Berita

Berita
Kapasiti Katil ICU COVID-19 Hospital Melaka Di Ambang Amaran
MELAKA, 24 Mei (Bernama) — Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi atau ICU COVID-19 di Hospital Melaka menghampiri ambang amaran selepas 51 daripada 72 katil yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19 di hospital berkenaan telah diisi setakat semalam. EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata keadaan tersebut memaksa katil tambahan ICU ditempatkan di wad biasa memandangkan secara keseluruhan terdapat 145 pesakit termasuk pesakit biasa […]
Berita
“Kerap Sangat Minggu Ni Munculkan Diri,” Kelibat Putih Misteri ‘Bertenggek’ Atas Lori Bikin Seram
Bagi mereka yang bekerja sebagai pemandu lori atau pengawal keselamatan, mungkin banyak pengalaman bertemu dengan makhluk misteri kerana lumrah jadual kerja pada awal pagi atau malam. Hal yang serupa juga berlaku kepada sekumpulan petugas pembersihan dipercayai di Kedah yang mengutip sampah di kawasan perumahan pada awal pagi 22 Mei lalu. Kongsi salah seorang daripada mereka, […]
Kesihatan
TERKINI: 6,509 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Selangor Masih Lagi Catat Kes Baharu Lebih 2,000
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 6,509 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menurut perkongsian di akaun Facebook rasminya, negeri Selangor sekali lagi mencatatkan kes COVID-19 baharu yang paling tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 2,049 kes. Sarawak pula dalah negeri kedua tertinggi dengan 530 kes […]
Berita
‘Dine-in’ Dalam Kenderaan Tidak Dibenarkan, Tiada SOP Mengenainya Dibuat
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menegaskan bahawa ‘dine-in’ dalam kenderaan tidak dibenarkan. Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Bernama, beliau menyatakan bahawa SOP berkenaan ‘dine-in’ dalam kereta itu tidak pernah dibuat. Dalam kenyataan yang sama, beliau juga turut memaklumkan bahawa had masa 2 jam di dalam premis peruncitan […]
Berita
Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 26 Mei Ini, Bulan Berada Di Kedudukan Paling Hampir Dengan Bumi
Fenomena gerhana bulan penuh dikatakan akan berlaku pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H di seluruh Malaysia, ciap Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman Twitter. Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini dan semestinya ingin tahu serba sedikit mengenai fenomena gerhana bulan penuh ini. Jadi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada berkongsikan nota ringkas berkenaan […]
Luar Negara
“Ni Betul Tanah Kubur?” Jumpa Bungkusan Putih Dalam Dompet, Gadis Dakwa Diri ‘Dikawal’, Tiba-tiba Jadi Taat Pada Kekasih
Mengesyaki dirinya telah diguna-guna, seorang wanita mendakwa telah menemui sebungkus tanah di dalam salah satu ruangan dompetnya, lapor Hits.suara.com. Menurut portal itu, tanah di dalam bungkusan berkenaan dipercayai diambil dari kubur yang dibalut di dalam cebisan kain kafan. Musykil dengan kandungan bungkusan tersebut, wanita berkenaan telah bertanya di media sosial bagi mendapatkan jawapan. “Nak tanya, […]
Berita
Selebriti Neelofa Selesai Beri Keterangan Berhubung Dakwaan Langgar SOP Tidak Pakai Pelitup Muka
Baru-baru ini, selebriti Neelofa telah dikenakan siasatan oleh polis berikutan dakwaan dirinya yang didakwa mengenakan hijab tanpa memakai pelitup muka. Kejadian tersebut berlaku ketika Neelofa dan suami yang hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban bagi memberi keterangan pada 20 Mei lepas, lapor Bernama TV. Berikutan itu, berdasarkan perkembangan terkini, Neelofa dikatakan telah selesai memberi keterangan berhubung […]
Berita
Tengku Hassanal Sumbang Elaun Diraja Ke Tabung COVID-19 Pahang
KUANTAN, 24 Mei (Bernama) — Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama empat bulan kepada Tabung COVID-19 Pahang bagi membantu mereka yang memerlukan. Perkara berkenaan dikongsikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di laman media sosial rasmi beliau hari ini, […]
Gaya hidup
“Tempat Tinggal Isteri Bayar Sendiri,” Peguam Dedah 1 Kes Realiti Di Mahkamah Syariah, Isteri Dapat Nafkah RM5 Sebulan
Nafkah merupakan tanggungjawab seorang suami dan bapa kepada ahli keluarga. Menurut Irsyad Al-Fatwa yang diterbitkan Mufti Wilayah Persekutuan, nafkah wajib meliputi makanan, barangan dapur, pakaian, tempat tinggal dan alat kebersihan diri. Malah, jika suami berkemampuan, nafkah wajib termasuk menyediakan pembantu bagi isteri jika kebiasaannya isteri mempunyai pembantu. Baru-baru ini, seorang peguam syariah, Pn Suriati Ghani […]
Berita
(Video) Boleh Buat Sendiri, Lelaki Kongsi Cara Mudah Hilangkan Bunyi Bising Dari Kipas Siling
Sudah menjadi lumrah, peralatan yang sudah lama digunakan akan mula bermasalah selepas bertahun-tahun berkhidmat. Sebagai contoh, kipas siling anda mungkin mula mengeluarkan bunyi bising setiap kali berpusing. Jika anda menghadapi masalah kipas berbunyi bising, usah khuatir. Dengan hanya menggunakan minyak mesin atau lebihan minyak enjin, masalah anda boleh diatasi. Berdasarkan tips dari Izuandi89, anda hanya […]
