Berita

Pemandu Lori Dihukum Gantung, Edar Dadah Bernilai RM22 Juta
KUALA TERENGGANU, 24 Feb (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pemandu lori setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine bernilai RM22 juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Ishak Ramli, 37, setelah gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes […]
PKPD Di Hostel Centennial Di Sitiawan, Perak Bermula Esok – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hostel Centennial, Kampung Acheh, Sitiawan, Perak bermula esok sehingga 10 Mac ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu berikutan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) bahawa berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti […]
Negeri Sembilan Catat Peningkatan Kes Mendadak Dengan 1,392 Kes, Ini Penjelasan KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini telah melaporkan bahawa terdapat 3,545 kes positif COVID-19 baharu. Negeri Sembilan telah mencatatkan peningkatan kes baharu secara mendadak dengan 1,392 kes pada hari ini. Peningkatan itu disebabkan oleh Kluster Industri Sungai Gadut yang dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan akhbar Ketua Pengarah […]
TERKINI: 3,545 Kes Baharu COVID-19, Negeri Sembilan Catat Kes Tertinggi Hari Ini Dengan 1,392 Kes
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,545 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Terkini. 24 Feb. Kes baharu hari ini 3,545 dengan 12 lagi kematian. #COVID19 — KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 24, 2021 Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 3,545 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif […]

Pekerja Syarikat Perlombongan Pasir Ditemukan Lemas
SHAH ALAM, 24 Feb (Bernama) — Seorang pekerja syarikat perlombongan pasir ditemukan lemas kira-kira 11.35 pagi tadi, selepas bot yang dinaikinya terbalik dalam kejadian di sebuah lombong sedalam 14 meter di Kampung Labuan Dagang, Kuala Langat, dekat sini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, mangsa Muhamad Janil Tani yang ditemukan pada kedalaman lima […]

Taiwan Tamatkan Sekatan Kemasukan Warga Asing
TAIPEI, 24 Feb (Bernama) — Taiwan akan menamatkan secara berperingkat sekatan kemasukan pelawat asing mulai 1 Mac dan membenarkan tempoh kuarantin lebih pendek untuk pelancong perniagaan dari negara-negara berisiko rendah hingga sederhana, lapor Agensi Berita Pusat (CNA). Di bawah dasar baharu itu, warga asing yang tidak memiliki kebenaran menetap di Taiwan dibenarkan memasuki negara itu kecuali […]

Polis Tahan Pemandu Lori Langgar Tiang Lampu Isyarat
GEORGE TOWN, 24 Feb (Bernama) — Polis menahan seorang pemandu lori yang melanggar tiang lampu isyarat dan nyaris merempuh tiga buah motosikal di lampu isyarat Jalan Dato Ismail Hashim, Persiaran Kelicap Bayan Lepas dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A Anbalagan berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan selepas dia membuat laporan […]
Memperkenalkan Loji Rawatan Air Terbaharu Air Selangor-Skim Bekalan Air Rasau
Istimewa untuk penduduk Selangor, tak lama lagi anda akan menerima bekalan air dari Sungai Klang. Manakan tidak, Air Selangor kini sedang menjalankan satu projek yang boleh memberikan manfaat kepada anda iaitu projek Skim Bekalan Air Rasau. Apa yang perlu anda tahu mengenai projek Skim Bekalan Air Rasau ini adalah ia akan menggunakan Sungai Klang yang […]
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tiada Kuasa Bicara Kesalahan Murtad Warga Indonesia
IPOH, 24 Feb – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan murtad melibatkan seorang wanita Islam warga Indonesia, kerana perbuatan itu dipercayai bukan berlaku di negara ini. Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie JKSM Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bagaimanapun berkata, individu berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Jenayah […]
Ahli Perniagaan Didenda RM 8,000 Hantar Gambar Lucah Kepada Wanita
BUTTERWORTH, 24 Feb – Seorang ahli perniagaan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan menghantar gambar lucah kepada seorang wanita, empat tahun lalu. Hakim Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman itu ke atas Chang Yoon Siong, 31, dari Puchong, Selangor yang mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. […]
Dakwa Memudahkan Aktiviti Jenayah, Bill Gates Anggap Matawang Kripto Berbahaya & Saran Ia Diharamkan
Pengasas perisian Microsoft, Bill Gates mendakwa matawang kripto berisiko digunakan untuk tujuan jenayah dan berasakan ia perlu diharamkan. Memetik laporan moneycontrol.com, Gates menyatakan ketidaksukaannya terhadap matawang digital tersebut selepas memberi pandangan terhadap tahap kemajuan dunia yang tidak memerlukan matawang itu. “Cara matawang kripto berfungsi hari ini berkemungkinan boleh digunakan untuk melakukan aktiviti jenayah tertentu. “Adalah […]
Agong Zahirkan Pandangan Bahawa Parlimen Boleh Bersidang Dalam Tempoh Darurat
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat YAB Perdana Menteri. Menerusi kenyataan media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan perkara […]
“Dekat RM1k Lebur Macam Tu Ja,” Wanita Saran Elak Simpan Duit Kertas Satu Bekas Dengan Syiling
Selain bank, ada sesetengah orang yang menyimpan wang mereka di dalam tabung di rumah. Kebiasaannya, tabung tersebut akan dibeli atau dibuat sendiri daripada botol atau tin. Walaupun tabung itu disorok daripada orang lain dan dirasakan selamat tetapi terkadang ada sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Menerusi perkongsian Lily Noorly Mohd Noor, dia menasihatkan orang ramai untuk […]

