Berita
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Membadai 8 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:30 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 […]
Lelaki Dilapor Maut Diserang 7 Ekor Pitbull, Kulit Muka Dipercayai Dirobek Hingga Nampak Tengkorak
Seorang lelaki dilaporkan maut selepas diserang tujuh ekor anjing jenis pitbull di Lageado Feio, Brazol pada 2 Februari lalu, lapor Daily Star. Memetik laporan Daily Star, lelaki berusia 46, telah diserang anjing-anjing ganas berkenaan semasa bersiar pada waktu pagi di kawasan berkenaan sepertimana rutinnya sebelum kejadian. Bagaimanapun, pada hari tersebut, lelaki malang itu diserang anjing yang […]
Tekong Bot Pancing Meninggal Dunia Selepas Pengsan Ketika Memancing
JOHOR BAHRU, 7 Mac (Bernama) — Seorang tekong bot pancing meninggal dunia selepas pengsan ketika memancing bersama seorang rakannya berhampiran Jeti Jabatan Laut Sungai Pulai, Gelang Patah, di sini malam tadi. Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata Borhan Muhamed, 61, dikatakan baru sahaja keluar dari Jeti Simpang Kiri, Sungai Karang, dekat Pontian, […]
i-Sinar: Ahli Boleh Buat Pindaan Bermula Esok, Hanya Boleh Menambah Jumlah Pengeluaran
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa hanya pindaan menambah jumlah pengeluaran sahaja boleh dibuat untuk pengeluaran i-Sinar. Menurut perkongsian di akaun Twitter rasminya, ahli KWSP boleh membuat pindaan tersebut bermula 8 Mac 2021 ini. “Bagi anda yang tidak memilih amaun yang betul semasa permohonan asal dibuat, anda boleh mula membuat pindaan bermula 8 Mac […]
Orang Ramai Dinasihat Jangan Sentuh Obor-Obor Di Pantai Terengganu
KUALA TERENGGANU, 7 Mac (Bernama) — Orang ramai dinasihatkan agar tidak memegang, menyentuh mahu pun menyimpan obor-obor Velella velella atau turut dikenali engan nama panggilan ‘by-the wind sailors’ yang terdampar di pantai Terengganu sejak beberapa hari lepas. Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali berkata hidupan marin berwarna biru itu mungkin tidak berbahaya kepada orang dewasa, namun berbahaya kepada kanak-kanak kerana boleh […]
COVID-19: Mutasi Varian Nigeria Tidak Jejas Kemampuan Untuk Kesan Individu Dijangkiti
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Varian Nigeria B1.525 daripada COVID-19 mempunyai mutasi penting dalam spike protein, tetapi ia tidak menjejaskan keupayaan untuk mengesan atau menjejaki seseorang yang dijangkiti varian itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata ini kerana kit tindak balas Polymerase Chain Reaction (PCR) yang sedia ada menggunakan pelbagai sasaran untuk mengesan […]
Tragedi MH370 Genap Tujuh Tahun Berlalu
Tragedi MH370 menyapa setiap kali tiba 8 Mac. Ada sekelumit perasaan ingin tahu tercetus dalam kalangan waris penumpang dan anak kapal penerbangan Malaysia Airlines MH370, apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat itu tujuh tahun lepas, mengiringi doa dan harapan agar keajaiban akan muncul satu hari nanti. Ada juga yang sudah tidak mahu mengingatinya dan hanya […]
Bapa Didakwa Cabul Anak Perempuan
JOHOR BAHRU, 7 Mac (Bernama) — Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung berumur 14 tahun di Bandar Putra Kulai, tahun lepas. Tertuduh yang merupakan seorang pekerja pendawaian membuat pengakuan tersebut, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham […]
(Video) Bekas Pramugari Ini Dedahkan Tempat Duduk Terbaik Dalam Kapal Terbang, Lebih Selesa
Sekiranya kerajaan menamatkan sekatan pergerakan yang dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 nanti, pasti ramai di antara kita akan menempah tiket kapal terbang untuk pergi bercuti. Semasa hendak membeli tiket penerbangan, kita akan diberikan pilihan untuk memilih tempat duduk di dalam kapal terbang. Ramai yang memilih untuk duduk di tepi tingkap dan beranggapan bahawa tempat […]

(Video)Wanita Terkejut Temui Pintu ‘Rahsia’ Di Lantai, Rumah Sewa Dipenuhi CCTV Di Setiap Pintu Blik
Seorang wanita yang baru berpindah ke California, Amerika Syarikat telah menemui satu laluan ‘misteri’ ke ruangan bawah tanah di dalam pantri di rumah sewa barunya. Menurut Daily Star, wanita dengan nama pengguna TikTok @VTmegs itu mendapati rumah berkenaan turut mempunyai beberapa kamera litar tertutup di penjuru setiap bilik. Dalam satu video dikongsikannya, wanita itu menunjukkan […]
