Berita

Tun Dr Mahathir Teruskan Rawatan Di IJN
Tun Dr Mahathir Teruskan Rawatan Di IJN KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) bagi pemulihan tulang pinggul yang patah akibat terjatuh di kediamannya, Selasa lepas. Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff berkata Tun Dr Mahathir akan menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan […]

Gajah Liar Mengamuk Ragut Nyawa 17 Orang
Gajah Liar Mengamuk Ragut Nyawa 17 Orang Angka korban akibat serangan gajah liar di daerah West Singhbhum meningkat kepada 17 orang selepas seorang wanita yang cedera parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sadar West Singhbhum, lewat malam Rabu. Pihak berkuasa hutan memaklumkan bahawa walaupun gajah berkenaan boleh dibius dan dipindahkan, usaha menjejakinya […]

Kereta F1 Kemenangan Pertama Schumacher Bakal Dilelong
Kereta F1 Kemenangan Pertama Schumacher Bakal Dilelong Sebuah jentera Formula Satu (F1) ikonik yang mencatat kemenangan pertama legenda sukan permotoran dunia, Michael Schumacher, dijangka menjadi tumpuan utama apabila bakal dilelong dalam acara Broad Arrow Global Icons: Europe Online pada Januari 2026. Kereta bersejarah itu dianggarkan mampu mencatat nilai sehingga €8.5 juta (sekitar RM40.27 juta), sekali […]

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini. Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah diramal hujan. Manakala seluruh WP Kuala Lumpur, Putrajaya […]

Indonesia Akan Jadi Negara Keempat Terkaya Di Dunia – Prabowo
Indonesia Akan Jadi Negara Keempat Terkaya Di Dunia – Prabowo JAKARTA — Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan bahawa Indonesia berpotensi muncul sebagai negara keempat terkaya di dunia, lapor Kompas.com. Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa terdapat syarat penting yang perlu dipenuhi bagi mencapai kedudukan tersebut Perkara itu disampaikan Prabowo ketika menghadiri sambutan Krismas Kebangsaan 2025 di […]

Keperluan PT3, UPSR Dikaji Semula – Fadhlina
Keperluan PT3, UPSR Dikaji Semula – Fadhlina PUTRAJAYA, 9 Jan (Bernama) — Kementerian Pendidikan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dapatan majlis tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat. Beliau berkata kajian […]

Pemandu Sebabkan Kematian Pelajar UniSZA Direman Empat Hari
Pemandu Sebabkan Kematian Pelajar UniSZA Direman Empat Hari KUALA TERENGGANU, 9 Jan (Bernama) — Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Jalan Kemajuan, di sini pada Isnin lepas direman empat hari bermula hari ini. Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 32 tahun dikeluarkan Penolong Kanan […]

“Rakyat Berhak Rasa Kecewa Apabila Pihak Berkuasa Didapati Salah Guna Kedudukan, Berasuah” – Agong
“Rakyat berhak untuk berasa kecewa apabila pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan dan berasuah,” titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Dalam satu hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim bertitah keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mesti sentiasa dipelihara serta dipertahankan. “Pemeliharaan dua aspek Rukun Negara itu amat penting kerana ia memberi kesan secara langsung ke atas tahap kepercayaan rakyat kepada […]

Syarikat AS Temui Telaga Minyak Di Perairan Vietnam
Syarikat AS Temui Telaga Minyak Di Perairan Vietnam HANOI — Sebuah syarikat tenaga dari Amerika Syarikat, Murphy Oil mengumumkan penemuan baharu telaga minyak di luar pesisir selatan Vietnam, lapor Mothership. Penemuan itu berpotensi menjadi penemuan minyak terbesar di ASEAN dalam tempoh 20 tahun. Memetik firma perunding tenaga Wood Mackenzie, sebuah telaga penilaian telah digerudi oleh […]

Surau Jumaat IOI City Mall Putrajaya Diperluas, Dijangka Siap Februari
Surau Jumaat IOI City Mall Putrajaya Diperluas, Dijangka Siap Februari Sejak Solat Jumaat mula didirikan di surau IOI City Mall Putrajaya pada 2024, bilangan pengunjung ke sana semakin meningkat. Berikutan itu, pihak jawatankuasa surau pusat membeli belah berkenaan mengambil inisiatif untuk menaik taraf kemudahan dan ruang solat sedia ada. Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi satu sebuah […]

