Berita

Indonesia Larang Rakyat Balik Kampung Sambut Aidilfitri Tahun Ini
JAKARTA, 26 Mac (Bernama) — Indonesia hari ini mengumumkan larangan bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1442 hijrah, dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19. “Larangan mudik akan bermula pada 6 hingga 17 Mei 2021. Masyarakat tidak boleh melakukan pergerakan atau kegiatan-kegiatan ke luar provinsi atau daerah,” kata Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir […]

Polis Siasat Video Tular Guru Tadika Dera Anak Murid
SHAH ALAM, 26 Mac (Bernama) — Polis telah menerima laporan berhubung satu klip video yang tular dalam sosial media hari ini menunjukkan seorang guru tadika melakukan kekerasan ke atas anak muridnya. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta […]

Mampu Capai Sasaran Sejauh 600 Km, Korea Utara Lancar Peluru Berpandu
Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu mereka pada Khamis, pelancaran kedua dalam masa kurang dari seminggu, menurut stesen penyiaran berita CNN Indonesia. Setakat ini, masih belum dapat ditentukan jenis peluru berpandu yang digunakan oleh negara itu sama ada peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) atau bersaiz pendek, medium atau panjang. Namun, projektil yang dilancarkan dikatakan […]
Polis Tahan Tiga Lelaki Bersama Dadah Bernilai RM125,170
PORT DICKSON, 26 Mac – Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia dan merampas dadah jenis syabu dan ganja bernilai RM125,170, dalam Op Tapis pada Rabu lepas. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk SAC Che Zakaria Othman berkata, kesemua suspek berusia 37 hingga 60 tahun itu, ditahan di dua kawasan berasingan iaitu di Kilometer 17 […]

Suapan RM15,000: Bekas Pekerja Syarikat Telekomunikasi Mengaku Bersalah
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Seorang bekas pekerja di sebuah syarikat telekomunikasi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas lima pertuduhan gagal melaporkan suapan berjumlah RM15,000 yang diberikan kepadanya, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). K. Theva Kumar, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Bagi kelima-lima […]

Gagal Dihubungi Sejak Isnin, Enam Pemancing Ditemukan Selamat 50 Batu Nautika Dari Utara Pulau Tioman
KEMAMAN, 26 Mac – Bot dinaiki enam pemancing dari Terengganu yang dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi sejak Isnin lepas ditemukan dalam keadaan selamat 50 batu nautika dari utara Pulau Tioman, Pahang pada 8.30 pagi tadi. Komander Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kemaman Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata mereka didapati tidak mengalami sebarang kecederaan […]

TERKINI: 1,275 Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan Hari Ini Dengan Satu Kematian
Sebanyak 1,275 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 339,443 kes setakat Jumaat (26 Mac 2021), jam 12 tengahari. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 14,269 kes. Daripada 1,275 kes baharu pada hari ini, […]
Malang, Wanita Dilapor Maut Akibat Dilanggar Trak Bekas Teman Lelaki, Sebelum Didakwa Dirogol Orang Lain
Seorang lelaki dilapor sanggup memperkosa seorang wanita yang sedang cedera akibat dilanggar sebuah trak di Malang Indonesia, lapor Tribun News. Menurut Tribun News, suspek AD telah memperkosa mangsa yang berusia 21 tahun di sebuah warung kosong dan meninggalkannya dalam keadaan tanpa pakaian di dalam semak pada Selasa, 23 Mac lalu. Kejadian bermula apabila wanita malang […]
Adakah Roh Orang Mati Boleh Pulang Dan Kita Dapat Rasai Kehadirannya? Ini Penjelasan Mufti WP
Mungkin ada yang percaya, roh orang yang sudah meninggal dunia akan kembali ke rumah melihat jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan. Pun begitu, adakah kepercayaan ini benar dan mempunyai dalil yang jelas? Bercakap soal alam ghaib, tak lain tak bukan kita perlu bersandarkan kepada dalil agama dan merujuk kepada ahlinya. Berikut adalah penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan […]

