Berita
Bakal Pengantin Dipenjara, Didakwa Tolak Tunang Dari Tingkat 2 Setelah Permintaan Barang Hantaran Mahal Ditolak
Dubai – Seorang bakal pengantin warga Mesir dilaporkan telah ‘melemparkan’ tunangnya ke luar tingkap dari tingkat dua selepas perselisihan faham mengenai barang hantaran. Menurut Gulf News, suspek bertindak demikian selepas mangsa meminta barangan yang mahal bagi tujuan tersebut. Agensi keselamatan di Giza, Mesir dilaporkan telah menerima laporan seorang lelaki mengalami kecederaan patah tulang akibat jatuh […]
Sesi Persekolahan Bagi Murid Prasekolah, Tahun 1 Dan Tahun 2 Hari Ini
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — Segala persiapan telah diatur bagi menyambut kehadiran murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua di sekolah rendah seluruh negara hari ini, selepas ditutup berikutan pandemik COVID-19. Bagi murid yang belum mempunyai pakaian seragam, Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan mereka memakai pakaian biasa ke sekolah dan kebenaran tersebut diberikan sehingga 26 […]
Muhyiddin Tetap Perkukuh Hubungan Antarabangsa
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Dalam keadaan dunia bergelut dengan COVID-19 yang mengehadkan pergerakan manusia, hubungan antarabangsa Malaysia dengan rakan asing tetap mantap. Setelah berjumpa Presiden Indonesia Joko Widodo, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan terbang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan China beberapa bulan ini untuk mengukuhkan hubungan sedia ada. Yang terdekat, […]
Muhyiddin Pastikan Sabah, Sarawak Dapat Layanan Adil
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan memastikan Sabah dan Sarawak diberi layanan adil dalam pelbagai aspek, seiring dengan pewujudan portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Mengambil kira jurang Sabah dan Sarawak yang masih jauh tertinggal dalam pelbagai aspek, perdana menteri melahirkan pandangan […]
Bomba Ambil Masa Lebih 48 Jam Padam Kebakaran Tapak Pelupusan Sampah
BUTTERWORTH, 28 Feb (Bernama) — Pihak bomba mengambil masa lebih 48 jam untuk memadam kebakaran lebih 900 meter persegi tapak pelupusan sampah di depo pembersihan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Ampang Jajar, di Jalan Permatang Pauh di sini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menyatakan, pihaknya menerima panggilan […]
22 Ekor Babi Dimusnahkan Untuk Kekang Penularan ASF Di Pitas
LAHAD DATU, 28 Feb (Bernama) — Sejumlah 22 ekor babi di sebuah kampung di Pitas telah dimusnahkan dalam fasa pertama pelupusan haiwan itu bagi mengekang penularan Demam Babi Afrika (ASF) di daerah itu, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Kitingan, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, berkata lebih banyak babi akan […]
Wanita Ditemui Mati Dengan Kesan Jerutan, Lelaki Tergantung Di Ruang Tamu
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Seorang wanita ditemukan mati dengan kesan jerutan di leher manakala mayat seorang lelaki Pakistan ditemukan tergantung, di dalam sebuah rumah flat di Jalan Seri Sentosa di sini, semalam. Mayat lelaki berusia 41 tahun itu ditemukan dalam keadaan tergantung di ruang tamu, manakala mayat wanita warga tempatan berusia 53 tahun […]

Polis Labuan Buka Kertas Siasatan, Bantah Laungan Azan
LABUAN, 28 Feb (Bernama) — Polis Labuan telah membuka kertas siasatan berkaitan tiga laporan polis berhubung hantaran melalui aplikasi Facebook membantah laungan azan di Masjid Sultan Muhammad V. Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, siasatan telah dimulakan dari pelbagai sudut bagi menyelesaikan isu sensitif berkenaan. “Kita mengambil berat kepada laporan yang […]
PGA8 Rampas Cecair Vape Bernilai RM422,000 Di Rantau Panjang
KOTA BHARU, 28 Feb (Bernama) — Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan merampas 20 kotak cecair vape bernilai RM422,000 yang ditemukan di dalam semak di tebing Sungai Golok berdekatan pangkalan haram Rambutan di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam. Pegawai Pemerintah Batalion Ke-8 PGA Supt Muhammad Shamsuddin berkata pihaknya percaya bahan berkenaan disorokkan di situ oleh penyeludup sebelum […]

Suami Isteri Bunuh Anak, Dihukum Gantung Sampai Mati
KUALA TERENGGANU, 28 Feb (Bernama) — Tindakan tidak berperikemanusiaan pasangan suami isteri terhadap anak perempuan mereka akhirnya terbalas, apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah mereka didapati bersalah kerana membunuh. Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz membuat keputusan tersebut ke atas Anuar Yusof, 55, dan isterinya Murni Ahmad, 40, yang merupakan […]

Beritahu Saya Jika Ada Langkau Giliran Untuk Vaksin Covid – Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Khairy Jamaluddin mahu mereka yang mempunyai maklumat tentang individu melangkau giliran bagi menerima vaksin itu agar melaporkannya terus kepada beliau. Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata beliau telah memaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tentang pentingnya memastikan […]

