Berita
Vaksin: Polis Nasihat Jangan Hasut
ARAU, 26 Feb (Bernama) — Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID-19 dengan menyebar maklumat palsu bagi memburukkan penggunaannya. Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata polis sentiasa melakukan pemantauan di media sosial bagi tujuan itu. Katanya perbuatan menghasut boleh diambil tindakan mengikut Seksyen […]
PKPB Di Seluruh Negeri Sarawak Dilanjutkan Sehingga 15 Mac 2021
Putrajaya, 26 Feb – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sarawak akan dilanjutkan sehingga 15 Mac akan datang, lapor Bernama TV memetik siaran media Majlis Keselamatan Negara. PKPB DI SELURUH NEGERI SARAWAK DILANJUTKAN SEHINGGA 15 MAC 2021 pic.twitter.com/0Cp6Kusr5O — MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) February 26, 2021 Menurut kenyataan tersebut, perintah […]
Ahmad Samsuri Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 26 Feb (Bernama) — Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menjadi individu pertama di Terengganu menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech, pada majlis pelancaran Program Imunisasi Vaksin COVID-19 peringkat negeri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Beliau menerima suntikan tersebut pada pukul 4.05 petang bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan […]
TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 2,253 Dan 11 Lagi Kematian, Selangor Dan Perak Rekod Kes Harian Baharu Tertinggi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 2,253 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. #COVID19 Terkini. 26 Feb. 🔴 Kes baharu 2,253 🔵 Kes sembuh 3,085🔴11 lagi kematian🔵16 kluster diisytiharkan tamat🔴10 kluster baharu — KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 26, 2021 Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 2,253 kes baharu yang dilaporkan […]
COVID: Polis Labuan Pantau Gerakan Antivaksin
LABUAN, 26 Feb (Bernama) — Polis Labuan akan memantau kegiatan kumpulan antivaksin di pulau itu yang menyebarkan propaganda mengenai vaksin COVID-19 melalui pelbagai platform di media sosial. Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata pemantauan itu termasuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat yang […]
TERKINI: Harga Minyak RON95 & RON97 Naik 5 Sen, Diesel Kekal
Putrajaya, 26 Feb – Kementerian Kewangan sebentar tadi memaklumkan harga runcit terbaru bagi minyak RON95, RON97 dan diesel di Malaysia bermula 27 Februari sehingga 3 Mac ini. Menurut kenyataan itu, harga runcit bagi RON95 dan RON97 dilaporkan naik sebanyak 5 sen kepada RM2.05 dan RM2.35 seliter. Sementara itu, harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 […]

Pekerja Kontrak Terlepas Tali Gantung, Dipenjara Lapan Tahun
GEORGE TOWN, 26 Feb (Bernama) — Seorang pekerja kontrak menarik nafas lega apabila terlepas hukuman gantung selepas dakwaan membunuh yang dihadapinya dipinda kepada membunuh tanpa niat di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu, selepas melihat wujudnya keraguan pada akhir pendakwaan serta kegagalan membuktikan Mohd Faizul Md Saaid, […]
Dilapor Alami Masalah Enjin, Boeing 777 Dilapor Lakukan Pendaratan Kecemasan Di Moscow
Pesawat Boeing 777 yang dikendalikan oleh Rossiya Airlines dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Moscow pada pagi Jumaat kerana mengalami masalah enjin. Menurut Khaleejtimes, kejadian itu berlaku kurang dari seminggu setelah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan United Airlines juga mengalami kerosakan enjin sejurus berlepas dari lapangan terbang sehingga menyebabkan serpihan dari enjin itu jatuh di Denver, […]
Tentera Darat Bakal Terima Enam Helikopter MD-530G-Panglima
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Tentera Darat Malaysia (TDM) bakal menerima enam buah helikopter jenis MD-530G bernilai RM321.9 juta pada bulan Ogos tahun ini, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain. Beliau berkata helikopter buatan McDonnell Douglas berkenaan masih berada di Arizona, Amerika Syarikat manakala segala perjanjian dan persijilan termasuk perjanjian […]
Pelajar KUIM Antara Yang Dilantik Duta Mahasiswa Bank Islam
MELAKA, 26 Feb – Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Muhammad Khatib Kamaruzaman, 24, dilantik sebagai Duta Mahasiswa Bank Islam yang diumumkan pihak pengurusan bank berkenaan baru-baru ini. Pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam dan Takaful (BIBT) daripada Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi (FIPT), menerusi kenyataan yang dikeluarkan KUIM hari ini, berkata beliau merupakan […]

