Berita
(Video)Penguin Menjerit Bunyi ‘Arghh’ Setelah Jatuh Terlentang, Sempat ‘Ditertawa’ Kawan Lain
Satu video berkenaan aksi seekor penguin yang terjatuh ketika berjalan telah menjadi tular di media sosial. Video berkenaan memaparkan sekumpulan penguin yang sedang berjalan di sebuah kawasan yang berais. Video tersebut tampak normal sehinggalah seekor penguin daripada kumpulan tersebut tergelincir dan terjatuh. Apa yang menariknya ialah selepas seekor penguin tersebut terjatuh, penguin tersebut telah mengeluarkan […]

Pelajar Tingkatan Dua Bantu Operasi SAR Mangsa Lemas Dapat Penghargaan Polis
MARANG, 31 Mac (Bernama) — Meskipun baru berusia 14 tahun, namun keberaniannya dalam membantu pasukan penyelamat mencari seorang mangsa lemas di pantai Jambu Bongkok di sini, pada akhir Disember lalu agak luar biasa hingga mendapat penghargaan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Muhammad Norman Haikal Mazlan ketika dihubungi Bernama berkata beliau sangat terharu dan gembira menerima penghargaan tersebut, malah ia […]

Keluarga Ini Buat ‘Mini Garden’ Bajet Di Rumah ‘Corner Lot’, Hanya Beli Barang Dari Shopee Je
Halaman rumah yang luas dan kosong seperti kawasan ‘cornet lot’ jika dihias dengan cantik boleh dijadikan ruangan santai seisi keluarga. Hiasan yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang menyegarkan mata, pastinya akan memberikan ketenangan jiawa kepada pemilik rumah. Seperti perkongsian oleh Noor Suraya Abd Aziz di Facebook mengenai dekorasi mini garden di rumah yang dilakukan bersama […]

Prebet Adam Meninggal Dunia
GEORGE TOWN, 31 Mac (Bernama) — Adam Jaafar atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam, akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Menurut adiknya, Hawa, 56, Adam meninggal dunia pada usia 57 tahun, kira-kira 9 pagi semalam ketika menerima rawatan di HPP dan jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam […]
Fikirlah: Hargai Alam Semula Jadi, Perkasa Hutan Sebelum Punah
KOTA KINABALU, 31 Mac (Bernama) — Semasa saya kecil, ayah membawa kami sekeluarga tinggal di tengah-tengah hutan dara, terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Bayangan, Keningau. Rumah kecil kami berdindingkan buluh dan tidak ada bilik. Cuma ada sebuah ruang besar yang ada sudut untuk tidur dan untuk ibu saya, Wariah Bandiol, memasak. Meskipun kami hanya […]
(Video) Sibuk Nak Bergaduh Sampai Bising, Kucing Putih Ni ‘Pasrah’ Tidurnya Terganggu
Satu video berkenaan dua ekor kucing sedang ‘bertikam lidah’ telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut memaparkan dua ekor kucing yang berwarna putih dan kelabu seakan sedang bergaduh mulut diantara satu sama lain. Lebih melucukan lagi apabila kelihatan seakan seekor kucing yang berwarna putih yang berada di belakang hanya mahu tidur secara aman sahaja. […]
Adakah Sah Solat Jika Di Dalam Poket Terdapat Tisu Yang Terkena Darah? Ini Jawapan Mufti
Umum mengetahui antara perkara yang membatalkan solat ialah berkata-kata dengan sengaja, datang hadas, terbuka aurat atau terkena najis yang tidak dimaafkan seperti tahi, nanah atau darah. Justeru, bagaimana pula hukumnya jika terdapat calitan darah pada pakaian kita semasa solat tanpa kita sedari kewujudannya? Adakah ia termasuk dalam kelompok najis yang tidak dimaafkan? Untuk mengetahui jawapannya, […]

Daripada Hobi, Jadi Jutawan Barangan Antik
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Minatnya terhadap barangan antik mula bercambah sejak di bangku sekolah lagi apabila melihat ayah, bapa saudara dan datuknya memiliki beberapa barangan yang mempunyai nilai sejarah dan kisahnya tersendiri. Sejak itu dalam diam, Heddy MN, 45, yang meminati mata pelajaran Sejarah, berazam untuk mempunyai koleksi barang antik sendiri kerana nilai […]
Berlaku Kebocoran Maklumat Operasi Buru Nicky – KPN
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan berlaku kebocoran maklumat semasa Ops Pelican 3.0 bagi memburu ketua sindikiet pengubahan wang haram terbesar di negara ini, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan ahli kumpulan itu. Beliau berkata mereka yang membocorkan maklumat berkenaan adalah daripada kalangan pegawai dan anggota polis sendiri. “Hasil […]