Berita
(Video) Tular Video Objek ‘Misteri’ Jatuh Menegak Dari Langit, Dilihat Keluarkan Asap Hitam Sebelum Menjunam Ke Dalam Laut
Warga Indonesia dikejutkan dengan video penampakan objek misteri yang mendarat di perairan Situbondo, Jawa Timur, lapor Jakarta.suara.com. Menurut Ketua Lembaga Penerbangan dan Angkasa (LAPAN), Thomas Djamaludin, objek misteri itu berkemungkinan merupakan belon udara. “Gambarnya tidak jelas. Boleh jadi belon udara kerana ia jatuh secara menegak,” ujar Thomas. Dalam rakaman tular, kelihatan satu objek panjang berwarna hitam […]
Berita
(Video) Leka Guna ‘Handphone’ Ketika Makan, Lelaki ‘Garu Kepala’ Tengok Makanan Kena ‘Kebas’ Dengan Kucing
Kucing sememangnya haiwan yang mempunyai perwatakan yang boleh menghiburkan ramai orang. Dengan telatah nakalnya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku sehingga boleh menyebabkan seseorang garu kepala memikirkan perbuatan haiwan comel ini. Perkara ini boleh dijelaskan menerusi satu rakaman video yang memaparkan seekor kucing menyelinap masuk ke sebuah kedai, sebelum ‘mencuri’ lauk daripada pinggan seorang lelaki. View this […]
Berita
5 Orang Dilaporkan Maut Dilanggar Pada Kelajuan 108km/j, Pemandu Dipercayai ‘Balas Dendam’ Kerana Gagal Pelaburan
Lima individu dilaporkan maut dalam kejadian langgar lari di Dalian, China pada Sabtu lalu, lapor South China Morning Post (SCMP). Menurut portal itu, suspek disyaki berbuat demikian kerana gagal dalam pelaburan dan ingin membalas ‘dendam ke atas masyarakat’. Kata Timbalan Ketua Polis Dalian, Qu Bo, suspek yang berusia 32 tahun itu kini telah ditahan dan berdepan […]
Kereta Meletup: Polis Kelantan Nafi Mesej Tular Dakwa Serangan Dron
KOTA BHARU, 23 Mei (Bernama) — Polis menafikan dakwaan bahawa insiden letupan melibatkan sebuah kenderaan sehingga seorang lelaki maut di Persimpangan Kampung Sireh, di sini Jumaat lepas, kerana dibom seperti yang tular dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan Unit Bom Bukit Aman dan Unit Forensik […]
Berita
(Video) Aksi Tangkas Anjing Dirakam ‘Berlari’ Atas Air, Bikin Ramai Kebingungan
Bila mempunyai haiwan peliharaan, setiap orang sebenarnya perlu bersedia untuk menghadapi perkara-perkara yang tidak terjangka. Manakan tidak, pasti akan ada saja karenah haiwan terutama kucing dan anjing yang membuatkan pemiliknya ‘pening’. Pun begitu, video yang tular di media sosial ini memaparkan situasi yang luar biasa di mana seekor anjing dilihat berlari di atas air sebuah […]
Berita
Bekalan 8.2 Juta Dos Vaksin Sinovac Menjelang Akhir Jun – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Kerajaan akan mempunyai bekalan 8.2 juta dos vaksin Sinovac menjelang akhir Jun dengan 3.8 juta daripadanya melalui proses secara “fill and finish” oleh Pharmaniaga Life Science Sdn Bhd. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 4.4 juta dos vaksin COVID-19 itu diimport terus dari China dengan 400,000 telah […]
Gaya hidup
(Video)Wajib Tahu, Ini 3 Benda Yang Perlu Diperiksa Lepas ‘Tinted’ Cermin Kereta
Bukan hanya setakat memandu semata-mata, banyak sebenarnya hal berkaitan kereta yang perlu anda tahu. Manakan tidak, setiap bahagian pada kereta memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi. Justeru, kali ini SK akan berkongsikan kepada anda mengenai penjagaan cermin kereta selepas dipasang tinted. Mungkin ramai sebelum ini yang hanya membiarkan sahaja bahagian cermin kereta tersebut tanpa memeriksa […]
Berita
Pelanggan Boleh Berada Dalam Semua Premis Peruncitan Termasuk Pusat Beli-belah Maksimum 2 Jam Sahaja, Mulai 25 Mei Ini
PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) — Tempoh pelanggan boleh berada di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan kepada maksimum dua jam, berkuat kuasa 25 Mei ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata itu antara prosedur operasi standard (SOP) yang dikemas kini bagi sektor perdagangan pengedaran termasuk peruncitan, pemborongan […]
Gaya hidup
(Video) Kosong Bagai Tak Berpenghuni, Suasana Lengang PKPD Di Ipoh & Taiping Sejak Semalam
Negeri Perak baru sahaja memulakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat mukimnya iaitu Taiping, Pengkalan Hulu, Hulu Kinta dan Hulu Bernam Timur sejak semalam. Sehubungan itu seperti PKPD kebiasannya, suasana sosial di keempat-empat mukim ini akan berubah daripada ‘hidup’ seperti biasa kepada sunyi dan senyap. Namun PKPD kali ini agak berbeza sedikit berbanding […]
Berita
Penggali Kubur Cacat Penglihatan Uruskan ‘Rumah Terakhir’ Jenazah Kes COVID-19
IPOH, 23 Mei (Bernama) — “Setiap kali ada kematian, saya berdepan suasana sayu dan memilukan. Selalunya saya berusaha menenangkan ahli keluarga yang hanya dibenar melihat urusan pengebumian dari jauh,” kata seorang penggali kubur yang menguruskan ‘rumah terakhir’ pesakit COVID-19. Shuib Aziz, 64, menyifatkan tugasnya itu adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul memandangkan ahli keluarga tidak dapat menguruskan pengebumian jenazah orang kesayangan mereka disebabkan kekangan prosedur […]