Penganggur Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM22,150
DUNGUN, 24 Feb (Bernama) — Polis menahan seorang penganggur berumur 47 tahun yang disyaki pengedar dadah dan merampas heroin serta syabu bernilai kira-kira RM22,150 dalam satu serbuan di sebuah ladang kelapa sawit sekitar Felda Kerteh 3, di sini, Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata serbuan pada pukul 12.30 tengah hari itu dilancarkan hasil […]

Kemas Kini Aplikasi MySejahtera Untuk Dapatkan Vaksin Covid-19
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Orang ramai kini boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera versi 1.0.28. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pelaksanaan program imunisasi itu. Majlis pelancaran diadakan selepas Perdana Menteri menerima suntikan pertama daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya kira-kira pukul 2.43 petang, […]

Beberapa Negeri Semenanjung Mula Terima Bekalan Vaksin Covid-19
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Beberapa negeri di Semenanjung Malaysia mula menerima bekalan vaksin COVID-19, vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech hari ini, menandakan bermulanya Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Program vaksinasi terbesar negara diberikan secara percuma itu bagi memastikan penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing, dilindungi daripada COVID-19 yang telah […]
TERKINI: Murid Yang Belum Mempunyai Seragam Sekolah Dibenarkan Berpakaian Biasa, Sopan & Kemas Untuk Ke Sekolah Sehingga 26 Mac
PUTRAJAYA, 24 Feb – Murid-murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang bersesuaian dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah. Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin berkata, keputusan tersebut diputuskan berdasarkan keadaan semasa dan pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pakaian seragam sekolah sebelum ini. “Kebenaran ini diberi mulai […]

TERKINI: Hero Negara, Tan Sri Noor Hisham Jadi Individu Ketiga Terima Suntikan Covid-19
Siaran langsung daripada Putrajaya, pelancaran Program Imuninasi Covid-19 Kebangsaan. Sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menerima suntikan vaksin jenis Pfrizer Biotech. Kini, giliran ‘hero’ negara Pengarah Kesihatan, YB Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima suntikan dos vaksin Covid-19 yang pertama. Beliau merupakan orang ketiga menerima suntikan vaksin ini selepas Perdana Menteri […]

(Video) TERKINI: Satu Lagi Detik Sejarah, PM Muhyiddin Selesai Terima Suntikan Vaksin Covid-19
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech sempena pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, sebentar tadi. Menerusi siaran langsung, suntikan disempurnakan oleh Ketua Jururawat bertugas, Sister Lina Ibrahim di Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya yang menjadi antara lebih 500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh […]
(Video) TERKINI: Program Vaksinasi COVID-19 Negara Bermula
PUTRAJAYA, 24 Feb — Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, program imunisasi terbesar dalam sejarah negara bermula secara rasmi petang ini bagi membendung penularan pandemik itu. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin itu di Malaysia di bawah program berkenaan di Pejabat Kesihatan Presint 11, di sini, kira-kira 3 […]