TNB Rugi RM9 Juta Akibat Perlombongan Bitcoin, Polis Buru Dalang Utama
MELAKA, 26 Mac (Bernama) — Polis Melaka memburu seorang lelaki dipercayai dalang utama sindiket perlombongan mata wang bitcoin di negeri itu sehingga menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian kira-kira RM9 juta sejak Februari 2019. Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata individu tersebut, Tan Joe Pheng, 26, dikehendaki kerana aktif menggerakkan aktiviti perlombongan bitcoin […]
41 Kluster Kategori Pendidikan Dikesan Dalam Tempoh Tiga Bulan -KKM
Putrajaya, 26 Mac – Sebanyak 41 kluster COVID-19 melibatkan pusat pendidikan telah dikesan di Malaysia sejak 1 Januari sehingga 25 Mac lalu, lapor Kementerian Kesihatan. Menurut KKM, 15 daripadanya melibatkan pusat pengajian tinggi, 11 sekolah menengah, 10 kluster pra sekolah dan sekolah rendah manakala 5 kluster melibatkan pusat tahfiz dan madrasah. Susulan itu, para pentadbir, […]
Mendebarkan, Rakaman Dipercayai Situasi ‘Tornado’ Badai Alabama, Sekurang-kurangnya 5 Dilaporkan Maut
Sekurang-kurangnya lima individu dilaporkan terkorban manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan susulan puting beliung ganas yang melanda Alabama pada petang Khamis. Menurut ABC News, amaran puting beliung ganas telah dikeluarkan sehingga petang semalam di mana kelajuan angin boleh mencapai kelajuan 166mph (bersamaan 267km/j) atau lebih laju, lapor National Weather Service’s Birmingham. Tambah badan berkenaan, puting […]
Lelaki Dilapor Terima Gaji Terakhir Dalam Bentuk Syiling ‘Disalut’ Minyak, Terpaksa Habiskan Masa Untuk Bersihkannya
Seorang lelaki di Fayetteville, Georgia dilaporkan telah menerima gaji terakhir dari bekas majikannya dalam bentuk duit syiling yang dilitupi dengan cecair seakan minyak di hadapan rumahnya. Menurut Fox 13, lelaki itu berhenti kerja di syarikat lamanya pada November 2020. Dia mengatakan berjuang untuk mendapatkan gaji terakhir itu sehingga menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Georgia untuk mendapatkan […]
Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Dilanjutkan Mulai 1 April Hingga 31 Mei
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan untuk melanjutkan pengecualian bagi tujuan perbaharui Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Persendirian yang akan berkuatkuasa mulai 1 April hingga 31 Mei 2021. Pun begitu, para pemandu perlu memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover note insurans) kepada anggota penguatkuasa trafik […]
6 Tahun Terbengkalai, Keluarga Ini Perlu Bantuan Kewangan Untuk Sambung Bina Rumah
Dalam kehidupan ini, tidak semua dikurniakan dengan kemewahan yang melimpah ruah. Ada yang diuji dengan kesempitan wang dan hidup dalam serba kekurangan, bahkan tidak mampu untuk tinggal dalam rumah yang sempurna. Seperti kisah yang dikongsikan oleh Puan Natipah Abu pada kali ini, seorang bapa berusaha untuk memberikan kediaman yang terbaik buat anak-anak dan isterinya tetapi […]
Awas, Amaran Ribut Petir Dijangka Landa 7 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2:30 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga jam 5 […]
Makan Sikit Tapi Cepat Rasa Kenyang? Mungkin Petanda Hidap Kanser Atau 8 Penyakit ini
Ada masanya, perkara yang dilihat kecil boleh menandakan status kesihatan seseorang. Sebagai contoh, bunga kuku atau lunula pada jari anda boleh menjadi indikator kewujudan penyakit seperti anemia dan keracunan karbon monoksida. Oleh itu, ada kalanya kita perlu memberi perhatian terhadap perkara yang kecil bagi mengesan penyakit yang lebih serius pada peringkat awal. Tahukah anda, cepat […]
Hanya Minum Air Laut, Pemuda Dilapor Ditemui Lemah Setelah 15 Hari Hanyut Di Laut
Seorang lelaki di Indonesia terpaksa teruskan hidup dengan meminum air laut ketika terumbang-ambing di laut selama 15 hari selepas kapal yang dinaikinya mengalami kemalangan. Lelaki berkenaan, Muhammad Kartoyo, 18, yang juga seorang kru pada awalnya menaiki kapal dari Muara Baru Jakarta beberapa bulan dahulu dan dijangka pulang pada Mac ini. Bagaimanapun berlaku satu tragedi apabila […]
Pemandu Lori Rentung Dalam Kemalangan Babitkan Tiga Lori
MELAKA, 26 Mac (Bernama) — Seorang lelaki rentung apabila lori 10 tan yang dipandunya merempuh sebuah lori tangki muatan cecair nitrogen sebelum terbakar dalam kejadian di Kilometer (KM) 221 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Pedas-Linggi arah selatan, kira-kira 5.30 pagi tadi. Dalam insiden kemalangan membabitkan tiga lori tersebut, mangsa, Mohamad Syazwan Mohd Ramli, 29, maut manakala […]
(Video) “Dah Main Bedak Pura-Pura Tidur,” ‘Kantoi’ Sepahkan Bedak, Budak Ni Buat Helah Tidur Elak Dimarahi
Salah satu anugerah yang terindah buat pasangan suami isteri ialah apabila dikurniakan anak-anak. Sama ada bersedia atau tidak, setiap ibu bapa perlu menghadapi pelbagai karenah anak-anak. Memang terkadang boleh memeningkan kepala tetapi kecomelan anak-anak pasti akan menambat hari. Sama seperti video yang tular di TikTok ini yang menyaksikan telatah kanak-kanak yang ‘kantoi’ bermain dengan bedak. […]