Berita
Wanita Buat ‘Eksperimen’, Tak Kemas Rumah Selama 3 Hari Dan Ini Yang Terjadi
Seorang ibu yang keletihan memutuskan untuk berhenti mencuci pinggan, membasuh pakaian dan berhenti untuk membuat kerja-kerja rumah yang lain. Kesabaran seorang pengguna Twitter bernama @MissPotkin dikatakan telah sampai ke kemuncaknya, dan disebabkan itu dia memutuskan untuk melakukan mogok pembersihan. “Dua hari lalu, saya telah memutuskan untuk berhenti mencuci pinggan. Saya siapkan makan malam dan saya […]
Hari Polis Ke-214: Isu Integriti Cabaran Besar PDRM Kembalikan Kepercayaan Masyarakat
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Tanggal 25 Mac 2021, usia Polis Diraja Malaysia (PDRM) genap 214 tahun dan sepanjang tempoh itu pelbagai cabaran dihadapi pasukan keselamatan negara – daripada menangani ancaman komunis hinggalah jenayah kolar putih serta jenayah siber pada masa kini. Walau apa pun, matlamatnya tetap satu iaitu mengekalkan ketenteraman awam, keharmonian, keselamatan dan keamanan negara. Sepanjang […]
Semakan Status GKP Tambahan Boleh Dibuat Mulai Hari Ini, 24 Mac
Semakan bagi bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan sudah mula boleh disemak mulai hari ini. Sebelum ini, kerajaan melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan. Ia dikhususkan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawaln Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa […]
Makhluk Lautan ‘Misteri’ Dikenali ‘Belut Serigala’ Ditemui, Saiz Besar Dan Bergigi Tajam Bikin Warganet Seram
Lautan menyimpan jutaan rahsia yang tidak kita ketahui. Daripada keindahan batu karang hinggalah keunikan haiwan yang tinggal di bawah sana, masih banyak khazanah lautan yang belum manusia terokai. Penemuan haiwan laut yang unik pastinya membuatkan ramai antara kita terlopong kekaguman, sepertimana penemuan wolf eel oleh seorang nelayan di Alaska beberapa minggu lalu. Spesies ini mungkin sudah dikenali […]
(Video) Detik Mendebarkan Tempat Duduk Stadium Runtuh, Lebih 100 Orang Dilaporkan Cedera
Lebih dari 100 orang dilaporkan cedera disebabkan tempat duduk di stadium telah runtuh di India. Kejadian itu berlaku semasa mereka sedang menonton kejohanan sukan Kabaddi. Menurut Daily Mail, sekurang-kurangnya 20 penonton cedera parah dan dikejarkan ke hospital tempatan di Suryapet pada Isnin. Rakaman detik-detik kejadian menyaksikan sekitar 400 orang yang duduk di tempat duduk penonton […]
Polis Nilai Tumpas Sindiket Curi Elektrik, Rampas Mesin Perlombongan Bitcoin 1.6 Juta
NILAI, 24 Mac (Bernama) — Polis menumpaskan sindiket mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin, menerusi serbuan di sembilan premis di sekitar kawasan Nilai semalam melibatkan nilai rampasan RM1.6 juta. Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata, operasi bersepadu dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan […]
(Video) Insiden Komponen Kren Terjatuh: Mayat Ketiga Dibawa Keluar – Bomba
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Mayat ketiga dalam insiden komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu-Klang Expressway (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras Isnin lepas, akhirnya berjaya dikeluarkan awal pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata mangsa yang dikenali sebagai Mu Tong Zheng, pekerja […]
Amaran Cuaca Waspada Dengan Hujan Lebat Di Kelantan, Pahang Hingga Esok
KUALA LUMPUR, 23 Mac – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam ini, mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang sehingga esok (Rabu). MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang. Sementara itu di Pahang […]

(Video) Beli Baju Kahwin Kat Shopee Je, Pasangan Ini Hanya Belanja RM6,000 Buat Majlis Tapi Sempurna
Mendirikan rumahtanggan antara momen yang paling istimewa dalam hidup setiap insan yang berpasangan. Disaat akad selesai dilafazkan, maka bersatulah hati dua insan yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah pasangan yang terpaksa menanguh dahulu majlis mereka dek kerana bajet yang tidak mencukupi terutamanya untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tidak dinafikan sesebuah […]

Ramai ‘Jatuh Cinta’ Lihat Sinki Warna ‘Rose Gold’ Dengan Jubin Corak Kayu Buat Nampak Mewah
Dapur menjadi antara lokasi tumpuan di dalam rumah yang sangat penting bagi seisi keluarga. Banyak masa dihabiskan di dapur terutamanya oleh para isteri untuk menyediakan juadah buat suami dan anak-anak. Jadi, perkara biasa jika ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mengubahsuai ruangan dapur mengikut bajet dan kemampuan. Rasa lebih teruja dan menaikkan ‘mood’ […]