Pegawai Polis Antara Empat Direman Bantu Siasatan Kes Rasuah
GEORGE TOWN, 26 Feb (Bernama) — Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) direman bersama tiga lelaki lain bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dengan membocorkan maklumat berhubung sindiket pengedaran dadah di negeri ini, sejak beberapa tahun lepas. Pegawai berusia 43 tahun itu bersama seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, 40, dan seorang kakitangan […]
Pemandu Grab Tegur PM Lepas Solat Jumaat, Pesanan TS Muhyiddin Buat Lelaki Ini Tersentuh
Tular di media sosial, perkongsian pengalaman seoarang individu ketika bertemu dengan ‘orang nombor satu negara’ tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menunaikan solat Jumaat di Putrajaya, minggu lalu. Menerusi luahan Abdul Rahman Mohamed Arif di Facebook, dia yang merupakan seorang pemandu Grab sepenuh masa ‘terkejut’ apabila mendapati insan yang duduk […]

Rasuah RM6.35 Juta: Bekas Setiausaha Politik Mat Sabu Dibicara Pada 15 Mac
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Perbicaraan kes bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang menghadapi lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor bagi membantu mendapatkan projek di kementerian itu, akan bermula pada 15 Mac ini. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat berkata […]
Dinobatkan Pola Pemakanan Terbaik Tahun Ini, Ketahui Keistimewaan Diet Mediterranean
Mungkin ada di antara anda berniat untuk menurunkan berat badan kerana ingin mengamalkan gaya hidup sihat dan bukan untuk kelihatan lebih cantik semata-mata. Bagi yang masih lagi tidak tahu, anda sebenarnya boleh mengamalkan diet Mediterranean yang telah dinobatkan sebagai diet keseluruhan terbaik. Ikuti penjelasan mengenai diet Mediterranean itu oleh Hello Doktor di bawah. Baru bulan […]
Ikut Jejak New Zealand, Polis Leicester Di England Jadikan Hijab Sebagai Uniform Anggota Muslimah
Jejak langkah pemakaian hijab bagi polis wanita Muslim di New Zealand sebelum ini kini mula diikuti di Leicester, England buat kali pertama setelah menjalani penilaian selama 16 bulan. Memetik laporan BBC, anggota polis Leicestershire pertama yang memakai hijab berkenaan ialah seorang pegawai pelajar iaitu Khadeejah Mansur (gambar) dan dijangka akan diteruskan oleh anggota lain pada […]

Kali Terakhir Dilihat Sekitar Tahun 1840, Burung Murai Berkulit Hitam Muncul Lagi Selepas 170 Tahun
Seekor burung kali terkahir dijumpai pada 170 tahun yang lalu di hutan Borneo. Apa yang mengejutkan, ianya dilihat sekali lagi di kawasan hutan yang sama. Hampir dianggap sudah pupus, burung spesies Murai berkulit Hitam ini pernah didokumentarikan sekitar tahun 1848. Namun selepas itu, usaha untuk mencarinya tidak diteruskan lagi. Namun, lewat tahun lepas, dua lelaki […]
Sukan Olimpik: 264 Atlet, Pegawai Terima Suntikan Vaksin Covid Pada April
PUTRAJAYA, 26 Feb – Seramai 264 atlet dan pegawai yang akan mewakili negara ke kejohanan antarabangsa dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Tokyo dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula April depan. Ia merupakan kumpulan pertama daripada keseluruhan 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam Program […]
Edar Dadah: Buruh Terlepas Hukuman Gantung
GEORGE TOWN, 26 Feb – Seorang buruh hari ini terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan mengedar 2,601 gram dadah, empat tahun lepas. Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tang Chin Tart, 56, di akhir kes pendakwaan. Mohd […]
Pegawai Imigresen Dipenjara 30 Hari, Denda RM 40,000 Terima Rasuah
SEREMBAN, 26 Feb – Seorang pegawai imigresen hari ini dipenjara 30 hari dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah keseluruhannya berjumlah RM2,100 pada 2019 dan tahun lepas. Hakim Madihah Harullah membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Shah Ezywan Abd Rahman, 34, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu. Bagi setiap pertuduhan, Mohd Shah Ezywan didenda RM20,000 […]
(Video) Bukan Di Florida, ‘YouTuber’ Ini Kongsi Keindahan ‘Miami Beach’ Dan Lokasi ‘Wajib’ Pergi Di Kuala Terengganu
Memang diakui bahawa Malaysia juga mempunyai pelbagai lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Ianya terbukti apabila pelancong-pelancong dari luar negara berpusu-pusu memasuki negara ini bagi tujuan pelancongan sebelum wabak COVID-19 melanda dunia. Antara tempat menarik yang diakui pasti tidak akan menyesal ialah di sekitar Kuala Terengganu. Apa tidaknya, dengan keindahan pantai semula jadi, dan pembangunan yang […]