Pemilihan UMNO Sebelum PRU15 Boleh Cetus Keretakan, Pecah-Belah Parti – Najib
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain, kata Ketua Bahagian UMNO Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas presiden parti itu berkata banyak pihak sedang menunggu untuk melemahkan UMNO dengan cara sedemikian. “… dia (parti lain) akan […]
Rossi, Morbidelli Harap Untuk Ubah Nasib Di GP Doha
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Gandingan pelumba Itali dalam Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Valentino Rossi dan Franco Morbidelli mahu bangkit kembali dalam Grand Prix (GP) Doha hujung minggu ini selepas keputusan yang mengecewakan dalam pembukaan musim di Grand Prix (GP) Qatar minggu lepas. Pada pusingan kedua yang akan berlangsung di litar sama, Litar Antarabangsa […]
Momen Menakjubkan Petir ‘Sambar’ Gunung Berapi, Foto Ini Menang Anugerah Antarabangsa
Dari puncak Himalaya hingga ke habitat liar savana Afrika, jurugambar sering kali tanpa rasa takut merakam momen-momen yang menakjubkan dan dikongsikan kepada seluruh dunia. Sama seperti yang dilakukan oleh jurugambar dari Chile, Francisco Negroni yang telah menerbitkan gambar untuk beberapa penerbitan alam terkenal di dunia. Menurut Daily Star, Negroni mempunyai minat tertentu untuk menangkap gambar […]
Kasih Isteri, Kisah Mengharukan Lata Kare Berkaki Ayam Masuk Acara Lumba Lari Kumpul Duit Rawatan Suami Sehingga Dijadikan Filem
Pengorbanan seorang isteri sememangnya tidak ternilai, kesetiaan mereka terhadap suami perlu dihargai. Ada sesetengah isteri yang diuji dengan keadaan suami yang sakit dan segala beban rumah tangga perlu dipikul sendiri. Seperti kisah seorang wanita dari India ini yang sanggup melakukan apa saja bagi membiayai kos rawatan suaminya. Lata Bhagwan Kare atau Lata Kare menjadi tular […]
Negara Pernah Gempar Dengan Kisahnya, Prebet Adam Dilapor Meninggal Dunia
Bagi siapa yang hidup ketika zaman hujung 80an dulu, pasti tidak akan lupa dengan tragedi amukan di Chow Kit pada ketika itu. Mengimbas kembali sisipan sejarah, kes amuk di Chow Kit yang pernah menggemparkan negara pada 11 Oktober 1987 itu bukanlah melibatkan ratusan gengster, penjenayah mahupun ahli kongsi gelap…tapi hanyalah seorang tentera bernama Prebet Adam. […]
Chatime Maklumkan Neelofa, Suami Terlibat Lawatan Kerja Ke Langkawi, Sg. Petani & Kangar
Chatime dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklum selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya terlibat dalam lawatan kerja ke 3 lokasi di Zon Utara membabitkan pembukaan rasmi cawangan baharu jenama itu disana. “Untuk makluman, Neelofa dan Muhammad Haris sedang menjalankan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara, iaitu Sungai Petani dan Langkawi di Kedah serta […]
Ramai Yang Keliru, Ini Perbezaan GKP Tambahan PERMAI & GKP 3.0 PEMERKASA
Seperti yang diketahui, pembayaran bagi Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan telah bermula sejak 25 Mac yang lalu. Pun begitu, pasti ramai yang keliru mengenai GKP Tambahan PERMAI dan GKP 3.0 PEMERKASA. Menerusi perkongsian oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beliau menjelaskan mengenai perbezaan di antara kedua-dua GKP itu. Bagi GKP Tambahan […]
Terpaksa Berjauhan Dengan Suami, Wanita Guna Khidmat Tukang Peluk Profesional Sebagai Ganti
Seorang wanita yang sudah berkahwin telah mendedahkan bahawa dia menghabiskan sebanyak $ 80 (lebih RM300) sejam untuk mengunjungi tukang peluk profesional. Menurut Daily Mail, Saskia Larsen yang berasal dari New York itu mengatakan bahawa suaminya tidak keberatan jika dia bertemu untuk mendapatkan khidmat peluk dengan lelaki lain. Dalam laporan Daily Star pula, Saskia mendedahkan dia […]
Kumpulan Jenayah Terancang Geng Nicky Lumpuh, Polis Buru Nicky Liow
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Polis melumpuhkan kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ apabila menahan 68 orang dan merampas ratusan ribu ringgit wang tunai serta aset bernilai jutaan ringgit dalam 70 serbuan di sekitar Selangor dan Lembah Klang. Menyifatkan kumpulan itu sebagai ganas dan berbahaya, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Geng […]
(Video) Mikrofon Dipercayai ‘Meletup’ Ketika Syok Karaoke, Lelaki Rebah ‘Serta-Merta’
Malang tidak berbau, seorang lelaki di Indonesia berdepan detik ngeri apabila mikrofon di tangannya didakwa mengalami litar pintas dan meletup. Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook IKki, pada awalnya lelaki berkenaan kelihatan mahu memulakan nyanyian dipercayai secara berkaraoke bersama temannya. Bagaimanapun entah apa puncanya, tiba-tiba mikforon tersebut dipercayai meletup serta-merta. Terpancar percikan-percikan api […]
Coldplay Taja Interceptor 005 Bersihkan Sungai Malaysia
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) – Meskipun peminat Coldplay masih kempunan menonton persembahan mereka di Kuala Lumpur, projek terkini kumpulan muzik popular dari Britain ini bakal menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertamanya. Terkenal dengan lagu antaranya “Fix You” dan “Paradise”, Coldplay baru-baru ini mengumumkan kolaborasi mereka dengan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dari Belanda, The Ocean Cleanup, […]