Suntikan Vaksin Covid-19 Ketika Ramadan Adalah Harus – Dr Zulkifli
PORT DICKSON, 23 Mac (Bernama) — Suntikan vaksin COVID-19 pada bulan Ramadan adalah harus dan tidak membatalkan puasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan perkara itu dua bulan lepas. “Untuk vaksin […]
Malaysia, Singapura Mulakan Proses Saling Iktiraf Sijil Vaksin, Mudahkan Perjalanan Rentas Sempadan
PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) — Malaysia dan Singapura mengulangi komitmen untuk saling mengiktiraf sijil vaksin COVID-19 bertujuan memudahkan perjalanan rentas sempadan pada masa depan. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya dari Singapura Dr Vivian Balakrishnan berkata demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini. Kedua-dua negara juga akan terus memperluaskan program vaksinasi […]

Isu Korea Utara: Polis Tingkat Pemantauan Keselamatan – KPN
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Semua pesuruhjaya polis, ketua polis negeri dan pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan memantau perkembangan semasa isu Korea Utara susulan kenyataan Kaunselor Kedutaan negara berkenaan di Malaysia Kim Yu-Song. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya mengambil langkah berwaspada bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kejadian yang tidak diingini berlaku di negara […]

Rompak: Guna Senapang Angin, Ancam Penyelia Taska
KUALA BERANG, 23 Mac (Bernama) — Seorang penyelia taska dan enam kakak-kanak berdepan detik cemas, apabila seorang lelaki yang bersenjatakan senapang angin memasuki premis untuk merompak. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 9.30 pagi tadi dan suspek telah mengarahkan mangsa menyerahkan wang sambil mengacu senapang angin di kepala […]

“Cincin Daun Kari, Kaduk, Daun Ketum Pun Ada,” Ini Jenis-Jenis Cincin Emas, Jadi ‘Kegilaan’ Wanita Kini
Selain membeli tanah dan rumah, emas juga boleh dijadikan sebagai pelaburan masa akan datang. Ya, sebab itulah tak kira orang dewasa atau muda mereka akan membeli emas walaupun dengan harga yang rendah. Sedar tak sedar, sekarang macam-macam corak yang direka untuk rantai tangan dan cincin. Tidak dinafikan, baru-baru ini tular tentang corak daun ketum yang […]

Hilang Sejak Sabtu Lepas, Anak Rayu Bantuan Netizen Kesan Ibu Yang Dah 3 Hari Menghilang
Seorang warga emas, Che Som Ibrahim, 69, dicari oleh ahli keluarganya setelah hilang dari kediamannya di Taman Desa Permai, Tampin, Negeri Sembilan sejak Sabtu lalu. Menerusi hebahan kepada Siakap Keli, Che Som kali terakhir dilihat pada jam 8.30 pagi Sabtu oleh ahli keluarganya di rumah. Susulan itu, ahli keluarga mangsa merayu jasa baik orang ramai […]

7 Maut, Puluhan Ribu Rakyat Rohingya Selamatkan Diri, Kem Di Bangladesh Terbakar
Seramai 7 dipercayai maut dan lebih puluhan ribu penduduk Rohingya melarikan diri selepas berlaku kebakaran besar-besaran di kem pelarian etnik itu di daerah Cox’s Bazar, tenggara Bangladesh. Kata beberapa pegawai disitu, kejadian ini merupakan kebakaran ketiga dalam tempoh empat hari. Kejadian ini juga telah memusnahkan beribu rumah di kawasan kem tersebut. Md Abdullah, timbalan Penolong […]

TERKINI: 1,384 Kes Baharu Covid-19 Direkodkan, Lebih Tinggi Berbanding Kes Sembuh Hari Ini
Sebanyak 1,384 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 335,540 kes setakat Selasa (23 Mac 2021), jam 12 tengahari. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 14,454 kes. Daripada 1,384 kes kes baharu pada […]

Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible Dilarang Di Selangor – Sultan Selangor
SHAH ALAM, 23 Mac (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan buku dan tulisan agama Kristian dalam apa-apa bentuk sekalipun tetap dilarang sama sekali penggunaannya di negeri ini. Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin menegaskan dan mengulangi pendirian […]
APMM Tahan Lima Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara Untuk Tangkap Ikan
GEORGE TOWN, 23 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot bersama lima nelayan warga Indonesia yang didapati menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan pada kedudukan 32.3 batu nautika barat Pulau Kendi di sini, semalam. Pengarahnya Kapt Abd Razak Mohamed berkata bot tersebut dikesan dalam rondaan Op Tanjung, pada 5 petang […]