Berita
Adakah Ini Takdir Yang Tertulis?
Benarkah cinta itu sudah tertulis? Adakah ianya mitos dan sandiwara? Tahun 2020, penularan virus berbahaya yang telah mengubah kehidupan hampir setiap nyawa di planet biru bagaikan butang reset di tekan. Kenapa ianya bukan virus cinta? Alangkah lebih baik kalau virus cinta itu yang tersebar di seluruh dunia, setiap insan pasti angau dan berada di awang-awangan […]
40GB Data Percuma Untuk Golongan B40, Dapatkan Sekarang
Bila dah bekerja dan belajar dari rumah, sudah pasti memerlukan sambungan internet yang laju dan kuota yang mencukupi kan? Korang tahu tak YES nak bagi 40GB data percuma untuk semua pelanggan kategori B40 dalam kempen YES Kasi Up B40. Caranya mudah sahaja: Isi butiran lengkap di laman sesawang di SINI Kad sim YES akan dihantar […]

Pengumuman Puasa Dijangka Hari Ini, Warganet Mula Berteka-Teki Warna Baju Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad
Malam ini, pasti ramai yang berkumpul di hadapan televisyen, menanti pengumuman tarikh puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sepertimana tahun-tahun lalu. Inilah waktu yang dinantikan saban tahun selain pengumuman hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Sekali lagi, warna pakaian Tan Sri Syed Danial menjadi teka-teki dan bualan warga maya setiap […]
Warga Emas Diberi Vaksin Sinovac Mulai Minggu Depan
PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) — Vaksin Sinovac keluaran China akan diberikan kepada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 19 April ini, kata menteri penyelaras program berkenaan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata ia diputuskan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) setelah mengambil kira data terkini serta perkembangan amalan penggunaan di negara lain […]
PDRM Lanjut Tempoh Diskaun 50 Peratus MyBayar Saman
KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) melanjutkan tempoh lanjutan diskaun 50 peratus bayaran saman kompaun kesalahan trafik menerusi aplikasi MyBayar Saman sehingga Khamis ini. Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata berikutan sambutan menggalakkan, tempoh lanjutan empat hari itu dilaksanakan bagi memberi peluang orang awam menjelaskan saman kompaun kesalahan […]
Awas, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 13 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 13 buah negeri di seluruh Malaysia. Menurut kemaskini badan itu, amaran itu berkuatkuasa bermula petang ini sehingga jam 7 malam. Berikut adalah negeri dan kawasan yang dijangka terlibat: Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota […]

Mudah Nak Masak Semasa Bulan Puasa, Buat 5 Pes Ini Dan Boleh Hasilkan Banyak Hidangan
Esok, 13 April dijangka menjadi hari pertama Ramadhan tahun ini. Seperti biasa, sebahagian golongan ibu-ibu akan mula memikirkan menu untuk dimasak sepanjang bulan buat keluarga. Bukan apa, dengan adanya persiapan awal, bolehlah fokuskan kepada amal ibadah serta mengurangkan kesibukan menjelang waktu sahur dan berbuka. Salah satu cara ampuh menjimatkan masa adalah dengan menyediakan pes masakan. […]
Diskaun 70 Peratus Saman JPJ Bermula Esok
PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) — Diskaun 70 peratus selama dua bulan ditawarkan untuk semua saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula esok termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata tawaran diskaun untuk saman yang boleh dikompaun itu adalah bersempena sambutan ulang tahun ke-75 JPJ, melibatkan 3.5 […]
Zakat Fitrah Kedah RM7, RM14 Dan RM21
ALOR SETAR, 12 April (Bernama) — Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi negeri ini iaitu RM7, RM14 dan RM21. Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras. “Kadar RM7 […]
“Bolehkah Membaca Ayat-ayat Lazim?” Mufti WP Perjelas Amalan Wanita Haid Di Bulan Ramadan
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan. Di bulan inilah ramai antara kita yang mengambil kesempatan untuk menyemarakkan lagi ibadah demi pahala berlipat ganda. Namun bagi wanita yang mengalami haid pada bulan Ramadhan, mungkin ada antara anda yang tertanya kerana terlepas peluang memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika ada yang tertanya-tanya, “Bagaimana pula dengan membaca ayat lazim […]
(Video) Mungkin Ada Belum Tahu, Cara Mudah Nak Buat ‘Long Screenshot’ Untuk Android & iPhone
Hampir setiap telefon pintar mempunyai ciri yang membolehkan pengguna menangkap layar skrin ataupun screenshot. Menurut perkongsian Make Knowledge Free, anda boleh menangkap layar paparan dengan lebih panjang tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga. Dalam video dikongsikannya, pengguna hanya perlu menekan butang screenshot seperti biasa dan menekan pilihan ‘Scroll Capture‘ untuk menangkap layar paparan yang lebih panjang. Pengguna […]
Tular Anak Kambing Berwajah Pelik, Miliki Telinga Kambing Tetapi Berwajah Seperti Manusia
Beberapa keping gambar anak kambing yang mempunyai wajah seperti manusia tular di media sosial, lapor Times Now News. Anak kambing itu dilaporkan telah dilahirkan di sebuah perkampungan di Gujarat, India di rumah seorang peladang bernama Ajaybhai Vasava. Tulis portal itu, haiwan berkenaan dilahirkan dengan empat kaki dan telinga seperti kambing, namun memiliki dahi, mata, mulut […]
Pemandu, Kelindan Treler Maut Nahas Di Lebuhraya KL-Karak
KUANTAN, 12 April (Bernama) — Seorang pemandu dan kelindan treler membawa muatan bongkah batu maut selepas kenderaan berat itu terbabas dan terbalik di Km43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, kira-kira 200 km dari sini malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata dalam kejadian 9 malam itu, kedua-dua mangsa yang […]