Berhenti Sebar Maklumat Mengelirukan Tentang Vaksin Covid-19 – Pendakwah
LABUAN, 28 Feb (Bernama) — Seorang pendakwah terkenal di sini hari ini menasihati golongan antivaksin agar berhenti menyebarkan maklumat mengelirukan tentang vaksin COVID-19. Ustaz Muhammad Shafei Abdul Ghani berkata program imunisasi COVID-19 tidak harus dipertikaikan memandangkan angka kematian akibat penyakit itu terus bertambah. “Kita mesti berikhtiar untuk membendung penularan pandemik ini. Tindakan ini selaras dengan ajaran […]

Tujuh Pasangan Ditangkap Khalwat Ketika PKP
BUTTERWORTH, 28 Feb (Bernama) — Sebanyak tujuh pasangan ditahan kerana berkhalwat di bilik hotel dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di sekitar Butterworth di sini, malam tadi. Semua 14 individu berusia 25 hingga 40 tahun itu, ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi di lima […]
Jokowi Minta Pembinaan ‘Tol Langit’ Ditingkatkan, Mahu Rakyat Dapat Manfaat Akses Digital Sepenuhnya
Presiden Indonesia, Joko Widodo, meminta agar pembangunan tol langit Palapa Ring dipertingkatkan, lapor Kompas.com. Menurutnya, utiliti infrastruktur ini hanya baru mencapai 50 peratus, atau mungkin kurang dari itu. “Utiliti Palapa Ring harus ditingkatkan, jangan hanya sebanyak 50 peratus sahaja, penggunaan di Indonesia tengah dan timur yang masih sekitar 20 peratus juga perlu dilanjutkan,” katanya. Jokowi […]
Rasa Sedih Bila Tengok, Viral Batu Nisan Dipakaikan “Face Mask” & Buat Ramai Insaf Bahaya COVID-19
Semua sudah maklum, salah satu usaha mencegah penularan wabak COVID-19 adalah dengan memakai topeng pelitup muka. Malah kebanyakan negara pun melaksanakan mandatori pemakaian pelitup muka dalam kalangan orang awam dan jika tidak dipatuhi, kompaun akan dikenakan. Namun apa yang tular di media sosial baru-baru ini sangat menginsafkan. Kecoh sekeping foto yang dimuat naik oleh seorang […]
“Tidak Boleh Menulis,” Amitabh Bachchan Dedah Alami Masalah Kesihatan, Jalani Pembedahan
Pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, menerusi entri blog terbarunya mendedahkan mengenai keadaan kesihatannya dan dia memaklumkan bahawa telah menjalani pembedahan, lapor NDTV. Pun begitu, dia tidak mendedahkan apakah masalah kesihatan yang dihadapi olehnya. “Masalah kesihatan.. pembedahan..tidak boleh menulis,” katanya dalam entri blog itu. Pendedahannya itu telah membuatkan para peminatnya di media sosial risau dan mereka […]
Warga Emas Sanggup Redah 7km Tanpa Lesen Bawa Suami Buta Untuk Rawatan
BATU PAHAT, 28 Feb (Bernama) — Demi suami tercinta, seorang warga emas sanggup meredah perjalanan sejauh kira-kira tujuh kilometer dengan membawa suaminya yang buta setiap bulan ke klinik dengan motosikal, walaupun tidak mempunyai lesen. Fauziah Ali, 64, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana hanya itu sahaja caranya untuk membawa suaminya, Mahat Juraimi, 66, mendapatkan rawatan […]
Guru Kecewa, Bersemangat Nak Ajar Anak Murid Siap Bawakan Sarapan Tapi Seorang Je Hadir
Bukan mudah untuk menjadi seorang guru, apatah lagi ketika zaman serba moden ini, ditambah pula dengan cabaran pandemik COVID-19. Setiap pelajar pasti ada peribadinya masing-masing. Ada yang baik lagi cemerlang, sudah tentu sering dipuji. Namun ada juga yang sebaliknya, kelompok ini kadangkala sering menduga kesabaran seseorang guru itu. Baru-baru ini, tular di media sosial dua […]
Perunding Kewangan Kongsi 9 Perkara Kena Buat Elak ‘Terciduk’ Ketika Kegawatan Ekonomi
Dengan situasi gawat dan ketidaktentuan ekonomi sekarang ini, pelbagai cara dilakukan orang ramai untuk meneruskan hidup. Ada yang mula berniaga, ada juga yang berjinak-jinak dengan kerja bebas seperti menjadi penghantar makanan atau pemandu e-hailing. Di waktu inilah kita perlu mengikut rapat penasihat-penasihat kewangan untuk mengatur semula strategi kita untuk memastikan kestabilan ekonomi diri dan keluarga […]

Covid-19: Kumpulan Pertama Petugas Barisan Hadapan Hospital Labuan Divaksin
LABUAN, 28 Feb (Bernama) — Kumpulan pertama 150 petugas barisan hadapan Hospital Labuan menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bermula hari ini. Program vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu dimulakan dengan Pengarah hospital itu Dr Adnan Musa Balidran menerima suntikan berkenaan di pekarangan hospital disaksikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari. “Ini adalah objektif kami untuk memastikan […]