Berita

(Video) Ceroboh Ibu Pejabat Polis Indonesia, Individu Dipercayai Pengganas Ditembak Mati
Seorang individu dipercayai pengganas dilapor ditembak mati setelah menceroboh masuk Mabes Polri (Ibu Pejabat Polis Indonesia) di Jakarta. Insiden berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.30 petang tadi. Dalam video yang dikongsikan oleh BERNAMA itu, terdengar beberapa bunyi letupan dipercayai bunyi tembakan sebelum individu berkenaan dilihat rebah. Bagaimanapun setakat ini, tiada maklumat lanjut yang dikongsikan. Berita […]

Modal Sekitar RM3k, Lelaki Usahakan Kolam Renang Mini Kat Tepi Rumah, 7 Hari Boleh Siap Buat Sorang-sorang
Anak kecil mana yang tak suka main air? Kalau ada kolam renang di rumah sendiri, pasti mereka gembira. Bagi mereka yang tidak mempunyai ruang yang luas, sudah memadai menggunakan kolam boleh kembung (inflatable) untuk anak-anak bermain air. Jika rumah anda mempunyai halaman, anda mungkin boleh mempertimbangkan teknik lelaki ini membina kolam renang buat anak-anaknya. Dengan modal […]
(Video) Ingenuity, Helikopter Kecil Ini Bakal Jadi Kenderaan Pertama Ciptaan Manusia Berlepas Dari Planet Marikh
Sejarah baharu akan tercipta iaitu sebuah helikopter kecil kini sedang bersiap sedia untuk terbang di sekitar langit planet Marikh. Menurut ABC News, helikopter yang dikenali Ingenuity itu dilapor akan melakukan penerbangan pertamanya sekitar 8 April nanti. Helikopter berukuran meja kecil itu tiba di Marikh pada bula Februari lalu dan tersimpan dengan selamat di bawah Perseverance […]
Benarkah Masak Guna Air Fryer Boleh Sebabkan Kanser? Ini Penjelasan Dari Hello Doktor
Perkakas pemanggang udara atau air fryer pastinya memudahkan kerja ibu-ibu di dapur. Masukkan makanan, setkan pemasa dan tunggu sahaja pemanggang siap memasak sambil lakukan kerja lain pula. Malah, ia juga sinonim dengan alat untuk menyediakan makanan yang sihat bagi individu yang ingin berdiet. Pun begitu, timbul juga dakwaan bahawa pemanggang ini boleh menyumbang kepada risiko […]

Biden Umum Inisiatif Baharu Tangani Keganasan Terhadap Asia-Amerika
WASHINGTON, 31 Mac (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Selasa mengumumkan inisiatif baharu untuk menangani keganasan terhadap orang Asia-Amerika, lapor Sputnik. “Kami tidak boleh berdiam diri dengan peningkatan keganasan terhadap orang Asia-Amerika. Oleh itu, hari ini saya mengambil langkah tambahan – termasuk mewujudkan inisiatif tangani jenayah anti-Asia di Jabatan Kehakiman,” kata Biden melalui Twitter. Menurut kenyataan Rumah Putih, […]

PBAPP Mulakan Operasi Saluran Paip Dasar Laut Berkembar Tiga
GEORGE TOWN, 31 Mac (Bernama) — Saluran paip dasar laut berkembar ketiga Pulau Pinang (PTSP ke-3) kini beroperasi bagi menyalurkan sehingga 315 juta liter air terawat sehari (JLH), dari Seberang Perai ke bahagian pulau. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata set saluran paip dasar laut berkembar yang baharu […]
CVR Pesawat Sriwijaya Air Yang Terhempas 9 Jan Lepas, Ditemukan
JAKARTA, 31 Mac (Bernama) — Satu lagi komponen kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas pada 9 Jan lepas iaitu “Cockpit Voice Recorder” (CVR) ditemukan pihak berkuasa Indonesia pada Selasa. Menteri Perhubungan Indonesia Budi Karya Sumadi dalam sidang media hari ini berkata CVR itu dijumpai di dasar laut di Pulau Laki (Laki Island), di kawasan […]
Polis Besut Tanggal Poster ‘Along’, Elak Orang Ramai Terpedaya
BESUT, 31 Mac (Bernama) — Sebanyak 800 poster iklan pinjaman wang tanpa lesen ‘Along’ diturunkan dalam usaha mengekang aktiviti berkenaan daripada berleluasa sekali gus mengelakkan masyarakat terjebak dengan sindiket pinjaman wang haram itu. Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata Op Vulture yang dijalankan selama empat hari bermula 26 Mac lepas itu membabitkan […]
Bizzakat Platform Promosi Produk, Perkhidmatan Usahawan Islam Pahang
KUANTAN, 31 Mac (Bernama) — Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang hari ini, melancarkan aplikasi Bizzakat sebagai platform mempromosikan produk dan perkhidmatan oleh peniaga serta usahawan Islam di seluruh daerah negeri ini secara percuma. Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang Datuk Halidan Md Daud berkata setakat ini, lebih 2,500 syarikat atau usahawan telah berdaftar sebagai ahli di […]