(Video) Tular Wajahnya Dengan Kata Puitis, Rupanya Ada Kisah Sedih Disebalik Wajah ‘Pasrah’ Budak Ini
Jika anda pengguna setia media sosial, mungkin anda pernah melihat anak yang bernama Fahri Skroepp atau nama sebenarnya Muhammad Fahri Ramdani ini. Gambar kanak-kanak berusia 12 tahun ini seringkali tular dengan kata-kata puitis yang menghiburkan hati. Di sebalik wajah yang boleh membuatkan orang ramai mengukir senyuman ini, rupanya ada kisah sedih di sebalik jalan hidupnya. […]
Pernah Ditawar Lebih RM36 Ribu Untuk Seekor Ayam Tetapi Enggan Menjualnya, Pemilik Ini Bongkarkan ‘Rahsia’
Biasanya ayam dijual sekitar belasan ringgit di Malaysia. Tetapi, ayam milik Firman ini pernah ditawar harga hingga 130 juta Rupiah atau lebih kurang 36.9 ribu ringgit Malaysia. Apakah keistimewaan ayam milik pemuda Jawa Barat tersebut sehingga ditawar harga sebesar itu? Firman berkata, ayam miliknya bukan ayam tempatan yang biasa dipelihara warga setempat. Ayam import ini […]
“Beli Waktu Ramai..,” Perunding Hartanah Ini Kongsi 7 Tips Beli Rumah Bawah Harga Pasaran
Dalam kegawatan, ada peluang untuk sesiapa yang berani mengambil risiko. Ketika harga hartanah semakin menurun dan kadar OPR direndahkan, ada antara kita yang mula megintai peluang untuk membeli rumah sama ada dijadikan kediaman sendiri atau rumah pelaburan. Salah satu peluang yang boleh kita rebut ketika kegawatan ini ialah dengan mencari rumah di bawah harga pasaran. […]
“Elak Cuci Rambut Dengan..,” Ini 13 Tips Penjagaan Rambut Buat Wanita Bertudung
Rambut merupakan satu ‘aset’ yang sangat dijaga oleh para wanita. Bagi wanita yang bertudung, penjagaan rambut perlulah sentiasa rapi agar tidak mengalami gatal-gatal di kepala. Seperti yang dikongsikan oleh portal Hello Doktor, terdapat 14 tips penjagaan rambut yang betul yang boleh dipraktikkan terutamanya bagi wanita yang bertudung. Ikuti perkongsiannya di bawah: Rambut adalah mahkota bagi […]
Polis Bongkar Komplot 19 Syarikat Pengedar Terlibat Kegiatan Kartel Daging Import
JOHOR BAHRU, 11 April (Bernama) — Sebanyak 19 buah syarikat pengedar sejuk beku dikenal pasti ‘berkomplot’ dan terlibat dalam kegiatan kartel daging import, dalam satu operasi yang dilaksanakan di enam negeri secara serentak dua hari lepas (9 April). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, syarikat yang terlibat membabitkan tujuh di […]
(Video) Bila Bateri Kereta Kena Tukar? Ini Tips Mudah Nak Tahu Dikongsikan Mekanik
Bila mempunyai kereta, setiap orang perlulah sentiasa peka terhadap segala masalah yang dialami kenderaan itu terutama melibatkan bahagian enjin. Manakan tidak, ramai yang baru menyedari kereta mempunyai masalah bila sudah rosak dan tidak boleh bergerak. Salah satu bahagian yang perlu diberikan perhatian adalah bateri. Ia merupakan komponen yang penting bagi menggerakkan kereta. Bateri kereta kebiasaannya […]
Mungkin Boleh Membantu, Ini 9 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Jika Berada Dalam Keadaan Kewangan Yang Gawat
Walaupun mungkin ekonomi negara kini sedang beransur pulih akibat terkesan dari pandemik COVID-19, tetapi ramai yang masih bergelut dan tertekan dengan masalah kewangan. Agak sukar sebenarnya untuk bangkit semula mencari peluang dan lubuk rezeki yang betul-betul boleh menjamin masa hadapan. Tetapi jangan mudah berputus kerana usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil, InshaAllah rezeki akan […]