau surat daripada majikan. Menurut SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu, orang ramai juga tidak dibenarkan […]
Berita
Remaja Palestin Maut Ditembak Tentera Israel Di Tebing Barat
RAMALLAH, 29 Mei (Bernama) — Seorang remaja Palestin maut ditembak dan puluhan yang lain cedera ketika penunjuk perasaan bertempur dengan tentera Israel di Tebing Barat pada Jumaat, lapor Agensi Berita Xinhua. Menurut kenyataan Kementerian Palestin, remaja itu maut akibat ditembak di dada dalam kejadian di kampung Beita, di Nablus. Saksi kejadian berkata, pertempuran tercetus di […]
Kesihatan
Ketepikan Rasa Takut, 50 Orang Asli Batek Daftar Sebagai Penerima Vaksin
GUA MUSANG, 29 Mei (Bernama) — Seramai 50 daripada 400 masyarakat Orang Asli Batek di Kampung Aring 5, di sini, mula mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 kerana bimbang dengan peningkatan penularan wabak itu di dalam negara. Mengakui tidak mendaftar lebih awal kerana takut, mereka menukar fikiran selepas mendapat penjelasan lebih terperinci mengenai keperluan untuk […]
Berita
Kongsi Foto Jalan Sesak, Dr Noor Hisham Tanya Ke Mana Arah Tujuan Anda Hujung Minggu Ini
Sejak pagi tadi, tular dua keping gambar yang memaparkan jalan dipercayai berdekatan Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak sesak dengan kenderaan. Perkara tersebut telah mendapat perhatian warganet dan pelbagai respon yang dinyatakan. Terbaru, menerusi laman Facebook rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut berkongsikan foto berkenaan bersama-sama tangkap layar dari Facebook […]
Berita
Sewa Percuma Untuk Peniaga Pasar Harian Selayang Hingga Akhir Tahun
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Peniaga di Pasar Harian Selayang, di sini akan diberi kemudahan sewa percuma sehingga akhir tahun ini bagi meringankan beban mereka, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata kelonggaran itu melibatkan peniaga yang akan mula beroperasi di bangunan baharu pasar berkenaan mulai Selasa ini. “Saya ada menerima […]
Berita
“Kali Ini Baunya Cukup Kuat,” Wanita Dilapor Ditemui Mati, Mayatnya Dimakan Kucing
Seorang wanita warga emas di Sepanyol ditemui mati dengan sebahagian badan telah dimakan oleh kucing-kucing peliharaannya, lapor Newsweek.com. Menurut portal itu, wanita berusia 79 tahun berkenaan dikatakan tinggal bersendirian sebelum ditemui dalam keadaan jasad terpisah di dalam apartmentnya pada Isnin. Jasad wanita itu dikelilingi lima kucingnya yang turut meninggal dunia manakala dua lagi kucing dalam […]
Berita
Trafik Dilapor Mulai Sesak Sekitar 1km Sebelum Masuk Plaza Tol Sg. Besi Arah Selatan
Trafik dilaporkan mulai sesak sekitara 1km sebelum masuk Plaza Tol Sg. Besi arah Selatan seperti yang dilaporkan oleh LLM Trafik di laman Twitter. Dalam pada itu, ciapan lain pula menunjukkan trafik mulai sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah timur. LLM Trafik menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya pada pukul 10.58 pagi melaporkan bahawa […]
Berita
(Video) Baru Disahkan Hidap PCOS & Sukar Mengandung, Wanita Sebak Disahkan Hamil, Benar Naluri Ibu Yakin Dia Akan Hamil
Hampir setiap pasangan suami isteri menginginkan cahaya mata mereka sendiri. Namun apakan daya, ada yang diuji dengan masalah kesihatan hingga membuatkan misi mendapatkan zuriat menjadi sukar. Salah satu keadaan yang boleh menyebabkan seorang wanita sukar hamil ialah Polycystic Ovarian Syndrome atau singkatannya, PCOS. PCOS merupakan gangguan di mana seorang wanita mengalami ketidakstabilan hormon di usia […]