Enam Khemah Peniaga Di Klebang Musnah Dipukul Ribut
MELAKA, 31 Mac (Bernama) — Enam khemah peniaga musnah dipukul ribut dalam kejadian kira-kira 10.15 malam tadi di Uptown Jebat Street, Klebang di sini. Menceritakan kejadian mencemaskan itu, seorang peniaga, Muhamad Syahir Abd Rahman, 32, berkata keadaan angin kencang berserta hujan lebat berlaku sangat pantas antara lima hingga tujuh minit turut menerbangkan khemahnya dan peniaga lain […]
Singapura Sedia Tawar Geran US$20.57 Juta Kepada IMF Bantu Negara Rentan
SINGAPURA, 31 Mac (Bernama) — Singapura bercadang menyertai usaha antarabangsa untuk meningkatkan kemampuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) membantu negara berpendapatan rendah dalam menangani kejatuhan ekonomi akibat wabak COVID-19. Menurut Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS), Singapura akan memberikan geran berjumlah US$20.57 juta kepada Catastrophe Containment and Relief Trust IMF; Relief Trust; COVID-19 Crisis Capacity Development Initiative; […]
Bekas Polis Bunuh Anak Tiri Ke Tali Gantung
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Seorang bekas koperal polis sempat berpesan kepada ahli keluarga supaya reda dan menjaga anak-anaknya selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh anak perempuan tirinya, enam tahun lepas. Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Khairuanuar Baharuddin, 39, selepas mendapati […]
Rakyat Pakistan Dambakan Kedamaian, Kerjasama Dengan Negara Jiran – PM Imran
ISLAMABAD, 31 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Pakistan Imran Khan berkata rakyat Pakistan mendambakan kerjasama dan hubungan yang aman dengan semua negara jiran termasuk India. Khan berkata demikian sebagai membalas surat tahniah daripada Perdana Menteri India Narendra Modi sempena Hari Pakistan yang disambut pada 23 Mac. “Terima kasih atas perutusan tahniah sempena Hari Pakistan. Rakyat […]
PLUS: Lorong Kanan Antara Senai Utara Ke Kulai Ditutup
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Lorong kanan antara Senai Utara ke Kulai di KM21.85 hingga KM25.50 (arah utara) akan ditutup selama tiga setengah bulan kepada semua kenderaan bermula 4 Apr hingga 25 Julai depan. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan berkenaan bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf penghadang jalan konkrit dilaksanakan […]
Semua Menteri Umno Akan Terus Kekal Dalam Kabinet – PM Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata semua menteri daripada UMNO akan terus kekal berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN). Perdana Menteri berkata kesepakatan itu dicapai selepas pertemuan beliau dengan menteri-menteri daripada UMNO pada Isnin (29 Mac) yang meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam Kabinet kerajaan PN. “Saya telah menasihati mereka […]

Dua Pejabat Satelit LHDNM Mula Operasi April Ini
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Dua pejabat satelit Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terkini iaitu di Cameron Highlands, Pahang dan Manjung, Perak akan memulakan operasi masing-masing pada 1 dan 5 April ini. LHDNM dalam kenyataan menyebut pejabat satelit berkenaan berfungsi sebagai pusat sehenti yang terletak di luar kawasan cawangan utama untuk mendekatkan perkhidmatan kepada pembayar cukai atau pelanggan. Ia […]

PM Itali Terima Vaksin Covid-19 AstraZeneca Dua Minggu Selepas Penggunaannya Ditangguhkan
ROM, 31 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Itali Mario Draghi menerima dos pertama vaksin COVID-19 AstraZeneca pada Selasa – produk sama yang diputuskan kerajaannya untuk dihentikan sementara penggunaannya awal bulan ini. Draghi dan isterinya Maria Serenella Cappello, kedua-duanya berusia 73 tahun, mendapat vaksin di sebuah pusat di Termini, stesen kereta api utama di Rom, lapor Agensi Berita […]

Bekalan Air Di Petaling, Klang Dan Shah Alam Masih Belum Pulih Sepenuhnya
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih dalam proses untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air melibatkan wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam setakat 6 pagi ini. Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri dalam kenyataan berkata ketiga-tiga kawasan itu masih belum pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air. “Tempoh masa gangguan dan […]

Kilang Proses Santan Di Bagan Datuk Terbakar
IPOH, 31 Mac (Bernama) — Sebuah kilang memproses santan di Simpang Tiga, Selekoh Jalan Bagan Datuk dekat Hutan Melintang, kira-kira 130 kilometer dari sini, terbakar hampir 50 peratus, tengah malam tadi. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang Rosli Wan Chik berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 11.30 malam dan 16 anggota dari Balai Bomba […]
Budak 12 Tahun Dilapor Maut Setelah Bateri Telefon Meletup Di Muka
Mirzapur – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas bateri telefon bimbitnya meletup di muka kanak-kanak malang itu pada Jumaat. Memetik Times Now News, kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan di Matwar itu dipercayai berpunca selepas mangsa cuba mengecas telefon menggunakan pengecas ‘jadoo’, iaitu sambungan ciptaan sendiri. Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan […]