Berita

Berita
Adham Sihat, Bertugas Seperti Biasa Selepas 48 Jam Disuntik Vaksin
PUTRAJAYA, 27 Feb – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata beliau berada dalam keadaan sihat selepas dua hari menerima suntikan vaksin COVID-19 dan bertugas seperti biasa di pejabatnya hari ini. Dalam hantarannya di laman Facebook beliau hari ini, Dr Adham berkongsi gambar beliau bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah berada di […]
Berita
PDRM Pastikan Tan Sri, Datuk Seri Terlibat Sindiket Dadah Dibawa Ke Muka Pengadilan – KPN
JELI, 27 Feb – Polis mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket penyeludupan dadah di negara ini yang berselindung di sebalik status ‘Tan Sri’, ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata Jabatan Narkotik di Bukit Aman kini dalam proses untuk mengambil tindakan terhadap tauke dadah terbabit, yang juga didapati hidup mewah […]
Berita
Covid-19: Terus Patuhi SOP Sehingga Imuniti Kelompok Tercapai – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 27 Feb – Semua pihak termasuk individu yang telah menerima vaksin COVID-19 perlu terus mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) sehingga imuniti kelompok tercapai, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata segala pematuhan kepada SOP dan tindakan kesihatan awam wajar diteruskan meskipun aktiviti imunisasi Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mula dilaksanakan. Langkah membendung […]
Berita
MOTAC Terus Beri Perhatian Kepada Kawasan Tarikan Pelancongan, Kebudayaan
KUALA LUMPUR, 27 Feb – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terus memberi perhatian kepada kawasan serta tempat yang mempunyai nilai dan daya tarikan pelancongan, seni dan budaya untuk diangkat sebagai produk pelancongan baharu yang boleh diketengahkan. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata antara langkah yang diambil ialah dengan memastikan keperluan […]
Berita
Bomba Terpaksa Mendaki Hampir 10 KM Untuk Padam Kebakaran Hutan
IPOH, 27 Feb – Anggota bomba terpaksa mendaki hampir 10 kilometer bagi menjalankan operasi memadam kebakaran hutan di kawasan seluas 16 hektar di Kampung Sindu, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di sini sejak petang Khamis lepas sebelum berjaya melakukannya petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Azmi Osman berkata keadaan kawasan yang berbukit serta curam menyukarkan […]
Berita
(Video) Sempat Pegang Tangan Adik Sebelum Dipukul Ombak – Kakak
KUANTAN, 27 Feb – Mangsa terselamat dalam tragedi lemas di Pantai Sungai Ular hari ini Fitrah Dhia Zulaikha Zaidi sempat memegang tangan adiknya Fitrah Dhia Zahraa’, 9, sebelum terlepas akibat dipukul ombak. Remaja berusia 13 tahun yang hampir tenggelam dalam kejadian petang tadi itu berkata dia hanya meihat adiknya semakin jauh dibawa ombak sebelum tubuhnya […]
Berita
Dua Lemas, Seorang Hilang Tragedi Mandi Di Pantai Sungai Ular
KUANTAN, 27 Feb – Dua kanak-kanak perempuan maut akibat lemas manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini hari ini. Mangsa yang lemas dikenali sebagai Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi, 9, dan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13 manakala Mohd Fazrul Hakimi, 11, yang juga adik kepada Nor Najuwa […]
Berita
Vaksin Pfizer Tiba Di Semporna, 1,397 Petugas Barisan Hadapan Terima Suntikan Mac Ini
SEMPORNA, 27 Feb (Bernama) — Vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Semporna hari ini dengan 1,397 petugas barisan hadapan akan divaksinasi dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 2021 di daerah ini, bermula Mac. Pegawai Kesihatan Daerah Semporna Dr Shameer Khan Sulaiman berkata vaksin itu dihantar dengan diiringi polis melalui jalan darat dari Kota Kinabalu ke Keningau […]
Kesihatan
NADMA Sedang Kenal Pasti Anggota APM Terima Suntikan Vaksin Fasa Pertama
ALOR GAJAH, 27 Feb (Bernama) — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang mengenal pasti barisan hadapan dalam kalangan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang akan diberi suntikan vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata mereka termasuk dalam […]
Berita
Pemandu Bas Bawa Pesakit Terbabas Disahkan Positif COVID-19
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Pemandu bas yang membawa 40 pesakit COVID-19 dan terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang petang tadi turut disahkan positif virus itu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintenden Azman Shari’at berkata pemandu berusia 41 tahun yang cedera di kaki sebelum itu dihantar ke Hospital Serdang untuk […]
Berita
Enam Rumah Chalet Buluh Musnah Terbakar
SEREMBAN, 27 Feb (Bernama) — Enam rumah chalet buatan buluh di Jalan Rantau, Sungai Gadut, Kampung Ulu Lalang, Rantau, di sini musnah dalam kebakaran petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Mohd Izzuwan Abd Rahim berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 3.34 petang. “Chalet berkeluasan 20×30 kaki persegi […]
Berita
Warga Emas Kembali Ke Pangkuan Keluarga Selepas Lebih 30 Tahun Terkandas Di Sibu
LABUAN, 27 Feb (Bernama) — Seorang warga emas wanita berusia 70 tahun yang terkandas lebih 30 tahun di Sarawak akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di sini hari ini dengan bantuan satu operasi belas ihsan. Wanita itu, yang dikenali pasti sebagai Salmah Adeh berasal dari Labuan, meninggalkan kampung halamannya 32 tahun lepas demi kehidupan lebih baik di […]
Kesihatan
Vaksin Sinovac Sama Berkesan
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech. Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital Cheras, Dr Malar Santhi Santherasegapan berkata ujian klinikal yang dijalankan di Brazil dan Turki mendapati tahap keberkesanan vaksin Sinovac masing-masing negara adalah 50.4 peratus dan 91.2 peratus. Beliau berkata ada kalangan […]
Berita
J/kuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Dan Sivil Jakim Akan Tambah Baik Undang-Undang Jenayah Syariah
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi menambah baik undang-undang syariah khususnya yang berkenaan dengan kesalahan jenayah syariah di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata langkah itu diambil […]
Berita
Tingkat Jumlah Tenaga Kerja Bidang Perubatan – Raja Muda Perlis
KANGAR, 27 Feb (Bernama) — Jumlah tenaga kerja dalam bidang perubatan, yakni para doktor dan pakar-pakar perubatan, perlu ditingkatkan bagi menangani pandemik COVID-19 dalam negara, kata Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. “Tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan menyedarkan kita supaya menyediakan jumlah doktor yang banyak bagi memenuhi keperluan negara,” katanya. Beliau berkata demikian dalam […]
Berita
Sayu, Dua Beradik Maut Ketika Dalam Perjalanan Untuk Hadiahkan Bapa Kereta
SEREMBAN, 27 Feb (Bernama) — Hasrat dua beradik di sini untuk menghadiahkan sebuah kereta buat bapa mereka tidak kesampaian apabila si abang, Hafidzan Zainal, 44, maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika memandu kenderaan berkenaan untuk dibawa pulang, semalam. Lebih menyayat hati, si adik, Mohd Fauzi Zainal, 39, yang memandu sebuah lagi kereta, turut menghembuskan nafas terakhir selepas diserang sawan apabila melihat […]
Berita
Adik Beradik ‘Renovate’ Sendiri Rumah Mak, Ramai Tak Percaya Tengok Hasil Macam Hotel 5 Bintang
‘Renovate’ atau mengubahsuai kediaman seringkali menelan kos yang besar. Tetapi, jila dilakukan sendiri dengan kemhairan yang ada, tidak mustahil kediaman kampung biasa boleh bertukar 360 darjah menjadi seperti ruangan hotel dengan sentuhan moden. Seperti perkongsian oleh Faisal Suhaimi yang menjadi tular dan telah menarik perhatian ramai warganet sehingga mendapat 4.9 ribu tanda suka dan 789 komen […]
Gaya hidup
Kit Ujian Kehamilan Boleh Bantu Kaum Adam Kesan Kanser Testis? Baca Penjelasan Hello Doktor Ini Sebelum Cuba
Bolehkah kesan kanser menggunakan kit ujian kehamilan isteri? Mungkin anda pernah terbaca kenyataan yang mendakwa kanser testis boleh dikesan jika hasilnya positif ketika melakukan ujian menggunakan kit kehamilan kerana ia boleh mengesan kehadiran hormon human chorionic gonadotropin (hCG) yang serupa seperti di dalam air kencing wanita hamil. Pun begitu, sejauh manakah ketepatannya? Silap haribulan, keputusan […]
Berita
Barisan Hadapan, Pengamal Media Di Labuan Antara Kumpulan Pertama Terima Vaksin
LABUAN, 27 Feb (Bernama) — Sepuluh wakil media dan beberapa petugas kesihatan adalah antara kumpulan pertama yang menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Labuan hari ini. Turut menerima suntikan ialah Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan […]
Berita
Gagal Sediakan Peralatan Merekod Diri Pelanggan, 108 Ditahan Semalam – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Kesalahan gagal menyediakan peralatan merekod diri pelanggan adalah yang tertinggi dikesan dengan 108 individu ditahan semalam kerana ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesalahan lain direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal membabitkan 106 individu, tidak memakai pelitup muka (96), […]