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk
MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 10 Januari, esok. Menurut kenyataan itu, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong (Pusa […]

PM Anwar Yakin Sasaran Perdagangan Dua Hala Dengan Turkiye Dapat Dicapai
PM Anwar Yakin Sasaran Perdagangan Dua Hala Dengan Turkiye Dapat Dicapai ISTANBUL, (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin sasaran perdagangan dua hala bernilai US$10 bilion (US$1 = RM4.05) Malaysia-Turkiye dapat dicapai berdasarkan program dan pelaburan yang sedang berjalan. Beliau berkata keyakinan itu disuarakan berasaskan pelaksanaan program yang berkesan serta pelaburan yang mula […]

Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah Tersingkir, Gagal Ulangi Pencapaian Sukan SEA 2025
Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah Tersingkir, Gagal Ulangi Pencapaian Sukan SEA 2025 KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) — Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah gagal mengulangi kejayaan pada Sukan SEA 2025 di Thailand selepas tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026, susulan kekalahan kepada pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari di hadapan penyokong tuan […]

Amaran Hujan Lebat, Angin Kencang Di Tiga Negeri Petang Ini
Amaran Hujan Lebat, Angin Kencang Di Tiga Negeri Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan tiga negeri hingga 6 petang ini. Amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan melibatkan daerah Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak. Di Sarawak, daerah Kuching, Serian, Samarahan, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan […]

Wanita 62 Tahun Hamil Enam Bulan, Cetus Perdebatan Netizen
Wanita 62 Tahun Hamil Enam Bulan, Cetus Perdebatan Netizen Seorang wanita berusia 62 tahun di China yang dilaporkan hamil enam bulan menganggap bayi dalam kandungannya sebagai ‘kepulangan semula’ anak lelaki tunggalnya yang telah meninggal dunia. South China Morning Post melaporkan kisah wanita dari wilayah Jilin di timur laut China itu menjadi tular di media sosial […]

Cuti Ganti Penjawat Awam Sempena Hari Thaipusam & Hari Wilayah Persekutuan Di Wilayah Persekutuan 2026
Cuti Ganti Penjawat Awam Sempena Hari Thaipusam & Hari Wilayah Persekutuan Di Wilayah Persekutuan 2026 PUTRAJAYA — Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menikmati satu hari sahaja Hari Kelepasan Am gantian iaitu pada Isnin, 2 Februari 2026. Ia susulan pertindihan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam […]

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada
MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok. Menurut kenyataan itu, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah dalam tempoh Jumaat, 9 Januari 2026 sehingga Sabtu, 10 Januari. Sehubungan […]

Penerbangan Malaysia Airlines Berpatah Balik Ke Paris Susulan Anomali Petunjuk Enjin
Penerbangan Malaysia Airlines Berpatah Balik Ke Paris Susulan Anomali Petunjuk Enjin KUALA LUMPUR, 8 Januari (Bernama) — Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 yang beroperasi dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Jan telah berpatah balik ke CDG sejurus selepas berlepas sebagai langkah berjaga-jaga susulan anomali […]

Bekas Panglima Tentera Darat, Dua Isteri Tiba Di Mahkamah Majistret Putrajaya Bagi Urusan Reman
Bekas Panglima Tentera Darat, Dua Isteri Tiba Di Mahkamah Majistret Putrajaya Bagi Urusan Reman PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) — Seorang bekas Panglima Tentera Darat dan dua isterinya tiba di Kompleks Mahkamah Majistret di sini bagi urusan reman untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM). Mereka tiba di pekarangan […]

Ancaman Buaya Ketika Banjir Paksa Penduduk Berpindah Ke PPS
Ancaman Buaya Ketika Banjir Paksa Penduduk Berpindah Ke PPS BEAUFORT, 8 Januari (Bernama) — Kehadiran buaya di kawasan penempatan penduduk yang dilanda banjir di Kampung Naparan Gadong memaksa penghuni berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Padas Damit di sini. Siti Nortinah Tangkim, 33, berkata air banjir separas paha itu mengundang kehadiran buaya itu […]