Jangan Ambil Mudah, Periksa Cadar Dan Sarung Bantal Jika Tahi Mata Penuh Hingga Susah Nak Kelip, Ini Sebabnya
Bangun sahaja daripada tidur, sebahagian daripada kita pastinya akan menggosok-gosok mata kita. Ketika sedang menggosok, kita pasti akan menyedari bahawa terdapat tahi mata yang berkumpul pada bahagian mata kita. Sebenarnya tahi mata yang terkumpul sejurus selepas kita bangun tidur itu adalah normal, namun jika ianya disertai dengan mata yang merah, gatal mahupun sukar untuk berkelip, […]
Matahari ‘Tegak’ Atas Garisan Khatulistiwa 20 Mac Ini, Seluruh Dunia Akan Alami Waktu Siang Dan Malam Sama Panjang
Bagi rakyat Malaysia dan negara-negara yang berada berhampiran garisan Khatulistiwa, mungkin kita sudah terbiasa dengan siang dan malam yang hampir sama panjang. Namun menurut Planetarium Negara, pada 20 Mac akan datang, seluruh dunia akan mengalami fenomena yang serupa dengan 12 jam masa siang dan malam. Fenomena itu akan berlaku bermula 5.37 petang waktu tempatan di […]
(Video) Pintu Kaabah Dibuka Untuk Perdana Menteri Dan Rombongan Ketika Mengerjakan Ibadah Umrah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dilaporkan selamat diba di Jeddah, Arab Saudi petang semalam bagi memulakan lawatan rasmi enam hari ke negara Asia Barat. Beliau dan isterinya akan menunaikan umrah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu sebelm memulakan program rasmi di sana. Susulan daripada itu, pintu […]

“Saya Yang Buat,” Tular Foto Murid Ikat ‘Dakwat Pen’ Untuk Menulis, Rupanya Ini Kisah Disebaliknya
Baru-baru ini tular gambar seorang murid lelaki yang menulis menggunakan pen buatan sendiri ketika membuat kerja sekolah. Dalam gambar dikongsikan, murid itu dikatakan cuba menyembunyikan pen berkenaan kerana malu. Hasil carian, kisah itu didapati berlaku di Filipina pada tahun 2019 di mana guru murid berkenaan, Maricor Baculanta telah berkongsi gambar itu di Facebook miliknya. Menurut […]
TERKINI: 1,680 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, 2,548 Kes Sembuh Dan 7 Lagi Kematian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,680 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,680 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 311,777 kes secara keseluruhan. Daripada 1,680 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, […]
Aktiviti Sukan, Rekreasi Individu Dan Berpasukan Dibenarkan Di Kawasan PKPB, PKPP
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Aktiviti sukan dan rekreasi individu serta berpasukan bagi tujuan kesihatan, kecergasan, latihan, permainan atau perlawanan kini dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan memaklumkan kebenaran itu tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang […]
“Terdapat Urungan Tikus Mati Dan Lipas..,” DBKL Tutup Kilang Memproses Rempah
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak menutup sebuah kilang memproses rempah di Jalan Terolak, Taman Bamboo, semalam. Menurut DBKL, setelah hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh 6 pegawai kesihatan mendapati bahawa terdapat beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh kilang tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang dikongsi DBKL menerusi akaun Facebook rasminya seperti […]
Kenapa Kena Belajar Main ‘Recorder’ Masa Kat Sekolah ? Rupanya Ini Sebabnya
Masih ingatkah lagi ketika di waktu sekolah rendah dulu di mana perlu belajar bermain alat muzik dikenali ‘recorder’ dalam kelas muzik? Tahukah anda bahawa, alat muzik ini bukan sahaja diajarkan sekolah di Malaysia, malahan negara lain juga turut tidak terlepas daripada perlu belajar bermain alat muzik ini. Kemahiran kita dalam bermain alat muzik itu bahkan […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 10 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:30 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 […]
PM Muhyiddin Bertolak Ke Arab Saudi Hari Ini Untuk Lawatan Rasmi
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan rasmi sulung beliau ke Asia Barat. Muhyiddin, dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau berkata lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga penjaga dua masjid suci. “Insya-Allah, […]